She's gonna wait..

Monday, February 7, 2011

i guess it's the time.

salam and greetings.

well, arini dah ari isnin. seperti biasa, aku taw korang semua mesti experience monday blues kan? cuti dah 4 ari, pastu mula la baloq liat nak balik u masing masing. yang kerja pulak, mesti rasa cam nak mintak MC je. hadoila. takpe takpe. chill dulu. itu perkara normal laaa. biasa la, manusia tak penah nak bersyukur. dah diberi betis, nak paha pulak doh. sama la jugak kes nya dengan cuti. tak penah nak cukup. :P

sama la cam aku pun. esok, lusa, tulat, and it's the time.

rasa cam tak cukup masa 2 bulan kat umah. rasa tak puas lagi nak tido gaya kuak lentang atas katil sendirik ditemani kuma kuma. makanan makanan pulak, pasni susah la nak rasa heaven cam dok kat tanah air tempat tumpah darah. aiseh, ter-patriotik disitu. -_-"

semalam aku pegi ar melawat tok sedara aku. dia dah uzur dah, macam macam sakit dah. aku ziarah pun, dia cuma baring atas katil, tak dapat bangun. then, waktu nak balik, aku salam la dia. tapi tiba tiba dia menangis. :( aku daripada tak sebak, terus laju je titisan demi titisan. tapi tahan. tahan oh tahan. tolonglah airmata, jangan turun di khalayak ramai. biar aku nangis teresak esak kat bilik sorang sorang pun takpe. eerr. ter-emosi disini, sila skip part ini sekiranya anda berasa penulis terlampau bermain dengan emosi. (tapi korang dah baca kan? haha :P)

mintak maaf la, aku memang orangnya camni. macamla korang tak tau, even waktu aku stay kuching pun, homesick je sentiasa. padahal budak asrama dah berapa kurun dah wei. haiyo. =_=

takpe takpe. memang perempuan kan agak beremosi sikit, sebab tu la semua benda nak ada feeling. haha okay, aku back up diri sendirik nampak. :P

i guess it's the time.

sebab aku takut aku tak dapat update blog dah pasni, aku nak buat entri khas ni ah, nak ucap selamat tinggal. sobbss

korang korang semua, take care tau. selalu keep in touch dengan aku, kat facebook ke, ym ke, skype ke. tak kisahla, janji contact jangan lupa. setahun sekali pun takpe, as long as you remember me. :')

study bebaik, jangan lupa hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia, jaga :) ibu ayah, lecturer lecturer ke, kawan kawan ke. yang penting, niat kita. papepun mesti kerana Allah Taala. :)

kalau korang nak perangat aku dengan post gambar charkueyteaw kat wall fb aku ke, gambar laichikang ke, tak kisah ah. kalau aku meroyan nak, siapla korang aku suruh post tak dan dan (tak menyempat). :P takde ah aku nak bawak balik souvenir kat sape sape yang tukang perangat wei. hahaha melawakkk ja nohh :PP

doakan aku tau. mintak maaf la kalau ada yang terasa hati ke, ter-jauh hati ke, meh aku dekat dekat kan. :P aku pun kadang kadang buat silap gak. manusia jugak. :D insyaAllah, kita sama sama berjaya nah?

jangan rindu rinduan, nanti habis bulu mata aku jatuh. :P ceh, boleh tahan perasan orang tua nih. haha

cukup ah kot ucapan aku sempena keberangkatan pergi aku ke tempat orang. nanti aku buat panjang lebar kang, banyak pulak kotak tisu nak guna ye?

ni aku sertakan flight details aku, kot kotla sapa sapa free waktu tu nak mai berhantaq ka kat airport. ;)

10 february 2011, KUALA LUMPUR-AUCKLAND, 9.35pm, KLIA


latest gambar aku ada. kat bukit merah time ni. sekali sekala gila kamera takpe kan? :P

i'm gonna miss you. :(

No comments: