She's gonna wait..

Friday, December 30, 2011

401, 22, and 2012.

entry yang ke 401 sepanjang kewujudan blog, 2 hari lagi sebelum secara tak rasminya berumur 22, dan hello 2012!

cukup signifikan?

in a deep thought now. i wonder what will happen next.

you've been thinking too much, Qistina. please, have some self-control.

rindu.

Wednesday, December 28, 2011

5 more years

boleh bayang tak apa akan jadi 5 tahun lagi?

just a random thought untuk difikirkan bersama. all this while, banyak benda yang kita dah achieve, banyak pahit getir hidup, dan pengorbanan along the way nak sampai umur sekarang. (muzik latar : Standing in the Eyes of the World) not to mention, perubahan fizikal dari muka sesuci bayi sehinggalah muka seserabut pelajar. itu tak masuk fasa kritikal lagi.

menurut penulis, fasa kritikal adalah bilamana fasa sesorang itu belajar berdikari yang betul betul kari punya (hidup itu diumpamakan seperti susahnya nak buat kari Mamak style). you have to build your own life. own life means, kehidupan sendiri. tanpa ada duit poket dari ibu ayah. tanpa ada kawan kawan nak bergelak ketawa tension exam. tanpa ada masa lapang time cuti universiti.

masa kritikal pada pendapat aku, adalah antara pertengahan 20-an, sampailah everything settled down. this is when you have to start working sepenuh masa, masa tu lah nak beli kereta, nak beli rumah. masa tu lah gatai nak kawen. masa tu lah rasa nak pi sambung master. masa tu lah komitmen, komitmen dan komitmen. ever wondered how you're going to survive that phase?

aku baru terfikir semalam.

dan terasa sangat awesome bila i get to think that ibu pernah melalui fasa itu, and she did it well. :)

cikgu sebagai kareer, housewife when at home, and a mother sepanjang masa. how's that? :'D

persoalannya sekarang, mampu ke nak go through fasa kritikal ini bila nak apply cikgu sandaran untuk sebulan pun dah baloq lain macam? think deep, Qistina. think deeeeep.

p/s : 5 more years, and i'll be 26. by that time, mungkin aku tengah melalui fasa kritikal ini. insyaAllah ;)

cengeng.

cepat je nak cengeng.

kalau boleh, dia nak hatinya sekeras batu. tapi hati seorang perempuan, mustahil untuk jadi feeling-less. sekecil kecil perkara, boleh buatkan hati terasa. lebih lebih lagi, dia cuma mampu melihat, tanpa dapat melakukan apa apa perubahan.

tak cukup kuat untuk ini, mungkin airmata itu sebagai petanda dia berusaha sedaya upaya menahan rasa itu.

mohon doanya, semoga dia lebih kuat. tolong pujuk hatinya, supaya kalis air mata.

Tuesday, December 27, 2011

mereka dan kita

dekat sebulan aku kat rumah, and so far so good, alhamdulillah. Malaysia masih seperti dulu. macam selama 20 tahun aku hidup. nothing much different, except mungkin lebih membangun kot. bangunan banyak tinggi melangit. dari tempat semak samun jadi taman perumahan, dah jadi hutan konkrit dah pun.

that's what i observe dari segi kemajuan dan pembangunan negara. other than that?

banyak lagi benda yang aku observe, but mostly negative things about my own country.

aku tawu, sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya aku lebih berbangga. ya, bangga itu ada. Malaysia truly Asia, sape tak kenal kan. but, pengalaman di negara orang, buatkan aku menjadi pemerhati dari sudut yang berbeza beza.

first day aku sampai lcct, rasa insecure itu lagi banyak dari rasa selamat di negara sendiri. every bag kena make sure, ada dekat dengan owner, sebab takut kena curi. ragut pulak makin menjadi jadi. well, not to blame anyone. but seeing this scenario, sangatlah berbeza dengan negara orang. susah sangat nak dengar pasal jenayah ragut ke, beg kena curi ke. sangat susah. kalau jalan tengah malam sorang sorang pun, insyaAllah lebih selamat dari jalan di tengah bandaraya KL beramai ramai.

waktu aku nak beli topup nak call family, pemilik kedai tu buat macam endah tak endah je. mungkin dia tengah bad day ke ape kan, but it's not that customer perlu dilayan macam raja, no. apa salahnya kalau senyum, cakap baik baik. tak rugi apa apa kan? lagi ramai customer datang kot, murah rezeki. and that's how i see bila di negara orang. even diorang tak faham apa kita cakap, (broken English kot kadang kadang haha!) they'll make an effort to attend each and every customers' needs.

kalau selalu kita tengok tandas awam memang betul betul macam tandas awam, (you know what i mean) sampai kadang kadang lebih sanggup tahan hajat dari buang. mesti semua pernah macam ni kan? masuk toilet, bau... tak terkata. sangat berbeza dengan budaya orang, particular kalau bab bab kebersihan ni. even diorang pakai tisu, sama macam kita, takde pulak tisu terapung dalam bowl toilet tu. takde pulak bendasing yang tak di-flush. umum okay, umum.

teringat kata kata seseorang. "Islam di Malaysia cuma pada ruhnya sahaja, bukan gaya hidup. sedangkan mereka yang bukan Islam telah amalkan gaya hidup Islam, cuma mereka tiada ruh Islam."

p/s : just sharing my opinion, no hard feelings okay. :)

Friday, December 23, 2011

awek muda vs awet muda.

a week away from home, memang sah cuti betul. tak pernah rasa sepenat begini. (boleh pulak penat bercuti kan?) in less than 24 hours, kl-penang-kl. what a journey. johor, melaka lagi. mee bandung batu pahat yang likat sedap (cepat, rasa terliur sekarang), asam pedas ikan Melaka dengan ikan patin masak lemak tempoyak (okay telan air liur lagi sekali). memang, taktau nak cakap macam mana. okay exaggerating, i know.

untuk pengetahuan, last monday, aku dengan family join 1 trip oleh budak budak sekolah ayah. actually, taknak pun ikut, since ayah insist, pegi je la kan. lagipun, bila lagi nak perasan jadi cikgu pengiring kan? :p

and the first thing people asked me, "ni form berapa ni?"

LOL.

terus sengih sengih sambil buat muka cool. "eh, cuba teka?"

"form 4 kot."

malas cakap banyak. apakah muka ini tidak menunjukkan kematangan sebagai seorang lewat remaja berusia 21?

ni kes awet muda ni. :p

p/s : mujur orang tak tanya, "PMR dapat berapa dik?" memang kena jelingan manja ler jawabnya. haha

Tuesday, December 13, 2011

zaman high school.

dok sorang sorang kat dapuq ni, boleh pulak teringat zaman high school.

bukan apa. nak kata teacher's pet, no way la kan. nak kata kepala gengster, lagila bukan. aku biasa biasa je kat sekolah dulu. just that, memories itu menggamit. okay ayat baku, i know.

aku rasa dah banyak kali aku buat entri pasai high school. sebab... selalunya, time time tu mesti aku rindu high school. some people said, "the best time in your life, adalah waktu high school." sangat setuju, for me, high school itu satu proses pembelajaran yang sangat suwit.

motif?

tak payah nak risau macam macam benda. pi dok kat sekolah, belajaq. dok hostel, pi prep. lepak kedai bang mbe bila balik prep, gosip gosip dengan kengkawan hostel. dok takut cerita hantu askar Jepun dok kawad kaki lalu depan Blok 1. and many more la, of course you know your own story too.

frankly speaking, (ni ngaku awai awai nih) aku budak skema dulu. avoid breaking the rules, mai kelas on time. kalau ponteng prep, cuak tak tau nak habaq. serupa kena jel kalau tak pi prep. well, that's me. :p

just that, i dont know how to describe it. the memories are just so so so nostalgic. rasa kalau dibagi pilihan nak kerja sekarang atau nak masuk high school, aku rasa aku nak masuk high school balik. with kawan kawan lama, persekitaran yang sama dan cikgu cikgu yang dedicated. enough said, kalau aku amek spm lagi sekali pun sanggup aih. untungla kalau dapat straight As kan. :p

ingat nak pi maktab this Jan. anyone with me? :)

p/s : junior spm 2011, jangan nak seronok sangat la spm dah habis. nanti dok meroyan macam penulis ni nak masuk high school balik. sobs sobs

Monday, December 12, 2011

sepagi bertemujanji.

pagi itu, sama macam pagi pagi biasa. bangun dari tidur yang lena, mendepangkan tangan meregangkan urat urat sendi. eh tak perlu details sangat kot.

pagi itu, awal jugak kiranya bangun dari peraduan. (root word : beradu) teringat temujanji bersama seseorang yang istimewa nun jauh di seberang sana. over the sea la katakan. yang mencuakkan diri, apabila temujanji kali ini, disertai satu family. bukannya apa, neves tu lain macam sikit. kalau pegi dengan ibu, lain cerita beb. ibu sporting sikit. boleh dibawak berbincang.

tapi tidak mengapa. hidup perlu diteruskan. kata seorang pakar motivasi. maka, usai sarapan, berangkatlah kami sekeluarga ke temujanji yang telah ditetapkan setahun lepas.

along the way, buat buat chillex dulu la kan. siap boleh tidur tidur ayam lagi. biasalah, nak drive, kereta takut dengan aku. takut calar balar lebam lebam.

sampai di destinasi yang dituju, aku kira aku datang awal. cuma 2-3 orang pelanggan yang jelas kelihatan. selesai urusan pengenalan diri kepada pegawai yang bertugas, aku duduk menunggu di ruangan yang disediakan, disertai dengan ibu, ayah dan adik bongsuku. rasa meremang lain macam pulak bila tulis adik bongsuku. haha :p

kuamati wajah wajah dihadapan. nampak sinar harapan dan tanda tanya (mungkin?) apabila mata kami bertemu. mungkin mereka pelik, "apakah urusan gadis kiut miut ini di tempat sebegini rupa?" fikir aku, manusia diberikan nikmat untuk disyukuri. mungkin untuk aku, ada hikmahnya semua ini. ada sebab untuk semua ini. apa pun, pertemuan kali ini harus dirungkai dan dicari solusinya. tekad aku dalam hati.

agak lama aku perhatikan mereka. hendak ditegur, segan yang amat. hendak senyum, nanti dibilangnya tiga suku. lalu kutunduk saja sambil pura pura bermain sudoku, game nombor paling famous di Jepun. "lama lagi ni kena tunggu. lain kali, cakap pukul 8, pukul 12 baru datang eh?" bebel hati kecil nuraniku. ayat dialog rekaan semata mata je ni.

lebih kurang sejam yang kemudian, orang yang ditunggu telah pun tiba. berdebar rasanya mahu bersemuka setelah setahun tidak bertemu. yela, bukan senang nak balik berjumpa. setahun sekali kot. harus aku guna masa ini sebetul betulnya.

aku dipanggil duduk bersemuka. rindunya, tak usah dikata. impian satu ketika dahulu, walaupun tak dapat dipenuhi, cukupla sekadar melihat didepan mata.

akhirnya kita bertemu juga, wahai doktor mata.

......................................................................


korang mesti ingat ini kisah epik Cinta dan Rangga, kan?

takkk. bajetla aku nak cerita temujanji aku bersama someone special.

ini kisah benar, cuma mungkin term term yang diguna agak bombastik lain macam. tak feel la kalau takde unsur suspens. mana art of writing?

almost 12 years aku ada annual appointment dengan ophthalmologist. that's the term for pakar mata. enough said, my condition is okay. cuma nothing much can be done to make my right eye better la. di-diagnosed dengan cataract seawal umur 9 tahun, i guess that's why aku patut lebih bersyukur. kerana sekurang kurangnya mata kiri aku masih mampu berfungsi. and the most important thing, kalau aku tawu about cataract a bit later than that age, possibility untuk buta sangat tinggi. scary enough?

there you go, one reason for all of you untuk lebih lebih lebih bersyukur. :)

Tuesday, November 29, 2011

mabuk

"weh, pening la. rasa macam nak muntah. perut tak sedap."

dialog biasa aku waktu naik sebarang kenderaan, tak kira masa di mana jua. (well, bergantung kepada sesetengah kondisi dan keadaan)

ini namanya motion sickness. (bukan morning sickness eh?) memang sejak kecik lagi, pantang betul kalau bawak aku naik kereta. makan kena berpada pada before perjalanan, kena sedia tupperware atau plastik hitam, vicks secukup rasa, dan mata harus memandang ke pokok pokok hijau. precaution yang aku kena buat in order nak avoid motion sickness. hmmm

bayangkan dulu kecik kecik, balik kampung kat aloq setaq, 1-2 jam jalan lurus elok saja, komfem 45 minit pertama aku sengap dalam kereta. nervous rasa lain macam. perut bagi signal suruh get ready, "i nak keluarkan isi perut ni"

bayangkan kalau lalu kawasan cameron ke, highway plus yang bengkang bengkok ke. mau tak biru muka?

sampai sekarang aku still ada motion sickness. just, mungkin boleh control sikit gelora perut yang meronta ronta untuk memuntahkan isi perut. boleh la makan asam ke, yang pasti, boleh control jiwa dah la.

cumanya, nasihat kepada sesiapa yang mungkin atau bakal membawa penumpang bernama Qistina ini, pandu cermat jiwa selamat. ingatlah orang yang motion sickness ini. sekian pesanan penaja, ikhlas dari duta Vicks.

a day out with best friend

yesterday was monday.

yeah right. monday blues buat sesiapa yang berkerjaya, belajar, berhadapan dengan tekanan, orang yang nak buat intra and so on. life, just live it je la. ayat orang tengah bercuti. :D

but for me, yesterday bukan monday blues. sebab dating dengan best friend just made my day :)

well, secara jujurnya, she has been my bestest friend since tadika. waktu mula mula 1st day, aku punyalah pemalu, sampai nak berkawan susah. ibu suruh aku pegi sekolah lepas tadika dengan seorang budak perempuan ni (since ibu mengajar dekat situ), and disebabkan aku ni malu tak kena tempat, maunya aku ulang alik rumah-tadika 3 4 kali. -____-" budak budak waktu tu pun.

disitula perkenalan bermula. lepas kejadian tu, apa apa pun, mesti aku buat dengan dia. dari tak reti baca buku, sampailah geng lepak kat library lepas tadika, aku dengan dia je la. kelas sama dari darjah 1 sampai 6. boleh kata macam kembaq jugakla, tang mana ada dia, tang situ ada aku.

masuk sekolah menengah, kami dok satu sekolah lagi. satu bilik, satu dorm, cuma kelas lain lain. tapi, sampai form 4, dia dapat mrsm taiping. waktu tu, rasa macam hancuq lebuq hati ini. (hiperbola gila!) takdak dah orang aku nak share share feeling, takdak dah orang nak bagi aku gelak puas puas.

tapi takpa. balik time cuti sem, dok jumpa lagi. pi hang out kat sunway (tempat wajib haha), kailan, dan lain lain tempat yang boleh diterima akal.

kalau nak aku cerita memang panjang berjela. biaqla selebihnya hanya aku dan dia saja tau. :')

you know me well, dear. dah macam kakak aku dah :D thanks for lending me your shoulders when i need it the most. thanks for the ukhuwah we have! semoga ukhuwah ini sampai ke syurga! insyaAllah :)

Thursday, November 24, 2011

nak kumpul duit

alah, kecik kecik dulu boleh je simpan duit dalam tabung. besaq besaq takkan tak reti nak saving kot?

ayat motivasi.

kalau kawan kawan pakat saving duit nak beli gadgets, laptop, sungguh, aku takdela obses sangat sampai sanggup belanja ribu-riban. no, no. baik aku pi makan puaih puaih, kenyang pun kenyang.

kalau abang sanggup saving sebab nak beli barang branded, jam Rolex (ke?), dan lain lain brand yang aku pun tak pernah tau, oh no, no. bukan aku tu. tak gila brand, pakai baju bundle cukup. (bundle ke?)

kalau perempuan dikaitkan dengan shopping, tak kisahla baju ke, handbags ke, kasut ke, not for me. saving kali ni bukan untuk tujuan bershopping ye tuan tuan puan puan. not my priority.

saving kali ini, sebabnya...

nak saving untuk masa hadapan. nak kawen bukan guna 2-3 ringgit je kan? *ehem ehem batuk batuk gatal tekak* tambah tambah high expectation must be on my future husband. sorry to say, tapi memang betul.

malas nak elaborate panjang, agak agak faham sengap sengap dah. tak faham, bolehla ajukan pertanyaan di ruangan comment di bawah.

pasaipa tah dok kalut pasai kawen awai awai ni? aku pun tak paham. ni pengaruh kad kenduri kawen berlonggok longgok kat umah ni. biasala, typical me. berangan melebih lebih.
apa dok gelak gelak? takmau kawen ka?

maaf kerana membuang masa anda membaca post angan angan penulis ini.

Monday, November 21, 2011

good days at home

dah 2 hari aku sampai rumah. but still, pening pening, letih tak kira masa, waktu tidoq tunggang terbalik. jet lag tak habis lagi.

4 bulan dekat rumah means like, "wow, banyak nya waktu free!" tambah pulak sistem uni yang tidak akan memberi assignment waktu cuti panjang camni, buatkan perasaan aku bercampur baur. suka sebab tak gaduh nak pikiaq banyak benda, tapi takut takut aku lost track bila dah lama tak berfikir hal akademik. whatever it is, life must go on, kan?

and that's when ayah suggest aku kerja kfc. actually aku tengah berkira kira lagi ni. sebabnya, aku prefer kerja kat kedai buku ke, ajar budak budak tadika ke. takdela mencabar sangat since ada kena mengena dengan minat dan kerjaya aku.

kfc pun faveret food aku jugak, apesal tak boleh nak berfikiran positif, produktif dan proaktif eh? -_____-"

dilema seorang penganggur empat bulan.

on my way to Christchurch

Christchurch Airport

lagi 1-2 jam before sampai KL

and here i am, home sweet home! :) teehee! (gambar ehsan magazine 360 airasia)

Friday, November 11, 2011

tagged by pinat :)

mostly, aku dah jawab yang first part of the tag. so, aku just continue dengan soalan dari cik pinat kita ni. kecik molek je, kiut miut dia ni. :)

11 new questions from me.

1. Dalam banyak2 kenderaan, yang mana korang paling suka guna? Why?
kereta kuda. sebab rasa macam fairytale. :P

2. Kalau korang berada dalam keadaan yang sedih dan loss, korang buat apa?
most of the time akan dok sorang2. layan perasaan tu, biar cool dulu.

3. Drama or movie yang korang paling suka? Why?
banyak ni. Vampire Diaries, BOF, ish, banyakla. these are just few of them :D

4. Korang guna gadget apa sekarang?
nope, takde kot. tak berminat sangat even teringin nak beli. camne tu?

5. Warna yang paling korang suka?
merah! :D

6. Korang paling teringin nak dapat apa sebagai hadiah?
bunga. sebab tak pernah dapat selama 21 tahun 6 hari hidup. ;)

7. Lagu apa yang boleh gambarkan mood korang sekarang?
Leaving on a jetplane :)

8. Haiwan apa yang korang teringin nak pegang or belai? Why?
buaya? sebab, macam cool je kalau dapat belai belai :P

9. Pakaian yang korang paling menyesal beli? Kalau boleh, tunjuk gambar. Hahah!
rasanya takde kot, semua mesti suka. :)

10. Pakai spek tak? Kalau pakai, power berapa?
pakai, dekat 400-500 jugakla.

11. Last question, apa first impression korang bila tengok & kenal aku? All answers will be accepted. ;)
dah jawab dekat atas. kecik molek, kiut miut, a good friend. :)

Thursday, November 10, 2011

counting days

to be back home. :)

baru lepas praktikum, and officially berakhirnya tahun kedua degree year. now, should start packing things nak balik and pindah rumah next year. in the meantime, banyak activities menanti sepanjang minggu ni. mostly cohort activity, and some other things that should be done sebelum balik.

what more can i say? alhamdulillah for everything. :)

4 months of summer hols, should have planned lots of things. and one of those, mestilah spend masa dengan family. :>

oh, can't wait to be home! this feeling is just meletup letup macam bunga api, you-know-what-i-mean-right? berkobar kobar. :P

dah puas membebel kat sini, apa kata log off sat blog, and start your packing, Qistina?

byes, take care!
wassalam. :)

Saturday, November 5, 2011

tagged by ten yaya :)

RULES :
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6.No tag backs.
7.No stuff in the tagging section about
'You are tagged if you are reading this' you legitimately
(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

sebab aku dah free, maka, marilah kita menjawab tagging ini! yeah! :P

11 things about me, Nurul Qistina
1. 21 tahun 1 hari untuk hari ini. :)
2. daddy's little princess, and always be. so, high expectation is on me, of course. ;D
3. my favourite dish; charkueyteaw. tiap tiap hari makan pun boleh! :P
4. teacher-to-be, tak lama je lagi. insyaAllah in 2 years time. ehem ehem sabaq sat noh?
5. penyengap, especially in new environment. kalau dah kenai, boleh la jugak dibawak berbincang huha huha. :]
6. is now studying in enzi. 2 tahun takdela lama mana, pejam celik pejam celik dah setahun :')
7. one of my bad habits - sleep talking. just can't help it. huhu
8. not expressive. maksudnya, bukan jenis cakap 'i love you' ibu, 'rindu ayahla'. prefer to keep it to myself.
9. i love RED! and purple. and pink. and hijau pucuk pisang. ;)
10. tips tambah berat badan : minum susu sebelum dan selepas tidur. makan supper nasik berlauk - Dr Qistina
11. if i were to choose one of these three; barang kemas, coklat dan bunga, i'll choose coklat!

