She's gonna wait..

Thursday, October 7, 2010

secara rawak tentang saya sekarang.

tengah buat reflection elt. baru satu perenggan, tapi ada masa pulak nak update blog. -_-"

kunyah2 jajan atau keropok ataupun bahasa saintifiknya twisties, sebab rasa lapar membuak buak jadi untuk mengelakkan lapar, kunyahla jajan ye kawan kawan. efektif buat masa sekarang.

assignments? nampaknya sudah semakin berkurangan menjadikan jumlah keseluruhan yang tinggal hanyalah 2 ketul sahaja lagi. kongratulasi! :]

terfikir fikir nanti balik cuti lambat dari biasa. memang lambat betul sebab tak sempat nak attend kenduri kawen sendiri, tak dapat raya haji kat umah, okay yang part raya tu paling sedih. part tak sempat attend kenduri kawen pun penting jugak, tapi terpaksa dinafikan kepentingannya. takpe, nanti boleh kawen LARI. okay tipu. -_-" kenduri kawen sepupu sendiri lah! haiyo.

busy dengan banyak banyak benda. esok pagi petang siang malam ada kelas. lusa ada sesi photoshoot, tengahari workshop, petang open house. nampak tak busy tu macam mana? sampai ibu tak terkata apa bila cerita pasal jadual padat qistina. :O

apa lagi nak cerita ni? ouh ya. bestfriend saya, shima cakap saya dah berisi SEDIKIT. :) terima kasih atas kata kata motivasi penuh bermakna itu. haha :P serius suka hati!

er, saya sudah baik baik. emosi tiada terganggu lagi. terima kasih kepada yang berkenaan, kerana dirimu begitu berharga! :)

okaylah. cukupla di sini sesi berbahasa baku bersama qistina. terima kasih kerana sudi meluangkan masa eh tak, membuang masa membaca belog qistina yang ibarat diluah mati bapak, ditelan mati emak. er, boleh masuk tak peribahasa tu?

okay tanpa melengahkan masa. sekian terima kasih. wassalam. jaga diri. rindu kamu. sape sape yang terasa dia tu merujuk kepada kamu di atas, baguslah. :) okay stop. dah dah. pegi belajar!

No comments: