She's gonna wait..

Tuesday, November 23, 2010

syukur.

petang tadi aku ingat nak joging la kan. yela, dah lama tak pusing padang usha usha cuci mata sikit. eh takla, hati suci murni mana bleh cuci mata! haha :P takdela, sebenarnya dah lama tak keluar jalan jalan kat kawasan maktab. tambah tambah pulak lagi berapa hari je nak tinggal kat sini. sobs sobs :( sedih la pulak. haiyaa

pegi pulak dengan cik hannah pen-jogging berjiwa kental. mana taknya, aku pusing padang dua kali pun dah semput semput. dia steady je 5 kali pusing, 2 kali jalan dengan aku, selebihnya dia joging pulak. aku JALAN sahaja. haha :) tabik spring untuk cik hannah. :DD

then, lepas (kononla) penat jalan tu haa, aku pun dudukla dekat bench tepi padang tu, lagaknya macam layan jiwang sekor lah kan. aku terpandang langit kat atas. terdetik dalam hati, " Ya Allah, luasnya alam ni, subhanallah. " terasa kagum sebentar dengan apa yang aku nampak. rasa takjub tu, aku tak tawu nak describe macam mana. rasanya better korang try pegi kat padang yang luas, korang pandang alam sekeliling kita. takpun pegi pantai, korang dok kat tepi tu tengok laut yang terbentang luas. macam tu la feeling aku. dengan burung burung terbang. dengan semut semut waktu tu merangkak rangkak naik atas selipar aku. serius, aku rasa indah sangat alam ciptaan Allah. Dia dah cipta sebaik baik perkara dan setiap satu ada fungsi nya tersendiri. angin tak payah cakap, ya Allah, aku dapat rasa sepoi sepoi bahasa. dengan manusia waktu tu berduyun duyun baru balik dari kursus. macam macam gelagat tak payah nak cerita. cuba korang bayangkan kalau Allah cipta alam ni takde oksigen la? cuba bayang dunia ni dengan manusia yang semuanya serupa dua kali lima? cuba bayangkan kalau Dia cipta semut lagi besar dari manusia?

alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ini. kalau kata waktu tu tiba tiba ajal sampai? dah cukup kah amalan? dah cukup kah persediaan untuk dunia di sana? aku tak cukup baik nak bagi nasihat, sebab kadang kadang aku pun sama terbabas jugak. tapi tak salah kan saling ingat-mengingati? :)

just renungan bersama. cuba lah korang pegi padang atau tempat yang luas satu masa nanti, dan korang hayati apa yang ada. janganlah pulak pegi padang yang ada mamat mamat hensem main bola, takpun gadis gadis cheerleaders yang cun cun, tu pun korang nak 'hayati' jugak ke? haha :P

till then. nak packing baju! yoshh! :) take care, wassalam.

No comments: