this entry is just a matter of my opinion, takde kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. :)
bila bercakap tentang perempuan, banyak benda atau views about how they should behave, their manners and attitudes, skills yang diorang kena tawu, and so forth. well, memang betul, being a girl, i know there must be certain labels or perceptions yang people view pasal perempuan. mari kita kaji universal criteria of how a girl should be :
girls and shopping
ini memang true fact pasal perempuan. cuba bagitawu perempuan mana tak suka shopping? kalau ada, boleh dikira 'pakai jari pun boleh'. ye tak? seldom korang dengar bila perempuan nak pegi shopping dan ajak member, "eh, taknak la aku join shopping" melainkan sebab sebab yang tak dapat dielakkan seperti money constraint, period pain, exam dah dekat dan sebagainya. even kalau takde barang nak beli, rasa nak keluar usha usha barang tu mesti ada jugak. takpe, aim dulu barang ape nak beli, next time keluar wajib pegi kedai tu tengok kalau ada, terus sambar. :P
aku pulak tergolong dalam golongan tak berapa reti shopping, tapi suka window-shopping. kalau keluar beli makanan, aku memang pakar, tapi kalau bab shopping baju, makeup dan lain lain, bukan bahagian expertise aku. see? even perempuan yang kurang sense of fashion macam aku pun suka shopping. perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. umpama lagu dan lirik. boleh pakai tak peribahasa ni?
girls and talking
semua sudah sedia maklum, perempuan memang suka cakap banyak. bab bab gosip ni, cakap je, mesra cepat dan betul. dari benda sekecik perkara sampai la ke sebesar besar gajah, kalau dia tawu, abes satu dunia tawu. tu bagi kaki gosip perempuan. kalau bagi perempuan yang lain, membebel tu dah jadi rutin harian. sehari tak membebel tak lengkap rasanya hidup. bagi segelintir yang lain pulak, kalau nak bercerita sesuatu, mesti nak berbelit belit. ayat nak bombastik lagi berpuitis. contoh terdekat; aku. nak membebel je keja. apa salahnya kalau aku terus direct to the point tak payah nak tambah connectors nak bagai. hmph.
tapi tak semua perempuan macam tu. ibu tak. ibu jenis tak suka berleter kecuali terpaksa. selalunya ibu akan berkata kata bila ayah start berleter dulu. haha pelik kan? dalam family aku, ayah lagi expert bab bab bagi ceramah. :P harapnya nanti aku jadi macam ibu yang tak reti berleter. :D
perempuan dan memasak
pernah tak ada mak mertua tanya kepada yang calon menantu perempuan, "reti masak tak?" mesti ada punya, wajib! yelah, kalau tak nanti, kebulur anak dia hidup dengan korang pompuan pompuan ni. asyik makan nasik mamak, nasik kedai, nasik bungkus. muka pun dah macam tempe goreng buatan mamak. mana nak boleh macam tu, ye tak? at least kena tawu sikit sikit pasal masak. kalau tak, macam mana nak tambat hati suami? oh terasa mithali sebentar.
then, kalau macam tu, belajar masak sebelum kawen je la, buatpe belajar sekarang? a big NO. sangatla salah persepsi ini. kenapa? kerana untuk perantau perantau seperti aku ni, wajib untuk mempunyai kemahiran memasak. buat masa ni, memang aku bukan macam chef wan nak memasak variety of meals lah kan, maaf termengaku tak reti masak. cuma yang basic food nak hidup macam gulai, sayur, masak kicap dan yang senang asas masakan tawu la jugak. teruk kan qistina? anak perempuan sorang yang dah stay hostel untuk 8 tahun. aik, ada alasan siap? HAHA :P takpe, yang penting usaha nak belajar tu ada :D haha dalam proses untuk menjadi tukang masak ye :)
by the way, orang tua tua cakap kalau anak dara masak terlebih masin, nak kawen dah kan? oh, nak sengaja ter-letak garam lebih la kalau macam tu HAHA :PP
perempuan dan airmata
aku penah dengar statement ni ; air mata adalah senjata orang perempuan. apa pendapat korang? bagi aku selaku perempuan, bukan aku nak defensive ke ape (kononla), tapi perempuan selalu luahkan apa dia rasa melalui air mata. kalau dia rasa sedih, otomatik airmata tu pun bertindak mengeluarkan diri sendiri. senang cerita, aku la. kalau tengok movie nak touching sikit, mula lah. bergenang air di mata. nak tambah feel kalau tengok sorang sorang. komfem teresak esak. haha :P tapi tu la cara kitorang menyampaikan perasaan. nak release la lebih kurang. :) so, it's normal kalau perempuan nangis. bukan nak tunjuk lemah, tapi it is just a way we show how we feel about something.
tapi ada je kawan perempuan aku yang hati kering. tak reti nak nangis. ibarat nangis ni takde dalam kamus hidup dia la. :P diorang kuat. mampu berjiwa kental. emosi tidak ditunjuk sewenang wenangnya di khalayak ramai. bagus lah macam ni, baru orang tawu kita berjiwa keras. keras kah? fikir fikir kan, dan selamat beramal! :D
girls and self-image
haha, sesungguhnya aku betul betul setuju dengan point ni. mengapa? okay lah, kes anorexic and bulimia. sape dominant patients? perempuan lah. sape yang selalu pegi spa, saloon? perempuan lah. sape yang risau berat bertambah lalu taknak makan walhal lapar gila? (konon diet) perempuan lah. di mana ada cermin, di situ ada perempuan. peribahasa boleh diterima akal kan? :) sebab ape girls pentingkan self-image? kalau bagi aku, aku akan make sure tudung dah elok, takde kelepet selebet dah sebab aku nak konfiden. aku tak suka rasa macam something is not good about me. then mulalah, perasan orang pandang pandang sebab nampak selekeh. tu bagi aku. bagi orang lain, mungkin diorang ade reasons sendirik. :D
lagi satu, sense of fashion sangatla penting ye, walaupun sudah aku jelaskan kat atas tadi, aku takdela sangat up-to-date. makeup mesti nak sama warna dengan baju, kena matching segala benda. kalau pakai merah, dari hujung rambut sampai hujung kaki kena merah. untuk aku, i like it plain and simple, aku prefer natural makeup, mungkin sebab aku tak reti pun. :P and truth to be said, aku bukan perempuan berfesyen. sorry, not good at it. :D tapi fact perempuan sinonim dengan self-image ni memang tak boleh deny ye kawan kawan. :)
rasanya cukup lah 5 perkara tentang perempuan menurut pandangan qistina. ada setengah tu memang the truth, setengah yang lagi mungkin just buah fikiran aku. mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku, aku faham. masing masing ada idea sendiri, kan? :) tapi, most of the things yang aku cakap memang happen in real life. aku experience sendiri semua ni. so, usah diragui kesahihan information yang aku tulis ni. i'm just writing for sharing, that's it. :) oh, and sorry, entry kali ni terpanjang. sebab bosan tak tawu nak buat ape, raya macam tak raya kat sini. SOBS SOBS :(
till then, take care. good luck untuk kamu. :)
wassalam.
No comments:
Post a Comment