She's gonna wait..

Wednesday, December 29, 2010

cuti

hahaha :D

cuti dah nak habis kan? kan? kan? kesian :D
(gelak jahat)

aku akan bercuti lagi sampai bulan 2 :) hihi tapi...

lepas bulan 2 tu -_-" say hi hi goodbye la eh. hmph

dah dekat sebulan cuti, ntah ape benda yang aku dah achieve pun tak tau. keje, yela, awal bulan 1 aku berenti kot, bagi cukup dapat gaji sebulan. ;) misi aku nak makan banyak jugak stil tidak tercapai kerana aku selalu skip makan bila aku keje. -_-" takpela, nanti boleh kampoi balik time kat umah. nak belajar masak? heh impian harapan semata mata. aku rasa serius pasni aku kena masak pakai buku resipi. yang basics, aku rasa kalau aku masak, boleh baham tekak sendirik dah lepas lulus dah kot. :P tekak suami apatah lagi, boleh kot. HAHA berangan!

barang barang nak pegi sana? sejak aku keje ni, aku tak keluar dah shopping. yelah, sibuk. -_-" tapi ade je aku rasa tak complete lagi. kena figure out ni. hadoiih

nak unpack barang dari kuching pun dah sepasai. malas memang menguasai jiwa wa cakap sama lu. okay ayat tersebut jelas tidak dipraktiskan dalam kehidupan seharian guwa. hohh

malam ni final weh. malaysia lawan indon. dan seperti dijangka, aku tak dapat tengok lagi live -_-" hehhh dan kepada bapak bapak warga Malaysia yang berada di indonesia, diharapkan bapak dapat menjaga diri bapak dari ter-kena sebarang ancaman dan bahaya daripada penyokong fanatik timnas. :|

okay, babaiiii petang ni keje. yeayyyy! *nampak real tak aku eksaited dalam kepura puraan?*

wassalam.

Monday, December 27, 2010

bola

atas suggestion k own yang suruh aku buat entri pasal bola, okaylah, aku buat. tapi ni bukan nak komen pasal bola malaysia yang menang dengan indonesia 3-0. aku tak boleh nak ulas banyak banyak sebab aku tak tengok sebab aku tengah kerja dan tempat kerja aku ada tivi yang tak boleh bukak tivi 1. -_-" hmph

back to the topic. sebenarnya, aku bukan dilahirkan minat bola. (haha, mestilah, dah kau tu perempuannn) tapi, sekarang ni aku bolehla kalau nak meluangkan masa tengok bola 90 minit tak berganjak, even aku takkan penah nak stay up pukul 3-4 pagi nak tengok bola macam sesetengah peminat bola yang fanatik. maksud ayat di atas, aku takdelah peminat tegar gila sampai sanggup korban masa tidur dan mimpi indah aku semata mata nak tengok 11 orang mengejar 1 bola kat tengah padang. haha :P you got my point?

mula mula aku minat bola, waktu world cup 2002. waktu tu aku suka betul pasukan brazil, nak nak pulak ada ronaldo kepala dongga tu. even muka dia tak hensem (jelas disitu motif utama tengok bola :P), tapi dia ada skills woh. tu waktu dulu, waktu muda muda nak upsr. haha

kemudian, naek lower form, aku dah mula minat player player lain. aah diorang memang player pun kan. :P haha sebagai contoh, aku dah mula minat christiano ronaldo waktu aku form 3 (kot). yelah, muka nak hensem. mana aku tak kumpul keratan akhbar pasal dia. hahaha tu dulu lah, dulu okay? waktu ni, aku tengok banyak benda kat player tu. skills, rupa, dan lain lain yang boleh diterima akal. :P haha

sekarang? aku still macam dulu. minat bola still, tapi dah jarang amik tawu pasal bola. kalau dulu semangat betul nak tawu sape menang, sekarang kalau ada yang menyampaikan, baru aku tawu.

bagi aku la kan, aku suka bola sebab banyak benda.

1. skills. serius weh, aku kagum dengan skills messi. badan nak kecik je, tapi kalau bawak bola, berdesup desup je dah sampai kat gol. :) mintak maaf, bahasa bola aku mungkin tak secanggih bahasa yang korang guna haha :P

2. teamwork. aah, best tengok kalau ada teamwork dalam sesuatu team tu. semua play roles la kan. passing nak sampai, serius aku teruja. takdenye aku nak komplen, mesti aku diam kaku terpana melihat aksi sebegitu :P hahaha

3. handsome. haha yang ni tak perlu di-explain dengan lebih detail, aku rasa korang pun pilih lisa surihani kan kalau nak banding dengan minah minah cokia ja. kan kan? :P tak baek tipu weh!

4. adik beradik lelaki. ya, sudah semestinya anda akan ter-pengaruh dengan siblings anda sekiranya anda seorang anak perempuan tunggal. aku rasa aku penah cerita pasal aku main bola pakai dress waktu kecik kecik dulu kan? jadik goalkeeper siap woh! :P

okaylah, aku nak pegi membantu ibu di dapur. (feminine side pulak) :) hope malaysia menang rabu nih! and again, aku kerja malam tu. -_-" hadoihla.

take care! wassalam :)

Thursday, December 23, 2010

malas nak update.

aku dah malas nak hupdate blog. sebab... entah. idea takde nak mencurah curah ke ladang gandum. busy-body memanjang dengan karier, keluar beli barang semua nak bagai. dengan laptop buat perangai macam ni :

dengan lajunya, beliau akan keluar secara automatik benda benda seperti ini
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
atau
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnhzzxk aku tak tipu. 'b'e't''u''l'' ''w''e'h'','' ''g'i''l''a' ''a''n''n''o''y'i'n''g'''"!"'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''x
and the only way aku nak stop beliau dari gelong gelong ayam dengan lebih dahsyat, aku kena tekan huruf x. genius tak aku? haha :P

lately, aku asyik susah nak bernafas je. serius, and aku rasa makin teruk dari before this sebab dulu tak sekerap macam ni. nak jumpa doktor taknak, takut dapat tawu benda lain ke. nak nak aku mimpi pulak semalam pasal jumpa doktor yang pelik lain macam je. huhu. tapi aku rasa tak teruk kot. just penat biase biase je ni. coolll :)

okla weh. aku dah tak tawu nak merepek ape lagi nih. nak main masak masak pulak. haha. and again, arini keje shift petang. a deep long sigh

p/s serius aku malas gila gila nak hupdate. kalau korang ada topik best ke nak aku mengarut, sila lah suggest ye.

Tuesday, December 21, 2010

buat keputusan.

"okaylah ayah, ina dah buat keputusan, ina nak kawen dengan si A," Qistina membuat keputusan yang mungkin tepat bagi beliau tetapi tidak tepat bagi ayahnya tatkala diajukan soalan tentang pilihan hati.

err, dialog di atas cuma sekadar memberi gambaran tajuk yang tertera dengan clear-nya kat atas tu ye, tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah tiada.

okaylah. mungkin bagi sesetengah orang, nak buat keputusan itu senang, mudah, macam kacang pis je. ape yang korang perlu fikir-kan, just teliti pros and cons sesuatu perkara, then korang dah boleh buat keputusan tanpa dipengaruhi mana mana pihak ber-wajib.

ISH AKU GERAM BETUL DENGAN LAPITOP INI YANG SUKA JALAN LAJU LAJU TAK INGAT DUNIA DERHAKA KEPADA TUAN NIH. HAIYAAA. GERAM GERAAAAM! okay maaf ter-iklan sebentar kerana lapitop ini memang sengaja sengaja ber-tindak sengal sedang aku syok syok menulis belog ini dia buat perangai gelong gelong ayam.

kembali kepada topik. okayla, itu bagi korang. korang memang dah selalu buat keputusan, korang dah ada prinsip semua, korang memang degil nak semua keputusan orang setuju kalau tak korang hentak hentak kaki buat muka macam crybaby "nak jugak macam ni, nak jugak! tak kira!". mungkin korang takla, orang lain kottt

tapi bagi aku, aku susah sangat nak buat keputusan. aku memang jenis tak suka buat keputusan sebab aku tak suka ter-sepit antara mana mana pihak. LAPTOP INI MEMANG SENGAJA MENDUGA KESABARAN AKU BETUL. BAWAK BAWAK BERTENDANG, COOL COOL. okay dia dah tak buat perangai, sambung al-kuliyyah.

mungkin ini efek dari apa yang ayah aku ajar aku kot. okaylah aku bagi contoh situasi. aku nak beli anak patung (ni waktu kecik kecik, harap maklum), and kena pilih antara teddy bear atau barrrrbie doll.

ayah : ina pilih la mana ina suka.
ina : hmm, ina nak yang teddy bearlah.
ayah : tapi ayah tengok yang barrrbie doll tu pun bagus jugak, cantik. (padahal dia memang berkenan yang ini)
ina : (senyap kerana sedang berfikir fikir yang mana satu pilihan hati)
ayah : hmm, ikut ina lah nak pilih yang mana. tapi kalau ayah, ayah suka yang barrrbie doll tu lagi. teddy bear pun okay jugak.
ina : (muka confused sebab tak tau nak pilih sebab pilihan dia, atau pilihan ayah, atau cuma nak jaga hati ayah)

last last sekali end up tak beli apa. habis cerita.

see? aku memang dari kecik aku kena buat keputusan yang memuaskan hati pihak pihak lain. bukan ber-maksud aku nak salahkan ayah aku atau ape, bukan. kadang kadang apa yang dia buat keputusan itu ada baiknya untuk kita. kan? tapi seriusly aku cakap, aku tak reti buat keputusan, aku akan ter-agak agak fikir, "ish, kang aku pilih yang ni, macamana eh? nanti orang lain tak suka ke ape ke" so, most of the things yang kena buat decision, aku akan tanya pendapat orang lain.

ini tidak bermakna aku terlalu dependent kat orang lain bab making the right decision, it's just that i'm used to this way.

so nanti korang jangan ter-kejut pulak kalau ayah aku tanya, "ni nak kawen dengan sape nih?" "ikut ayah la"

DAK AIH. bab ni aku melawak semata mata. kalau yang ni pun nak suruh orang buat keputusan, HARU laaaa jawabnya! haha :P

okay geng. out dulu! petang kang kerja laaaa -_-" take care, wassalam.

Monday, December 20, 2010

changes.

ada lagi 2 bulan before i'm leaving.

and seriously, tak terasa nak pegi langsung. even tengah giat membuat persiapan,i guess i'm not ready yet, physically and mentally. and tak se-eksaited macam dapat result aritu. something wrong with me, right? people are getting excited when they're going to a new place, but not me.

i don't like changes. sebab nanti kena adapt dengan new things, new surrounding, new friends.

i'm scared i'm not able to face all these. to deal with the word NEW. sangat sangat rungsing, how i'm going to survive there. plus, lagi jauh dari family.

yeah i know pegi sana untuk belajar. untuk kaut ilmu kat tempat orang. but for some reasons, entah. macam not-into-it yet. mungkin sebab masih jauh kot tarikh nak pegi.

pray that i'll never change. semoga aku tetap qistina yang dulu. change for good is okay, but not for bad. hopefully.

Saturday, December 18, 2010

down memory lane.

ish. tak leh jadi nih.

aku baca blog batch waktu aku sekolah, semua hupdate pasal kawan kawan. pasal rindu maktab. pasal makcik ds. pasal life after high school.

gambar kat facebook. hisham, muz semua pakat ber-lumba lumba nak letak gambar waktu sekolah. saja kan, nak imbas memori lama?

kalau camtu, aku pun nak down memory lane lah.

kalau nak cerita banyak banyak, memang sampai esok tak habis. biasala, aku kan sibuk sekarang. wanita ber-kerjaya. so takleh nak hupdate banyak banyak. (konon la kan)

tapi, bagi aku, zaman sekolah saat paling best selama aku idup. kenapa? waktu tu la aku kenal dunia betul betul. aku belajar ber-dikari (yelah, sekolah asrama lima tahun kot, walaupun sekolah dekat tak sampai sejam sampai). kat sekolah la, aku kenal kawan kawan yang serius gila best. tak payah nak cakap sapa, tawu sendirik la kan? :)

dulu waktu sekolah aku gila skema. mesti datang awal kelas, sebab aku suka. takde orang, boleh fokus. (konon la kan) tapi selalu aku end up buat sudoku. haha, tengok? lagi satu, aku jarang ponteng prep. biasala, seperti point di atas, aku budak skema. hahaha penah sekali kena kunci dengan warden, mau tak gelabah weh. sebab tak turun prep. tu pun atas 'nasihat' dan 'dorongan' unit-mates yang plan taknak pegi. dalam hati,"laa, time aku tak pegi la kena kunci, time aku rajin pegi taknak buat camni isk isk isk -_-" dalam hati jela. haha

part yang tak kurang best : waktu puasa time sahur. aku suka betul turun sahur amik makanan kat depan blok 6. sebab apa? boleh cuci mata. haha eh takla. boleh tengok muka masing masing baru bangun tido. bak kata omputih, kan muka bangun tido tu muka paling cantik dan natural? haaa, betul lah tu. :P aku suka betul usha muka sorang sorang. pastu kalau ada yang aku perasan tak turun, abesla aku cop 'jenis tak suka bangun pagi'. hahaha

lagi satu aku suka. kalau time nak spm tu, semua benda nak buat sekali. prep la, kelas la, semua sekali harung satu batch. best la, sebab ramai ramai! :) meriah weh, haha. hm, ade lagi reasons dia. tapi... diam diam sudah. hahaha :D

okaylah. cukup kot. kalau aku rajin, aku cerita lagi nah. haha :) konklusi dari entri ini ; zaman sekolah best! sapa setuju?

tulah. sape suruh korang cerita pasal waktu sekolah. kan aku dah melalut kat sini.

Wednesday, December 15, 2010

20 tahun kah?

satu insiden yang menarik waktu aku kerja kemarin.

keterangan insiden
aku seperti biasa, menunggu customer la kan. kebetulan kemarin aku keje shift petang. dah tu, sorang sorang pulak. 'gila kuasa betul aku nih,' getus hati ku. eh takla, sebenarnya rakan sekerja tak dapat datang. so, aku je la keje aritu. takpela kan. haih bila kau nak masuk cerita kau ni qistinaaa

keje aku selalu, bab bab fotostat ni. meski pun aku sedia maklum fotostat itu adalah salah di sisi undang undang sebab copy hak cipta terpelihara bahan bahan original. tapi nak buat macam mana, dah nama pun aku keje kat tempat fotostat. haish la, asyik terbabas je kau nih.

pastu kan, pastu kan, ade la 2 orang budak pompuan datang. kalau tengok rupa, adela macam baya baya aku la 19-20 camtu. dia bawak pulak buku stpm. okaylah, takde hal bab tu. yang menarik perhatian aku, waktu dia nak suruh aku fotostat. dia cakap camni, "DIK, tolong fotostat sat bahagian ni... blablabla (aku tidak memberi perhatian kerana perkataan yang aku capslock tadi ternyata buat aku terpana)".

what? dik? WOW! haha mungkinkah muka aku tak nampak usia usia ke-duapuluhan? ataupun keTINGGIAN aku tidak cukup mengatakan aku sebenarnya sama baya je dengan diorang? hoho atau...

memang aku nampak tak matured macam umur 20 weh? haa jawab jawab!

p/s : entri ni baru satu daripada banyak banyak insiden orang ingat aku muda remaja lagi. mana ada weh, aku dah 20 laaa! -_-"

awet muda mungkin? sila muntah dalam bekas yang anda perlu sedia sendiri.

perfect?

ouh rasanya tajuk itu tidak perlu di-definasikan dengan lebih terperinci ye, sebab semua sedia almaklum erti sebenar 'perfect' dalam bahasa ibunda.

persoalannya; ada tak orang perfect serba serbi dari hujung rambut sampai hujung kaki? normal human do make mistakes, so do i. why bother to be perfect?

take a minute to reflect back. i'm not saying that being a perfectionist is totally wrong. nope, but you can't be per-fect when you actually have weaknesses. it's not perFECT, it's normal.

ouh kenapa ter-emosi di sini? eerr, adela sebab nya. haha :P tapi ni just apa yang aku rasa.

what do you think? betul ke wujud manusia yang perfect ha?

Tuesday, December 14, 2010

ciri ciri

tajuk entri kali ni : ciri ciri menantu pilihan bapak saya

title tidak boleh blah, bukan? hoho bukan ape, yang pasti bukan me-nunjukkan kegatalan saya untuk ber-kahwin. tidak sama sekali meskipun hati berbunga bunga girang tatkala ber-imaginasi tentang perkahwinan. okay sila kembali ke pangkal jalan.

sebenar-benarnya, aku ter-dorong (okay sila kagum bahasa saya) untuk buat entri ni sebab abang aku dah garu kepala fikir macam mana nak bagitau ayah aku pasal awek dia. well, awek dia memang cukup lengkap serba serbi, cuma nya... cuma nya.. tak payah cakap di sini rasa nye kawan kawan.

entri ini memang khas di-tujukan kepada sape sape bakal menantu bapak saya tidak kira lelaki mahupun wanita.

yang pertama tama sekali. ayah sudah pesan, carik yang bangun awal pagi. awal di sini bukan bermaksud pukul 11 pagi, oh tidak sama sekali. awal PAGI okay. iaitu selepas subuh, sila lah jangan tidur balik kalau anda nak jadi menantu beliau. komfem komfem beliau terima anda sekiranya anda menepati ciri ini. so, jika anda ber-minat, atau ter-tarik dengan tawaran untuk menjadi menantu kesayangan, praktis buat sempurna (practise make perfect). haha :P

kemudian, kalau yang perempuan, mestilah pandai me-masak ye kawan kawan. walaupun secara hakikinya anak perempuan beliau agak kurang arif ye bab masak masak ni. takpe, yang penting, at least tahu la serba sedikit nak masak. hamboih, takkan nak masak nasik pun tak reti? tu bak kata beliau la kan. :D

kalau yang lelaki pulak, (point penting ni) beliau amat menekan kan supaya saya mencarik yang TIDAK merokok. hoho kenapa saya highlight tidak itu? sebab memang ayah anti smokers. abang dengan adik adik aku takde yang berani merokok. mintak maaf ye kepada perokok perokok tegar sekalian, anda disqualified. (ceh, haha suka suka hati je terus tak layak :P) er, boleh di bawa ber-bincang sebenarnya ;)

satu ciri penting ; mesti lah ber-upaya menanggung anak nya. maksudnya macam takdelah hidup pun nak kais pagi makan pagi, kais petang dapat cacing. takdela sampai macam tu. biar biasa biasa saja pun dah okay :) haha

haa, reminder. ayah sudah pesan; disebabkan rumah saya ada 5 bilik semuanya (merangkap semua orang ada bilik sorang satu), ayah nak semua anak anak dia semua balik waktu raya. haha :P part ni memang entahla-macamana-dia-boleh-fikir-sampai-macam-tuh. haha lawak pun ada jugak. hurm terima je la labu ye? :D

itu adalah serba sedikit tentang ciri ciri menantu pilihan bapak saya. anda pulak bagaimana? :D

okay enough of merepek-ing. aku nak ke dapur nih. petang kang keje. till we meet again, take care! :) wassalam

Sunday, December 12, 2010

a song.

What hurts the most
Was being so close
And havin' so much to say
And watchin' you walk away

- Rascal Flatts, What Hurts the Most

:(

lesson to be learnt; always let your loved ones know how important they are in your life.

real nice song. :') seriously.

Tuesday, December 7, 2010

pertemuan ini.

arini ari selasa. cuti tahun baru hijrah. haa, ter-lupa nak buat ucapan. salam maal hijrah. change for good okay? kalau dah elok elok baik, takpayah gatal gatal nak ber-tukar jadi kurang baik. er, abaikan kalau tak faham. tapi korang faham kan point yang aku nak sampaikan? kan kan? mintak maaf, ter-iklan sebentar.

bersempena cuti ter-sebut, maka satu pertemuan telah diatur. dengan siapa? jeng jeng jeng. siapa lagi kalau bukan dengan si dia. *muzik saspen sikit*

ber-tempat di jusco perda yang gah pada nama, bukan pada cinema nya, aku berjumpa dengan seorang kawan lama aku. well, kalau tak sebab ada benda nak bagi, sampai ke sudah tak jumpa kot, ye tak? :P hihi takpe takpe, yang penting, aku dah jumpa si dia. ;)

well, nak cerita semua benda memang agak bosan lah. aku paham. okay, aku tak cerita. tapi memang aku enjoy every single moment dengan dia. part paling best ; kitorang gosip gosip pasal schoolmates. best best bila dapat tawu masing masing ada dah ada life sendirik. haha sorila ye kalau ada ter-kutuk ter-mengata tak sengaja :P tapi takdelah yang buruk buruk, semua yang baik baik ;)

satu perkara yang pasti; aku dah belajar yang true friendship will stay forever, tak kira la korang jauh mana hala pun. kan?

sebelum ter-lupa. si dia itu adalah cik zaty kita. :P

p/s : rindu kawan kawan. huhu

Monday, December 6, 2010

kerja

untuk makluman semua, aku dah dapat kerja!

nampak teruja, bukan? kalau bukan sebab uang, takde maknanya aku nak eksaited macam ni haa.

butiran kerja :
pembantu kedai
ada dua shift (pagi-petang, petang-malam)
gaji okay okaylah, taknak la expose sini weh HAHA :D
cuti, sehari seminggu

so kepada blogger blogger tegar sekalian, lepas ni aku akan sibuk dengan kerjaya baru aku. mungkin aku akan kurang ber-dunia dengan blog ni. ade pape, rindu aku ke, nak kuar lepak lepak ke, hit aku kat facebook eh? bisa diatur buk, pak! :P

aku dengan seorang lagi kawan aku, mira, kitorang akan start rabu ni. haha, kenapa tak start esok (selasa)? sebab kitorang demand nak keje ari rabu. gila mengada kan? nasib baik bos tu baik. haha :D

so, esok, aku nak kuar hang out dengan zaty, si bestfriend ter-sayang! :))) eh, kalau korang nak join, jomlah! bila lagi nak jumpa. gamaknya pasni jumpa time kenduri korang je lah :D kalau ber-minat, sila lah roger aku atau cik zaty ye.

till then, take care. doakan aku selamat ber-kerja ye :P haha enjoy your holidays, have fun! :D

p/s : tadi maksu aku dari johor sebak bila aku peluk dia. pasni tak jumpa dah, lambat pulak nak jumpa balik :'(

Friday, December 3, 2010

kuat!

sila doa kan saya jadi insan kuat.

kerana at times, i feel like i want to give up life, seriously. :(

don't ask me why or what had happened, just give me good thoughts and advice, please? :'(

kenapa nak curang?

ish ish ish. yang kau curang apesal? tahu lah kau tu cantik, cun melecun, petik jari 10 teksi datang nak amek. lawa la kan. ape kau ingat senang senang kau nak curang?

eh ter-lupa pulak. itu cuma sekadar introduksi kepada tajuk di atas. tadi aku stalk facebook orang. (kantoi la pulak) pastu baca status pasal 'wanita cantik selalu curang?'. "tajuk menarik!" hati kecilku berkata kata. then, aku pun google la pasal tajuk tu. memang ade pun dalam paper. kalau tak percaya, korang google lah sendirik. taknak aku bagi link. haha :P

entahla kan. manusia tak penah nak ber-syukur. Allah dah bagi muka cun melecuncunmelecur, badan sikit punya tiptop, siap ada boyapren yang setia, boleh pulak kau main kayu tiga, empat lima? apekehal nya lah? tak puas dengan apa yang ada? *sedikit emosional*

aku merasa ter-panggil (okay sila kagum dengan bahasa aku guna) untuk mengupas dengan lebih lanjut isu ini sebab memang aku perasan asal pompuan cun je, nak mesti tukar tukar boyapren. aku tak kata semua pompuan cantik sebegitu rupa, cumanya SEGELINTIR sahaja. tak kurang jugak kepada lelaki yang stok kacak hensem macam stefan salvatore *melting sebentar* hot stuff segala. kenapa mesti korang nak curang eh? adakah anda fikir anda hot stuff la kan, jadi semua pompuan nak kan anda? begitu? dan kepada pompuan pompuan yang cun jugak, adakah anda merasa diri anda itu model lagak gaya macam tyra bank negara jadi semua laki laki akan terbang tatkala melihat anda?

mungkin bagi mereka mereka yang shantek shantek kacak kacak sekalian, mereka ada kelayakan untuk mempunyai/memiliki seberapa banyak spare part yang mereka kehendaki. mungkin macam tula kot tanggapan diorang. ye lah, muka stok market. sape taknak. ni jenis pakai buang nih. *lagu pakai buang lagu stacy*

ouh memang aku ter-emosi di sini, sedikit je, tak banyak. sebab aku rasa mungkin diorang diorang ni nanti sekali ter-kena batang hidung sendirik baru nak sedar insaf kembali ke pangkal jalan. yelah, macam omputih cakap, 'what goes around comes around'. kau buat sekarang kat orang, esok esok insyaAllah kau kena pulak sebijik macam kau buat kat orang. waktu tu baru nak sedaq habaq. (sedar diri) maaf ye bahasa ter-kasar.

well well. apa pendapat korang? penah tak jumpa orang macam ni? senang je kalau jumpa yang macam ni. korang pegi sebelah dia, korang cakap, 'what goes around comes around'.komfem dia garu kepala tak faham.

moral of the story ; sila setia pada yang satu. dengan exception; kecualilah bini korang bagi pasang lain (madu oh madu), itu takpe, bukan curang ye kawan kawan. ;)

pesanan penaja : cobalah untuk setia :D

Thursday, December 2, 2010

sesi mengarut.

apa yang aku tulis pasni memang direct dari otak transfer ke jari jari lalu di-taip di entri ini. have fun!

plan nak keluar hang-out dengan besties sekalian.

