She's gonna wait..

Sunday, February 27, 2011

malas.

salam and greetings.

malas betul aku nak update belog. makin lama makin beku takde idea wei. dahla malas gila nak berfikir. otak dah berkarat 4 bulan kot. hadoi.

cuba teka aku tengah buat apa?

.
..
...
....
.....

malas nak cakap banyak, let's straight to the point. aku tengah salin jadual untuk kuliah. dan yang paling penting, kuliah start esok. diulangi, esok. korang faham kan apa perasaan seorang pelajar yang tak pegang buku for almost four months kan?

mood belajar masih belum sampai. agaknya baru nak dipos dari malaysia dan bakal tiba bila bila masa. tapi kalau parcel tu tak sampai sampai macam mana? ahh, sendiri mau ingatla derr!

dekat seminggu aku tak update kat sini. well, life macam biasa. pagi petang siang malam sejuk meremang, nasik tak pernah miss dalam sehari, party setiap malam perkara rutin. eh, bukan aku eh. aku budak baik eh. kes masuk bakul angkat sendiri.

baru dua minggu aku kat sini, aku rasa banyak dah benda aku belajar. baik dari yang boleh nampak dengan bijik mata, ataupun yang tak nampak secara lahiriah, banyakla aku observe.

nak aku cerita, bosan kot. tapi benda pelik yang aku experience kan, perut akan sentiasa berkeroncong even dah kenyang. dan selalu cepat lapar. serius, bukan aku sorang okay. selera makan, ya Allah, membuak buak. bagusla kan. untung untung dapat buat penebat sejuk aku nanti.

manusia pulak? macam macam aku jumpa. baik yang aku sedia ada kenal, yang baru kenal, yang tak kenal, yang tak mau kenal, semua ada. tapi satu benda unik, mat saleh mesti akan tegur kita even tak kenal pun. paling kurang, "hello, mates!" lebih kurang ar. see? mesra cepat dan betul lah orang putih ni.

tapi scary gak mat saleh ni. lagi scary kalau time diorang mabuk. macam ape aku penah dengar, orang putih ni kalau time okay, they do care. kalau time mabuk, they don't care. penah satu malam ketuk pintu rumah kot. mana tak gelabah weh. tapi lama lama nanti biasa la kot. hmm

okaylah. aku malas nak menype lagi. malas je kan keje kau? bile mase nak rajin nih? esok je laaaaa

take care, wassalam.

p/s : ily, always will. :)

Sunday, February 20, 2011

these three days..

aku asyik keluar je kan.

well, dah cuti 4 hari, mana tak keluar jalan. nak nak pulak pegi window shopping kan? mana boleh tolak beb. window la sangat sampai berapa banyak baju sejuk kau tibai, hati kecil berbisik.

okayla, since kat tempat orang ni, banyak benda yang aku dapat tengok, dapat lihat, dapat alami sendirik. not to say semua bagus bagus, tidak tidak. (geleng geleng kepala)
tapi banyak jugakla yang best best, and syok la!

here are the things i get to see :)

kilang cadbury! like serious, even kat luar kilang dah terbau bau kemanisan coklat wei! :D (okay ini saja nak perangat :P)

timbunan coklat cadbury crunchie okay! rasa macam nak buat scuba diving ja doh!

guess what?

we get to see this scottish band-pebende-tah-name-yang-pakai-skirt-tiup-paip-besar! wow, amazing! :)

more flowers yang fresh fresh. and colourful! :)

nasi sedap-ayam sweet sour extra sedap-8.50 dollar untuk seberapa banyak makanan yang anda mahu :) meleleh tak air liur? :P

the place where you can easily find rempah kari :D

well, that's the best thing about tempat baru kan? tapi tak semuanya indah belaka. ade jugak yang tak best. one of it, racism. not all yang bersifat racism ni, tapi segelintir je la, as kami dilabel sebagai 'Asian'. ape yang tak eloknye pasal being an Asian pun aku tak tawu. so far aku takde la kena lagi, just some of my friends ade la kena kan. no big deal lah, just be proud of who we are. :)

i guess that will end my post for today. start sem 28 feb ni, so, tak dapat nak update banyak banyak pasni. will update more soon. :) see ya!

take care, wassalam. :D

Wednesday, February 16, 2011

current updates

salam and greetings.

