25 perkara penting yang korang perlu tawu tentang saya (ceh kau bajet semua orang nak tawu pasal kau ke?)
eerr, maaf. sebenarnya entri ini dibuat setelah di-tag oleh cik zaty kita ye. so, untuk tidak melengahkan masa, kita mula tag kita dengan membaca arahan. -_-" perlukah?
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged.
1. nurul qistina maksudnya cahaya keadilan. boleh jugak cahaya kesempurnaan. mana mana pun takpa. dulu waktu darjah satu, kawan kawan tanya, "eh, apsal nama ang qistina ah? agama ang kristian ka?" okay itu budak budak punya curiosity. -_-"
2. seorang yang kurus keding walaupun kuat makan. ini memang betul punya fakta. kau mentekedarah la banyak mana pun, takde maknanye nak naik berat badan. bukan bangga ye, bukan. saya teringin menjadi normal, bukan underweight. =_=
3. KUAT makan. diulangi, kuat makan. non-stop perut asyik lapar. semua benda, dijamin ngaapp!, tolak batu kayu pasir rumput dan sama waktu dengannya. banyak makanan fevret, antaranya; charkueyteaw, coklat, kfc ape lagi kau nak aku letak? kalau aku letak semua makanan as makanan fevret boleh? :P
4. clumsy. oh yes, i admit this fact. kalau nak cuai tu, ya Allah, sabauuu je lah! haha aku pun kadang kadang bengang dengan diri aku (eh boleh pulak kau bengang dengan diri sendirik?).
5. mengalami sindrom sleep-talking. (malas ulas panjang, malu maluuu)
6. waktu zaman kanak kanak, aku lasak dalam kelembutan. main bola jadi goalkeeper dengan siblings pakai dress. berani panjat pokok, sekali terjatuh menangis macam pompuan. main pondok pondok sambil lawan raksasa.
7. suka tengok orang main gitar. :) pernah bercita cita nak belajar violin, tapi CITA CITA je lah ye. -___-
8. cepat mabuk darat terutama kalau lalu jalan pusing pusing bukit bukau (contoh terdekat ; jalan nak pegi kelantan dari gerik). so korang jangan nak pandang aku pelik kalau aku nak ter-muntah dalam kereta atau bas untuk perjalanan sejam. kang fikir aku pregnant pulak haiyaa
9. pe-nyenyap dan takkan bercakap banyak. suka dengar dari bercakap. entah, introvert kot. :O
10. ada satu patung kura kura, nama dia Kuma Kuma. aku rasa bantal busuk korang pun tak boleh celen (lawan) dia punya bau. terbaik! :D
11. suka mimpi mengarut mengarut. antara mimpi paling tak masuk akal; mimpi bertunang dengan pahlawan terkenal Hang Tuah waktu zaman kanak kanak. apa kau ingat kau tu Tun Teja? Hang piiiiiraaaah! (okay ini cuma satu antara mimpi yang tak relevan)
12. kalau dulu orang tanya, "cita cita nak jadi ape?" aku reply, "nak jadi pakar mata" sebab aku penah buat operation mata time standard 3. so, annually aku akan ade appointment dengan doktor tu. mana aku tak admire dia kalau setiap tahun dok jumpa? tapi seperti yang telah di-nyatakan, itu cuma CITA CITA.
13. paling suka bertekak dengan abang waktu kecik. dia panggil aku 'tok na banana', aku geram pastu aku panggil dia 'tokjin lidah jin jintan manis'. dia baling nasik seketul kat aku, aku buat serangan balas berketulketul nasik. dia perang mulut dengan aku, aku menjerit sekuat hati satu taman boleh dengar bak kata ibu. tak boleh langsung bertembung. depan ayah boleh pulak aman damai. tapi tu dululah zaman kanak kanak ribena gitu. haha
14. cukup suka neves tak tentu hala, terutama bila last minit. haiyoo, gelabah bewak betul. pastu mula lah, semua benda buat tak kena. point yang penting : stage-fright tu ada.
15. tak reti mekap langsung. setakat lip gloss, eye shadow aku boleh gagah tempek. yang lain lain, kang jadi opera cina. hancus. -_-"
16. tak reti shopping. cukup susah nak tengok aku beli baju, seluar atau sebagainya sebab aku tak reti nak pilih pilih yang mana berkenan di hati. susah ada orang camni.
17. teringin rumah tepi laut macam dalam cerita fullhouse. fwahh! :) B-E-R-A-N-G-A-N lah lagi banyak banyak. with exception; kau kawen dengan datuk atau tan sri jadi bini muda ka, kau mintak satu bijik komfem dapat. haha :P
18. jarang moody atau marah tak tentu pasal. tapi kalau sekali aku dah not in the mood, memang ada pasal lah tu. selalunya moody itu jarang di-eksperesikan di khalayak umum.
19. kacukan. ibu Siam, ayah Bugis. kacuk la jugak tu kaaaan. HAHA :P
20. allergik kepada seafood, cincin dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kulit. kulit nak eksklusif, dia nak yang emas tulen ja. nak lagi bagus kualiti, berlian pun takpe, i terima je. :D
21. ada lesen kereta, tapi tak penah drive. bukan penakut, cuma fobia dengar ceramah tak bertauliah dari bapak saya. orang tengah gelabah nak bawak kereta takut eksiden dia boleh bagi khidmat nasihat free free. penah sekali je bawak kat highway, SEKALI tu je lah. -_-"
22. percaya kepada true love. ajal maut jodoh semua dah ditentukan, tak lari ke mana. :)
23. suka tengok pompuan cantik. oh kagum! (bukan lessssbo okay) kagum dengan ciptaan Allah kan :)
24. cukup anti dengan orang smoking. anti sebab bau dia busuuuukk. ee, yek yek (muuntah) sila jangan merokok atau berbau rokok di hadapan saya, terima kasih.
25. suka tengok bulan. C: sebab... cantik!
dah siap homework aku. so, aku dah publish ni, korang bile lagi?
sila buat ye kawan kawan :
- shima
- hannah
- dan lain lain tak perlu aku mention nama kerana anda tawu siapa anda bagi saya. :)
okay, daaa. see you soon. wassalam.
eh tibe tibe rasa nak buat entri lagi. bosan!
2 comments:
hahahahaha... g terok dr aku! hahahaha
ape bende yang lagi teruuuuk weh? habaq mai sikit :D
Post a Comment