haiya lapar la pulak. nak mentekedarah ape sekarang nih? tomyam?

adik aku ni. melepak je keja dalam bilik aku. ape die ingat kedaikopi? mentang mentang bilik sebelah dapur. tapi bagus jugak. buli suruh amik air. HAHA :D

nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit (nampak tak ke-desperate-an aku dalam mengejar harta kebendaan?)

kalau aku cakap aku rindu dia, mesti korang cakap aku gedik kan? okaylah aku tak rindu dia. okay tak kenyataan aku nih?

nak pegi mandi waterfall!

macam mana la aku nak bagitawu ayah aku suruh beli laptop baru eh? *garu garu kepala*

nanti nak buat spek baru. spek macam old skool okay tak? ke... nak yang nerdie punya? rasa rasa? pakai contact lens nak? wah wahhh

banyak lagi barang nak beli ni. baru start beli yang basic. hmph. penat dah pegi shopping macam ni selalu. -_-" bukan perempuan tegar yang bisa shopping, macam yang omputih cakap, 'shop till drop'.

belajar masak? ya masih dalam proses belajar. nanti aku report back ape yang aku dah belajar :]

adik abang aku dah pesan macam macam sebab aku nak pegi sana. suruh aku beli jersi la ape la. duit mane, duittt? no money, no talk HAHA gila kejam

esok ada kenduri. yeay yeay! aku suka kenduri esok sebab nak jumpa cousins yang kamceng! :)

sesungguhnya kalau nak bagi aku happy, sila lah beri coklat banyak banyak. komfem aku akan ter-senyum sampai telinga nampak gigi penuh coklat pastu bajet comel sengih sengih macam kerang busuk. terima kasih nadzaty untuk coklat yang kau bagi untuk besday! :) memang betul betul ubah mood swing aku tadi ;D

ahad pegi wang kelian! i love jalan jalan! :DD

asyik mimpi bukan bukan je sejak kebelakangan ni. apesal ha? huhu

okayla aku rasa cukuplah aku merepek kat sini. abang aku dah bising bising suruh tutup wifi. sibuk je kan? haiyaa. and mungkin aku tak hupdate 2-3 ari ni. pesanan ikhlas dari penaja ; hargailah orang yang sedia ada di depan anda, kerana ketika dia tiada, takde guna nak ingat ingat lagi. menyesal lagila tak guna. sekian harap maklum. :) jangan rindu rindu. usah di-layan rindu mengarut itu. (mintak maaf aku memang suka mengarut ngarut sikit, layankan je lah! :P)

selamat tinggal. take care, till we meet again! wassalam :)

rindu

rindu itu indah.

kan?

Tuesday, November 30, 2010

duit.

entri ini bukan bermaksud saya mata duitan atau gila mengejar harta kekayaan datuk datuk tokwan tokwan tansri tansri. saya tidaklah se-desperate itu untuk uang (indon eja macam ni), tapi memikirkan bebanan yang perlu di-tanggung akibat uang, haiyo tatayo. terasa nak ber-imaginasi seketika; bilalah duit nak jatuh ber-kepuk kepuk dari langit?

untuk persediaan ke sana, saya memerlukan banyaaaaak wang. word 'banyak' tu sila baca dengan penuh feeling. sesungguhnya kalau nak list, sangatlah berjela jela 'Things that I need to buy". tapi better tak payah list, aku yang sakit kepala ni haa fikir duit oh duit. haiyaa

satu perkara yang bermain di minda ; jom kerja?

Monday, November 29, 2010

kulim.

seperti yang telah di-nyatakan sejelas jelasnya di entri sebelum ini, kali ini topik perbincangan berkisar tentang kulim bandar maju.

nak dijadikan cerita, al-kisah nya adalah seekor sang kancil... (melalut sebentar)

oh, kembali ke topik asal. semalam (28 nov), adalah hari paling bermakna dalam hidup. kenapa? kerana aku telah dibawa pegi makan kenduri. yang ber-maknanya ofcoz la bukan bab makan (walaupun aku memang hantu makan). tapi sebab kenduri tu di-adakan di kulim bandar ter-chinta. (terharu tak muz? :P)

lokasi kenduri tu; dekat area super-market minat. so, on the way dari hometown aku, kena lah lalu minat tu. sebelum nak sampai minat, mata aku ter-tancap (wah, ayat ter-tancap!) kepada satu senibina yang agak asing pada pandangan mata selama lima tahun aku menetap di situ dahulu kala. so, first impression ; WAH! WAH! WAH! ada GIANT lah!. nampak beliau ter-kagum bukan?

memang betul. agak ter-kejut melihat kulim pada waktu sekarang. banyak bangunan baru dibina dalam pelan Rancangan Malaysia ke-__ (sila isi tempat kosong) tu salah satu sebab aku kata semalam adalah hari paling ber-makna. melihatkan kulim telah berkembang pesat. yosh, aku bangga aku penah stay situ. :)

the next part; waktu on the way nak pegi melawat adik aku kat sekolah teknik (dia amek spm), maka lalu lah kami di simpang tiga (kalau ke kanan pegi bukit mertajam, kalau ke kiri pegi pekan kulim) pastu, ibu konon-konon melawak, "eh, jom pi tengok sekolah ina" pastu di-sokong oleh adik aku, "aah, jom pi hantaq ina balik?" ayah aku pun buat buat melawak jugak, "ha, jom." aku ingat memang depa melawak betoi betoi. sekali, ayah aku ke kiri, yang ber-maksud, lalu depan MRSM PDRM! wah, qistina jangan touching, jangan touching, control itu sebak.

perjalanan yang masa 10 minit memang penuh debaran. sampai je dekat depan guard, ayah boleh tanya aku lagi, "nak masuk tak ni?" aku laju je geleng sebab guard tu dah tengok semacam. dalam hati aku,"takpe ayah, tengok dari luar pun dah cukup bagus" serius aku rindu maktab weh. seriusss. huhu dahla semalam cukup lah 3 tahun hari last kita kat maktab. tiga tahun yang lepas pada 28 nov, adalah hari graduasi kita. rinduuu (dia buat dah)

konklusinya kawan kawan; kalau rindu high-school life yang best gila gila happening itu, silah me-ngadakan kunjungan tidak rasmi ke maktab atau sekolah terchinta. pastinya ter-ubat rindu di hati melihat pak guard tengok kita pelik seolah olah dia pernah nampak kita fly beli durian. betul tak kepada sesiapa yang berkenaan? HAHA

p/s: 3 blissful years. and yesterday i was there, reminiscing the memories. happy anniversary :)

entri nak cepat.

okay anda ter-tipu lagi kerana ini adalah tag! eksaited tak, eksaited tak?

(sebenarnya tag ni aku buat before balik umah lagi yakni jumaat 26 nov, tapi sebab aku tak sempat habiskan, aku save dulu. so, layan je lah ye, aku malas nak edit intro :P)

kerana saya mengejar masa oleh sebab saya perlu iron baju untuk balik esok, jadi saya buat seringkas yang mungkin ye cik shima? ringkas, tepat, padat, ada isi. ada isi? haiyo bahasa.

1. pe bnda yg paling penting dlm hdup korang
benda ye? spek kot. kalau takde spek, komfem komfem aku tak nampak skrin. muka korang pun dah nampak macam tivi rosak yang ada wave wave tuu

2. benda terakhir korang beli gune dwet sendiri

air minuman dalam tin? tu yang last aku beli petang tadi sebelum orang pegi semayang jumaat. ayok, semayang jumaat kau tak pegi ke tadi? ayok tatayo!

3. di mana korang nk melangsungkan perkahwinan korang
dan tema perkahwinan korang nanti ?

kalau boleh nak five star punya hotel, pastu tema nak wedding dalam garden gitu. apa kau ingat kau paris hilton nak buat kat hotel sendirik? buat kat umah sudaaah, tema nak kaler putih, purple, hijau pucuk pisan dan merah. rasanya aku dah cakap kan kan kan?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang ?
agak agak? kalau aku ngaku single, percaya tak?
okaylah aku ngaku, aku double cheese burger. (ter-goda nafsu makan?)

5. berape lame korang akan menyintai kekasih korang
insyaAllah sampai ke jinjang pelamin. gila skematik punya jawapan, HAHA sampai bila mana Dia tentukan dia adalah yang terbaik untuk diriku. *ayat spontan aku tak reka reka*

6. dimane korang selalu jumpe kekasih korang ?
jarang jarang jarang jumpa. selalu jumpa kat telefon sahaja. terima kasih kepada celcom kerana meng-hubungkan kami. :D

7. novel/ buku/ majalah yg terakhir korang beli ?

buku cerita kanak-kanak tajuk "My Ramadhan". gila comel kartun dalam buku tu. lagipun aku fikir untuk investment anak anak aku jugak. eh silap, anak anak murid lah!

8. apekah name penuh korang
Nurul Qistina binti Baharuddin. ni ikut kad pengenalan. sila lah catat, mana nak pi taw, nanti nak letak nama anak ke. hehhh :P

9. antare mak n ayah korang, mane korang lgi rapat?
personally, aku rapat dengan ibu. tapi orang selalu cakap aku ni anak ayah. kenape eh? sebab ayah selalu beli ape aku nak ke? tapi saya tetap sayang mereka berdua.

10. namekan org2 yg betol2 korang nk jumpe dlm hidup.
our prophet Muhammad s.a.w. :)

11. adekah korang basuh baju sendiri ?
mestilah. ingat ada maid seketul ke dalam rumah? semua sendirian berhad. tapi perlukan jugak pertolongan mesin ye kawan kawan. :P zaman dah maju, gunalah teknologi sepuas-puasnya.

12. di mane tempat yg korang betol2 nk g ?
semua tempat aku nak pegi! :) tapi spesifiknya buat masa sekarang, nak pegi bulan. tak tercapai akalmu kan? haha tanya lagi aku soklan macam ni.

13. pilih salah satu peluk atau cium
HUGS and KISSES.

14. beritahu 3 perkare tentang org yg tag korang
shima amiza
- cantik! :)
- pandai memasak! :D
- super caring, seriously :)

15. 5 benda yg korang syg sgt dlm hdup korang

- fon dengan no fon. insyaAllah aku takkan tukar no fon sampai bila bila :)
- kuma kuma :D
- hadiah hadiah yang ada nilai sentimental. ecewah ayat ber-bunga bunga
- kredit kad. mestila 'sayang' nak guna, kang tak pasal kena soal siasat sama bapak saya :P
- makanan boleh termasuk tak? :P

16. 5 lagu korang suke n selalu dengar

- just the way you are - bruno mars
- buka hatimu - armada band
- five minutes to midnight - boys like girls
- i wanna - all american reject (kot?)
- lagu jiwang atau rock kapak. banyak sangat lah sampai aku tak ter-ingat tajuk dia :PP

17. bile tarikh lahir korang n korang sambut besday bile tahun lepas
- 04 Nov 1990
tahun lepas kan dah abes exam, so batch kitorang buat game futsal. diorang wish waktu tu la, pastu ade lah buat prank sikit, curah air men-curah curah ke tudung aku. haha

18. tujuh org blogger korang nk tag
- zaty
- pika
- pinat
- ten yaya
- muzakkir
- hisham
- umai
- dan sape sape te-rasa diri free, silakan. :D

19. cerite sikit pasal blogger pertame yg korang tag
- baru jumpa sabtu lepas. makin berisi ye? :DD dan makin cun! :)

okay, tag sudah tamat. jom buat entri lain pulak. atas permintaan muzakkir, jom buat entri pasal kulim! *berbau eksaited!*

Friday, November 26, 2010

smiles

you'll never know how hard it is to be me.

there's nothing you can do, except bear with it. be strong, you will be all right. you're gonna miss them, like seriously. take it easy, sweetie. pray so that she will be able to handle emotions. don't ask why, all i need is just a little prayer for her. good luck, qistina.

esok balik yeayy!

esok balik yeayy!

copy paste title di atas tidak membawa maksud untuk men-jeleskan siapa siapa yang masih bergelumang eh tak bergelut dengan exam. atau bermotifkan riak esok nak balik. bukan oh tidak sama sekali.

barang dah settle, pos pagi tadi. docs semua dah beres, dah submit kemarin lagi. ape lagi?

tawu tak bosan ni tak tawu nak buat apa?

by the way, esok flight pukul 1220. so, doakan aku selamat sampai. sehingga bertemu di lain waktu, chow cincauuuu :D

sorila. aku nak tengok movie pulak. untung untung dapat tido sejam dua, mana tawu jumpa stefan si pontianak hensem dalam mimpi. *melting*

fakta atau auta?

25 perkara penting yang korang perlu tawu tentang saya (ceh kau bajet semua orang nak tawu pasal kau ke?)

eerr, maaf. sebenarnya entri ini dibuat setelah di-tag oleh cik zaty kita ye. so, untuk tidak melengahkan masa, kita mula tag kita dengan membaca arahan. -_-" perlukah?

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged.


