She's gonna wait..

Tuesday, November 30, 2010

duit.

entri ini bukan bermaksud saya mata duitan atau gila mengejar harta kekayaan datuk datuk tokwan tokwan tansri tansri. saya tidaklah se-desperate itu untuk uang (indon eja macam ni), tapi memikirkan bebanan yang perlu di-tanggung akibat uang, haiyo tatayo. terasa nak ber-imaginasi seketika; bilalah duit nak jatuh ber-kepuk kepuk dari langit?

untuk persediaan ke sana, saya memerlukan banyaaaaak wang. word 'banyak' tu sila baca dengan penuh feeling. sesungguhnya kalau nak list, sangatlah berjela jela 'Things that I need to buy". tapi better tak payah list, aku yang sakit kepala ni haa fikir duit oh duit. haiyaa

satu perkara yang bermain di minda ; jom kerja?

Monday, November 29, 2010

kulim.

seperti yang telah di-nyatakan sejelas jelasnya di entri sebelum ini, kali ini topik perbincangan berkisar tentang kulim bandar maju.

nak dijadikan cerita, al-kisah nya adalah seekor sang kancil... (melalut sebentar)

oh, kembali ke topik asal. semalam (28 nov), adalah hari paling bermakna dalam hidup. kenapa? kerana aku telah dibawa pegi makan kenduri. yang ber-maknanya ofcoz la bukan bab makan (walaupun aku memang hantu makan). tapi sebab kenduri tu di-adakan di kulim bandar ter-chinta. (terharu tak muz? :P)

lokasi kenduri tu; dekat area super-market minat. so, on the way dari hometown aku, kena lah lalu minat tu. sebelum nak sampai minat, mata aku ter-tancap (wah, ayat ter-tancap!) kepada satu senibina yang agak asing pada pandangan mata selama lima tahun aku menetap di situ dahulu kala. so, first impression ; WAH! WAH! WAH! ada GIANT lah!. nampak beliau ter-kagum bukan?

memang betul. agak ter-kejut melihat kulim pada waktu sekarang. banyak bangunan baru dibina dalam pelan Rancangan Malaysia ke-__ (sila isi tempat kosong) tu salah satu sebab aku kata semalam adalah hari paling ber-makna. melihatkan kulim telah berkembang pesat. yosh, aku bangga aku penah stay situ. :)

the next part; waktu on the way nak pegi melawat adik aku kat sekolah teknik (dia amek spm), maka lalu lah kami di simpang tiga (kalau ke kanan pegi bukit mertajam, kalau ke kiri pegi pekan kulim) pastu, ibu konon-konon melawak, "eh, jom pi tengok sekolah ina" pastu di-sokong oleh adik aku, "aah, jom pi hantaq ina balik?" ayah aku pun buat buat melawak jugak, "ha, jom." aku ingat memang depa melawak betoi betoi. sekali, ayah aku ke kiri, yang ber-maksud, lalu depan MRSM PDRM! wah, qistina jangan touching, jangan touching, control itu sebak.

perjalanan yang masa 10 minit memang penuh debaran. sampai je dekat depan guard, ayah boleh tanya aku lagi, "nak masuk tak ni?" aku laju je geleng sebab guard tu dah tengok semacam. dalam hati aku,"takpe ayah, tengok dari luar pun dah cukup bagus" serius aku rindu maktab weh. seriusss. huhu dahla semalam cukup lah 3 tahun hari last kita kat maktab. tiga tahun yang lepas pada 28 nov, adalah hari graduasi kita. rinduuu (dia buat dah)

konklusinya kawan kawan; kalau rindu high-school life yang best gila gila happening itu, silah me-ngadakan kunjungan tidak rasmi ke maktab atau sekolah terchinta. pastinya ter-ubat rindu di hati melihat pak guard tengok kita pelik seolah olah dia pernah nampak kita fly beli durian. betul tak kepada sesiapa yang berkenaan? HAHA

p/s: 3 blissful years. and yesterday i was there, reminiscing the memories. happy anniversary :)

entri nak cepat.

okay anda ter-tipu lagi kerana ini adalah tag! eksaited tak, eksaited tak?

(sebenarnya tag ni aku buat before balik umah lagi yakni jumaat 26 nov, tapi sebab aku tak sempat habiskan, aku save dulu. so, layan je lah ye, aku malas nak edit intro :P)

kerana saya mengejar masa oleh sebab saya perlu iron baju untuk balik esok, jadi saya buat seringkas yang mungkin ye cik shima? ringkas, tepat, padat, ada isi. ada isi? haiyo bahasa.