inila ten yaya si pen-tag bikin kerja buat aku ni :D hehe sori nina, interframe seketika :P

soalan dari cik ten yaya :

1. Selain dari bahasa yang korang dan expert sekarang, apa lagi bahasa yang korang teringin nak belajar.sebab?
- bahasa perancis. sebab macam cool je bila orang cakap, bon jour, mademoiselle, french fries. cool kot! haha

2.Nyatakan 3 negara pilihan untuk korang travel?nyatakan sebab.
- UK, Scotland, Saudi Arabia. UK sebab dulu cita cita nak belajar medic kat sana, Scotland sebab tempat cantik, Saudi Arabia sebab nak menziarah Kaabah :')

3. antara ipod, ipad dan blackberry mana satu yang korang suka?
- sekarang tengah plan nak beli iPad. sebab.. macam cool je ade iPad. heh

4. cita cita korang masa zaman sekolah dan apakah yang korang sedang buat sekarang?adakah tally dengan cita cita korang?
- cita cita? sudah terang lagi bersuluh di atas, dulu nak jadi doktor. sekarang, doing tesol, going to be teacher soon. tally mungkin in a sense of tanpa cikgu, siapalah doktor. ecewah ayat, kemain haha

5. kereta idaman korang?
- Myvi, enough said. kecil, kiut, miut, comel macam saya. heh lagi

6. social networking apa yang korang ada?nyatakan apa dan sebab pilih buat account tersebut?
- huish banyak. friendster, myspace, facebook, twitter. tinggai drBook je tak buat lagi. maksudnya tak cukup social lagi la tu. haha

7. korang nak settle down umur berapa?kenapa?
- 25? dah kerja, mungkin tengah nak berkeluarga. mungkin.

8. nyatakan 5 wishlist korang untuk jangka masa singkat ni.
- wishlist? mai nak habaq : KFC, iPad, charkueyteaw, baby, rumah. eh baby? sesat mai mana nak baby pulak ni?

9.korang suka tak kena tag ni?
- nak cakap terus terang? baiklah, suka! terimas kasihs ten yaya!:]

10.korang suka tak blogging ni?ce cite sket perasaan.
- suka jugak! dulu cam malas nak blog. dulu la, sekarang dah okay okay dah. :D

11. kenal tak dengan 'She Is Yaya' ni?dscribe sket.muahaha.okthanksbye.:)
- awat pulak tak kenai. Yaya ni bukan nak kata apa la, semua ciri ciri dah lengkap. tinggai nak kawen ja. ciri apa? ciri perempuan melayu terakhir. :)

and here we are, my questions (bunyi trumpet!):
1. nama penuh, nama pendek, nama nick, nama manja. kalau tau maksud nama, letak sekali, untung untung berkenan nak letak nama anak nanti. ehem ehem
2. bangun tidur, perkara pertama yang difikirkan adalah...
3. hobi masa lapang? hobi masa tak lapang?
4. list 3 benda paling penting dalam hidup, dan mengapa?
5. rasa rasa la kan, lagu apa yang menggambarkan diri korang? awat lagu tu?
6. describe rumah impian. impian je tau, bukan rumah betul betul. :D
7. the best thing to spend with your money is...
8. "5 tahun akan datang, saya akan jadi...
9. satu perkara yang orang akan ingat pasal korang
10. pendapat tentang politik tanah air.
11. 1-3 perkataan untuk describe saya. :D

and... here's the lucky 11! :)
shima
zaty
pinat
muz
azie
iny

dan... malas la nak tag yang lain, sebab tak rajin blog-walking. T_T

turning twe...lve

"another year is gone, and you're twenty-one."

sedaq tak sedaq, dah umuq 21 dah ang ni qistina. ang sedaq dak, umuq 21 tu tua mana? -____-"

frankly speaking, i'm not ready yet for this age. 21 is just like 'officially welcome to alam dewasa, goodbye teen-age". which means, no more perangai pelik pelik or else people will say,"perangai tak macam 21." hmmm lumrah hidup bermasyarakat.

but, life must go on kan? 21 doesn't mean you have to change pura pura jadi lebih matang. it's just a matter of fact that aku patut cuba jadi a better person. in what sense? banyak senses. banyak aspek. banyak ways of life.

people keep asking me, "make a wish!" of course banyak wish kan, but i've got the one and only harapan sempena umur 21. sengap sengap dah la, tak serprais pulak dok jaja merata. :]

obviously, special thanks should be given to Ibu, sebab tanpa susah payah dia, aku tak tawu aku wujud atau tak sekarang ni. like seriously, dengan bawak perut lebih 3 hari, pastu songsang, pastu kena operate Caeserean, what more you can say bila anak boleh discharge awal dari ibu? :') subhanallah, betapa Allah jadikan ibu kuat.

dan alhamdulillah, another year is gone. diberi peluang bernafas di usia 21 ni nikmat yang patut disyukuri. :) jadi lebih bersyukur, Qistina.

so now, i'm officially 21. but still sweet 17. boleh la tu. :P

Tuesday, November 1, 2011

isteri cerdik yang solehah

is currently on my Youtube playlist.

taktau la pasaipa dok tiba tiba dengaq lagu macam ni. but i wish i can be that kind of isteri, insyaAllah :)

ececece. jauh betul cita cita kak? tak salah rasa kalau dah berfikir ke arah itu. umuq pun tak lama dah, kalau zaman dulu dulu dah boleh ada anak 3 dah pun. eh, sekarang pun dah ada kawan sebaya kawen ape?

tapi yang jadi salahnya, bila esok lusa nak exam, sempat lagi dok pikiaq pasal kawen. belajaq pun entah mana hala, ada hati nak jadi bini orang. -_-"

one of my friends pernah tanya, "what if, ada orang masuk meminang? like, cuti nanti ke?"
something to ponder. but not too soon kot, sebab aku pun perangai cam budak budak lagi :P

terima kasihs kerana mendengar celoteh pelajar tertekan exam lalu berfikir perihal perkahwinan.

"oh mama, saya mahu kahwin, kahwin dengan siapa?"

Sunday, October 30, 2011

rasa macam nak buat rumah sebijik

dekat sini.


(bunyi cengkerik) ada rumah kecik yang macam cottage tu, pastu taman bunga keliling. daisy meliar, burung burung berkicauan, tiap tiap hari boleh pegi sungai belakang rumah. wahhh...

impian gaya fairytale snow white sungguh.

apa kata, pi belajaq dulu Crime, lepas exam sambung berangan. boleh idok? doakan aku boleh jawab exam weh! paper killer di hari keputerian sangatlah ____________. hmmm

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

make a wish

1. HOME.
2. HOME.
3. HOME. lagi? -_-'
4. guitar with guitarist penuh feeling, pretty please?
5. little things that worth smiling

this is just... another wishlist.

Tuesday, October 18, 2011

esok

(sekadar gambaq hiasan, mana tau kot kot dapat inspirasi tengok gambaq ni)

exam.

hmmmm. breath in, breath out. jangan gelabah, buat biasa ja.

semoga Allah permudah segala, insyaAllah. :)

doakan ye! untuk semua yang nak exam jugak, best wishes. ke, aku je yang tengah exam ni? T_T

p/s : teringat benda memalukan time exam SPM. boleh pulak silap tempat duduk -____-" nak nak pulak sebelah scandal dulu dulu. hilang terus cuak nak exam. haha

Friday, October 14, 2011

the end :)

tamat sudah sesi persekolahan bagi semester kedua pelajar tahun dua universiti of dotdotdot.

2 last assigments dah hantar tadi, legaaa alhamdulillah :)

tinggai exam 3 paper, praktikum 3 hari pastu..



dia buat dah perangai homesick dia. heh T_T"

tunggu sat nah nasik goreng rainforest, dapat elaun kita jumpa eh? ;)

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

can't wait..


for November! my favourite month untuk tahun ini! ;) hehehe

baru je lepas submit dua assignments. lega toksah habaq. Alhamdulillah, ada lagi dua menanti. celengging jugak hat last last ni. mana taknya, kena buat lesson plan Dance. lagi satu esaimen Music. dengaq lagu kanak kanak lerrr jawabnya. hmmm

exam pulak, ada 3 paper. paper killer rasanya paper Crime kot. novel pun dok merangkak baca lagi :O no good, no good.

takpa takpa. kena ada motivation kan? mai nak bagi motivation.

bulan depan balik Malaysia :)

tapi tapi... sebelum tu, ang kena la exam dulu. paling penting, buat kerja bagi perabih, pastu baru sembang nak balik. boleh dak?

ni yang dok online lagi awat taktau? log out cepat! hangpa yang dok baca ni pun, keja siap belum? ni cikgu nak marah ni, garang nih grrr

Friday, September 30, 2011

You decide.

salam and greetings dari enzi.

how's life? so far so good. alhamdulillah, dok elok sihat lagi cuma batuk2 degil sikit. uhuk uhuk

untuk makluman, baru saja melepasi minggu sukar sebagai seorang student. minggu assignment bertimbun taktau nak buat yang mana satu sapa suruh buat last minute. hmph, pelajar sekarang.

tapi tula. lega dia, rasa macam ringan kepala. alhamdulillah, Allah permudah urusan :) ni tinggai lagi 4 ketui assignments lagi untuk dihantar pada minggu yang sama. lepas tu, minggu peperiksaan menjelang tiba :S

untuk makluman lagi, sekarang ini empunya diri sedang berbelah bahagi. terbahagi kepada dua, iaitu hati dan otak. hati berkata, "wei, balikla. dari dok cangak tak buat apa, baik balik kampung makan charkueyteaw pujaan hati". di satu sudut yang berbeza, otak berfikir, "eh, bila lagi nak kerja? cakap aritu bersungguh nak kerja petik buah. buah ke mana, habuk pun tarak"

=_=" boleh dak kalau balik Malaysia pun mau, kerja pun mau?

BOLEH. kerja dengan ibu ayah lerrrr camtu. huehuehue (nampak tak ke-beratsebelah-an kepada pihak mana?)