1. nurul qistina maksudnya cahaya keadilan. boleh jugak cahaya kesempurnaan. mana mana pun takpa. dulu waktu darjah satu, kawan kawan tanya, "eh, apsal nama ang qistina ah? agama ang kristian ka?" okay itu budak budak punya curiosity. -_-"

2. seorang yang kurus keding walaupun kuat makan. ini memang betul punya fakta. kau mentekedarah la banyak mana pun, takde maknanye nak naik berat badan. bukan bangga ye, bukan. saya teringin menjadi normal, bukan underweight. =_=

3. KUAT makan. diulangi, kuat makan. non-stop perut asyik lapar. semua benda, dijamin ngaapp!, tolak batu kayu pasir rumput dan sama waktu dengannya. banyak makanan fevret, antaranya; charkueyteaw, coklat, kfc ape lagi kau nak aku letak? kalau aku letak semua makanan as makanan fevret boleh? :P

4. clumsy. oh yes, i admit this fact. kalau nak cuai tu, ya Allah, sabauuu je lah! haha aku pun kadang kadang bengang dengan diri aku (eh boleh pulak kau bengang dengan diri sendirik?).

5. mengalami sindrom sleep-talking. (malas ulas panjang, malu maluuu)

6. waktu zaman kanak kanak, aku lasak dalam kelembutan. main bola jadi goalkeeper dengan siblings pakai dress. berani panjat pokok, sekali terjatuh menangis macam pompuan. main pondok pondok sambil lawan raksasa.

7. suka tengok orang main gitar. :) pernah bercita cita nak belajar violin, tapi CITA CITA je lah ye. -___-

8. cepat mabuk darat terutama kalau lalu jalan pusing pusing bukit bukau (contoh terdekat ; jalan nak pegi kelantan dari gerik). so korang jangan nak pandang aku pelik kalau aku nak ter-muntah dalam kereta atau bas untuk perjalanan sejam. kang fikir aku pregnant pulak haiyaa

9. pe-nyenyap dan takkan bercakap banyak. suka dengar dari bercakap. entah, introvert kot. :O

10. ada satu patung kura kura, nama dia Kuma Kuma. aku rasa bantal busuk korang pun tak boleh celen (lawan) dia punya bau. terbaik! :D

11. suka mimpi mengarut mengarut. antara mimpi paling tak masuk akal; mimpi bertunang dengan pahlawan terkenal Hang Tuah waktu zaman kanak kanak. apa kau ingat kau tu Tun Teja? Hang piiiiiraaaah! (okay ini cuma satu antara mimpi yang tak relevan)

12. kalau dulu orang tanya, "cita cita nak jadi ape?" aku reply, "nak jadi pakar mata" sebab aku penah buat operation mata time standard 3. so, annually aku akan ade appointment dengan doktor tu. mana aku tak admire dia kalau setiap tahun dok jumpa? tapi seperti yang telah di-nyatakan, itu cuma CITA CITA.

13. paling suka bertekak dengan abang waktu kecik. dia panggil aku 'tok na banana', aku geram pastu aku panggil dia 'tokjin lidah jin jintan manis'. dia baling nasik seketul kat aku, aku buat serangan balas berketulketul nasik. dia perang mulut dengan aku, aku menjerit sekuat hati satu taman boleh dengar bak kata ibu. tak boleh langsung bertembung. depan ayah boleh pulak aman damai. tapi tu dululah zaman kanak kanak ribena gitu. haha

14. cukup suka neves tak tentu hala, terutama bila last minit. haiyoo, gelabah bewak betul. pastu mula lah, semua benda buat tak kena. point yang penting : stage-fright tu ada.

15. tak reti mekap langsung. setakat lip gloss, eye shadow aku boleh gagah tempek. yang lain lain, kang jadi opera cina. hancus. -_-"

16. tak reti shopping. cukup susah nak tengok aku beli baju, seluar atau sebagainya sebab aku tak reti nak pilih pilih yang mana berkenan di hati. susah ada orang camni.

17. teringin rumah tepi laut macam dalam cerita fullhouse. fwahh! :) B-E-R-A-N-G-A-N lah lagi banyak banyak. with exception; kau kawen dengan datuk atau tan sri jadi bini muda ka, kau mintak satu bijik komfem dapat. haha :P

18. jarang moody atau marah tak tentu pasal. tapi kalau sekali aku dah not in the mood, memang ada pasal lah tu. selalunya moody itu jarang di-eksperesikan di khalayak umum.

19. kacukan. ibu Siam, ayah Bugis. kacuk la jugak tu kaaaan. HAHA :P

20. allergik kepada seafood, cincin dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kulit. kulit nak eksklusif, dia nak yang emas tulen ja. nak lagi bagus kualiti, berlian pun takpe, i terima je. :D

21. ada lesen kereta, tapi tak penah drive. bukan penakut, cuma fobia dengar ceramah tak bertauliah dari bapak saya. orang tengah gelabah nak bawak kereta takut eksiden dia boleh bagi khidmat nasihat free free. penah sekali je bawak kat highway, SEKALI tu je lah. -_-"

22. percaya kepada true love. ajal maut jodoh semua dah ditentukan, tak lari ke mana. :)

23. suka tengok pompuan cantik. oh kagum! (bukan lessssbo okay) kagum dengan ciptaan Allah kan :)

24. cukup anti dengan orang smoking. anti sebab bau dia busuuuukk. ee, yek yek (muuntah) sila jangan merokok atau berbau rokok di hadapan saya, terima kasih.

25. suka tengok bulan. C: sebab... cantik!

dah siap homework aku. so, aku dah publish ni, korang bile lagi?

sila buat ye kawan kawan :
- shima
- hannah
- dan lain lain tak perlu aku mention nama kerana anda tawu siapa anda bagi saya. :)

okay, daaa. see you soon. wassalam.

eh tibe tibe rasa nak buat entri lagi. bosan!

Wednesday, November 24, 2010

kenduri kawen.

salah satu sebab utama aku nak balik awal yakni ari sabtu (awal la tu okay, kalau tak kena balik ari ahad -_-") adalah kerana family angah aku buat kenduri. mana aku tak eksaited, ni kenduri first kot dalam family kembangan aku (eceh kembangan mai mana pulak). sebab dia cousin aku paling tua, sebab tu la dia kawen dulu. dengan agak 'loaded' la kalau dah kata pakai kereta bmw 5series kot (mintak maaf, aku fail bab bab kereta) pada usia 25 tahun. nak harap abang aku? keja pun tah mana hala, ada hati nak kawen. nak harap aku? boleh saja aku cakap "YES, i do" tapi kang langkah bendul pulak. muahaha :P *ulat bulu dah naik dauuuun*

plan nya aku telah ditugaskan bahagian hidangan lah kan. biasalah, tempat pompuan kat mana lagi kalau bukan di dapur kan kan. tapi, oleh sebab maktab sayang aku sangat sangat (sepatutnya dah boleh balik khamis lagi), so terpaksa lah aku tidak menjalankan tugas aku. mintak maap ye abang bai, nanti ina balik ina tolong cuci pinggan. :P

flight dah pukul 12.20 pm. so, nanti untuk penumpang penumpang Kuching International Airport dan Penang International Airport, sila jangan buat muka pelik bin ajaib bila nampak aku ber-baju kurung. untuk kali pertama dalam hidup naik flight pakai baju kurung. gila perempuan melayu terakhir. wah waaaah

sepatutnya tema diorang warna hijau. tapi aku takde maknanya. aku lari jauh dari tema :P takpe, nanti kenduri aku, korang nak pakai apa, warna apa pun aku tak kisah. janji true colours (aiseh tiru tema dinner batch aku pulaaaak :P) berangan je kan kau nih. HAHA :DD

yang pasti, aku nak tangkap gambar banyak banyak. eh bukanlah, aku nak masuk dalam gambar banyak banyak :P baru betul! dan sebagai peringatan untuk abang aku, sila jangan gatal sangat nak kawen for the next two years. kalau tak, SILA sponsor tiket pergi balik adik anda yang ter-sayang ini dari negara susu lembu. deal? :D

p/s : nanti kenduri kawen aku nak warna putih, purple, hijau pucuk pisang, merah. gila mewah kau nak buat majlis empat hari empat malam kah? angan angan sajalah kau labuuuu. :P

sabtu.

sabtu ini akan berangkat pulang ke kampung halaman. ya, semangat nak packing barang sampai sanggup ketepikan ayam mcd untuk dimakan esok pagi. semangat, bukan?

sekarang? tengah online. facebook. belog. haa tu je lah. yelah, mana nak mampu pakai berukband. bergantung 24/7 kepada wifi maktab. mana nak boleh tembus tubekau. mana nak boleh tembus tweet tweet. mana nak boleh tembus skype. hadoila.

menjelangnya sabtu ini, perasaan pasti bercampur baur. seronok sebab nak balik rumah cuti tiga bulan boleh makan charkueyteaw banyak banyak. sedih sebab nak tinggalkan tempat ni dah 2 setengah tahun dok sini dengan lecturers yang seriusly the best ever. tak best sebab nanti tak dapat dah ar nak jalan petang petang pegi saberkas singgah kedai sate beli sate kulit fevret (mana nak cari dah pasni?). nanti mesti rindu pegi shopping complex The Spring, Boulevard, Saberkas pun bolehla dengan uncle K, uncle C, uncle G. pastu mesti tak dapat dah nak nyanyi lagu 'Ibu Pertiwiku' dengan penuh patriotik sebab lagu tu lagu negeri yang paling sedap penah aku dengar. dan banyak lagi yang aku for sure akan miss about you, Kuching.

takpe takpe. ada dua tahun untuk rindu semua itu. aahh, ngade kan kau nak rindu rindu! dah pegi tido, membebel je keje! selamat malam, wassalam.

tag nama.

title kena tipu. tag tag tag, sape sape yang nak buat, silakan, jangan malu jangan segan, buat macam ghumah sendiri nah. :D ouh sebelum terlupa. peringatan kepada sesiapa yang mungkin akan ter-muntah atau ber-pendapat "eee, geli la", harap maaf ye, kerana ini cuma sekadar menyelesaikan tag, terima kasih. :)

gelaran y anda berikan kpd si dia
dulu dulu, i you i you. sekarang, better tak payah bagitawu, malu malu. rhyme tak, rhyme tak? haha :D

Bila first date korang. kat mne.
first date waktu annual dinner form 5 kot. sape sape yang tengok pada waktu itu, sila jangan sengih sengih nampak gigi ye. saya tawu. :P

Kat mne korang salu date.
kat mane? ter-sangat lah jarang jumpa, cinta jarak jauh. so, takde jawapan untuk soklan ini. markah bonus!

Maksimum brapa kali korang date sminggu.
ouh rasanya jawapan telah diberikan di soklan sebelum ini. sila rujuk jawapan di atas, harap maklum.

Perkara plg sweet korang pnah buat bsama.
sweet? manis? ahh tak perlu dicerita disini. semua nya manis manis belaka, even gaduh masam muka rindu rindu jeles sikit gelak ketawa semuanya sweet bagi saya. :)

Hadiah plg best anda penah dpt dari dia
satu keping note RM 1 yang telah dibahagi dua. satu ada pada dia, satu ada pada saya. :D jam air turun warna biru dan merah. jam tangan. ouh ter-cakap banyak pulak. tapi best best. :)

Si dia pnah buat suprise x
penah penah penah! :D surprise yang hampir nak clash pun ade. -_-" haha boleh pulak ye? :P

Siapa salu mengalah bile gado
bergantung kepada siapa yang buat salah. :) tapi masing masing akan mengaku konon konon buat salah. haha :D

Ayat untuk boyfren anda
almost reach 3 years. :) hope we last until the end, insyaAllah. thanks, for every single thing you have done! :))) you have been a great motivator to me, doc!

Tag kat beberapa sweet couple y anda nak
- zaty
- pika
- pinat

dan sape sape yang terasa nak buat, you are most welcome. :)

Tuesday, November 23, 2010

syukur.

petang tadi aku ingat nak joging la kan. yela, dah lama tak pusing padang usha usha cuci mata sikit. eh takla, hati suci murni mana bleh cuci mata! haha :P takdela, sebenarnya dah lama tak keluar jalan jalan kat kawasan maktab. tambah tambah pulak lagi berapa hari je nak tinggal kat sini. sobs sobs :( sedih la pulak. haiyaa

pegi pulak dengan cik hannah pen-jogging berjiwa kental. mana taknya, aku pusing padang dua kali pun dah semput semput. dia steady je 5 kali pusing, 2 kali jalan dengan aku, selebihnya dia joging pulak. aku JALAN sahaja. haha :) tabik spring untuk cik hannah. :DD

then, lepas (kononla) penat jalan tu haa, aku pun dudukla dekat bench tepi padang tu, lagaknya macam layan jiwang sekor lah kan. aku terpandang langit kat atas. terdetik dalam hati, " Ya Allah, luasnya alam ni, subhanallah. " terasa kagum sebentar dengan apa yang aku nampak. rasa takjub tu, aku tak tawu nak describe macam mana. rasanya better korang try pegi kat padang yang luas, korang pandang alam sekeliling kita. takpun pegi pantai, korang dok kat tepi tu tengok laut yang terbentang luas. macam tu la feeling aku. dengan burung burung terbang. dengan semut semut waktu tu merangkak rangkak naik atas selipar aku. serius, aku rasa indah sangat alam ciptaan Allah. Dia dah cipta sebaik baik perkara dan setiap satu ada fungsi nya tersendiri. angin tak payah cakap, ya Allah, aku dapat rasa sepoi sepoi bahasa. dengan manusia waktu tu berduyun duyun baru balik dari kursus. macam macam gelagat tak payah nak cerita. cuba korang bayangkan kalau Allah cipta alam ni takde oksigen la? cuba bayang dunia ni dengan manusia yang semuanya serupa dua kali lima? cuba bayangkan kalau Dia cipta semut lagi besar dari manusia?

alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ini. kalau kata waktu tu tiba tiba ajal sampai? dah cukup kah amalan? dah cukup kah persediaan untuk dunia di sana? aku tak cukup baik nak bagi nasihat, sebab kadang kadang aku pun sama terbabas jugak. tapi tak salah kan saling ingat-mengingati? :)

just renungan bersama. cuba lah korang pegi padang atau tempat yang luas satu masa nanti, dan korang hayati apa yang ada. janganlah pulak pegi padang yang ada mamat mamat hensem main bola, takpun gadis gadis cheerleaders yang cun cun, tu pun korang nak 'hayati' jugak ke? haha :P

till then. nak packing baju! yoshh! :) take care, wassalam.

Sunday, November 21, 2010

bosan.

ya ya, aku mengaku aku bosan gila gila sekarang. nak keluar, duit illek. (takde dalam bahasa tamil) dengan lapar pun cukup, kafe pulak seperti biasa ari ahad la dia nak cuti umum. cuti pekebenda ntah, dia ingat student maktab posa sunat ari ahad kot. -_-" sudahnya, makan megi je la jawabnya. nak order mcd, jangan perasan macam mewah la ye. duit pun tak sudah sudah mintak sponsorship dari ibu. haish la. :(

bosan ni, takde benda lain la aku nak buat. online, facebook, update blog. so, mintak maaf banyak banyak la ye, kalau anda terbaca entri yang tah pape. serius bosan! korang agak agak la kan, dengan hostel dah kosong, senyap sunyi macam seram semacam, so, apa korang expect aku nak buat? tengok movie? oh please la jangan suggest itu. aku dah bosan muak jelik tengok movie. blergh. nak termuntah muntah tahu? ok itu exaggerate.

nak pack baju? *yawns* bosan bosan BOSAN la! =.=" rasa macam nak sumbat segala mak nenek barang malas nak tengok tengok sort out dah. :/ like seriously, aku tak bleh nak describe la betapa malasnya nak bergerak start packing baju tu. dah berakar duduk atas katil online rasa macam tak nak buat pape melainkan menghadap lappy 24/7. pemalas kan, pemalas kan? jauhi sikap ini.

all in all, dapatlah dikonklusikan disini, bosan mampu membuat anda gila seperti saya. gila yang comel. :P HAHA maaf, ter-perasan disitu. yela, kena ada puji-pujian untuk tuan punya blog. :DD

okay, daaa! :) take care, till we meet again. :) wassalam.

p/s : rasa macam nak jumpa kawan kawan lama la. agak agak, diorang nak tak jumpa dengan aku?

Saturday, November 20, 2010

reminder untuk minggu ini.

Qistina, these are the things you have to do within this week.

1. pack barang. oh sudah semestinya. 2 kotak telah di-send pulang pagi tadi. and some more kotak tengah diusahakan. then, nanti weekdays kita pegi post office lagi eh? buku buku dan baju, oh gosh.

2. selesaikan urusan visa and related matters. ya, wajib selesaikan before this thursday. beli bank draft, sort out all the forms, letak dalam satu fail. check again and again so that there's no mistakes. susah kan? ingatkan just simply get ready nak naek plane je pegi sana. -_-"

3. beli barang barang ibu pesan. kain batik sarawak saja dah dekat 5 pasang. tu tak termasuk souvenir orang pesan semua. yang berada di fikiran sekarang : macamana aku nak bawak balik semua ni tanpa meng-exceed kan luggage? T_T

that's it? ya, buat masa ini, itu saja.

oh, surely i'll miss you, kuching. :( everything about you.

Friday, November 19, 2010

hey.

i miss you.

harap bulu mata anda jatuh, kerana barangsiapa bulu mata jatuh sebelah kiri, ada orang rindu. bukan saja saja tarik ye, secara sendirinya jatuh. :')

ayat nak 'barangsiapa' kan. :P HAHA bm puitis, oh sekema sekema. :D ya, saya sudah tidak tensi tensi lagi! :) you make me smile. haiyo gila bayang ka apa nih? nehi nehi, thinking of life is too short for unhappy things and stressful days. so, daripada stres tak tentu pasal, kita enjoy! :)

a week to go qistina, bertahan! :D

desserts.

it should be spelled the other way round. yeah, i'm stressed.

a week to go, and lots of things to be done. seriously, dari segala macam borang kena isi, visa, and all those forms tak payah cakapla dah nak termuntah tengok, semua kena isi and very particular. tak bleh silap langsung. ok, done with that part, cuma tinggal nak check balik and submit.

next, packing things to be send home. well, kalau dah nama dok 2 tahun setengah, bajet bajet sendirikla barang nak banyak mana. tambah pulak umah dekat gila. senang keja ye tak? T_T" dalam usaha membungkus barang barang yang tak guna untuk shipping. oh, itu guna DUIT lagi. -_-"

cakap pasal duit, banyak duit dah abes kat macam macam benda. tak perlu nak cakap, bank draft saja dah dekat rm 500++. baru satu benda, tak campur tolak benda lain lagi. haish la, time ni aku rasa bersalah sangat nak mintak duit, sebab aku tawu dah banyak susahkan parents. :(

and again, stressed. it is not easy to please each and every person. what do you feel when people keep asking you about things they-should-leave-it-to-you? and you know we have been very busy with lots of things-you-know-that. i know my part, and i'll try my best to give you secepat mungkin, hell yes, i don't even want to hold it for too long. glad that i will not be in the post for next year. you should hold my post then to know how pening my kepala to think about all the matters. no offense, i know you won't read this. but please please, trust me, i also want to finish all this as soon as possible.

mixed up. :( i wanna be home now, can i?

Wednesday, November 17, 2010

perempuan

this entry is just a matter of my opinion, takde kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. :)

bila bercakap tentang perempuan, banyak benda atau views about how they should behave, their manners and attitudes, skills yang diorang kena tawu, and so forth. well, memang betul, being a girl, i know there must be certain labels or perceptions yang people view pasal perempuan. mari kita kaji universal criteria of how a girl should be :

girls and shopping

ini memang true fact pasal perempuan. cuba bagitawu perempuan mana tak suka shopping? kalau ada, boleh dikira 'pakai jari pun boleh'. ye tak? seldom korang dengar bila perempuan nak pegi shopping dan ajak member, "eh, taknak la aku join shopping" melainkan sebab sebab yang tak dapat dielakkan seperti money constraint, period pain, exam dah dekat dan sebagainya. even kalau takde barang nak beli, rasa nak keluar usha usha barang tu mesti ada jugak. takpe, aim dulu barang ape nak beli, next time keluar wajib pegi kedai tu tengok kalau ada, terus sambar. :P

aku pulak tergolong dalam golongan tak berapa reti shopping, tapi suka window-shopping. kalau keluar beli makanan, aku memang pakar, tapi kalau bab shopping baju, makeup dan lain lain, bukan bahagian expertise aku. see? even perempuan yang kurang sense of fashion macam aku pun suka shopping. perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. umpama lagu dan lirik. boleh pakai tak peribahasa ni?

girls and talking

semua sudah sedia maklum, perempuan memang suka cakap banyak. bab bab gosip ni, cakap je, mesra cepat dan betul. dari benda sekecik perkara sampai la ke sebesar besar gajah, kalau dia tawu, abes satu dunia tawu. tu bagi kaki gosip perempuan. kalau bagi perempuan yang lain, membebel tu dah jadi rutin harian. sehari tak membebel tak lengkap rasanya hidup. bagi segelintir yang lain pulak, kalau nak bercerita sesuatu, mesti nak berbelit belit. ayat nak bombastik lagi berpuitis. contoh terdekat; aku. nak membebel je keja. apa salahnya kalau aku terus direct to the point tak payah nak tambah connectors nak bagai. hmph.

tapi tak semua perempuan macam tu. ibu tak. ibu jenis tak suka berleter kecuali terpaksa. selalunya ibu akan berkata kata bila ayah start berleter dulu. haha pelik kan? dalam family aku, ayah lagi expert bab bab bagi ceramah. :P harapnya nanti aku jadi macam ibu yang tak reti berleter. :D

perempuan dan memasak

pernah tak ada mak mertua tanya kepada yang calon menantu perempuan, "reti masak tak?" mesti ada punya, wajib! yelah, kalau tak nanti, kebulur anak dia hidup dengan korang pompuan pompuan ni. asyik makan nasik mamak, nasik kedai, nasik bungkus. muka pun dah macam tempe goreng buatan mamak. mana nak boleh macam tu, ye tak? at least kena tawu sikit sikit pasal masak. kalau tak, macam mana nak tambat hati suami? oh terasa mithali sebentar.

then, kalau macam tu, belajar masak sebelum kawen je la, buatpe belajar sekarang? a big NO. sangatla salah persepsi ini. kenapa? kerana untuk perantau perantau seperti aku ni, wajib untuk mempunyai kemahiran memasak. buat masa ni, memang aku bukan macam chef wan nak memasak variety of meals lah kan, maaf termengaku tak reti masak. cuma yang basic food nak hidup macam gulai, sayur, masak kicap dan yang senang asas masakan tawu la jugak. teruk kan qistina? anak perempuan sorang yang dah stay hostel untuk 8 tahun. aik, ada alasan siap? HAHA :P takpe, yang penting usaha nak belajar tu ada :D haha dalam proses untuk menjadi tukang masak ye :)

by the way, orang tua tua cakap kalau anak dara masak terlebih masin, nak kawen dah kan? oh, nak sengaja ter-letak garam lebih la kalau macam tu HAHA :PP

perempuan dan airmata

aku penah dengar statement ni ; air mata adalah senjata orang perempuan. apa pendapat korang? bagi aku selaku perempuan, bukan aku nak defensive ke ape (kononla), tapi perempuan selalu luahkan apa dia rasa melalui air mata. kalau dia rasa sedih, otomatik airmata tu pun bertindak mengeluarkan diri sendiri. senang cerita, aku la. kalau tengok movie nak touching sikit, mula lah. bergenang air di mata. nak tambah feel kalau tengok sorang sorang. komfem teresak esak. haha :P tapi tu la cara kitorang menyampaikan perasaan. nak release la lebih kurang. :) so, it's normal kalau perempuan nangis. bukan nak tunjuk lemah, tapi it is just a way we show how we feel about something.

tapi ada je kawan perempuan aku yang hati kering. tak reti nak nangis. ibarat nangis ni takde dalam kamus hidup dia la. :P diorang kuat. mampu berjiwa kental. emosi tidak ditunjuk sewenang wenangnya di khalayak ramai. bagus lah macam ni, baru orang tawu kita berjiwa keras. keras kah? fikir fikir kan, dan selamat beramal! :D

girls and self-image

haha, sesungguhnya aku betul betul setuju dengan point ni. mengapa? okay lah, kes anorexic and bulimia. sape dominant patients? perempuan lah. sape yang selalu pegi spa, saloon? perempuan lah. sape yang risau berat bertambah lalu taknak makan walhal lapar gila? (konon diet) perempuan lah. di mana ada cermin, di situ ada perempuan. peribahasa boleh diterima akal kan? :) sebab ape girls pentingkan self-image? kalau bagi aku, aku akan make sure tudung dah elok, takde kelepet selebet dah sebab aku nak konfiden. aku tak suka rasa macam something is not good about me. then mulalah, perasan orang pandang pandang sebab nampak selekeh. tu bagi aku. bagi orang lain, mungkin diorang ade reasons sendirik. :D

lagi satu, sense of fashion sangatla penting ye, walaupun sudah aku jelaskan kat atas tadi, aku takdela sangat up-to-date. makeup mesti nak sama warna dengan baju, kena matching segala benda. kalau pakai merah, dari hujung rambut sampai hujung kaki kena merah. untuk aku, i like it plain and simple, aku prefer natural makeup, mungkin sebab aku tak reti pun. :P and truth to be said, aku bukan perempuan berfesyen. sorry, not good at it. :D tapi fact perempuan sinonim dengan self-image ni memang tak boleh deny ye kawan kawan. :)

rasanya cukup lah 5 perkara tentang perempuan menurut pandangan qistina. ada setengah tu memang the truth, setengah yang lagi mungkin just buah fikiran aku. mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku, aku faham. masing masing ada idea sendiri, kan? :) tapi, most of the things yang aku cakap memang happen in real life. aku experience sendiri semua ni. so, usah diragui kesahihan information yang aku tulis ni. i'm just writing for sharing, that's it. :) oh, and sorry, entry kali ni terpanjang. sebab bosan tak tawu nak buat ape, raya macam tak raya kat sini. SOBS SOBS :(

till then, take care. good luck untuk kamu. :)

wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

perantau.

seperti biase, di saat saat sebegini rupa, tiada lain yang difikirkan melainkan rindu.