1. pe bnda yg paling penting dlm hdup korang
benda ye? spek kot. kalau takde spek, komfem komfem aku tak nampak skrin. muka korang pun dah nampak macam tivi rosak yang ada wave wave tuu

2. benda terakhir korang beli gune dwet sendiri

air minuman dalam tin? tu yang last aku beli petang tadi sebelum orang pegi semayang jumaat. ayok, semayang jumaat kau tak pegi ke tadi? ayok tatayo!

3. di mana korang nk melangsungkan perkahwinan korang
dan tema perkahwinan korang nanti ?

kalau boleh nak five star punya hotel, pastu tema nak wedding dalam garden gitu. apa kau ingat kau paris hilton nak buat kat hotel sendirik? buat kat umah sudaaah, tema nak kaler putih, purple, hijau pucuk pisan dan merah. rasanya aku dah cakap kan kan kan?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang ?
agak agak? kalau aku ngaku single, percaya tak?
okaylah aku ngaku, aku double cheese burger. (ter-goda nafsu makan?)

5. berape lame korang akan menyintai kekasih korang
insyaAllah sampai ke jinjang pelamin. gila skematik punya jawapan, HAHA sampai bila mana Dia tentukan dia adalah yang terbaik untuk diriku. *ayat spontan aku tak reka reka*

6. dimane korang selalu jumpe kekasih korang ?
jarang jarang jarang jumpa. selalu jumpa kat telefon sahaja. terima kasih kepada celcom kerana meng-hubungkan kami. :D

7. novel/ buku/ majalah yg terakhir korang beli ?

buku cerita kanak-kanak tajuk "My Ramadhan". gila comel kartun dalam buku tu. lagipun aku fikir untuk investment anak anak aku jugak. eh silap, anak anak murid lah!

8. apekah name penuh korang
Nurul Qistina binti Baharuddin. ni ikut kad pengenalan. sila lah catat, mana nak pi taw, nanti nak letak nama anak ke. hehhh :P

9. antare mak n ayah korang, mane korang lgi rapat?
personally, aku rapat dengan ibu. tapi orang selalu cakap aku ni anak ayah. kenape eh? sebab ayah selalu beli ape aku nak ke? tapi saya tetap sayang mereka berdua.

10. namekan org2 yg betol2 korang nk jumpe dlm hidup.
our prophet Muhammad s.a.w. :)

11. adekah korang basuh baju sendiri ?
mestilah. ingat ada maid seketul ke dalam rumah? semua sendirian berhad. tapi perlukan jugak pertolongan mesin ye kawan kawan. :P zaman dah maju, gunalah teknologi sepuas-puasnya.

12. di mane tempat yg korang betol2 nk g ?
semua tempat aku nak pegi! :) tapi spesifiknya buat masa sekarang, nak pegi bulan. tak tercapai akalmu kan? haha tanya lagi aku soklan macam ni.

13. pilih salah satu peluk atau cium
HUGS and KISSES.

14. beritahu 3 perkare tentang org yg tag korang
shima amiza
- cantik! :)
- pandai memasak! :D
- super caring, seriously :)

15. 5 benda yg korang syg sgt dlm hdup korang

- fon dengan no fon. insyaAllah aku takkan tukar no fon sampai bila bila :)
- kuma kuma :D
- hadiah hadiah yang ada nilai sentimental. ecewah ayat ber-bunga bunga
- kredit kad. mestila 'sayang' nak guna, kang tak pasal kena soal siasat sama bapak saya :P
- makanan boleh termasuk tak? :P

16. 5 lagu korang suke n selalu dengar

- just the way you are - bruno mars
- buka hatimu - armada band
- five minutes to midnight - boys like girls
- i wanna - all american reject (kot?)
- lagu jiwang atau rock kapak. banyak sangat lah sampai aku tak ter-ingat tajuk dia :PP

17. bile tarikh lahir korang n korang sambut besday bile tahun lepas
- 04 Nov 1990
tahun lepas kan dah abes exam, so batch kitorang buat game futsal. diorang wish waktu tu la, pastu ade lah buat prank sikit, curah air men-curah curah ke tudung aku. haha

18. tujuh org blogger korang nk tag
- zaty
- pika
- pinat
- ten yaya
- muzakkir
- hisham
- umai
- dan sape sape te-rasa diri free, silakan. :D

19. cerite sikit pasal blogger pertame yg korang tag
- baru jumpa sabtu lepas. makin berisi ye? :DD dan makin cun! :)

okay, tag sudah tamat. jom buat entri lain pulak. atas permintaan muzakkir, jom buat entri pasal kulim! *berbau eksaited!*

Friday, November 26, 2010

smiles

you'll never know how hard it is to be me.

there's nothing you can do, except bear with it. be strong, you will be all right. you're gonna miss them, like seriously. take it easy, sweetie. pray so that she will be able to handle emotions. don't ask why, all i need is just a little prayer for her. good luck, qistina.

