"okaylah ayah, ina dah buat keputusan, ina nak kawen dengan si A," Qistina membuat keputusan yang mungkin tepat bagi beliau tetapi tidak tepat bagi ayahnya tatkala diajukan soalan tentang pilihan hati.
err, dialog di atas cuma sekadar memberi gambaran tajuk yang tertera dengan clear-nya kat atas tu ye, tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah tiada.
okaylah. mungkin bagi sesetengah orang, nak buat keputusan itu senang, mudah, macam kacang pis je. ape yang korang perlu fikir-kan, just teliti pros and cons sesuatu perkara, then korang dah boleh buat keputusan tanpa dipengaruhi mana mana pihak ber-wajib.
ISH AKU GERAM BETUL DENGAN LAPITOP INI YANG SUKA JALAN LAJU LAJU TAK INGAT DUNIA DERHAKA KEPADA TUAN NIH. HAIYAAA. GERAM GERAAAAM! okay maaf ter-iklan sebentar kerana lapitop ini memang sengaja sengaja ber-tindak sengal sedang aku syok syok menulis belog ini dia buat perangai gelong gelong ayam.
kembali kepada topik. okayla, itu bagi korang. korang memang dah selalu buat keputusan, korang dah ada prinsip semua, korang memang degil nak semua keputusan orang setuju kalau tak korang hentak hentak kaki buat muka macam crybaby "nak jugak macam ni, nak jugak! tak kira!". mungkin korang takla, orang lain kottt
tapi bagi aku, aku susah sangat nak buat keputusan. aku memang jenis tak suka buat keputusan sebab aku tak suka ter-sepit antara mana mana pihak. LAPTOP INI MEMANG SENGAJA MENDUGA KESABARAN AKU BETUL. BAWAK BAWAK BERTENDANG, COOL COOL. okay dia dah tak buat perangai, sambung al-kuliyyah.
mungkin ini efek dari apa yang ayah aku ajar aku kot. okaylah aku bagi contoh situasi. aku nak beli anak patung (ni waktu kecik kecik, harap maklum), and kena pilih antara teddy bear atau barrrrbie doll.
ayah : ina pilih la mana ina suka.
ina : hmm, ina nak yang teddy bearlah.
ayah : tapi ayah tengok yang barrrbie doll tu pun bagus jugak, cantik. (padahal dia memang berkenan yang ini)
ina : (senyap kerana sedang berfikir fikir yang mana satu pilihan hati)
ayah : hmm, ikut ina lah nak pilih yang mana. tapi kalau ayah, ayah suka yang barrrbie doll tu lagi. teddy bear pun okay jugak.
ina : (muka confused sebab tak tau nak pilih sebab pilihan dia, atau pilihan ayah, atau cuma nak jaga hati ayah)
last last sekali end up tak beli apa. habis cerita.
see? aku memang dari kecik aku kena buat keputusan yang memuaskan hati pihak pihak lain. bukan ber-maksud aku nak salahkan ayah aku atau ape, bukan. kadang kadang apa yang dia buat keputusan itu ada baiknya untuk kita. kan? tapi seriusly aku cakap, aku tak reti buat keputusan, aku akan ter-agak agak fikir, "ish, kang aku pilih yang ni, macamana eh? nanti orang lain tak suka ke ape ke" so, most of the things yang kena buat decision, aku akan tanya pendapat orang lain.
ini tidak bermakna aku terlalu dependent kat orang lain bab making the right decision, it's just that i'm used to this way.
so nanti korang jangan ter-kejut pulak kalau ayah aku tanya, "ni nak kawen dengan sape nih?" "ikut ayah la"
DAK AIH. bab ni aku melawak semata mata. kalau yang ni pun nak suruh orang buat keputusan, HARU laaaa jawabnya! haha :P
okay geng. out dulu! petang kang kerja laaaa -_-" take care, wassalam.
1 comment:
laaah cian meyhh, orang kate kan ?kalau ikut kata mak gn ayah kan, nnt life kite berkat je..termasuk lah kahwin tuh..
tapi, bukan penghalang kita nak cari yang lg baik ! hehe..
Post a Comment