:(

ya, ini bukan tipu tipu saja saja nak rindu konon konon manja anak pompuan sorang. tidak. ini serius rindu nak balik rumah nak beraya dirumah dengan family tercinta. sobs sobs

eh takpe. takpayah susah susah dah sorang sorang kat dapur. takpayah kena iron baju satu family. takpayah pegi beraya rumah orang secara paksa rela sebab ayah suruh pergi. takpayah kena basuh kain setimbun apabila adik beradik yang jenis kuat menyalin baju berpadu tenaga mengumpul baju kotor. takpayah macam macam lagila.

sebenarnya, aku rindu nak buat semua tu. aku rindu nak menjerit memekik panggil adik aku yang bongsu suruh sama sama membanting tulang empat keringat kat dapur buat rendang. aku rindu adik beradik aku pujuk rayu aku suruh aku tolong iron baju, nanti bagi upah topup rm3. (konon kononla, padahal pakai duit raya) aku rindu kena marah dengan ayah bila bagi excuse taknak pegi umah orang, sebab aku taw last last aku wajib pegi. aku rindu membebel sambil basuh baju banyak banyak, pastu tanya,"sapa punya baju banyak sangat ni?" tapi aku basuh jugak.

tengok, betapa mithalinya aku. eh tak, maksud aku, aku rindu betul nak buat semua benda ni waktu raya. raya bagi aku macam bukan raya kalau aku tak raya dengan family. *syahdu* sedih. sayu. oh, aku patut berhenti bersifat touching.

rasa macam nak balik umah sekarang jugak, suruh tony fernandez buat satu penerbangan ehsan untuk aku yang sakit kronik ni. sakit rumah atau homesick.

salam aidiladha. insyaAllah, anggaplah ini sebagai pengorbanan yang terpaksa dibuat demi untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. moga moga esok pagi aku tak bangun pagi meleleh air mata syawal eh bukanla. air mata zulhijjah mengenangkan raya di perantauan.

pesanan penaja : kepada sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan keluarga, sila lah enjoy puas puas setiap saat yang anda ada bersama mereka, kerana anda akan merindui mereke sepertimana saya merindui keluarga saya ketika saya di kejauhan ini.

sekian, luahan hati seorang perantau untuk renungan bersama. wassalam.

Monday, November 15, 2010

dear my beloved ones,

hell yes, i miss you so freaking bad.

just in case i may not be able to tell you this, you're the greatest love i ever have. you teach me how life is, how to cherish every moment we have together. whenever the day is gloomy for me, you always try to put smiles on my face. or at least cute grins. :P you show how much you care and give firm supports when i'm about giving up. you know where i stand, and you always stand by my side. :) one of good things that i like about you, you know my strengths and weaknesses. you always encourage me to do well in whatever i do, even you know i am not good at it. you know how to make my weaknesses as my strong point to improve myself. you are able to bear with me and show a great tolerance in handling a 'fragile' person like me. the most important thing, i know you love me, even sometimes you do not publicly exhibit it. how lucky i am to be loved by persons like you. :) a lot more to say about you, but words are not enough to describe everything you have done and how you have affected qistina's life. thanks to Allah, i'm blessed with precious loves in life! no matter what happen, i shall never find such loves, except you, LOVES. C:

Sunday, November 14, 2010

time flies.

tajuk ni lagi? ape takde tajuk laen kah? mintak maaf, kosa kata saya terhad ye tuan puan.

tadi berakhirla dinner batch kat hotel. to be exact, it was a farewell party before we go off next semester. ouh, i won't say much about going over there since result is not out yet. berdebar debar ouh. T__T"

papepun, memang terbaik lah! mungkin ade yang cacat cela tang mana mana, tapi apa yang penting bagi aku, meaning yang cuba nak disampaikan. part yang paling best, bila slideshows and orang orang gelak mengekek teringat kembali memori dulu dulu, waktu muka selebet dan selekeh. :P ya, sekejap je 2 tahun setengah. sekejap sangat sampai rasa macam baru semalam jejak kaki di maktab. ayat sekema bukan? :P

part paling touching ; ouh air mata tiba tiba jatuh bila berpelukan dengan lecturers. sorry to say, i'm a bit emotional, sebab bagi aku diorang dah macam mak/ayah dah kat sini. kalau takde diorang, ntah macam mana aku boleh survive ntah. ok, enough of touching touching part. touching touching part? apakah.

now, back to part yang aku enjoy. kan aku ade bagitawu dalam previous post aku akan menari sumazau. well, not too bad kalau aku cakap aku dah cuba sehabis baik atas stage. step lari ke, tak seragam dengan orang lain ke, tu belakang kira. :P haha, yang penting, i enjoyed being a sumazau dancer walaupun amatur yang tak akan ditauliahkan sebab memang fail menari. :PP HAHA

ouh ouh, sekarang aku ade lagu fevret baru. tajuk : leaving on the jetplane. best! :)

okay la. enough of babbling and bebel-ing. penat sudah. kuma kuma memanggil. :) nanyte, sweet dreams! :D

esok esok dengar aku bebel lagi. :P take care, wassalam.

Friday, November 12, 2010

i'm back.

it's over.

uish. jangan fikir bukan bukan. it's over here merujuk kepada kursus yang baru dijalani dan tammat pagi tadi. seriously, i had so much fun, and it was totally different from what i had expected. :)

makanan ; delicious fabulous marvellous. jangan ditanya kenapa makanan yang dikomen dulu. :P lepas satu sesi, makan, lepas riadah, makan. perut memang bahagia la, tak tipu. :D penginapan nak five star! terbaek wok, chalet 6 orang dengan aircond siap bagai! :) and yang paling penting, i enjoyed most of the activities organized. :> apa yang penting? KERJASAMA. ok aku tawu bosan pakai wonderpets punya tagline, tapi serius aku mengaku banyak aku belajar dalam kem ni. *buat muka serius* serius weh, learn to appreciate what you have now and don't take things for granted. yang perlu di-emphasize-kan disini adalah perpaduan dan kerjasama. thanks a lot untuk kem yang berjaya menyedarkan saya! :)

dan sekarang? oh malas betul nak unpack kemas barang. malas malas malas. sila jangan jadikan ini teladan, sebaliknya sempadan. apakah?

oh ya. just realize ada 16 visible followers. terima kasih la, susah susah nak follow. belog ini biasa biasa saja, kalau setakat nak baca bebelan aku sambil tumpang sekaki gosip gosip ni, buat la macam umah sendiri. sila sila. gila promote belog. haha :P

okla. dari aku membebel banyak banyak buang masa korang nak baca yang merapu merepek, adalah lebih baik kiranya aku stop kat sini. sehingga bertemu di lain waktu dan hari, sekian sahaja rancangan 'Mari Dengar Qistina Membebel'.

sebelum terlupa, ini adalah entri edisi ke 200. kongratulasi! :)

wassalam.

p/s : nanti aku cerita sesuatu pasal diri aku. saspen tak, saspen tak? :PP HAHA

Sunday, November 7, 2010

currently

listening to songs by boys like girls. well, i can't get enough of them, because their music is just worth to be listened to! ;)

list of my favourites :
1. five minutes to midnight
2. broken man
3. heels over head
4. heart heart heartbreak
5. thunder

seriously, these songs are just my beat! C:

oh, not to forget, all american rejects. songs like 'i wanna', 'gives you hell', oh how i love those songs! :)

eerr, maybe i'm not that up-to-date with new songs, but please please, do recommend some new songs that up to my taste. :) my taste? hmm, more to jiwang songs la of course! :P

and... tomorrow i'll be off to Santubong for our BTN course. it is a 5-day course, so, i will not be able to update bloggy in these few days. the place is near to the beach and Gunung Santubong, and how i have wished to go there! :) hope everything goes smoothly, and have fun! :)

till then, take care. wassalam.

Saturday, November 6, 2010

take care.

you told me you always experience chest pain lately.

and i'm quite worried now. you gave me reasons not to go to see doctor, when you actually know you should.

the only thing i want you to do now; take care, please?

Friday, November 5, 2010

takde tajuk.

okay, kerja gila 3 entri satu malam! haha :D like serious, aku tengah BOSAN gila!

dah habis exam, tak tawu nak buat ape. tengah exam, tension nak bagai. tengah coursework, macam nak pecah kepala rasa. haiyo. bersyukur, bersyukur!

esok nak kuar pegi dating. eh tak, outing. :P direct tiga hari kuar. beli kain batik (again sebagai pengedar kain batik sarawak tunggal kat kawan kawan ibu). nak beli barang untuk pegi BTN yakni biro tatanegara, yang dijadualkan berlangsung 8hb-12hb nov ini. dan kuar jalan jalan buang masa, dari tercangak dalam hostel tak taw nak buat ape, ye tak? boleh cuci mata sekali. :P window-shoppinglah!

esok jugak, ada rehearsal menari. as 1 batch masuk menari, aku nanti menari sumazau untuk farewell party. :) tunggu gambar aku pakai kostum dia eh, cantik!

and for the time being, kerja aku online, tengok movie, update blog, maen game. korang yang exam jeles tak, jeles tak? :P serius muka nak mintak pelempang kan? HAHA.

okaylah. aku dah malas nak type ni. lagi satu sebab aku update banyak banyak sebab nanti aku takde seminggu. manela tawu, nanti ade yang rindu ke. bolehla usha usha blog ni. :P

till then. take care! wassalam. :)

secret admirer.

tajuk menarik. ye dok? eleh, aku tawula korang pun mesti ade penah admire kat orang. tak payah tipu diri sendirila, nak geleng geleng bila baca soalan ni;

"pernah admire orang tak?"

mungkin ada kot yang tak berani cakap dia penah admire orang. takpe takpe, aku faham. aku pun tak berani jugak kot, biasala, malu malu kucing. :P first aku admire orang waktu darjah 4. haa, sape penah sekolah rendah dengan aku, tawla kot sape orang tu. haha :P

tapi tu sejarah dulu. time malu malu tengok dari jauh je, setakat simpan dalam hati. orang zaman sekarang lagi maju, advance. nak, cakap depan depan terus. yang ni aku salute. sebab berani amek risiko kena reject depan depan. serius gentleman gilos. dan kalau pompuan pulak, serius gentlewoman gilos. tapi susah la der nak buat macam ni. maunya kawan tu kau jumpa tiap tiap hari, apa cer? maunya muka tempek bedak 20 inci kalau kena reject.

okaylah. kalau taknak cara tu, boleh buat cara ni pulak. korang merisik khabar tanya pasal orang yang di admire tu. boleh tanya kawan kawan dia ke, adik beradik dia ke, cikgu dia ke. tapi kalau nak tanya pun, pandai pandaila carik yang boleh dipercayai. tak ke haru kalau kawan dia tu jenis internet bergerak, bak kata mami jarum : penyampai cerita cepat dari berita, habis satu dunia tawu. kalau korang nak lagi berkat, tanya direct terus je kat mak ayah dia. serius kesungguhan korang terserlah. kalau korang habis beranila. :D

next in line. cara ni, aku rasa berkesan kot. sebab... berkesan lah! haha :P habis je korang belajar, hari terakhir korang grad ke, ade farewell dinner ke, korang spend time dengan dia. waktu tu, bagitawula isi hati korang. then, kalau dia nak reject ke, tak kisahla. dah hari last dah pun, bukan nak jumpa dah pun. takdenye nak malu tebal muka 14 inci kalau kena reject pun. ye tak? :P

method method yang aku senaraikan banyak untuk lelaki. sebab kalau untuk perempuan, macam susah sikitla. kan ke kaum hawa lebih pemalu? :)

ade satu lagu yang komfem korang tawu. "jangan tunggu lama lama, nanti lama lama dia di ambil orang." sendiri mau ingat. takkan lari gunung dikejar, apatah lagi orang yang korang admire. apakah? serius tak masuk peribahasa. :P haha.

okaylah. aku rasa aku ni banyak mengajar benda bukan bukan. :P takpela, pengalaman mendewasakan, ye tak? :) papepun, berfikir sebelum bertindak. ajal maut jodoh semua Allah dah tentukan. jangan risau, you'll meet the right person at the right moment. just wait :)

semalam.