T.T kita tunggu esok pi hantaq resume dulu nah. tungguuuu

Wednesday, September 21, 2011

Saturday, September 17, 2011

bermusim.

sekarang dekat niu zilen tengah musim ragbi cawan dunia. for those yang amek tawu pasal sports, especially all blacks, komfem2 take note kan. tapi untuk orang yang 'biasa-biasa', "alah, apebende sangatla world cup. setakat ragbi, baik aku tengok congkak world cup." okay tak masuk konteks.

kalau kita tengok, musim ada macam macam musim. musim durian, musim tengkujuh, musim periksa, musim baru vampire diaries. ah tak kisahla musim pape pun. yang pasti, musim.

macam tu jugak kot manusia. ada musim musim jugak. musim down, dan sebagainya. (pemalas betul nak list)

tapi kan, ada satu benda yang strictly should be NO musim.

musim sebagai muslim.

point kat sini nak cakap, setiap orang ada potential nak buat benda baik. it's either potential itu digilap, dibajai dan disemai (okay ayat buku teks) ataupun dibiarkan tidak subur.

contoh la, ambik pengalaman aku sendiri. kalau time bulan puasa tu, segala jenis ibadat, sunat ke, harus ke, digalakkan ke, semua semangat nak buat. dah lepas musim tu? terus 'disappear' eh? hilang ikut musim jugak ke?

bagi saudari saudari yang diberi kelonggaran cuti setiap bulan, dia punya feeling lepas seminggu holiday, lain macam. rasa baloq liat semacam nak keep up the same pace macam sebelum cuti. cabaran kot, cabaran.

kalaula rahmat Allah tu bermusim, agak agak bila kita tertinggal subuh, maunya bekalan oksigen dibekukan satu hari tak payah bagi sebab terlupa buat benda wajib. hatdoi, terkena batang hidung sendiri.

kalau musim orang kawen, ape cerita pulak? ehem ehem out of topic, karangan tinggal separuh markah

p/s : cuma bercakap dari perspektif Qistina. bukanlah orang terbaik untuk berbicara tentang hal ini. :)

Wednesday, September 14, 2011

malas

somehow aku rasa malas dah nak berbelog ni.

dulu, aku belog sebab aku rasa, "eh cambest je ada belog. boleh tulis macam macam. buat luahan perasaan ke."

not for now. sebab aku malas. malas betul.

kalau cerita kat sini pun, takde apa yang boleh dibuat. buat hati lega? baik mengadu kepada Dia.

lagi risau takut orang bukan bukan baca. kang habis cerita personal jadi tatapan umum.

tak lama je belog ni rasa. tak lama.

emosi tetiba kan? haha tengah bipolar sekarang. sekejap happy go lucky, kejap gloomy semacam. apehal entah. aiseh

T_T" come on, assignments bertimbun wahai pelajar tajaan! sila sedar anda sedang menggunakan duit rakyat. lebih penting, anda telah menyalahgunakan nikmatNya dengan sewenang wenangnya. maka, sila jalankan tanggungjawab anda, Qistina.

Wordless Wednesday

Tuesday, September 6, 2011

raya

dah masuk raya ketujuh sudah hari ini kalau ikut kat tempat aku. kalau nak hupdate cerita raya memang dah basi la kan.

but, frankly speaking, raya di perantauan takdela sadis mana pun. serius.

feeling sama. makanan juadah raya pun sama. baju pun pakai baju raya. the only difference, family takde.

at first aku fikir, "ish komfem nanti pagi raya melalak lalak dok buat homesick bagai,", tapi... tak pun.

takdela tabah sangat rasa. ada je perasaan rindu itu, cumanya telah diganti dengan keseronokan beraya bersama kawan kawan. :)

kot kotla nak praktis beraya jauh dari family kan, untunglaaa kalau rumah mak mentua dekat. ehem ehem sindrom ulat bulu dah naik daunnnn

by the way, terlupa pulak yang aku tak wish lagi secara officialnya. kepada semua yang kenal aku, termasuk readers sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf kalau ada salah silap.

ikhlas tapi jauh,
Qistina :)

Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

feeling dia tak sama.

dengaq cerita esok malaysia raya.

aku dok syahdu sorang sorang dengaq. ingatkan boleh skype sambil pakai baju raya. sambil makan kuih raya. sambil dengar takbir raya.

new zealand raya lusa. takpala, aku boleh tahan lagi.

tadi call ayah. bila aku bagitau aku raya rabu, teruih dia gelak. gelak dia, bukan gelak lucu. gelak cover takmau bagi aku haru. aku pun apa lagi, cover la takmau bagi nampak cengeng.

satgi nak skype pulak. agak agak mampu terus bertahan tak? 95/5. 95 komfem tewas, 5 lagi insyaAllah sebak.

bukan aku tak meraikan kemenangan di pagi Syawal. bukan aku tak gembira beraya. cumanya... feeling dia tak sama. bila bila masa boleh "hujan yang turun bagaikan mutiara". faham kan perasaan ini?

selamat hari raya, dari perantau jiwa kacau sekarang.

hadiah teristimewa dari kesayangans hari ini. :')

Friday, August 26, 2011

entri oh entri

entri bukan entri raya, sebab aku tawu, asal new post je, mesti nak homesick kan? budak cengeng, biasa la.

iya, kalau nak ikut rasa hati, nak je aku tulis panjang berjela sambil tahan sebak. tapi, malas la kan. malas la bila rasa ini bukan rasamu. aiseh, Anang beb.

so, here's the topic.

dia.

ecewah, bajet misterius?

dahla, malas aku tulis entri panjang panjang. (demotivate tiba tiba)

tunggu esok esok time mood nak mengarang mai. time tu, mesti aku semangat nak tulis. semangat nak tulis dengan airmata jatuh berlinangan *lagu siti airmata syawal ke udara*

konklusi; entri takde isi. :P

Sunday, August 21, 2011

tak sama macam dulu dulu

dah lama tak menulis, terasa kejanggalannya bila mengarang untuk satu perasaan yang aku pun tak pasti.

ayat pun tak boleh belah.

sebelum aku melangkah lebih skema, seeloknya kalau aku bagitawu dulu apa aku tengah buat.

currently tengah siapkan assignment lesson plan mathematics yang due datenya lusa. rabu pulak, ada test paper crime. bukan calang calang eh calon2 test ni. bukan calang calang yang berani ambik risiko fail weh susah weh. hmph

tapi takpe. sebab aku rasa ada kepentingan untuk aku menulis disini, hal2 picisan seperti itu kita tinggalkan seketika.

picisan tu weh, picisan. jangan main main dengan orang bahasa.

________________________________________________________________________
frankly speaking, first time puasa luar dari rutin selama 20 tahun memang satu ujian buat aku. like serious, bukan senang nak pejam mata ignore impian lalu depan bazaar tutup hidung simpan purse berjimat cermat amalan mulia. oh no, no. lainlah korang pokai, tu lain cerita.

kalau dikira dari segi family yang sentiasa me-nyupport tak kira dari segi sokongan moral dan sogokan kewangan, itu memang tak jadi masalah for the past 20 years. sekarang? alamat dalam mimpilah jumpa family wei!

tu tak campur shopping punya point.

to cut it short, kalau sebelum sebelum ni aku dah terbiasa dengan rutin puasa macam ni, tiba tiba *muzik suspens* umur 21 takde dah nikmat semua ini. yang ada hanyalah kenangan untuk diingati tatkala diri dilanda homesick.

and, that's it.

satu perasaan timbul.

perasaan yang tak boleh nak digambar dengan kata kata-korang-kena-feel-sendiri-baru-tauuu

puasa di tempat yang minoritinya Islam sangat berbeza. totally different.

tengah tengah jalan nak pegi kelas, boleh pulak mat saleh ni makan burger terbau bau aroma menusuk perut.

tengah syok syok sembang dengan kawan, sekali lalu minah saleh pakai baik punya cilok. ehem ehem tidak perlu explanation panjang disini.

dengan sejuk lain macam. the whole day rasa nak beradu dengan enaknya di atas tilam yang empuk.

tu baru sikit. sikit je tu, malas nak memanjangkan entri ni.

tapi...
ada satu perasaan ni.
susah nak explain.
aku panggil perasaan itu, "something".
sebab aku rasa puasa kali ini insyaAllah lain dari yang lain.
sebab.. entah.
see? aku pun tak tawu.

mungkin aku terlepas charkueyteaw dekat bazaar ramadhan sekarang, tapi itu tak penting.

2 tahun lagi aku boleh dapat. perasaan itu? entah bila lagi nak dapat kan? have a blessed Ramadhan, readers! (even Ramadhan dah di penghujung tsk tsk)

Wednesday, August 17, 2011

Thursday, August 11, 2011

i miss you.


semoga beliau sentiasa kuat dan tabah, ya Allah. berilah kekuatan kepadanya, kerana aku jauh.

i wish i can be there just for her. i want to hug her close and tight. semoga Allah sentiasa melindungimu.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday versi homesick







tengok kot google map pun jadi la. maaf, ter-ada words pulak. heh

Sunday, August 7, 2011

awat taktau?

malas nak syahdu banyak banyak. meh aku straight to the point.

.
..
...
....

HOMESICK.

untunglaaaa korang dekat rumah. untung untunglaaaaa

(ni kes serius ni, kena refer pakar sakit rumah)

normal weh, tengah tengah malam buta nak rindu rindu bagai. hampeh punya. timing nak tidoq lagi haghu. takpala, cukup kot aku melalut sat. nak tidoq, esok kelas awai. T_T"

"dalam dingin subuh, hatiku terusik" takdan subuh pun dah terusik tsk tsk

Wednesday, August 3, 2011

mata

pernah tak korang tengok diri sendiri kat cermin, and this sentence terkeluar dari mulut,
"ish, buruknye muka. dahla kulit bertompok tompok. kenapalah orang lain lagi cantik eh?"

frankly speaking, aku pernah.
aku pernah duduk depan cermin sorang sorang, belek muka, dan ada saja benda aku tak puas hati. hidung besar la, jerawat merayap la. dan yang selalu aku mengomel, "apesal hah mata aku juling?"

serius low self esteem.

waktu tu, aku rasa macam seolah olah aku ni takde ape. macam, serba serbi kurang. dalam erti kata lain, aku ni banyak lagi disadvantages dari advantages sebagai Qistina. rasa macam tak sesempurna orang lain. serius.

sampai la satu ketika, aku terfikir. seolah olah aku menyalahkan Allah atas keadaan fizikal yang macam ni. berkata, "eh tak cantik macam dia la..." seperti tak bersyukur atas apa yang kita ada.

sebenarnya, aku ni bertuah.

sebabnya, kalau bukan pasal mata juling ni, silap silap aku boleh buta akibat tak tawu ada cataract dalam mata.

kalau bukan pasal mata juling ni, mungkin sampai sekarang aku tak tawu betapa berharganya mata.

kalau bukan pasal mata juling ni, entah entah sekarang ni aku mungkin pandang orang buta takde perasaan.

at least Allah bagi aku satu lagi peluang untuk melihat. kalau Dia tarik nikmat kedua dua mata terus?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (surah ar-Rahman)

Dia menjadikan sesuatu mesti ada hikmahnya. mesti ada faedahnya. mesti ada sebabnya. cuma kita yang tak pernah menghargai, tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. lumrah manusia, sentiasa mahukan lebih dari apa yang perlu.

cuba berfikir sejenak. kalaula hari ini kita bersyukur dengan 3 benda, dan esok yang ada pada kita cuma these 3 things. and the rest, Allah dah tarik nikmatnya. what say you?