a few updates sebab dah lama rasa tak update. cam malas je nak update. tapi tangan still laju menaip. hehh

okayla, so far, 4-5 hari dok kat bumi dunedin ni, everything goes well. takde nak sangkut tang mana mana ke, ape ke. well, time difference memang susah sikit la, tapi lama lama bolehla nak sesuai kot rasa. since it's summer now, waktu siang lagi panjang dari malam. even dah pukul 9 malam, baru nak gelap macam nak maghrib. which means, waktu zuhur panjang la. not bad.

orientation week? okay la, sebab bagi aku takde la pack sangat sampai nak terkejar kejar. rileks, cool, lepak lepak. tengah try nak sesuai and faham accent diorang.

weather pulak, since malaysia panas, bila datang sini mula la nak rindu bahang panas matahari. temperature nak 13 deg, kejap 18 deg, kejap 23 deg, memang kejap kejap berubah. kena get used to it, sebab nanti winter lagi lagi la komfem sejuk. tengah praktis tak pakai heater sebab nak save for winter nanti. :)

culture kat sini? well, tak keterlaluan sangat kot kalau aku cakap, almost every night ada orang party kat area flat aku. waktu mula mula, aku siap intai intai lagi dari tingkap tengok diorang party. siap mabuk mabuk semua, well, mana penah tengok live kan? a bit culture shock kot, tapi takpe, sekarang dah tak kisah semua tu. diorang dengan hal diorang, kita dengan kita la. biasa la kan :)

more updates? later okay. :) feel free to ask anything yang korang nak tawu. maybe it's exciting to be in this new world, but the best after all, mestila malaysia. ;)
take care guys and girls, will write more soon. :D

some photos :

langit biru takde awan. cantik kan? subhanallah

Baldwin Street - the world's steepest street

Dunedin from top of Signal Hill :) cantik kan?

er, gambar tuan tanah mesti ade menyelit jugak kan? :P

for more photos, sila sila lah melawat facebook saya. :D wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Saturday, February 12, 2011

kia ora, en zi.

salam and greetings.

sekarang pukul 6.27 petang waktu malaysia ketika entri ini ditulis, and it's already midnight at dunedin.

semalam sampai, and my first impression ; wah, lembu banyak gila! even dari atas plane boleh nampak tompok tompok benda bulat bulat kecik dalam kawanan yang ramai, and seriously sangat kiut kot. haha

people here quite friendly la, not bad.

scenery cantik. serius aku suggest sape sape yang suka countryside punya environment, dunedin is one of it.

will update you more soon, with photos kalau aku rajin. take care, be good!

wassalam.

Wednesday, February 9, 2011

it's tomorrow.

i shall bid farewell now.

goodbye Malaysia. be good when i'm gone. miss me more, and i'll miss you infinity! take good care of yourselves. eat a lot, play hard, study smart. i'll miss the food, the people, the scenery. and the most, family and friends. :')

hello NZ. please be good to me. Ya Allah, please grant us a safe journey, keep us healthy, and give us guidance when it is needed. InsyaAllah, she'll stay the same, change for good. don't worry be happy, it's just 2 years from now, and i'll be back in Malaysia. :')

goodbye, i'm leaving. i don't need these mixed feelings, put a fake smile and enjoy the show. :)

salam.

Monday, February 7, 2011

i guess it's the time.

salam and greetings.

well, arini dah ari isnin. seperti biasa, aku taw korang semua mesti experience monday blues kan? cuti dah 4 ari, pastu mula la baloq liat nak balik u masing masing. yang kerja pulak, mesti rasa cam nak mintak MC je. hadoila. takpe takpe. chill dulu. itu perkara normal laaa. biasa la, manusia tak penah nak bersyukur. dah diberi betis, nak paha pulak doh. sama la jugak kes nya dengan cuti. tak penah nak cukup. :P

sama la cam aku pun. esok, lusa, tulat, and it's the time.