whoa! hello there. :) sebelum saya melalut dengan lebih panjang, kita teruskan dengan agenda, straight to the point. :P

semalam adalah besday saya. walaubagaimanapun, saya tidak expect kawan kawan saya nak sambut besday saya (walaupun aku dapat rasa something fishy bila tengah shopping dengan nina, dan sekali pandang belakang, "aik? mana dia pegi?") mereka telah bersepakat untuk buat trick dengan meninggalkan saya sorang sorang kat supermarket tu tercangak cangak macam anak hilang emak. naseb baek saya seorang yang berjiwa kental tidak menangis hentak hentak kaki jerit, "nina! mana ko pegi?" oh, itu agak serius punya kes. mujurlah ada jannah yang baik (she deserve this adjektif because she save me dari terus mundar mandir satu supermarket, orang tengok lain macam :P). dia call, "eh, qis, japgi datang kat kfc, kite pegi scr same same." MUJUR lah. haha :D

by the way guys, i appreciate it! thank you so much! :) laen kali, BUAT LAGI kat besday orang lain nah. :PP aku nak join! HAHA :P

pictures! :) (ihsan facebook shima)


ni kek hari jadi. oh, caption atas kek bukan salah saya. bukan. (buat muka innocent)


besday girl lepas kena tinggal cuba untuk meniup lilin dengan tenang. cool, cool!


oh saya tak jadi nak marah atau merajuk. sebab terima kasih sekali lagi! :)

Thursday, November 4, 2010

too soon.

yes, it is too soon.

cepat sangat masa berlalu. tak sedar, pejam celik pejam celik tonyoh tonyoh mata sikit, dah 20 tahun dah aku hidup. tak sangka, sekejap sangat rasa. macam baru semalam je aku lahir. eh, takdela nak menipu macam tu. haha :P

intro tak boleh blah kan? skema kan kan kan? :D haha takde ape sangat pun. bagi aku 20 tu just a number. tapi number bermulanya kehidupan serius aku. *buat muka serius sikit* eceh. serius maksudnya tak boleh maen maen lah. tak boleh perangai cam budak budak, perangai mesti matured seiring usia. haish la. dan yang paling penting, kena bersiap sedia for future. kenapa?

calculation umur hidup :

21 tahun - insyaAllah kalau ada rezeki, hidup kat tempat orang. insyaAllah. takut nih result. :S

24 tahun - start posting dan berkerja sebagai seorang guru. agak agak mencabar tak kena posting kat rural areas? :O

25 tahun - kawen. haha target umur je eh, tak tentu lagi ni :P kita hanya merancang, Allah yang tentukan :)

dan yang paling penting, bertambah lagi satu tahun menghampiri ajal. ye tak?

dan seterusnya. see? banyak benda besar akan berlaku pasni. tu yang buat aku rasa aku tak prepare lagi untuk berusia 20 tahun. dengan banyak responsibilities menanti. rasa macam cepat sangat, serius cepat. dan aku akan rindu masa remaja. sobs sobs.

papepun, 1 thing for sure; hidup mesti diteruskan. yosh! perut perlu diisi. itu penting. :P ok, dah malas nak membebel banyak banyak. happy birthday qistina! sweet 17th! :P yelah, umur je 20, muka still tak matured :PP bleh ke aku buat wish kat diri sendiri? haha buang tebiat betul! :D

oh lupe. terima kasih ibu kerana melahirkan saya di dunia ini pada hari ini 20 tahun yang lalu. dahla anak pompuan sorang, songsang plak tu, kena bedah caeseran plak, dengan terlebih due date nye yang sepatutnya 1 nov. yang paling tak tahan sekali, ibu kena stay hospital, aku boleh balik umah dulu. :D qistina qistina. :P

till then. goodluck kepada sape2 yang still ada exam. have faith in yourself and Him. :) wassalam.

Wednesday, November 3, 2010

tamat.

ya, exam aku dah tamat tadi. alhamdulillah, lega tak tau nak habaq la! haha :P

seperti biasa, dah abes exam mestila takut pulak pikir pasal result. cuak oh cuak. T_T tapi takpe, for the time being, kita enjoy dulu! :) enjoy as in pada pada la kan. takkan sampai tak ingat dunia pulak. :P

aktiviti sekarang : tengok movie puas puas, online sampai cemuih dan tiduq sepuas mungkin. haha :D

ok, got to go. movie knight day menanti. :D thank YOU. :)

wassalam.

p/s : esok esok aku hapdate lagi yer. banyak masa lapang nih haa. :P

Monday, November 1, 2010

esok

break 10 minit bermula dari sekarang.

ya. esok. 2 november 2010. final exam. 1st paper, eltm. perasaan bercampur baur. rasa seronok ada (seronok?), takut ada, tak konfiden ada. macam macam ada.

seronok sebab nak abeskan paper cepat cepat. tak mau tengok dah dua dua makhluk ni.

takut. mungkin sebab ni penentuan aku. antara hidup dan mati dalam course la kira. kiok yang ni, hai hai bye bye. haip! jangan sebut pasai negatif ja. sebut LULUS. ameen.

tak konfiden. sebab rasa macam tak prepare. lagi dibaca, lagi ditakutnya. -_-"

ingat pesan ayah. ayah cakap, "buat yang terbaik la tau, takpa aih, ina boleh buat punya."

dah alang alang korang baca entri aku ni, korang tolong la sama doakan aku boleh jawab exam. dah gelabah bewak nih. okay, 10 minit dah tamat. babai dan good luck jugak kat korang yang exam!

p/s nanti aku cerita lagi bila dah abes exam.

Friday, October 29, 2010

assumption

he said that i may have masalah jantung sebelah kiri after i told him my difficulty to breath.

it makes me scared, mr doc. i wish i did not tell you in the first place. and of course, it is not because over-eaten. this one is real. like bernafas tak cukup udara, tak boleh tangkap udara masuk paru paru. i don't know the correct technical terms for these.

hope it is just merely his assumption, not more that that.

Tuesday, October 26, 2010

time will decide.

exactly a week to final exam, and she still has plenty of time to update her blog. she should now be worried about the exam questions, facts and content that should be at her fingertips.

in a week, a human can turn to a zombie, having restless nights and eyebags, dating with lots of books, no-bestfriend with comfy bed and pillow (and kumakuma for me), no proper mealtime (which is not applicable to me), strictly no outings (i don't want to be guilty of 'keluar boleh, baca buku?') just to be prepared for a two-day exam.

hope this is her last post before the exam. (she should NOT update anymore, seriously)

2nd and 3rd november, please please, be good. wish me luck guys. wassalam.

p/s : cuak cuak cuak! -______________________________________-"

Monday, October 25, 2010

sekejap je, tak lama.

truth to be said aku bukan jenis orang yang emo lama lama. so, tak payah risau aku nak moody ke ape. everything will be okay lepas aku bangun tidur. :]

a new day, hopefully a good one. :)

sekarang sila bangun buat kerja ER sampai habis jangan asyik nak membebel kat blog panjang berjela kerja tak siap. (sila baca dengan satu nafas):D

till then. take care peeps. wassalam. :>

p/s : mesti korang tak expect aku nak emo macam previous post kan, kan? -_-" haha aku pun manusia jugakla. cuma aku tak suka tunjuk in public. sekali macam volcano dah. meletus! haha :P

serius aku serius.

serius aku vengang.

laptop buat perangai. menjadi jadi. rasa macam nak hempuk. lembab gila vangang. serius aku vengang gila!

lagi satu. this is way too much. please. be considerate. i know i'm the type that always try to help no matter what. but please please. benda simple je. try to put yourself in my shoes. i don't like to let people down, and i don't like to say no when people asks for help. tapi sampai benda simple macam ni mintak tolong? the thing is bukan aku taknak tolong. but boleh usaha buat sendirik kot. mana aku tak emo.

enough is enough. ya, aku manusia jugak, ada perasaan. aku nak tutup kes. malas nak pikir banyak banyak. no hard feelings. lately aku asyik nak emo je. cepat sangat nak terasa. sori kepada sape sape yang terkena. again, sori for any harsh words yang aku guna. hormon tunggang terbalik. harap esok aku tak emo dah. sila senyum sekarang qistina kerana anda telah berjaya melepaskan geram dalam blog anda. tahniah.

Saturday, October 23, 2010

now what?

wohoo. hello there. peace be upon you. :)

currently doing my last homework, unity. well well, sambil buat kerja sekolah kena ade hiburan kan? i'm writing this entry, facebooking, and searching for info. multi-tasking, right? haha :P

last night was the annual dinner for our maktab. the food was great, truth to be said. :) or maybe i was starving, that explains why i said it was great. :P nevermind, as long as i enjoyed myself, had fun, that matters. :) well, the night was not that meaningful to me, but watching others smiling, laughing really entertained me. :> i was biasa biasa saja, not so much pictures had been taken. :)

and yes, i really miss him so much rasa-nak-nangis-bila-telefon-dia. :'( like serious, maybe he's so protective of me, but still, i love him of course. :') you can call me daddy's princess or whatsoever, but believe me, you must win him first before you can win me. HAHA seriously kidding. :D

countdown begins. a week to exam. :/ oh, that is so scary. think of fun you will have after exam, that will lessen the burden. :> in the meantime, sibuk dengan medical check-up. whoa. i really hate this part. everything needs to be in detail and accurate. sabar je laaa labu.

i think that's all for now. i'll be back when i feel like writing another entry. another qistina's entry. :) karangan dalam blog bleh plak buat, karangan kerja rumah? haha :P till then, toodles. take care, and be good. nakal-nakal sikit takpe. :P wassalam.

Thursday, October 21, 2010

mixed up.

yeah, i know. exam is just around the corner, and yet, i still have the luxury to update my blog. like serious, don't you feel worried, or nervous or scared you may not do well in this final exam? hell YES, i am having all those feelings. mixed feelings to be exact.

frankly speaking, tomorrow is the annual dinner, and guess what? i don't feel like going at all. really, no kidding.

see? i don't feel the excitement.

and yes, our time is running out.

good luck with that, qistina.

Wednesday, October 20, 2010

stuck.

ya. saya sangat sangat stuck ni. T____________T

tolong lah. tolong. saya dah malas betul betul ni nak karang refleksi. dengan laptop buat perangai gelong cursor turun laju laju. hmfthph.

serius menduga kesabaran betul!

idea. otak. boleh tolong bagi kerjasama tak? -_________-" tolong mencurah curah ke ladang gandum sekarang jugak.

mintak maaf, emosi dilepaskan di dalam blog.

p/s: mood tunggang terbalik. whatever.

baru pas timbang berat, and menunjukkan pertambahan 2 kgs. patut gembirakah?

tomorrow i'll be fine. till then.

Tuesday, October 19, 2010

penat.

ok. mesti korang pun cakap, "ape, ingat dia sorang ke penat?"

aku paham. tapi takpela. benda dah nak jadi. er, ade kena ngena tak dengan topik asal? -_-"

mintak ampun maaf. serius aku malas nak update, tapi keinginan membuak buak nak hupdate jugak. susah ada orang camni. kerja ditinggal-tinggalkan, blog ditatang-tatang. abaikan kalau tak faham. =.="

pagi kelas. keluar pastu sampai pukul satu. balik, tidur kepenatan. then bangun, buat revision. pastu, kat depan lappy ni haa. petang karang 4.30, menari sampai pukul 6.00. ok, aku fail bab menari, maaf kalau step lari. then malam, 7.30 kelas malam sampai 9.30. haiyo. sibuk tak, sibuk tak? rasa macam nak pelempang tak budak ni suruh dia log out sekarang jugak.

okay aku log out sekarang jugak. have a nice day. nice la sangat. heh. sudah sudah. balik ke pangkal jalan. esok aku cerita lagi nah. babai blog. babai kuma kuma. wassalam.

Monday, October 18, 2010

sleep-talking?

whoa. hai, hello, konichiwa, moshi moshi, assalamualaikum. haa, amek greetings bertimbun aku letak. :D

ok. malas nak merepek banyak. straight to the point. what do you know about sleep-talking atau dalam bahasa melayunya mengigau tak ingat dunia? ok adjektif tak ingat dunia saja tambah. :P bagaimana ianya terjadi? apa faktor faktornya? ada ubatkah?

soklan soklan ni aku pun tak taw jawapan dia. sebab tu aku raise up this issue. sebab aku rasa menjadi satu keperluan untuk aku tawu benda fakta nih. haha :P

well well. apa yang penah aku baca dulu, ngigau ni terjadi sebab otak still aktif waktu tidur. otak masih berkerja waktu tu, sebab tu la kita mempunyai probability yang tinggi untuk mengigau. fakta ni aku baca kat majalah budak budak time darjah satu. tak tawla majalah tu kelentong ke ape, tapi logiknya boleh diterima akal. buktinya, most of benda yang dingigau berkaitan dengan kehidupan seharian yang jadi rutin. ye tak? :)

orang tua tua pesan, sebelum tidur basuh kaki baca doa semua. dah buat semua, tapi ngigau jugak camne tu?

