seperti yang telah di-nyatakan sejelas jelasnya di entri sebelum ini, kali ini topik perbincangan berkisar tentang kulim bandar maju.
nak dijadikan cerita, al-kisah nya adalah seekor sang kancil... (melalut sebentar)
oh, kembali ke topik asal. semalam (28 nov), adalah hari paling bermakna dalam hidup. kenapa? kerana aku telah dibawa pegi makan kenduri. yang ber-maknanya ofcoz la bukan bab makan (walaupun aku memang hantu makan). tapi sebab kenduri tu di-adakan di kulim bandar ter-chinta. (terharu tak muz? :P)
lokasi kenduri tu; dekat area super-market minat. so, on the way dari hometown aku, kena lah lalu minat tu. sebelum nak sampai minat, mata aku ter-tancap (wah, ayat ter-tancap!) kepada satu senibina yang agak asing pada pandangan mata selama lima tahun aku menetap di situ dahulu kala. so, first impression ; WAH! WAH! WAH! ada GIANT lah!. nampak beliau ter-kagum bukan?
memang betul. agak ter-kejut melihat kulim pada waktu sekarang. banyak bangunan baru dibina dalam pelan Rancangan Malaysia ke-__ (sila isi tempat kosong) tu salah satu sebab aku kata semalam adalah hari paling ber-makna. melihatkan kulim telah berkembang pesat. yosh, aku bangga aku penah stay situ. :)
the next part; waktu on the way nak pegi melawat adik aku kat sekolah teknik (dia amek spm), maka lalu lah kami di simpang tiga (kalau ke kanan pegi bukit mertajam, kalau ke kiri pegi pekan kulim) pastu, ibu konon-konon melawak, "eh, jom pi tengok sekolah ina" pastu di-sokong oleh adik aku, "aah, jom pi hantaq ina balik?" ayah aku pun buat buat melawak jugak, "ha, jom." aku ingat memang depa melawak betoi betoi. sekali, ayah aku ke kiri, yang ber-maksud, lalu depan MRSM PDRM! wah, qistina jangan touching, jangan touching, control itu sebak.
perjalanan yang masa 10 minit memang penuh debaran. sampai je dekat depan guard, ayah boleh tanya aku lagi, "nak masuk tak ni?" aku laju je geleng sebab guard tu dah tengok semacam. dalam hati aku,"takpe ayah, tengok dari luar pun dah cukup bagus" serius aku rindu maktab weh. seriusss. huhu dahla semalam cukup lah 3 tahun hari last kita kat maktab. tiga tahun yang lepas pada 28 nov, adalah hari graduasi kita. rinduuu (dia buat dah)
konklusinya kawan kawan; kalau rindu high-school life yang best gila gila happening itu, silah me-ngadakan kunjungan tidak rasmi ke maktab atau sekolah terchinta. pastinya ter-ubat rindu di hati melihat pak guard tengok kita pelik seolah olah dia pernah nampak kita fly beli durian. betul tak kepada sesiapa yang berkenaan? HAHA
p/s: 3 blissful years. and yesterday i was there, reminiscing the memories. happy anniversary :)
6 comments:
hahahahahahaha.. 10 bintang aku bg! ini bkn rasuah~
hahaha..
......
tp. seyes. aku pon rindu maktab. iskk..
haha wah wah! tinggi betoi bintang ang. haha :P
taw takpa. ang okay la jugak, umah kat kulim ja pon. aku ni, nak pi kulim berabad baru dapat pi. susah weh -_-" takdak plan reunion ka cuti ni?
elehh reunion... iyo2 ja hg nak join.. dgq cita kucai, sam, verod nak dtg mktb.. tp x pasti la bila..
o i c. heh, mestila nakkk! eh, nanti aku nak jumpa zaty weh. jom la join. ang cuti sampai bila?
kulim ???? hahaha. rindu kt skolah je. lalalala~~
eleh k own... cover cover pulaaakkk haha :D
Post a Comment