She's gonna wait..

Wednesday, December 15, 2010

20 tahun kah?

satu insiden yang menarik waktu aku kerja kemarin.

keterangan insiden
aku seperti biasa, menunggu customer la kan. kebetulan kemarin aku keje shift petang. dah tu, sorang sorang pulak. 'gila kuasa betul aku nih,' getus hati ku. eh takla, sebenarnya rakan sekerja tak dapat datang. so, aku je la keje aritu. takpela kan. haih bila kau nak masuk cerita kau ni qistinaaa

keje aku selalu, bab bab fotostat ni. meski pun aku sedia maklum fotostat itu adalah salah di sisi undang undang sebab copy hak cipta terpelihara bahan bahan original. tapi nak buat macam mana, dah nama pun aku keje kat tempat fotostat. haish la, asyik terbabas je kau nih.

pastu kan, pastu kan, ade la 2 orang budak pompuan datang. kalau tengok rupa, adela macam baya baya aku la 19-20 camtu. dia bawak pulak buku stpm. okaylah, takde hal bab tu. yang menarik perhatian aku, waktu dia nak suruh aku fotostat. dia cakap camni, "DIK, tolong fotostat sat bahagian ni... blablabla (aku tidak memberi perhatian kerana perkataan yang aku capslock tadi ternyata buat aku terpana)".

what? dik? WOW! haha mungkinkah muka aku tak nampak usia usia ke-duapuluhan? ataupun keTINGGIAN aku tidak cukup mengatakan aku sebenarnya sama baya je dengan diorang? hoho atau...

memang aku nampak tak matured macam umur 20 weh? haa jawab jawab!

p/s : entri ni baru satu daripada banyak banyak insiden orang ingat aku muda remaja lagi. mana ada weh, aku dah 20 laaa! -_-"

awet muda mungkin? sila muntah dalam bekas yang anda perlu sedia sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

20 kau sme dgn 15 lahh. haha. len kali dressup macam mak cik sket ye. haha

qiStina said...

hehh haha :D

muka dh nk muda. bukan aku bajet weh haha

oops hahaha :PP