salah satu sebab utama aku nak balik awal yakni ari sabtu (awal la tu okay, kalau tak kena balik ari ahad -_-") adalah kerana family angah aku buat kenduri. mana aku tak eksaited, ni kenduri first kot dalam family kembangan aku (eceh kembangan mai mana pulak). sebab dia cousin aku paling tua, sebab tu la dia kawen dulu. dengan agak 'loaded' la kalau dah kata pakai kereta bmw 5series kot (mintak maaf, aku fail bab bab kereta) pada usia 25 tahun. nak harap abang aku? keja pun tah mana hala, ada hati nak kawen. nak harap aku? boleh saja aku cakap "YES, i do" tapi kang langkah bendul pulak. muahaha :P *ulat bulu dah naik dauuuun*
plan nya aku telah ditugaskan bahagian hidangan lah kan. biasalah, tempat pompuan kat mana lagi kalau bukan di dapur kan kan. tapi, oleh sebab maktab sayang aku sangat sangat (sepatutnya dah boleh balik khamis lagi), so terpaksa lah aku tidak menjalankan tugas aku. mintak maap ye abang bai, nanti ina balik ina tolong cuci pinggan. :P
flight dah pukul 12.20 pm. so, nanti untuk penumpang penumpang Kuching International Airport dan Penang International Airport, sila jangan buat muka pelik bin ajaib bila nampak aku ber-baju kurung. untuk kali pertama dalam hidup naik flight pakai baju kurung. gila perempuan melayu terakhir. wah waaaah
sepatutnya tema diorang warna hijau. tapi aku takde maknanya. aku lari jauh dari tema :P takpe, nanti kenduri aku, korang nak pakai apa, warna apa pun aku tak kisah. janji true colours (aiseh tiru tema dinner batch aku pulaaaak :P) berangan je kan kau nih. HAHA :DD
yang pasti, aku nak tangkap gambar banyak banyak. eh bukanlah, aku nak masuk dalam gambar banyak banyak :P baru betul! dan sebagai peringatan untuk abang aku, sila jangan gatal sangat nak kawen for the next two years. kalau tak, SILA sponsor tiket pergi balik adik anda yang ter-sayang ini dari negara susu lembu. deal? :D
p/s : nanti kenduri kawen aku nak warna putih, purple, hijau pucuk pisang, merah. gila mewah kau nak buat majlis empat hari empat malam kah? angan angan sajalah kau labuuuu. :P
1 comment:
i tag u too qiss.s. hehehe
Post a Comment