esok balik yeayy!

esok balik yeayy!

copy paste title di atas tidak membawa maksud untuk men-jeleskan siapa siapa yang masih bergelumang eh tak bergelut dengan exam. atau bermotifkan riak esok nak balik. bukan oh tidak sama sekali.

barang dah settle, pos pagi tadi. docs semua dah beres, dah submit kemarin lagi. ape lagi?

tawu tak bosan ni tak tawu nak buat apa?

by the way, esok flight pukul 1220. so, doakan aku selamat sampai. sehingga bertemu di lain waktu, chow cincauuuu :D

sorila. aku nak tengok movie pulak. untung untung dapat tido sejam dua, mana tawu jumpa stefan si pontianak hensem dalam mimpi. *melting*

fakta atau auta?

25 perkara penting yang korang perlu tawu tentang saya (ceh kau bajet semua orang nak tawu pasal kau ke?)

eerr, maaf. sebenarnya entri ini dibuat setelah di-tag oleh cik zaty kita ye. so, untuk tidak melengahkan masa, kita mula tag kita dengan membaca arahan. -_-" perlukah?

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged.


1. nurul qistina maksudnya cahaya keadilan. boleh jugak cahaya kesempurnaan. mana mana pun takpa. dulu waktu darjah satu, kawan kawan tanya, "eh, apsal nama ang qistina ah? agama ang kristian ka?" okay itu budak budak punya curiosity. -_-"

2. seorang yang kurus keding walaupun kuat makan. ini memang betul punya fakta. kau mentekedarah la banyak mana pun, takde maknanye nak naik berat badan. bukan bangga ye, bukan. saya teringin menjadi normal, bukan underweight. =_=

3. KUAT makan. diulangi, kuat makan. non-stop perut asyik lapar. semua benda, dijamin ngaapp!, tolak batu kayu pasir rumput dan sama waktu dengannya. banyak makanan fevret, antaranya; charkueyteaw, coklat, kfc ape lagi kau nak aku letak? kalau aku letak semua makanan as makanan fevret boleh? :P

4. clumsy. oh yes, i admit this fact. kalau nak cuai tu, ya Allah, sabauuu je lah! haha aku pun kadang kadang bengang dengan diri aku (eh boleh pulak kau bengang dengan diri sendirik?).

5. mengalami sindrom sleep-talking. (malas ulas panjang, malu maluuu)

6. waktu zaman kanak kanak, aku lasak dalam kelembutan. main bola jadi goalkeeper dengan siblings pakai dress. berani panjat pokok, sekali terjatuh menangis macam pompuan. main pondok pondok sambil lawan raksasa.

7. suka tengok orang main gitar. :) pernah bercita cita nak belajar violin, tapi CITA CITA je lah ye. -___-

8. cepat mabuk darat terutama kalau lalu jalan pusing pusing bukit bukau (contoh terdekat ; jalan nak pegi kelantan dari gerik). so korang jangan nak pandang aku pelik kalau aku nak ter-muntah dalam kereta atau bas untuk perjalanan sejam. kang fikir aku pregnant pulak haiyaa

9. pe-nyenyap dan takkan bercakap banyak. suka dengar dari bercakap. entah, introvert kot. :O

10. ada satu patung kura kura, nama dia Kuma Kuma. aku rasa bantal busuk korang pun tak boleh celen (lawan) dia punya bau. terbaik! :D

11. suka mimpi mengarut mengarut. antara mimpi paling tak masuk akal; mimpi bertunang dengan pahlawan terkenal Hang Tuah waktu zaman kanak kanak. apa kau ingat kau tu Tun Teja? Hang piiiiiraaaah! (okay ini cuma satu antara mimpi yang tak relevan)

12. kalau dulu orang tanya, "cita cita nak jadi ape?" aku reply, "nak jadi pakar mata" sebab aku penah buat operation mata time standard 3. so, annually aku akan ade appointment dengan doktor tu. mana aku tak admire dia kalau setiap tahun dok jumpa? tapi seperti yang telah di-nyatakan, itu cuma CITA CITA.

13. paling suka bertekak dengan abang waktu kecik. dia panggil aku 'tok na banana', aku geram pastu aku panggil dia 'tokjin lidah jin jintan manis'. dia baling nasik seketul kat aku, aku buat serangan balas berketulketul nasik. dia perang mulut dengan aku, aku menjerit sekuat hati satu taman boleh dengar bak kata ibu. tak boleh langsung bertembung. depan ayah boleh pulak aman damai. tapi tu dululah zaman kanak kanak ribena gitu. haha

14. cukup suka neves tak tentu hala, terutama bila last minit. haiyoo, gelabah bewak betul. pastu mula lah, semua benda buat tak kena. point yang penting : stage-fright tu ada.

