She's gonna wait..

Tuesday, November 16, 2010

perantau.

seperti biase, di saat saat sebegini rupa, tiada lain yang difikirkan melainkan rindu.

:(

ya, ini bukan tipu tipu saja saja nak rindu konon konon manja anak pompuan sorang. tidak. ini serius rindu nak balik rumah nak beraya dirumah dengan family tercinta. sobs sobs

eh takpe. takpayah susah susah dah sorang sorang kat dapur. takpayah kena iron baju satu family. takpayah pegi beraya rumah orang secara paksa rela sebab ayah suruh pergi. takpayah kena basuh kain setimbun apabila adik beradik yang jenis kuat menyalin baju berpadu tenaga mengumpul baju kotor. takpayah macam macam lagila.

sebenarnya, aku rindu nak buat semua tu. aku rindu nak menjerit memekik panggil adik aku yang bongsu suruh sama sama membanting tulang empat keringat kat dapur buat rendang. aku rindu adik beradik aku pujuk rayu aku suruh aku tolong iron baju, nanti bagi upah topup rm3. (konon kononla, padahal pakai duit raya) aku rindu kena marah dengan ayah bila bagi excuse taknak pegi umah orang, sebab aku taw last last aku wajib pegi. aku rindu membebel sambil basuh baju banyak banyak, pastu tanya,"sapa punya baju banyak sangat ni?" tapi aku basuh jugak.

tengok, betapa mithalinya aku. eh tak, maksud aku, aku rindu betul nak buat semua benda ni waktu raya. raya bagi aku macam bukan raya kalau aku tak raya dengan family. *syahdu* sedih. sayu. oh, aku patut berhenti bersifat touching.

rasa macam nak balik umah sekarang jugak, suruh tony fernandez buat satu penerbangan ehsan untuk aku yang sakit kronik ni. sakit rumah atau homesick.

salam aidiladha. insyaAllah, anggaplah ini sebagai pengorbanan yang terpaksa dibuat demi untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. moga moga esok pagi aku tak bangun pagi meleleh air mata syawal eh bukanla. air mata zulhijjah mengenangkan raya di perantauan.

pesanan penaja : kepada sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan keluarga, sila lah enjoy puas puas setiap saat yang anda ada bersama mereka, kerana anda akan merindui mereke sepertimana saya merindui keluarga saya ketika saya di kejauhan ini.

sekian, luahan hati seorang perantau untuk renungan bersama. wassalam.

1 comment:

shyshy said...

me toooo laaaa hyper !!!!
miss u laa syg!!!