:P mesti shomeyl orang ngigau kan? kan kan? haha :PP ke scary? haha

korang penah ngigau tak? *evil laugh* hahaha, baik ngaku!

happy happy birthday. :)

autopublish entri sebab malas nak log in.

it's your birthday! wish you have a great one. :) semoga semakin 'sihat', bertambah matang seiring dengan usia 20 tahun, and may all your wishes come true one day. :D

i'll keep a part of you with me, and everywhere i am there you'll be. :')

thanks for everything. :) the smiles, the tears, the laughters, the jokes, your care and concerns, and everything. :)))

take care. till we meet again, soon, insyaAllah. :>

p/s : muz, happy birthday gak! adik beradik noh. :P

Thursday, October 14, 2010

short update.

tengah bersuka ria. weehoo! assignment dah takde. rasa macam heaven gila!

tapi. dah start bosan. -__-" manusia memang tak penah bersyukur kan? dulu beriya tension. dah takde, mula la gelabah bewak taktau nak buat ape. manusia manusia.

movie marathon. sorila buku. saya nak dating dengan movie dulu. esok esok saya jumpa kamu ye. dan game. wah! best gila la. maen game sampai aku muak la cakap. sampai dah abes level dalam game. hebat!

ni namanya memang lepas geram betul. sila jangan tiru aksi ni jika anda masih mempunyai assignment atau kerja sekolah atau yang sama waktu dengannya.

oh oh. sekarang tengah busy lagi. bukan dengan assignment. bukan, bukan.

busy dengan segala bagai visa la. passportla. nak medical checkup bagai. bank draft. dan sebagainya. huwargh! malas la nak urus semua benda benda nih. haiyo.

dan seperkara lagi. gila skema. haha. sibuk dengan dinner. erk, harap harap everything goes smoothly.

dan benda yang perlu dihighlight di sini. FINAL EXAM. haiyo, tatayo. tak sampai sebulan lagi woh. even just 2 papers. huish. jangan main main. do or die. okay?

ha. lagi sebulan nak dok kat bumi sarawak ni. so, reminder untuk diri saya. sila enjoy puas puas. dan sapa sapa rasa nak jumpa aku time cuti bulan 12 sampai bulan 2, dan berhasrat untuk memesan apa apa yang patut, silalah berbuat demikian dengan kadar yang segera. kerana saya sudah mendapat tempahan baju batik setimbun dengan kek lapis berduyun duyun.

weh. ni bukan short update. ni update panjang berjela. cut it short.

okay lah. nak pegi siap siap pegi makan. makan lagi? well, bukan qistina la kalau hobi nya bukan makan. :P

oh ya. rindu itu indah. sekian iklan penaja. :PP wassalam.

Friday, October 8, 2010

kagum.

sejak kebelakangan ni, aku selalu dengar jiran sebelah bilik main gitar.

mula mula mungkin akan rasa sedikit annoyed sebab bising atau ganggu privasi nak buat keja. tapi...

lama lama rasa kagum pulak. pelik kan pompuan ni?

ya, aku baru sedar aku kagum dengan orang yang pandai main gitar. terutama kalau yang reti main sambil nyanyi lagu jiwang. owh, cair kot. :P haha.

ok, that's not the point. yang penting, sekarang ni aku rasa aku suka dengar orang main gitar, especially nak nak lagu jiwang pulak. asal pandai main, masuk beat cukup. :)

belajar main gitar? ow, yang ni mungkin tak. sebab aku tak minat nak belajar main gitar. aku cuma minat dengar orang main gitar. :)

dan bila esok kita kan bertemu kembali masihkah ada ruang di dalam hatimu. oh lagu ni la yang buat aku kagum. :)

korang penah rasa kagum tak dengar orang main gitar macam aku rasa? atau rasa benda tu biasa saja?

Thursday, October 7, 2010

secara rawak tentang saya sekarang.

tengah buat reflection elt. baru satu perenggan, tapi ada masa pulak nak update blog. -_-"

kunyah2 jajan atau keropok ataupun bahasa saintifiknya twisties, sebab rasa lapar membuak buak jadi untuk mengelakkan lapar, kunyahla jajan ye kawan kawan. efektif buat masa sekarang.

assignments? nampaknya sudah semakin berkurangan menjadikan jumlah keseluruhan yang tinggal hanyalah 2 ketul sahaja lagi. kongratulasi! :]

terfikir fikir nanti balik cuti lambat dari biasa. memang lambat betul sebab tak sempat nak attend kenduri kawen sendiri, tak dapat raya haji kat umah, okay yang part raya tu paling sedih. part tak sempat attend kenduri kawen pun penting jugak, tapi terpaksa dinafikan kepentingannya. takpe, nanti boleh kawen LARI. okay tipu. -_-" kenduri kawen sepupu sendiri lah! haiyo.

busy dengan banyak banyak benda. esok pagi petang siang malam ada kelas. lusa ada sesi photoshoot, tengahari workshop, petang open house. nampak tak busy tu macam mana? sampai ibu tak terkata apa bila cerita pasal jadual padat qistina. :O

apa lagi nak cerita ni? ouh ya. bestfriend saya, shima cakap saya dah berisi SEDIKIT. :) terima kasih atas kata kata motivasi penuh bermakna itu. haha :P serius suka hati!

er, saya sudah baik baik. emosi tiada terganggu lagi. terima kasih kepada yang berkenaan, kerana dirimu begitu berharga! :)

okaylah. cukupla di sini sesi berbahasa baku bersama qistina. terima kasih kerana sudi meluangkan masa eh tak, membuang masa membaca belog qistina yang ibarat diluah mati bapak, ditelan mati emak. er, boleh masuk tak peribahasa tu?

okay tanpa melengahkan masa. sekian terima kasih. wassalam. jaga diri. rindu kamu. sape sape yang terasa dia tu merujuk kepada kamu di atas, baguslah. :) okay stop. dah dah. pegi belajar!

Tuesday, October 5, 2010

easier said than done.

ya. aku tengah cuba. :)

susah jugak eh. cakap senang, tapi bila nak buat? it takes time. hati huru hara. (ade ke such adjektif?) tapi takpe, insyaAllah boleh. dengan sekarang busy dengan assignments. final lagi sebulan. no big deal. takde masa kot nak fikir benda benda tu :]

malam ni ada test titas. haiyo. -_-" okay, kalau aku tulis banyak2 nanti aku rasa bersalah sangat kat titas. haha :P selamat menghentam keromo! :PP eh tak. selamat menjawab lah! :)

till then. if we ever meet again. :)) take care, peeps! wassalam.

p/s : i need a parachute, knowing no one will catch me if i fall. :)

Monday, October 4, 2010

random

enough of emotional posts or whatsoever.

saya nak senyum banyak banyak sebab saya tawu ramai orang ada dengan saya, ramai lagi sayang saya. semua nak saya gembira suka hati riang ria. :]

kan kan?

ok, selamat tinggal sayangs sekalian! haha :P

p/s : kad. hantar atau tak? TAK PAYAH for that i know it won't be appreciated.

i wish.

goodbye.









sometimes i wish you can read minds like Edward Cullen, and i can see the future just like Alice Cullen. so that you know how i feel this right moment and i know how it will be in the future.

Sunday, October 3, 2010

take care.

it has been two days since we last texted. three to be exact.

hope you're doing fine there.

cuma risau dengan keadaan kamu di sana, dengan segala macam konflik dan krisis yang berlaku di sana.

take care.





imy.

Saturday, October 2, 2010

fun.

whoa! the fun had just over. :) seronok kot. gathering welcoming party untuk super juniors. well, everything went smoothly kot. :D mungkin rasa enjoy dan best tu sebab... err, entahla. mungkin buat aku busy? :) and puas hati even aku tak contribute banyak. :D it was a success, man! :P

anyway, dah abes satu fun. next fun : just dapat news dari maksu, family aku akan bercuti di wang burma. again, vacation without me. :( patutla ibu tepon aku awal awal tadi, rupanya dia tak nak aku tawu plan diorang bercuti. selalu ter-miss this fun. :(

tapi takpe. ade lagi satu fun menanti. kuar hang out dengan besties esok. :) takpela kan, at least aku kuar have fun. so, esok, senyum sampai telinga ye qistina! :]


mintak maaf, sekadar buat buat comel tapi hakikatnya tak comel langsung. haha :P

Thursday, September 30, 2010

warkah buat dia.

ke hadapan dia yang sentiasa dekat di sisi. :P

tujuan warkah ini ditulis adalah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas yang tak terhingga. sampai ketika ini, sudah hampir dua tahun kita bersama. waktu suka duka, semua kita hadapi tanpa sebarang masalah. di saat surat ini ditulis, kutatap wajahnya walaupun mungkin buruk tapi tetap disayangi. mungkin juga ada 'cacat cela'nya, tapi semua itu tidak kupeduli. yang penting, sayangnya kepada dia melebihi paras rupa. mungkin kami banyak hadapi tentangan dek kerana paras rupanya yang buruk untuk dipandang serta kecacatan yang dialaminya, tapi tidak mengapa. tiada siapa tahu betapa sayangnya aku terhadap dia. :) tidurku tak lena tanpa dia. *boleh insomnia woo* memang dia la yang selalu ada ketika aku memerlukannya. terima kasih, kerana dia hidup ku lebih lengkap. lebih lena tidur. rasa lebih secured.


i love you, kuma kuma. :)

erk. mesti korang ingat aku jiwang gila gila tulis surat kat pakwe? haha, gotcha! takde maknanye.... :P kuma kuma jugak yang aku sayang. :) well well. even dia buruk tak basuh mata hilang, aku tetap sayang dia sampai bila bila. :D see, kuma kuma? dah sampai masuk belog i cerita pasal you. wah. glamor gitu. :P

p/s : kuma kuma adalah pemberian seorang rakan di matriks. aku pun tak tawu macamana aku boleh addicted sangat dengan kuma kuma aku ni. haha, entri merapu sudah. :P

entri sebelum tidur.

okay. penat tak sangga. haiyo.

mau tidur nyenyak nyenyak malam ni. kalau tak, selalu tidur tidur ayam je. -_-"

itu saje nak bagitawu. jumpa di lain waktu.

good night. wassalam.



hey kamu. saya rindu kamu la. kamu tak tawu kan? ok, selamat tinggal.

Tuesday, September 28, 2010

current wishlist.

Qistina's wishlist.

1. more and more and moreeee lipglosses. ;)
2. as usual. charkueyteaw. naaaaaaaaaaaakkkkk charkueyteaw. -_-"
3. surprises. any surprises yang memang unexpected will do. mungkin surprise charkueyteaw ke. again. -_-""
4. a vacation tepi laut. :P
5. erk. boyfriend? :P haha, kidding. bestfriends me amor. soraya, zaty, pika etc etc. nak jumpa kamu semuaaaaaaaa! :(

enough is enough. nanti aku demand banyak banyak pun, bukan nak dapat. patah hati sudah. terkuciwa di situ. haha :D

er. apa wishlist hangpa semua? :P

musykil.

eerr. rasa musykil tiba tiba.

perlukah seseorang tu carik orang lain kalau dia sayang lagi dekat yang dah ada?

atau dalam bahasa lain nya, pasang dua?

no offense, just bertanya saja. :)

jangan fikir bukan bukan. tak semestinya it has to do with my personal life. :P

ok, got to go. ada date sama encik titas. whuarrgh. haiyo. kemalasan tahap triple cheese burger.

have a nice day, peeps! :)

Sunday, September 26, 2010

sebuah lagu

autopublish.

owh. waktu tengah buat esaimen, tiba tiba teringat lagu ini.

Baby, i'm yours
until stars fall from the sky
until the river dry
Baby i'm yours
until the sun no longer shine
until the end of time
I'll be yours
until 2 and 2 is 3
until mountain crumbles to the sea
in other words, until eternity
- arctic monkeys, baby i'm yours

cantik kan lirik dia? :)

ok, sambung keja, cepat! :P esok esok tunggu aku membebel lagi kat blog ni bila tension keja banyak. haha :D

till then. selamat tinggal, people and mr. blog! :P

p/s : mata dah ngantuk. haiyo amoi. bukak itu mata luas luas. kasi besar punya. :O

Saturday, September 25, 2010

birthday wish from far. p/s, ily

assalamualaikum wbt.

happy birthday to you.

happy birthday to you.

happy birthday to you.

happy birthday to you. :)

sori ibu, ina selalu takde time besday ibu. dah lama tak celebrate sama sama kan? :( dah dekat lapan tahun kot. huhu

sori jugak ibu, ina jarang ada kat rumah, tolong ibu kat dapur. mesti ibu selalu susah payah sorang2 kat dapur. yela, ina cuma ada kat umah time cuti sekolah. dahla anak pompuan sorang, selalu takde bila bab2 dapur. sori ibu. :(

sekarang ibu ada kat langkawi, tengah ada perkembangan staf. takpe, esok besday ibu, ina telefon ibu, ok? :)

thanks ibu. for everything you have done. dari sekecik2 benda sampaila sebesar2 gajah. kalau nak cakap, terlampau banyakla, tak cukup masa. :')

hope you will always be blessed by Him. *semoga bahagia ke anak cucu. murah rezeki dapat naik gaji bleh ina mintak baju lagi. :P (eh, rhyme la!) maintain sporting dan rock selalu supaya kita boleh gosip gosip lagi! :) i miss you ibu. miss you so muchas. :")

p/s : i know she won't read this. again, you're the greatest mum in universe, no kidding! :)

*merujuk kepada abang aku sebab nanti dia kawen dulu merangkap bagi cucu dulu :P