15. tak reti mekap langsung. setakat lip gloss, eye shadow aku boleh gagah tempek. yang lain lain, kang jadi opera cina. hancus. -_-"

16. tak reti shopping. cukup susah nak tengok aku beli baju, seluar atau sebagainya sebab aku tak reti nak pilih pilih yang mana berkenan di hati. susah ada orang camni.

17. teringin rumah tepi laut macam dalam cerita fullhouse. fwahh! :) B-E-R-A-N-G-A-N lah lagi banyak banyak. with exception; kau kawen dengan datuk atau tan sri jadi bini muda ka, kau mintak satu bijik komfem dapat. haha :P

18. jarang moody atau marah tak tentu pasal. tapi kalau sekali aku dah not in the mood, memang ada pasal lah tu. selalunya moody itu jarang di-eksperesikan di khalayak umum.

19. kacukan. ibu Siam, ayah Bugis. kacuk la jugak tu kaaaan. HAHA :P

20. allergik kepada seafood, cincin dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada kulit. kulit nak eksklusif, dia nak yang emas tulen ja. nak lagi bagus kualiti, berlian pun takpe, i terima je. :D

21. ada lesen kereta, tapi tak penah drive. bukan penakut, cuma fobia dengar ceramah tak bertauliah dari bapak saya. orang tengah gelabah nak bawak kereta takut eksiden dia boleh bagi khidmat nasihat free free. penah sekali je bawak kat highway, SEKALI tu je lah. -_-"

22. percaya kepada true love. ajal maut jodoh semua dah ditentukan, tak lari ke mana. :)

23. suka tengok pompuan cantik. oh kagum! (bukan lessssbo okay) kagum dengan ciptaan Allah kan :)

24. cukup anti dengan orang smoking. anti sebab bau dia busuuuukk. ee, yek yek (muuntah) sila jangan merokok atau berbau rokok di hadapan saya, terima kasih.

25. suka tengok bulan. C: sebab... cantik!

dah siap homework aku. so, aku dah publish ni, korang bile lagi?

sila buat ye kawan kawan :
- shima
- hannah
- dan lain lain tak perlu aku mention nama kerana anda tawu siapa anda bagi saya. :)

okay, daaa. see you soon. wassalam.

eh tibe tibe rasa nak buat entri lagi. bosan!

Wednesday, November 24, 2010

kenduri kawen.

salah satu sebab utama aku nak balik awal yakni ari sabtu (awal la tu okay, kalau tak kena balik ari ahad -_-") adalah kerana family angah aku buat kenduri. mana aku tak eksaited, ni kenduri first kot dalam family kembangan aku (eceh kembangan mai mana pulak). sebab dia cousin aku paling tua, sebab tu la dia kawen dulu. dengan agak 'loaded' la kalau dah kata pakai kereta bmw 5series kot (mintak maaf, aku fail bab bab kereta) pada usia 25 tahun. nak harap abang aku? keja pun tah mana hala, ada hati nak kawen. nak harap aku? boleh saja aku cakap "YES, i do" tapi kang langkah bendul pulak. muahaha :P *ulat bulu dah naik dauuuun*

plan nya aku telah ditugaskan bahagian hidangan lah kan. biasalah, tempat pompuan kat mana lagi kalau bukan di dapur kan kan. tapi, oleh sebab maktab sayang aku sangat sangat (sepatutnya dah boleh balik khamis lagi), so terpaksa lah aku tidak menjalankan tugas aku. mintak maap ye abang bai, nanti ina balik ina tolong cuci pinggan. :P

flight dah pukul 12.20 pm. so, nanti untuk penumpang penumpang Kuching International Airport dan Penang International Airport, sila jangan buat muka pelik bin ajaib bila nampak aku ber-baju kurung. untuk kali pertama dalam hidup naik flight pakai baju kurung. gila perempuan melayu terakhir. wah waaaah

sepatutnya tema diorang warna hijau. tapi aku takde maknanya. aku lari jauh dari tema :P takpe, nanti kenduri aku, korang nak pakai apa, warna apa pun aku tak kisah. janji true colours (aiseh tiru tema dinner batch aku pulaaaak :P) berangan je kan kau nih. HAHA :DD

yang pasti, aku nak tangkap gambar banyak banyak. eh bukanlah, aku nak masuk dalam gambar banyak banyak :P baru betul! dan sebagai peringatan untuk abang aku, sila jangan gatal sangat nak kawen for the next two years. kalau tak, SILA sponsor tiket pergi balik adik anda yang ter-sayang ini dari negara susu lembu. deal? :D

p/s : nanti kenduri kawen aku nak warna putih, purple, hijau pucuk pisang, merah. gila mewah kau nak buat majlis empat hari empat malam kah? angan angan sajalah kau labuuuu. :P

sabtu.

sabtu ini akan berangkat pulang ke kampung halaman. ya, semangat nak packing barang sampai sanggup ketepikan ayam mcd untuk dimakan esok pagi. semangat, bukan?

sekarang? tengah online. facebook. belog. haa tu je lah. yelah, mana nak mampu pakai berukband. bergantung 24/7 kepada wifi maktab. mana nak boleh tembus tubekau. mana nak boleh tembus tweet tweet. mana nak boleh tembus skype. hadoila.

menjelangnya sabtu ini, perasaan pasti bercampur baur. seronok sebab nak balik rumah cuti tiga bulan boleh makan charkueyteaw banyak banyak. sedih sebab nak tinggalkan tempat ni dah 2 setengah tahun dok sini dengan lecturers yang seriusly the best ever. tak best sebab nanti tak dapat dah ar nak jalan petang petang pegi saberkas singgah kedai sate beli sate kulit fevret (mana nak cari dah pasni?). nanti mesti rindu pegi shopping complex The Spring, Boulevard, Saberkas pun bolehla dengan uncle K, uncle C, uncle G. pastu mesti tak dapat dah nak nyanyi lagu 'Ibu Pertiwiku' dengan penuh patriotik sebab lagu tu lagu negeri yang paling sedap penah aku dengar. dan banyak lagi yang aku for sure akan miss about you, Kuching.

takpe takpe. ada dua tahun untuk rindu semua itu. aahh, ngade kan kau nak rindu rindu! dah pegi tido, membebel je keje! selamat malam, wassalam.

tag nama.

title kena tipu. tag tag tag, sape sape yang nak buat, silakan, jangan malu jangan segan, buat macam ghumah sendiri nah. :D ouh sebelum terlupa. peringatan kepada sesiapa yang mungkin akan ter-muntah atau ber-pendapat "eee, geli la", harap maaf ye, kerana ini cuma sekadar menyelesaikan tag, terima kasih. :)

gelaran y anda berikan kpd si dia
dulu dulu, i you i you. sekarang, better tak payah bagitawu, malu malu. rhyme tak, rhyme tak? haha :D

Bila first date korang. kat mne.
first date waktu annual dinner form 5 kot. sape sape yang tengok pada waktu itu, sila jangan sengih sengih nampak gigi ye. saya tawu. :P

Kat mne korang salu date.
kat mane? ter-sangat lah jarang jumpa, cinta jarak jauh. so, takde jawapan untuk soklan ini. markah bonus!

Maksimum brapa kali korang date sminggu.
ouh rasanya jawapan telah diberikan di soklan sebelum ini. sila rujuk jawapan di atas, harap maklum.

Perkara plg sweet korang pnah buat bsama.
sweet? manis? ahh tak perlu dicerita disini. semua nya manis manis belaka, even gaduh masam muka rindu rindu jeles sikit gelak ketawa semuanya sweet bagi saya. :)

Hadiah plg best anda penah dpt dari dia
satu keping note RM 1 yang telah dibahagi dua. satu ada pada dia, satu ada pada saya. :D jam air turun warna biru dan merah. jam tangan. ouh ter-cakap banyak pulak. tapi best best. :)

Si dia pnah buat suprise x
penah penah penah! :D surprise yang hampir nak clash pun ade. -_-" haha boleh pulak ye? :P

Siapa salu mengalah bile gado
bergantung kepada siapa yang buat salah. :) tapi masing masing akan mengaku konon konon buat salah. haha :D

Ayat untuk boyfren anda
almost reach 3 years. :) hope we last until the end, insyaAllah. thanks, for every single thing you have done! :))) you have been a great motivator to me, doc!

Tag kat beberapa sweet couple y anda nak
- zaty
- pika
- pinat

dan sape sape yang terasa nak buat, you are most welcome. :)

Tuesday, November 23, 2010

syukur.

petang tadi aku ingat nak joging la kan. yela, dah lama tak pusing padang usha usha cuci mata sikit. eh takla, hati suci murni mana bleh cuci mata! haha :P takdela, sebenarnya dah lama tak keluar jalan jalan kat kawasan maktab. tambah tambah pulak lagi berapa hari je nak tinggal kat sini. sobs sobs :( sedih la pulak. haiyaa

pegi pulak dengan cik hannah pen-jogging berjiwa kental. mana taknya, aku pusing padang dua kali pun dah semput semput. dia steady je 5 kali pusing, 2 kali jalan dengan aku, selebihnya dia joging pulak. aku JALAN sahaja. haha :) tabik spring untuk cik hannah. :DD

