She's gonna wait..

Tuesday, December 14, 2010

ciri ciri

tajuk entri kali ni : ciri ciri menantu pilihan bapak saya

title tidak boleh blah, bukan? hoho bukan ape, yang pasti bukan me-nunjukkan kegatalan saya untuk ber-kahwin. tidak sama sekali meskipun hati berbunga bunga girang tatkala ber-imaginasi tentang perkahwinan. okay sila kembali ke pangkal jalan.

sebenar-benarnya, aku ter-dorong (okay sila kagum bahasa saya) untuk buat entri ni sebab abang aku dah garu kepala fikir macam mana nak bagitau ayah aku pasal awek dia. well, awek dia memang cukup lengkap serba serbi, cuma nya... cuma nya.. tak payah cakap di sini rasa nye kawan kawan.

entri ini memang khas di-tujukan kepada sape sape bakal menantu bapak saya tidak kira lelaki mahupun wanita.

yang pertama tama sekali. ayah sudah pesan, carik yang bangun awal pagi. awal di sini bukan bermaksud pukul 11 pagi, oh tidak sama sekali. awal PAGI okay. iaitu selepas subuh, sila lah jangan tidur balik kalau anda nak jadi menantu beliau. komfem komfem beliau terima anda sekiranya anda menepati ciri ini. so, jika anda ber-minat, atau ter-tarik dengan tawaran untuk menjadi menantu kesayangan, praktis buat sempurna (practise make perfect). haha :P

kemudian, kalau yang perempuan, mestilah pandai me-masak ye kawan kawan. walaupun secara hakikinya anak perempuan beliau agak kurang arif ye bab masak masak ni. takpe, yang penting, at least tahu la serba sedikit nak masak. hamboih, takkan nak masak nasik pun tak reti? tu bak kata beliau la kan. :D

kalau yang lelaki pulak, (point penting ni) beliau amat menekan kan supaya saya mencarik yang TIDAK merokok. hoho kenapa saya highlight tidak itu? sebab memang ayah anti smokers. abang dengan adik adik aku takde yang berani merokok. mintak maaf ye kepada perokok perokok tegar sekalian, anda disqualified. (ceh, haha suka suka hati je terus tak layak :P) er, boleh di bawa ber-bincang sebenarnya ;)

satu ciri penting ; mesti lah ber-upaya menanggung anak nya. maksudnya macam takdelah hidup pun nak kais pagi makan pagi, kais petang dapat cacing. takdela sampai macam tu. biar biasa biasa saja pun dah okay :) haha

haa, reminder. ayah sudah pesan; disebabkan rumah saya ada 5 bilik semuanya (merangkap semua orang ada bilik sorang satu), ayah nak semua anak anak dia semua balik waktu raya. haha :P part ni memang entahla-macamana-dia-boleh-fikir-sampai-macam-tuh. haha lawak pun ada jugak. hurm terima je la labu ye? :D

itu adalah serba sedikit tentang ciri ciri menantu pilihan bapak saya. anda pulak bagaimana? :D

okay enough of merepek-ing. aku nak ke dapur nih. petang kang keje. till we meet again, take care! :) wassalam

3 comments:

Anonymous said...

nasib baik lahh. hahaha.

mohamad muzaKKir said...

pergh. gua rasa klo gua masok interview, mmg sah sah gua dpt.. hahahahaha.. tp klo mae ngan gua intrview, gua pejam mata bg mae la.. hahahahaha..

mlawak mlawak.

qiStina said...

k own : ape yg naseb baik haa? haha

muz : hahaha melawak melawak! :P aku pahamm

eerr, ang komfem lulus ka weh interview? hahaha