rasa cam tak cukup masa 2 bulan kat umah. rasa tak puas lagi nak tido gaya kuak lentang atas katil sendirik ditemani kuma kuma. makanan makanan pulak, pasni susah la nak rasa heaven cam dok kat tanah air tempat tumpah darah. aiseh, ter-patriotik disitu. -_-"

semalam aku pegi ar melawat tok sedara aku. dia dah uzur dah, macam macam sakit dah. aku ziarah pun, dia cuma baring atas katil, tak dapat bangun. then, waktu nak balik, aku salam la dia. tapi tiba tiba dia menangis. :( aku daripada tak sebak, terus laju je titisan demi titisan. tapi tahan. tahan oh tahan. tolonglah airmata, jangan turun di khalayak ramai. biar aku nangis teresak esak kat bilik sorang sorang pun takpe. eerr. ter-emosi disini, sila skip part ini sekiranya anda berasa penulis terlampau bermain dengan emosi. (tapi korang dah baca kan? haha :P)

mintak maaf la, aku memang orangnya camni. macamla korang tak tau, even waktu aku stay kuching pun, homesick je sentiasa. padahal budak asrama dah berapa kurun dah wei. haiyo. =_=

takpe takpe. memang perempuan kan agak beremosi sikit, sebab tu la semua benda nak ada feeling. haha okay, aku back up diri sendirik nampak. :P

i guess it's the time.

sebab aku takut aku tak dapat update blog dah pasni, aku nak buat entri khas ni ah, nak ucap selamat tinggal. sobbss

korang korang semua, take care tau. selalu keep in touch dengan aku, kat facebook ke, ym ke, skype ke. tak kisahla, janji contact jangan lupa. setahun sekali pun takpe, as long as you remember me. :')

study bebaik, jangan lupa hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia, jaga :) ibu ayah, lecturer lecturer ke, kawan kawan ke. yang penting, niat kita. papepun mesti kerana Allah Taala. :)

kalau korang nak perangat aku dengan post gambar charkueyteaw kat wall fb aku ke, gambar laichikang ke, tak kisah ah. kalau aku meroyan nak, siapla korang aku suruh post tak dan dan (tak menyempat). :P takde ah aku nak bawak balik souvenir kat sape sape yang tukang perangat wei. hahaha melawakkk ja nohh :PP

doakan aku tau. mintak maaf la kalau ada yang terasa hati ke, ter-jauh hati ke, meh aku dekat dekat kan. :P aku pun kadang kadang buat silap gak. manusia jugak. :D insyaAllah, kita sama sama berjaya nah?

jangan rindu rinduan, nanti habis bulu mata aku jatuh. :P ceh, boleh tahan perasan orang tua nih. haha

cukup ah kot ucapan aku sempena keberangkatan pergi aku ke tempat orang. nanti aku buat panjang lebar kang, banyak pulak kotak tisu nak guna ye?

ni aku sertakan flight details aku, kot kotla sapa sapa free waktu tu nak mai berhantaq ka kat airport. ;)

10 february 2011, KUALA LUMPUR-AUCKLAND, 9.35pm, KLIA


latest gambar aku ada. kat bukit merah time ni. sekali sekala gila kamera takpe kan? :P

i'm gonna miss you. :(

Saturday, February 5, 2011

entri tak bertajuk.

salam and greetings.

entri ini sengaja dibiarkan tidak bertajuk sebab banyak benda aku nak cakap sekarang.

untuk pengetahuan umum, aku akan pergi tak lama lagi. malas ah nak cakap banyak banyak kali, aku nye feeling dah caca marba dah ni. macam macam ada, dari serba mak nenek gembira, eksaited, cuak, nebes, sedih dan lain lain yang sama waktu dengannya. okay, sila tukar topik.

sekarang seperti biasa. selagi aku tak melangkah keluar umah, ade je benda aku nak sumbat dalam beg. biasa lah, kang tertinggal, susah. kang takde kat sana, camne? kang benda tu kesayangan, favourite, mana boleh tak bawak. -_-" hehhh macam ni la pompuan. semua benda penting.

pastu, aku perasan, sekarang pape yang aku nak, mesti ibu ayah turutkan. yela, dah nama nak dok jauh kan. takut ngidam. yang terbaru, pasar malam tadi. aku cakap je nak makan ape, komfem komfem dapat. tapi malang tidak berbau, makcik favourite aku tak bukak pulak kedai charkueyteaw tersedap dalam dunia. =_=" nasib aku tak meroyan. dah 2 kali pasar malam aku miss oh. adohai. T_T"