then, lepas (kononla) penat jalan tu haa, aku pun dudukla dekat bench tepi padang tu, lagaknya macam layan jiwang sekor lah kan. aku terpandang langit kat atas. terdetik dalam hati, " Ya Allah, luasnya alam ni, subhanallah. " terasa kagum sebentar dengan apa yang aku nampak. rasa takjub tu, aku tak tawu nak describe macam mana. rasanya better korang try pegi kat padang yang luas, korang pandang alam sekeliling kita. takpun pegi pantai, korang dok kat tepi tu tengok laut yang terbentang luas. macam tu la feeling aku. dengan burung burung terbang. dengan semut semut waktu tu merangkak rangkak naik atas selipar aku. serius, aku rasa indah sangat alam ciptaan Allah. Dia dah cipta sebaik baik perkara dan setiap satu ada fungsi nya tersendiri. angin tak payah cakap, ya Allah, aku dapat rasa sepoi sepoi bahasa. dengan manusia waktu tu berduyun duyun baru balik dari kursus. macam macam gelagat tak payah nak cerita. cuba korang bayangkan kalau Allah cipta alam ni takde oksigen la? cuba bayang dunia ni dengan manusia yang semuanya serupa dua kali lima? cuba bayangkan kalau Dia cipta semut lagi besar dari manusia?

alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas lagi di muka bumi ini. kalau kata waktu tu tiba tiba ajal sampai? dah cukup kah amalan? dah cukup kah persediaan untuk dunia di sana? aku tak cukup baik nak bagi nasihat, sebab kadang kadang aku pun sama terbabas jugak. tapi tak salah kan saling ingat-mengingati? :)

just renungan bersama. cuba lah korang pegi padang atau tempat yang luas satu masa nanti, dan korang hayati apa yang ada. janganlah pulak pegi padang yang ada mamat mamat hensem main bola, takpun gadis gadis cheerleaders yang cun cun, tu pun korang nak 'hayati' jugak ke? haha :P

till then. nak packing baju! yoshh! :) take care, wassalam.

Sunday, November 21, 2010

bosan.

ya ya, aku mengaku aku bosan gila gila sekarang. nak keluar, duit illek. (takde dalam bahasa tamil) dengan lapar pun cukup, kafe pulak seperti biasa ari ahad la dia nak cuti umum. cuti pekebenda ntah, dia ingat student maktab posa sunat ari ahad kot. -_-" sudahnya, makan megi je la jawabnya. nak order mcd, jangan perasan macam mewah la ye. duit pun tak sudah sudah mintak sponsorship dari ibu. haish la. :(

bosan ni, takde benda lain la aku nak buat. online, facebook, update blog. so, mintak maaf banyak banyak la ye, kalau anda terbaca entri yang tah pape. serius bosan! korang agak agak la kan, dengan hostel dah kosong, senyap sunyi macam seram semacam, so, apa korang expect aku nak buat? tengok movie? oh please la jangan suggest itu. aku dah bosan muak jelik tengok movie. blergh. nak termuntah muntah tahu? ok itu exaggerate.

nak pack baju? *yawns* bosan bosan BOSAN la! =.=" rasa macam nak sumbat segala mak nenek barang malas nak tengok tengok sort out dah. :/ like seriously, aku tak bleh nak describe la betapa malasnya nak bergerak start packing baju tu. dah berakar duduk atas katil online rasa macam tak nak buat pape melainkan menghadap lappy 24/7. pemalas kan, pemalas kan? jauhi sikap ini.

all in all, dapatlah dikonklusikan disini, bosan mampu membuat anda gila seperti saya. gila yang comel. :P HAHA maaf, ter-perasan disitu. yela, kena ada puji-pujian untuk tuan punya blog. :DD

okay, daaa! :) take care, till we meet again. :) wassalam.

p/s : rasa macam nak jumpa kawan kawan lama la. agak agak, diorang nak tak jumpa dengan aku?

Saturday, November 20, 2010

reminder untuk minggu ini.

Qistina, these are the things you have to do within this week.

1. pack barang. oh sudah semestinya. 2 kotak telah di-send pulang pagi tadi. and some more kotak tengah diusahakan. then, nanti weekdays kita pegi post office lagi eh? buku buku dan baju, oh gosh.

2. selesaikan urusan visa and related matters. ya, wajib selesaikan before this thursday. beli bank draft, sort out all the forms, letak dalam satu fail. check again and again so that there's no mistakes. susah kan? ingatkan just simply get ready nak naek plane je pegi sana. -_-"

3. beli barang barang ibu pesan. kain batik sarawak saja dah dekat 5 pasang. tu tak termasuk souvenir orang pesan semua. yang berada di fikiran sekarang : macamana aku nak bawak balik semua ni tanpa meng-exceed kan luggage? T_T

that's it? ya, buat masa ini, itu saja.

oh, surely i'll miss you, kuching. :( everything about you.

Friday, November 19, 2010

hey.

i miss you.

harap bulu mata anda jatuh, kerana barangsiapa bulu mata jatuh sebelah kiri, ada orang rindu. bukan saja saja tarik ye, secara sendirinya jatuh. :')

ayat nak 'barangsiapa' kan. :P HAHA bm puitis, oh sekema sekema. :D ya, saya sudah tidak tensi tensi lagi! :) you make me smile. haiyo gila bayang ka apa nih? nehi nehi, thinking of life is too short for unhappy things and stressful days. so, daripada stres tak tentu pasal, kita enjoy! :)

a week to go qistina, bertahan! :D

desserts.

it should be spelled the other way round. yeah, i'm stressed.

a week to go, and lots of things to be done. seriously, dari segala macam borang kena isi, visa, and all those forms tak payah cakapla dah nak termuntah tengok, semua kena isi and very particular. tak bleh silap langsung. ok, done with that part, cuma tinggal nak check balik and submit.

next, packing things to be send home. well, kalau dah nama dok 2 tahun setengah, bajet bajet sendirikla barang nak banyak mana. tambah pulak umah dekat gila. senang keja ye tak? T_T" dalam usaha membungkus barang barang yang tak guna untuk shipping. oh, itu guna DUIT lagi. -_-"

cakap pasal duit, banyak duit dah abes kat macam macam benda. tak perlu nak cakap, bank draft saja dah dekat rm 500++. baru satu benda, tak campur tolak benda lain lagi. haish la, time ni aku rasa bersalah sangat nak mintak duit, sebab aku tawu dah banyak susahkan parents. :(

and again, stressed. it is not easy to please each and every person. what do you feel when people keep asking you about things they-should-leave-it-to-you? and you know we have been very busy with lots of things-you-know-that. i know my part, and i'll try my best to give you secepat mungkin, hell yes, i don't even want to hold it for too long. glad that i will not be in the post for next year. you should hold my post then to know how pening my kepala to think about all the matters. no offense, i know you won't read this. but please please, trust me, i also want to finish all this as soon as possible.

mixed up. :( i wanna be home now, can i?

Wednesday, November 17, 2010

perempuan

this entry is just a matter of my opinion, takde kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada. :)

bila bercakap tentang perempuan, banyak benda atau views about how they should behave, their manners and attitudes, skills yang diorang kena tawu, and so forth. well, memang betul, being a girl, i know there must be certain labels or perceptions yang people view pasal perempuan. mari kita kaji universal criteria of how a girl should be :

girls and shopping

ini memang true fact pasal perempuan. cuba bagitawu perempuan mana tak suka shopping? kalau ada, boleh dikira 'pakai jari pun boleh'. ye tak? seldom korang dengar bila perempuan nak pegi shopping dan ajak member, "eh, taknak la aku join shopping" melainkan sebab sebab yang tak dapat dielakkan seperti money constraint, period pain, exam dah dekat dan sebagainya. even kalau takde barang nak beli, rasa nak keluar usha usha barang tu mesti ada jugak. takpe, aim dulu barang ape nak beli, next time keluar wajib pegi kedai tu tengok kalau ada, terus sambar. :P

aku pulak tergolong dalam golongan tak berapa reti shopping, tapi suka window-shopping. kalau keluar beli makanan, aku memang pakar, tapi kalau bab shopping baju, makeup dan lain lain, bukan bahagian expertise aku. see? even perempuan yang kurang sense of fashion macam aku pun suka shopping. perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. umpama lagu dan lirik. boleh pakai tak peribahasa ni?

girls and talking

semua sudah sedia maklum, perempuan memang suka cakap banyak. bab bab gosip ni, cakap je, mesra cepat dan betul. dari benda sekecik perkara sampai la ke sebesar besar gajah, kalau dia tawu, abes satu dunia tawu. tu bagi kaki gosip perempuan. kalau bagi perempuan yang lain, membebel tu dah jadi rutin harian. sehari tak membebel tak lengkap rasanya hidup. bagi segelintir yang lain pulak, kalau nak bercerita sesuatu, mesti nak berbelit belit. ayat nak bombastik lagi berpuitis. contoh terdekat; aku. nak membebel je keja. apa salahnya kalau aku terus direct to the point tak payah nak tambah connectors nak bagai. hmph.

