She's gonna wait..

Thursday, September 30, 2010

warkah buat dia.

ke hadapan dia yang sentiasa dekat di sisi. :P

tujuan warkah ini ditulis adalah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas yang tak terhingga. sampai ketika ini, sudah hampir dua tahun kita bersama. waktu suka duka, semua kita hadapi tanpa sebarang masalah. di saat surat ini ditulis, kutatap wajahnya walaupun mungkin buruk tapi tetap disayangi. mungkin juga ada 'cacat cela'nya, tapi semua itu tidak kupeduli. yang penting, sayangnya kepada dia melebihi paras rupa. mungkin kami banyak hadapi tentangan dek kerana paras rupanya yang buruk untuk dipandang serta kecacatan yang dialaminya, tapi tidak mengapa. tiada siapa tahu betapa sayangnya aku terhadap dia. :) tidurku tak lena tanpa dia. *boleh insomnia woo* memang dia la yang selalu ada ketika aku memerlukannya. terima kasih, kerana dia hidup ku lebih lengkap. lebih lena tidur. rasa lebih secured.


i love you, kuma kuma. :)

erk. mesti korang ingat aku jiwang gila gila tulis surat kat pakwe? haha, gotcha! takde maknanye.... :P kuma kuma jugak yang aku sayang. :) well well. even dia buruk tak basuh mata hilang, aku tetap sayang dia sampai bila bila. :D see, kuma kuma? dah sampai masuk belog i cerita pasal you. wah. glamor gitu. :P

p/s : kuma kuma adalah pemberian seorang rakan di matriks. aku pun tak tawu macamana aku boleh addicted sangat dengan kuma kuma aku ni. haha, entri merapu sudah. :P

2 comments:

Anonymous said...

qis.. kuma2 aku pun mata dh ilang.. aku lukis balek dengan marker..
dia dh x pejal cem dlu dh.. comot gila..
tapi if tidur.. lena gila ada kuma =)

qiStina said...

yeayy! ada geng! yabedabeduuu! :P
kan kan kannnn? kalau takde kuma kuma, ya Allah, tak tidur malam aku. :D haha