2-3 ari ni, memang orang tak putus putus datang umah. ade je nak datang ziarah aku. memang busy ah sampai tak terlayan. buat barbie la (kat nz maksud dia BBQ), kuar makan ikan bakar, kuar ziarah sedara mara kat kampung. well well. duit pun masyuk gak ah. :P eh eh, bukan niat aku nak amik duit eh. dah orang hulur, ape lagi, terima sudah. :D tapi aku tawu, pasni pape pun boleh terjadi within these 2 years kan. harap harap aku dapat jumpa lagi semua, insyaAllah.

okayla, aku ade benda nak buat. esok esok aku update lagi. pesanan penaja : hargailah mereka yang didepan mata kerana bila anda sudah mau pergi jauh, anda pasti menyesal kerana mensia siakan waktu bersama mereka. :')

take care, wassalam.

p/s : oh, si dia pun akan pergi tak lama lagi. take care <3

Thursday, February 3, 2011

packing things.

dalam proses me-macking. yeah, tengah dalam proses. maksudnya banyak lagi la. hehh

sejak 2-3 minggu ni status semua nak emo emo. post video semua nak yang syahdu syahdu. biasa la, bagi orang seperti aku memang biasa. alah, tak lama mane dah pun, nanti nanti aku chill lah, ok? :D

sementara aku nak settle down dulu, memang akan banyak berperang dengan perasaan. ya, mungkin aku akan pura pura kuat, takde ahh nak nangis depan depan bila peluk peluk cium cium hugs and kisses. konon je ahh. tengokla bila aku sampai kat bilik kat sana esok esok. mau bertakung bilik aku menahan. haha :D

tapi takpe. hidup perlu diteruskan. bak kata si dia, "alah, pegi pejam celik pejam celik dah dua tahun. takde ah lame mane pun" :')

buat kawan kawan yang selalu komen kat blog ni, thanks weh. memang aku tak reply kadang kadang, speechless pun ade. kang aku reply komen kang, ade yang 'hujan yang turun bagaikan mutiara' taknak ah aku tanggung. :P

eh eh, aku ada lagu best pasal nak say goodbye.

tengok ahh best kot :)

pegi youtube, type "leaving on a jetplane".

take care, wassalam.

Tuesday, February 1, 2011

izinkan ku pergi.

cewah.

okay, ini bukan mode jiwang nangis nangis meleleh air mata air hidung segala.

memandangkan aku akan berangkat tak lama lagi, tolak arini tinggal lagi seminggu satu hari lagi, aku dah mula rasa lain macam.

dulu eksaited gila tengok senior pegi. dalam hati, "wah! best nye best nye (buat macam comel sikit la)"

sekarang? hmph. malas cakap, kalau korang kat tempat aku korang paham la kot. cuba korang bayangkan, berada di posisi aku sekarang. bayangkan, bayangkan...

tapi seriusly. dua tiga ari ni memang enjoy la bagi aku. mana taknya, ade je orang nak rai aku. (konon la) macam last friday, maksu aku bawak aku pegi bukit merah. dahla kami dua orang je, memang aku tengok ang, ang tengok aku je la. takkan la aku nak tengok orang lain? jeng jeng jeng

mane ade. aku budak baik weh. (buat muka penuh ketulusan hati)

arini pulak, a girls' day out dengan maksu aku dan sepupu sepupu aku. gila happening! haha aku tak tawu ape yang bestnya, tapi memang best lah. okay korang mungkin tak mengerti perasaan itu, aku faham. :P tengok wayang cerita khurafat, sambil tangan tutup mata pastu makin lama aku makin menyorot ke bawah. rasanya aku memang tak sesuai kot tengok cerita hantu. -_-"

esok? plan balik kampung, jenguk sedara mara kat sana. hmm, yang ni mungkin syahdu sikit la. janganlah tumpah air mata disini, sila lah turun dalam kapal terbang pun aku rela. pura pura kuat. ya, that's the spirit! cewah. okay, tunggu dan lihat. :P

and now, baru terasa masa cepat sangat berlalu. another 9 days to go, and i'll be gone. kalau korang jadi aku, ape eh nak rasa sekarang? aku tengah memikirkan perasaan yang sesuai ni.

ok joking yang memang tak masuk akal. =_="

tinggal sekarang, nak jumpa sahabat handai sedara mara je lagi. :( ouh kan best kalau dapat putar putar mesin masa itu? huhu

sila packing barang sekarang. babai! take care, wassalam.

p/s : you'll miss me when i'm gone. (simple plan, when i'm gone)