Wordless Wednesday.

Sunday, July 31, 2011

untungla...

mood nak hupdate melonjak melonjak. bukan eksaited, bukan nervous. cumanya.. tak rasa apa lagi.

Ramadhan dah menjengah. esok insyaAllah akan mula berpuasa di tempat orang. bukan tak biasa. bukan tak nak. cuma...

teringat waktu sahur. sahur dengan family, semua muka tak celik mata. pakai gagau amek makanan masuk mulut. paling penting; pulun makan kurma walaupun tak suka. ibu cakap makan kurma umpama makan 3 kati daging. untunglaaa sahur kat rumah...

time nak berbuka, semua laju. pi bazar toksah cakap, rambang mata. semua nak kaut beli. biasala, nafsu. bila dah berbuka? untunglaaa berbuka kat rumah...

terawih lagi best. sebab jemaah 1 family. rindunya. :(

untunglaaa korang dekat rumah. :(

salam Ramadhan dari jauh. tsk tsk tabah wei, tabah. macam tak biasa pulak. cool wei, cool! japgi nak pegi terawih dengan kawan kawan. semoga Ramadhan lebih bermakna, even tanpa family tersayang. tsk tsk

p/s: tak dapat dah nak tengok pengumuman puasa tv1. -____-" untunglaaa.

Wednesday, July 27, 2011

Friday, July 22, 2011

goodbye,

encik blog.

i'll be back someday. when i feel like sharing things in my life.

take care, and be good.

wassalam.

Wednesday, July 20, 2011

Word-less Wednesday

credits to Google

Wednesday, July 13, 2011

3 years, and still counting :)

14 julai 2008.

nervous weh. perasaan berdebar debar kalah orang nak dapat anak sulung. ye lah, nak masuk maktab dekat Sarawak. first impression? habeh la ulu banat mana pulak dah kena campak ni. T_T biasa la, selalu dengar orang cerita pasal pedalaman je. nama pulak Batu Lintang, what do you expect?

tapi takpe. hati mau kuat. chill babe. kata nak pegi niu zilen. ni takat sarawak pun takkan nak menangis? tak hero lah camnih. tak jantan.

14 julai 2011.

sekejap je masa berlalu. rasa macam baru semalam daftar. sekarang dah jadi super super super senior. ecewah. dah 2nd year dah pun degree. 5 bulan dah dekat negara orang. perasaan? "oh man, aku makin tua la! dah 21 weh. perangai tak serupa umur. kalau ikut orang zaman dulu, dah ada anak dua dah. tak lama lagi, masuk 3rd year. cepat gila masa berlalu."

tengok gambar waktu foundation, semua muka budak budak. kurus kurus. selenga selenga. zaman remaja dulu dulu, biasala kan.

sekarang? dah tua bangka, mem'besar' dengan jayanya, pandai pulak nak bergaya. dewasa la katakan. dewasa la sangat. (merujuk kepada diri sendiri)

insyaAllah, dua tahun setengah lagi menanti. sebelum aku tamat pengajian sepenuhnya. sebelum aku bergelar Teacher Qistina. sebelum aku boleh kawen :P

wish me luck. semoga masing masing berjaya dalam bidang masing masing. "pengalaman mendewasakan." true indeed!

Monday, July 11, 2011

what's the point?

lately, emosi tak stabil. not sure sebab apa, guess baik simpan sorang sorang.

but why am i spilling all these words here?

to lessen the burden. i'm not asking you to read all this crap.

writing somehow makes me feel relieved.

you know this feeling bila-tibatiba-rasa-airmata-laju-nak-turun-padahal-takde-reasons-yang-kukuh-pun.

that's when you feel you are all alone.

"setiap orang pasti merasakan kesedihan."

mungkin effect musim winter kot. nak emo bagai. :(

la tahzan, wahai hati. hope this is just dream. a bad dream.

seth tan?

cakapla aku outdated ke ape, yang penting, aku tengah tengok nora elena tv series yang meletup letup *bunyi bunga api* kat malaysia.

frankly speaking, aku bukan jenis addicted gila gila waktu mula mula series ni ditayangkan. siap boleh tanya kawan lagi, "ape yang best sangat cerita melayu wei? cam bosan aku tengok"

tapi entah macam mana aku boleh ter-tengok. ter-tengok memang maksud dia 'tidak disengajakan'. konon la kan, konon. :P

not bad la untuk aku isi masa lapang. tengok hero manis gila. memang mission impossible nak carik seth tan-like di masa sekarang. setan tu berlonggok la, toksah nak kata.

tapi itula yang aku menyampah dengan cerita ni. dah tawu seth tan tu tak wujud, yang pegi buat cerita sweet2 sape suruh? angan angan mat jenin la wei. haha

saja nak bagi aku terbawak bawak dalam mimpi. heh.

dah, nak sambung tengok kemuncak cerita ni.
till then, take care, wassalam.

p/s : kalau dah memang cerita. come on pengarah drama, buat cerita realistik sikit. :)

Thursday, July 7, 2011

malas

hari ni hari khamis. esok jumaat. lusa sabtu. tulat ahad. tungging? isnin yang terbalik weh haiseh -_____-"

malas bebenor nak bukak sekolah ni. ni satu pasai aku tak suka cuti lelama ni. cuti sat sangat bising pulak pejam celik pejam celik dah sekolah. cuti panjang sebulan pun payah mood hilang pi tinggai mana taktau. hadoi.

dilema student. kepada yang akan bercuti, dan sedang bercuti, nikmatilah cuti anda dan isi dengan aktiviti yang berfaedah. jangan dok gagah ke hulu ke hilir sangat, tolong mak kat umah lagi baguih! :D

live your life to the fullest. meskipun tak suka dengan apa2 pun, just bear with it. this is what we called life. :)

time heals, insyaAllah :)

Saturday, July 2, 2011

ada apa pada nama?

setiap orang ada nama. tak kisahla Kassim Selamat ke, Aaron Aziz ke, Josh Duhamel, tak pun Stefan Salvatore, memang komfem ada nama. eh rasa macam ter-bias pulak contoh contoh nama di atas.

tapi ada apa dengan nama? tahu ke history nama korang?

kot kotla nama tok nenek moyang ke, nama artis pujaan mak ayah ke, tak pun nama komfem komfem pelik? ada?

macam aku, aku tawu serba sedikit la kenapa ayah letak nama aku Qistina. sebab mula dengan huruf 'Q', and lain dari yang lain. sampai cikgu aku pernah cakap, nama aku ni mendahului zaman. sebab moden sangat kot.

tapi yang tak best pasal nama aku, waktu kecik kecik sekitar usia 6-7 tahun di kala curiosity killed the cat, kengkawan mostly akan tanya, "eh apesal nama ang qistina? ang agama lain ka? kristian?" ya Allah. ke situ pulak dah. heh.

until one day, aku terjumpa buku nama nama anak dalam Islam. mulanya ingat nak carik nama anak untuk kegunaan di masa hadapan (ehem ehem), tapi terselak page nama Q. and there, aku tawu maksud nama aku, Cahaya Keadilan. :D

nama korang pulak? kot kotla aku berkenan buat nama anak nanti. (ehem ehem kuat lagi batuk ni)

Sunday, June 26, 2011

on vacation

just a short update.

esok, aku akan bertolak ke Queenstown (again?) untuk trip 4 hari 3 malam. this time, plan nak pegi main ski and experience the coldness of winter (since suhu kat sana can reach -3 degree). harap harap salji dah turun by the time sampai sana.

trip ni dengan kawan kawan. pray for our safety. till then, see you soon, insyaAllah. :)

p/s: kalau ada ape ape, just contact me through phone. have a nice week, readers! :D

Queenstown last autumn.

Saturday, June 25, 2011

these things i'll never say

1. i miss you, ibu ayah.
2. rindu la nak gaduh dengan abang. bila nak kawen? boleh aku tumpang sekaki. ehem ehem
3. weh faris. jangan dok seronok sangat. haha
4. eiein. jangan dok buat matured boleh? tak sedaq baru form 3 konon takmau melawak dengan aku dah. tabuh mau?
5. maksu. nanti kita hangout2 lagi, ditanggung halal sepenuhnya oleh maksu lagi, boleh? :P
6. oh good food. cintaku tertinggal di malaysia. nantikan kepulangan dakuuu untuk memakanmu!
7. bestfriends. always the best i ever had. semoga this ukhuwah will stay forever. :)
8. duit duit, dimana kau duit? duit bukan segala galanya, tapi segala galanya perlukan duit. haiseh
9. oh stefan salvatore. jadikan aku vampire jugak. gantikan Elena dengan vampire baru. melawak ja noh stefan noh. :P
10. oh 24. please come faster, lagi cepat lagi bagus! plan baik punya :DD insyaAllah

did i miss anything? or should i add something else? :P

Saturday, June 18, 2011

anak bongsu.

umumnya diketahui aku bukanlah anak bongsu. aku adalah kakak kepada adik bongsu. (ofkosla, dah nama pun kakak, abes takkan dia pulak abang kan. heh) sebagai kakak yang prihatin, haruslah aku dulu lebih makan garam makan gula makan charkueyteaw dari dia. aku dah masak sangat dengan perangai dia merangkap adik bongsu.

ini adalah ciri ciri anak bongsu yang aku nampak dalam dia si adik bongsu, takde kena mengena dengan orang lain. (kalau terkena, itu cuma satu kebetulan yang tak dapat dielakkan. :P)

perangai dia yang paling aku kurang suka : manja gedik terlebih. well, it's obviously-known that anak bongsu memang manja dengan family. tak terkecuali la si dia ni. paling aku rasa hangat bila ape ape yang dia mintak, komfem komfem dapat. tak cepat, esok lusa ada depan mata. mostly benda dia nak la, tapi kalau dia mintak kereta ferrari satu, komfem dia dapat jugak. dapat apa? jelingan 'manja' suruh dia masuk bilik dok senyap senyap konon study le tu. :P

tapi aku suka jugak dia ni manja. sebab apa? dahla aku takde geng nak bermanja manja. anak perempuan sorang, takkan aku nak main main kepala dengan abang kot? gila apa, mau dia cakap aku buang tebiat. nak pillow talk dengan faris? oh noS. jangan harap dia nak layan aku. maka, tertumpahla manja aku dengan si dia ni. layankan jelah bila dia sembang pasal admirer dia. kau ada? non hado punya :P

yang tak bestnya dia ni, kaki report. ada je benda nak ngadu dengan ibu ayah. paling tak boleh blah, semua rahsia dia nak korek. korek bukan macam lubang cacing, sekali dah macam gali petroleum punya tau. penuh dengan WH- questions. dah tau rahsia, bukan nak reti tutup mulut. sibuk pi jaja dengan adik beradik lain. hampehs punya adik. gelaran paling best aku pernah bagi : penyampai cerita cepat dari berita. *soundtrack mami jarum*

tapi bagus jugak ada adik macam ni. kalau tak, rumah macam dilanda garuda. senyap sunyi takde nak bising bising kepochi. waktu dia pergi kem ape-entah-nama, ayah tiba tiba out of nowhere mengeluh, "rindu kat eiein. dia takde, senyap sunyi je rumah." memang. aku pun ngaku, dah takde dah orang yang nak jerit jerit sekali berebut anak patung dengan aku. haihla eiein. sabar je lah.

tadi skype dengan family. bila ayah suruh aku cakap dengan eiein, speechless. sebab tak biasa nak cakap depan depan. biasa la kan, aku ni pemalu orangnya. fakta tu.

tapi, sebab dia dah besar, so probability aku untuk bermanja manja sudah berkurang. T_T adoiyai, tak best la camni. nanti balik malaysia, dia dah nak amik spm. takkan dia nak main main dengan aku lagi?

dilema seorang kakak.

p/s : ibu, nak adik lagi! :D mau tersembur ibu dengar aku punya request.

Tuesday, June 14, 2011

bila sejuk.

say hello to winter!

sekarang dah musim sejuk, menandakan suhu standard paling tinggi 10 degree, paling rendah boleh sampai negative. tu tak campur bila kena ayaq, fullamak. rasa macam takdak jari lah, menyucuk nyucuk ke tulang sumsum.

tapi takpe. hidup perlu diteruskan. mandi tetap perlu sekali sehari. makan tetap selalu, malah kekerapan itu bertambah secara drastik :P dan homesick pun mula bertandang dalam jiwa kacau ini. hmph.

dulu dulu tengok gambar orang pegi oversea, cam best je bila musim winter. ada salji, pakai winter coat. siap boleh baling bebola ais lagi you. tapi bila sendiri rasa, serius tak best. serius. dah, tak payah nak mimpi mimpi pegi oversea. dok malaysia lagi bagus. paling kurang pun, kalau dah teringin sangat nak buat snowman, pegila main salji dekat bukit cahaya-ke-ape-nama-tempat-ada-salji. lagi baguih dari dok menggigil tahan sejuk pastu nak homesick bagai. (heh)

bukan nak demotivate korang ke ape, but seriously betullah apa peribahasa cakap. hujan batu di negeri sendiri, hujan salji di negeri orang, baik hujan panas kat Malaysia lagi.

sejuk dah satu pasal. bila kena tang homesick, lagi parah. aku pun tak pasti apesal la orang cakap musim winter musim homesick. tak applicable bagi aku sebab musim winter ka, musim summer ka, semua aku homesick. :P mungkin sebab gloomy kot. suasana cam muram je, even ada matahari, everything looks numb. takpela, pasrah je la. lagipun bukan lama mana nak dok negara orang. sekali tengok, hujung tahun ni balik. hampeh betul kalau nak homesick. sangatla hampehs.

oleh sebab aku cuti panjang, selamatla korang tengok belog aku ter-update selalu. jangan marah naa! nanti kena juai! :P adoi rindu nak tengok cerita p ramlee la, bertuah.

dahla melepas reunion high school. T_T adoi.

charkueyteaw special panas panas makan time winter sedap jugak nih.

dia dah mula dah homesick dia. T_T

Wednesday, June 8, 2011

meet my hero.

petang tadi telefon ibu sekejap. sembang sembang semua, gosip gosip sikit, teringatkan ayah. bila tanya ibu, ibu cakap ayah pegi sekolah. ayah kan sibuk. yela, untuk keluarga jugak. carik makan kerja keras even sekarang cuti sekolah. sepatutnya ayah bercuti jugak. tapi nak buat macam mana. dah rezeki. paling kurang, dia akan bawak pegi jalan jalan, picnic, ataupun shopping lepas dia on duty. baik kan ayah?

ibu bagitawu, ayah selalu tanya, "ina call tak? dia sihat tak? dia tengah buat apa la agaknya kat sana?" lalu, dalam hati aku, "sudah, nanti mesti kena marah sebab tak call lama dah ni."

so, aku janji dengan ibu, aku akan call ayah nanti.

sejam kemudian, dah agak agak ayah dah balik dari sekolah, aku call handphone ayah. mula mula tak jawab, ingatkan dia sibuk dengan kerja pejabat bertimbun. nak dekat hujung hujung, ayah angkat. suaranya macam penat, tapi dia tetap layan aku. baik kan ayah?

kemudian, perbualan berlangsung seperti biasa. tanya khabar semua, tanya dah makan belum, tak keluar pergi town ke, duit ade lagi tak, dan macam macam lagi pertanyaan yang kadang kadang aku sendiri rasa macam budak kecil yang kena suruh buat itu ini. biasalah, aku anak bukan reti bersyukur. ayah dah cukup prihatin, dia cuma menjalankan tanggungjawab seorang ayah, aku pulak boleh fikir "eh, ina dah cukup besar nak buat semua ni, jangan risaula ayah". baik kan ayah?

waktu nak letak call tu, tiba tiba ayah request something. "nak skype malam ni boleh?" aku terkedu tak cakap apa apa. lama aku senyap, sebelum aku cakap, "eh, boleh boleh. malam nanti pukul 9 waktu NZ tau ayah."

ina tawu ayah rindu ina kan? ina rindu ayah jugak.

minta maaf ayah, sebab ina sorang anak ayah yang selalu jauh. takpe, mungkin jauh jarak malaysia-new zealand, tapi ayah tetap dekat dalam hati ina. :)

p/s : waktu mula mula sampai nz, agak terkejut bila found out ada satu sampul surat dalam beg laptop. what's inside? al-mathurat dengan surah surah pilihan, dengan note di depan page, "dari ayah: jaga diri baik baik dan belajarlah betul2. jaga solat dan ingat dan bergantung harap kepada Allah semata2. amal & wirid al-mathurat ini selalu. selamat berjaya! i'm proud of your success."

he is my hero, always be. :')

Friday, June 3, 2011

:)

good news.

1. last assignment untuk sem ini telah sukses di-goreng dengan jayanya, dan dihantar sebentar tadi. syukur, alhamdulillah, Kau permudah segala. :)

2. berat makin bertambah tambah. mungkin korang pelik sebab selalunya orang tak suka berat naik. totally different dengan aku sebab back in Malaysia, sangat susah aku nak naik. turun lagi adela. :) syukur, alhamdulillah, Kau bagi kesihatan yang baik.

3. cuti winter akan datang in few days lagi. sebulan cuti, means no lecture segala buat berat kepala. syukur, alhamdulillah, ada kesenangan selepas satu semester bertungkus lumus dengan study. :)

Tuesday, May 31, 2011

thinking about...

holidays yang akan menjelang tidak lama lagi. it's winter!

bila dah mood holiday lebih dari mood belajar, mula la tangan nak kelik kat holiday house, grabone, book me.

satu benda yang menarik perhatian aku buat masa sekarang : terbang tinggi weh! yang paling penting, aku nak meluncur laju atas salji! :D

tapi baru je plan. entah jadi entah tidak, itu kerja Dia. :)

Tuesday, May 24, 2011

halalan toyyiban

baru baca entry pasal secret recipe tak halal.

makin banyak pulak aku perasan yang ni tak halal, yang tu diragui.

habis selama ni kita makan?

lucky untuk aku kot sebab dok kat negara orang buatkan kau lebih pekak.

eh tak. peka.

sebab semua benda kena belek ingredients, kena tanya cara penyediaan, even kasut but pun kena check kulit 'baby' ke tak. baby bak kata jozan maharaja lawak minggu ke tiga.

entahla. nak komen panjang, aku ni student gomen. tapi, macamanalah negara Islam macam kita ni boleh buat halai balai ja benda camni? cuba pikiaq amek sat.

yang paling penting, terbantut niat aku sampai airport nak terjah kfc. -___-" kekecewaan jelas terpancar dari riak wajahnya.

betul tak betul, wallahua'lam.

take care. nak sambung kerja bertimbun. wassalam.

p/s : kfc oh kfc -____-" habis punah extrinsic motivation aku pasni.

Saturday, May 21, 2011

gadgets and I.

thinking about buying new gadgets kat sini.

aku bukannya gadget-maniac sangat sampai buat research segala. oh that's not me. aku takde pun keperluan nak beli, this is more to keinginan. macam aku teringin nak makan kfc, tapi dah takda, nak buat macam mana. bukan tak boleh hidup pun tak makan kfc. ye dok? :P

well, kat sini mostly harga dia ok-ok la, ada yang mahai gila, ada yang murah weh.

macam laptop, for apple boleh dapat 1000++$ which equals to RM 2500++. not bad, huh? tu apple paling cikai la aku tengok. yang ada basic system.

sony vaio? almost 1000$ jugakla untuk mini laptop punya. tapi berbaloi la kot untuk sapa sapa yang nak beli sini, sebab barang baik punya! duit pun baik punya! :P

well, gadget yang aku tengah usha sekarang?

phone. tengah survey iphone, bb, samsung galaxy dan lain lain yang boleh diterima poket.

blackberry paling koman mau 500-600$.
sony galaxy? lagi mahai. 600++$.
iphone apa patah lagi. dah dekat 1000$.

mana boleh ayah dah pakai nokia n8. faris pun dah lebih tokey pakai htc. tak campur abang lagi. amboi. aku je kat takuk lama nokia cokia punya.

tapi tengok duit sama nah sebelum membeli. kang ada jugak yang kais pagi makan pagi dan makan petang sekali. heh.

psst, biasala manusia. tak boleh tengok orang lebih sikit. simpan simpanlah duit tu buat kawen. ada jugak pekdahnya. konon.

tengoklah dulu macam mana. :D

Friday, May 20, 2011

kerinduans.

on my way back after the lecture, aku teringat lots of things. serius, rindu. i've got the feeling yang, "cepatnya masa berlalu, boleh jalan pelan pelan tak supaya saya bisa menghargai setiap masa yang ada?"

1. rindu rumah. how i miss everything about home - baitul al mubarak.

2. ingat tak makcik ds (dewan selera) yang selalu prepare good fooood bila jumaat? oh how i miss the food so much that i don't get such here. T_T

3. bila jumaat, waktu kecik kecik selalu tengok tv1 pas habis sekolah sambil makan nasik ayam. tengok khutbah jumaat siaran langsung. sekarang mana ada. mana hang nak cari tv siar solat jumaat kat sini habaq mai? tengok online? feel tak sama habaq hang.

4. kat facebook sekarang tengah kecoh kengkawan high school nak buat reunion yang extravaganza. and again, aku akan miss it. T_T kesian gila. sangat. simpati banyak banyak weh. selalu kena tinggai. jangan lupa tag gambar hangpa kat aku noh! gambar makanan takmau. saja nak perangat.

5. and you know what? sekarang aku berfikir bila bulan puasa menjelang, and seisi keluarga keluar shopping raya. ayah akan bawak berJALAN merata sampai kitorang buat muka penat baru dia stop. this is like real berjalan sebab dia parking kereta kat jetty then naik ferry, naik bas pegi jalan jalan pakai kaki pusing Penang time puasa okay. guess what? tahun ni dah kurang sorang anak dia yang nangis bila penat sangat jalan kaki. sayu tak?

oh man. i'll miss a lot 2 tahun kat sini, serius. this is why you should reconsider this statement; studying kat overseas itu sangat best.

well, in some ways yeah. but not in most of the things. i miss Malaysia, really.

Saturday, May 14, 2011

get a life, dudes.

bila menjelangnya weekends, bermulalah rutin mereka.

berparti.

agak annoying bila dengar loud music yang entah pape. aku tambah tak suka bila dengar jeritan jeritan yang tak sepatutnya didengari. dan lagi haru biru bila datang ketuk pintu rumah walhal jalan pun dah terhuyung hayang. haihs. eh kejap. walhal?

mula mula mungkin for a newcomer macam aku benda ni macam cultural shock (bahasa saintifiknya budaya terkejut). malam malam party boleh pulak nak jenguk kot tingkap tengok diorang buat apa. curious la kan. mana nak tengok live kat tempat sendiri. ada pulak tu babak babak yang 18sg, 18sx, memang berlonggok toksah nak kata.

dah lama lama dah ni, mula nak rasa tak suka. rasa scary pun ada. tapi sebab ini tempat orang, so, kita sebagai menumpang, seharusnya sedar diri akan hak atas tiket lawatan sambil belajar ini. nak senang cerita, pasang lagu kuat kuat kat headfon, and ignore them.

bersyukur dengan nikmat Islam. minta dijauhkan dari sebarang pengaruh tak elok, ya Allah.

Wednesday, May 11, 2011

pohon mungkin banyak kayu

seperti biasa, bila aku on laptop, aku ada lagu tema tiap tiap hari.

hari ini tergerak hati nak bukak folder lagu "N".

bila sampai lagu ni,

"walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya"

terdiam.

rasa rasa selama kita sembahyang ni, sembahyang kita itu diterimakah?
macam mana pulak dengan yang tak sembahyang?

"hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu
dipukul dipalu sehari hari, barulah ia sedarkan diri
hidup didunia tiada bererti, akhirat disana sangatlah rugi"

renung renungkan, dan selamat beramal.

p/s : solat itu tiang agama. kalau tiang pun dah tak kukuh, apa cerita?
and this applies to you too, qistina. :)

Monday, May 9, 2011

sedar diri.

apa yang aku perasan, bila aku dikerumuni kerja yang banyak, tendency untuk buat benda lagha sangat tinggi.

contoh paling simple. "ni yang ang dok bukak belog nak update tak pikiaq esok lusa assignment due apa pasai?" monolog dalaman.

toksah dok beletiaq banyak banyak. okay bai! take care, wassalam.

p/s : tadi aku tengok video orang nikah. lalu aku terfikir satu soalan cepumas. bila boleh kahwin taktau?

soalan yang patut dijawab dengan satu sekeh-an twinkle twinkle little star atas kepala.

Saturday, May 7, 2011

fernleaf.

waktu kecik kecik aku suka tengok iklan susu fernleaf sebab part last ada promosi beli fernleaf dapat cawan yang ada muzik. mana aku tak melopong tengok. benda hebat. budak budak kecik hang pun.

aku tak kisah pasai iklan sangat pun. yang penting, sampai part last, aku dok dekat ibu. buat muka kesian, "ibu, beli la satu. nanti ina minum susu." even hakikat sebenar aku cukup tak suka minum susu. siap boleh bertengkaq dengan abang sapa dapat dulu nanti bila ibu beli.

last last sampai ke sudah ibu tak beli. padan muka.

motif entri ni bukan nak cerita pasal cawan boleh keluaq muzik benda hebat.

"ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka engkau hiburkan selalu."

simple yet meaningful bukan?

tapi berapa ramai yang faham maksud dia? in-depth meaning bak kata grandpas grandmas (orang tua) dulu dulu.

tadi aku wish ibu. "ibu, ibu. ina nak cakap something ni. Happy Mother's Day!" sambil tersenyum simpul berangan dapat baju raya lebih nanti.

"hmm." pendek, padat, jitu jawapan ibu.

aku rasa jawapan itu kurang memuaskan, jadi aku tanya balik. "hmm je ibu?" dahi berkerut konon nak jawapan "oh terima kasih anakku, nanti ibu pos banyak baju raya berserta rempah kari Baba's dan Maggi."

makanya ibu terus tukar topik.

tapi aku tak kisah.

sebab aku tawu, ibu sayang aku. buktinya?

waktu skype tadi dia tunjuk shawls yang akan dipos berserta baju raya bertimbun. :D tak campur lagi benda benda alah lain dia nak letak sekali mengenangkan anak jauh di perantauan. :P

banyak lagi benda yang ibu aku dah buat, antara sedar dengan tak sedar je.

Happy Mother's Day again, ibu. countless thank yous for every single thing that you have done. you are the best mother ever. :)

not to forget. bukan hari ni je Mother's Day. esok, lusa, tulat, tungging, kemarin, kemarin dulu, setiap hari adalah Mother's Day. :D i love you, ibu. :')

p/s: bukan senang weh nak pregnant, beranak, ajaq jalan, ajaq cakap, masak macam chef tanpa gaji, basuh baju sentai kotoq. bila hangpa down, sapa yang tolong bagi semangat? sapa yang bagi motivation suruh berjalan sampai boleh? kalau tak, takdak aih boleh berjalan merayap macam ni dah besaq besaq. heh. konklusi; hargailah ibu anda.

Friday, May 6, 2011

mesti ada reason nih.

boleh percaya tak kalau aku cakap aku tengah online, buat kerja, bukak fb, dan makan sushi?

3 in 1. korang boleh? :D

eh eh. nak tawu, selera aku makin menjadi jadi. serius wa cakap sama lu. taktau mai mana, tapi sushi aku saja tadi aku beli 2 boxes, dengan 2 ketul besar tu. tak masuk lagi dengan muffin 6 ketul, keropok 10 mini packs dan cereal tu benda biasa la kan.

ish ish ish. gila kuasa la perut ini. kena control ni, harus!

kang aku skype dengan tok aku lagi sekali, mau terkeluar dialog ini;

"eh mana ina? dia ada dak?"

kot dia pun tak kenai cucu dia dah nanti sebab over-size sangat. DUH. -___-"

reason makan banyak? mungkin sebab ada misi nak kena accomplish. mungkin sebab cuaca sejuk. mungkin sebab hormon tunggang langgang. mungkin sebab tekanan emosi bercampur baur. atau,

mungkin sebab hobi suka makan.

heh. =_="

to those sape sape yang mungkin sedang experience anything, any problems, heart broken ke, masalah negara ke, esok lusa nak test ke, ingat. for whatever happens, mesti ada reasons. kita mungkin tak tawu reasons tersebut, but believe me, you'll find out soon, bila Dia lagi tawu apa yang terbaik buat kita.

you know me best, right?
take care, wassalam. :)

Tuesday, May 3, 2011

kuat makan.

oh itu fakta buat masa sekarang.

kalau bab makan, laju ja noh. tadi kan first day kat sekolah untuk practicum, and guess what? waktu break, makan je keje. spirals tuna, mince pie, chocolates, biscuit gedabak besar cookie time. ape lagi tak telan? tinggal orang ja tak penah lagi.

well, kadang kadang makan ni boleh jadi terapi. itu bagi akula. aku suka makan, so bila emosi tunggang terbalik, makanan memang teman setia.

tambah pulak misi aku belum selesai. misi nak bagi gemuk masih on. so, teruskan usaha anda, qistina.

jangan makan banyak sangat sampai penyakit lama berulang sudah. =_=" adoila. ada jugak orang macam ni ek?

p/s : tok cakap aku gemuk waktu skype dengan dia sabtu lepas. kalau orang lain, menjerit "oh NO!". aku? "oh, really?" sambil mengukir senyuman penuh makna. ke, muka aku dekat sangat dengan webcam sampai tok tertipu dengan imej yang terpampang? -_-"

Monday, May 2, 2011

He knows what's the best for you.

just stay strong. insyaAllah, everything will be okay. :)

please, ya Allah guide me through this.

will you marry me?

kalau korang ditanya soalan di atas, what will be your answer then?

a) YES!
b) give me some time to think.
c) eeerrr, definitely no for now.

up to you guys la kan, that's your own life. why should i bother? :D

kahwin boleh buat main. well, dulu dulu tadika boleh la aku buat main waktu rehat. "eh jom main pondok pondok? kita kawen dua nak?" "JOM!" sambil tersenyum gembira menjemput kawan kawan tadika menghadiri majlis resepsi-la-konon. duduk bersanding, bukan main siap bunyi kompang macam tahi lembu jatuh (tak seragam langsung okay) dengan direnjis renjis di pilis dengan pasir kasar yang orang guna nak kambus tahi kucing. sakan meriah jugak majlis kawen yang aku 'attend' dulu.

not that bad. kecik kecik dah start fikir kawen. futuristic thinking kan?

mengimbau sejarah family aku, pernah ibu bercerita pasal kawen muda. ibu cakap, dulu kalau tak pass SRP, tok nak kawenkan dia awal. tanpa berlengah, aku mengutarakan soalan cepumas. "kenapa ibu perlu pass SRP? kan best je kalau kawen awal?" ibu tengok aku lain macam. jelingan maut sebagai jawapan.

tapi bercakap tentang present, aku tak rasa kawen itu semudah yang aku sangka.

kenapa?

susahla kot bila aku fikir aku still anak manja nak homesick homesick konon nanti dah kawen takkan nak homesick lagi weh?

susah la jugak bila aku fikir kerjaya + family + hal rumah = ??? jadik apa la gamaknya heh?

susah lagi bila aku rasa aku masih muda remaja nak enjoy hidup single takde tanggungjawab lagi nih.

lagi susah bila aku rasa aku tak bersedia lagi even usia dah 20-an. ini lagi haru.

tapi, memang kita sebagai umat Islam harus berkahwin kan? ikut sunnah Rasulullah s.a.w. . banyak lagi sebab mengapa perkahwinan dalam Islam digalakkan. tapi dunia sekarang, banyak kita dengar susah betul nak kahwin. kenapa? sebab aku malas nak ulas panjang, ni aku bagi link korang boleh bukak baca, dan reflect back to realiti sekarang. :)

so, tak salah la bila aku bercakap pasal hal kawen, sebab aku tawu, aku kena hadapi isu ini jugak nanti. just nak tanya, what do you think? apa pendapat korang pulak?

insyaAllah, jodoh pertemuan semua telah Dia tentukan. :)

take care, wassalam.

p/s : besar tanggungjawab nak bina rumah. inikan pula nak bina masjid. :)

Saturday, April 30, 2011

she mumbles

esok hari last cuti easter.

welcome back to hectic life. hello, lecture hall. oh, hi books and assignments. well, be good to me for this May and June.

and, Happy Birthday in advance to my only big brother. hope cepat cepat dapat kerja, cepat cepat bina masjid, cepat cepat bagi aku title mak ngah. then baru aku boleh kawen hihi. :D eh lari topik pulak.

alhamdulillah, faris dapat matriks. :) well, glad sebab aku tawu he's brilliant, cuma malas ja nak belajaq. biasala, kakak dia paham aih. serupa dua kali lima kemalasan itu. :D hope he can do his best there, insyaAllah.

eiein pulak? rindu pulak kat dia. sabar, rindu itu indah kan? :) skype pun dah cukup. hehe :D

dah dah. dia ni bukan boleh kira. satgi mai penyakit lama berulang kembali, mau haru jugak makmal komputer kang banjir.

and i'll be waiting. :) take care, wassalam.

Friday, April 29, 2011

another trip.

the title should be "another meaningful trip".

:)

salam and greetings.

how is it going? :D baru sampai rumah about 3 hours ago, and yet she is still awake at this moment.

about the trip?

want to know what did i get from the trip?

.
..
...
....
...
..
.

countless, infinity, beyond your imagination punya experience.

nak ceghita aku pun tak tau nak mula dari mana.

tapi serius, SERIUS in capslock means serius ni, first thing yang popped out in my mind ; "YA ALLAH! cantiknya scenery!" like SERIOUS, camera tak boleh gambarkan betapa cantiknya bumi Allah. memang speechless waktu mula mula tengok bukit bukau, gunung ganang, tasik, biri biri, lembu. terhampar luas depan mata aku, sampai aku tak boleh nak describe in details. everything in place, in order, memang cukup sempurna bagi mata aku manusia biasa. mungkin korang boleh tengok gambar pixels camera di fb nanti bila aku dah upload, but serius, korang kena ada kat sini untuk rasa apa yang aku rasa. feels like kerdil sangat bila lalu di tengah tengah gunung ganang, and you can see snow caps kat atas gunung. like seriously, dah berapa kali aku ulang serius pun aku tak tau, tapi, serius, aku serius.

mungkin ini hikmah Allah bagi aku peluang jejak kaki kat sini. dapat peluang nak lihat semua benda ni, really makes me think again, betapa besar kuasa-Nya. syukur, sangat bertuah dapat rasa perasaan ini. sebab bila direflect balik, dalam hidup, berapa kali pernah kita rasa bersyukur? pernah tak kita rasa ada kuasa yang lagi besar, yang mencipta, yang memberi apa yang ada di depan mata?

personally, aku tak cukup lagi ilmu kalau nak bercakap tentang agama. tapi, just want to share this feeling, bila kita rasa terkesan di hati when we get to see the signs. cuba dengar lagu "Open Your Eyes" by maher zain. just hayati the lyrics. :)

another significant memory; ukhwah. untuk trip ni, aku join group senior tesl and students dari christchurch. from the first day, sampai hari last, aku rasa aku dapat something from ukhwah yang terjalin. rasa rapat sangat bila orang yang baru kenal tak sampai 4 hari boleh menangis bila nak berpisah. rasa tenang hati bila tawu ada kawan kawan bersama sepanjang perjalanan itu. dan yang paling penting, kawan kawan itulah yang akan sentiasa bersama waktu susah senang, ajak kita ke arah kebaikan, tegur menegur, dan ingat mengingati antara satu sama lain. :)

aku tak la sebaik mana kalau nak bercakap tentang ini, tapi i do feel something about this. :D

well, enough kot untuk hari ni. mata dah minta ditutup, tandanya nak rehat cukup cukup. see you soon. take care, wassalam. :)

p/s : nanti check-it-out gambar facebook akuuu! :)

Monday, April 25, 2011

i'm leaving...

for a short vacation.

InsyaAllah esok aku akan mula travelling. destinasi; Wanaka, Queenstown, Mount Cook, dan lain lain aku pun tak berapa nak sure. so, i won't be around these 4 days 3 nights.

anything, just send me a message through facebook. petang ni pun aku dah nak hantar laptop kat umah kawan. so, have a good week, friends! :) doakan aku dan kawan kawan semua selamat. insyaAllah, nanti aku update dengan gambar gambar. and bad news; camera rosak. :( sedih dia lain macam bila travelling takde camera. huwahuwahuwa

and kuma kuma, sori sebab terpaksa ditinggalkan. :( kalau boleh, nak je aku bawak. tapi... ish buruk beno ghupenye. takpe, nanti ada souvenir aku belikan. okay kuma kuma? :)

take care, wassalam. don't miss me, cause i know you won't. ecewah ayat. blahla. haha :D

Sunday, April 24, 2011

tipikal love story.

baru lepas tengok 25 episod boys over flower. memang tengah berbunga bunga hati sekarang. oh my. rasa macam best gila ending macam tu. happy-ending, macam fairytale. hero dengan heroin sekali. banyak gila obstacles along the way, tapi boleh overcome. everything memang sweet banget.

dan memang aku sedar, aku jenis suka happy ending. buatla sad ending ke, ending tergantung ke, rasa nak emo tu mesti ada. mai part sedih, pelakon menangis, bertakung di tepi anak mata. ni kalau happy, senyum je memanjang sorang2. biasala, tumpang seronok. ceh.

tapi in realiti, mana nak dapat weh. dah nama pun cerita, memang rekaan semata mata takde kena mengena dengan real life. sebab tu kot diorang buat cerita camni. nak bagi orang macam aku berangan banyak banyak. haihs no good, no good.

berangan takpe, bukan kena bayar pun kan? (K.A., 2011)

so, takpe la kan aku nak ulang tengok boys over flower lagi sekali? hah, sudah. dia buat dah ketagih koreaaa.

p/s : hero? aku suka jun pyo bila dia gaduh dengan jan di. kalau bab2 lend me your shoulder to cry, aku suka ji hoo. ni aku malas start tengok korea ni. probability untuk tengok lagi sangat tinggi. adeh.

Thursday, April 21, 2011

sweet dah ni, nak melting boleh?

aku tengah tengok cerita korea, Boys Over Flower.

cakapla aku ketinggalan or what-so-ever, tapi baru episod 2, aku dah gelak mengekek.

serius comel gila hero dengan heroin! :D

jun pyo nakal gila, ji hoo pulak gentleman gila. jandi comel gila. ish semua nak gila. citpodah. cerita rekaan semata mata, mustahil ada dalam realiti. :>

sweet dah ni nak melting point.

okay bai. nak sambung tengok, jangan kacau. FOKUS. :PP

Wednesday, April 20, 2011

rewards, approach yang berkesan setakat ini.

2 jam yang lalu, aku tengah bertungkus lumus buat kerja sekolah. bukan 1, tapi 2 essays yang word nya 1000++ each. and guess what?

sekarang dah siap. nikmat dia, toksah cakap. rasa macam baru lepas habis SPM. serius enjoy gila sampai sekarang dah pukul 1.30 pagi semua housemates masih berjaga cerah bijik mata. and aku kat depan TV lagi nih. nampak tak betapa nikmatnya dah habis ASSignments? nampak jelas?

menghadapi hari hari yang sukar 2-3 hari ni memang menduga kesabaran aku. dah dengan kerja sekolah bertimbun. empat kerja sekolah berderet satu minggu. cuaca pulak, sejuk membeku. bulu roma pun tak dapat meremang. mood caca marba. sat elok macam sunshine. sat lagi pulak masam macam cuka. stress punya pasal.

sebagai balasan setimpal dengan apa aku dah buat, esok, aku nak tibai sushi. lantaklah suka tak suka belakang kira. yang penting, makanan, makanan dan makanan.

itu reward jangka pendek. reward jangka panjang? pegi merantau melihat keindahan bumi Allah. :) insyaAllah minggu depan, tapi just doakan semua selamat.

terbukti behaviourism berkesan dengan aku. buktinya, motivasi aku untuk siapkan assignments, supaya aku dapat cuti seminggu Easter.

terima kasih Skinner atas teori behaviourism anda.

Tuesday, April 19, 2011

:)

don't ever wish people to understand you when you yourself don't.

i'd better back off. won't bother anymore, i promise. :)

kasi update sikit.

update pendek.

currently suhu 5 darjah celsius. tu suhu paling tinggi dua tiga hari ni. nak sentuh ayaq, ya Allah. kalau takdak kepentingan, jangan haraplah. tapi semayang penting wei, so haruslah aku jaga air semayang supaya tidak terbatal. mandi apatah lagi. normal kalau orang tak mandi time ni. aku mandi eh. jangan nak pikiaq bukan bukan. haha

bubble jacket bestfriend aku sekarang. even dalam rumah, luar rumah, aku sentiasa pakai. tido WAJIB pakai. berkepuk je duvet aku. ouh duvet tu macam comforter, tapi untuk cuaca sejuk. dan lagi satu to keep me warm, aku guna hottie. hottie tu macam bekas getah letak air panas bentuk macam botol tu. selesa gila tido peluk hottie malam malam. bukan peluk hot chicks eh.

time sejuk sejuk camni nak buat assignment, mula la. mula la otak lagging. rasa macam neuron neuron itu membeku dengan jayanya dan jadila brain freeze! rindu panas Malaysia weh. rindu. rindu. rindu. rindu. (ulang rindu tu banyak banyak kali bagi feel sikit)

short la kan update ini? bye, aku nak pegi lecture. selamat meredah angin taufan sejuk membeku, Qistina.

Saturday, April 16, 2011

lagu random

dah jadi tabiat aku time buat keja aku akan pasang lagu random konon peneman.

petang tadi lagu backstreet boys.

semalam lagu hindustan.

kemarin dulu lagu rock kapak.

kemarin kepada kemarin dulu lagu nasyid.

minggu lepas lagu korea pun aku tibai dengaq.

malam ni? jom try lagu raya.

saja cari nahas betul. currently on playlist ; satu hari di hari raya.

padan muka sapa suruh gatal nak dengar sangat, nah sekarang mula la tu. mula. mula buat keja cepat!