tapi tak semua perempuan macam tu. ibu tak. ibu jenis tak suka berleter kecuali terpaksa. selalunya ibu akan berkata kata bila ayah start berleter dulu. haha pelik kan? dalam family aku, ayah lagi expert bab bab bagi ceramah. :P harapnya nanti aku jadi macam ibu yang tak reti berleter. :D

perempuan dan memasak

pernah tak ada mak mertua tanya kepada yang calon menantu perempuan, "reti masak tak?" mesti ada punya, wajib! yelah, kalau tak nanti, kebulur anak dia hidup dengan korang pompuan pompuan ni. asyik makan nasik mamak, nasik kedai, nasik bungkus. muka pun dah macam tempe goreng buatan mamak. mana nak boleh macam tu, ye tak? at least kena tawu sikit sikit pasal masak. kalau tak, macam mana nak tambat hati suami? oh terasa mithali sebentar.

then, kalau macam tu, belajar masak sebelum kawen je la, buatpe belajar sekarang? a big NO. sangatla salah persepsi ini. kenapa? kerana untuk perantau perantau seperti aku ni, wajib untuk mempunyai kemahiran memasak. buat masa ni, memang aku bukan macam chef wan nak memasak variety of meals lah kan, maaf termengaku tak reti masak. cuma yang basic food nak hidup macam gulai, sayur, masak kicap dan yang senang asas masakan tawu la jugak. teruk kan qistina? anak perempuan sorang yang dah stay hostel untuk 8 tahun. aik, ada alasan siap? HAHA :P takpe, yang penting usaha nak belajar tu ada :D haha dalam proses untuk menjadi tukang masak ye :)

by the way, orang tua tua cakap kalau anak dara masak terlebih masin, nak kawen dah kan? oh, nak sengaja ter-letak garam lebih la kalau macam tu HAHA :PP

perempuan dan airmata

aku penah dengar statement ni ; air mata adalah senjata orang perempuan. apa pendapat korang? bagi aku selaku perempuan, bukan aku nak defensive ke ape (kononla), tapi perempuan selalu luahkan apa dia rasa melalui air mata. kalau dia rasa sedih, otomatik airmata tu pun bertindak mengeluarkan diri sendiri. senang cerita, aku la. kalau tengok movie nak touching sikit, mula lah. bergenang air di mata. nak tambah feel kalau tengok sorang sorang. komfem teresak esak. haha :P tapi tu la cara kitorang menyampaikan perasaan. nak release la lebih kurang. :) so, it's normal kalau perempuan nangis. bukan nak tunjuk lemah, tapi it is just a way we show how we feel about something.

tapi ada je kawan perempuan aku yang hati kering. tak reti nak nangis. ibarat nangis ni takde dalam kamus hidup dia la. :P diorang kuat. mampu berjiwa kental. emosi tidak ditunjuk sewenang wenangnya di khalayak ramai. bagus lah macam ni, baru orang tawu kita berjiwa keras. keras kah? fikir fikir kan, dan selamat beramal! :D

girls and self-image

haha, sesungguhnya aku betul betul setuju dengan point ni. mengapa? okay lah, kes anorexic and bulimia. sape dominant patients? perempuan lah. sape yang selalu pegi spa, saloon? perempuan lah. sape yang risau berat bertambah lalu taknak makan walhal lapar gila? (konon diet) perempuan lah. di mana ada cermin, di situ ada perempuan. peribahasa boleh diterima akal kan? :) sebab ape girls pentingkan self-image? kalau bagi aku, aku akan make sure tudung dah elok, takde kelepet selebet dah sebab aku nak konfiden. aku tak suka rasa macam something is not good about me. then mulalah, perasan orang pandang pandang sebab nampak selekeh. tu bagi aku. bagi orang lain, mungkin diorang ade reasons sendirik. :D

lagi satu, sense of fashion sangatla penting ye, walaupun sudah aku jelaskan kat atas tadi, aku takdela sangat up-to-date. makeup mesti nak sama warna dengan baju, kena matching segala benda. kalau pakai merah, dari hujung rambut sampai hujung kaki kena merah. untuk aku, i like it plain and simple, aku prefer natural makeup, mungkin sebab aku tak reti pun. :P and truth to be said, aku bukan perempuan berfesyen. sorry, not good at it. :D tapi fact perempuan sinonim dengan self-image ni memang tak boleh deny ye kawan kawan. :)

rasanya cukup lah 5 perkara tentang perempuan menurut pandangan qistina. ada setengah tu memang the truth, setengah yang lagi mungkin just buah fikiran aku. mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku, aku faham. masing masing ada idea sendiri, kan? :) tapi, most of the things yang aku cakap memang happen in real life. aku experience sendiri semua ni. so, usah diragui kesahihan information yang aku tulis ni. i'm just writing for sharing, that's it. :) oh, and sorry, entry kali ni terpanjang. sebab bosan tak tawu nak buat ape, raya macam tak raya kat sini. SOBS SOBS :(

till then, take care. good luck untuk kamu. :)

wassalam.

Tuesday, November 16, 2010

perantau.

seperti biase, di saat saat sebegini rupa, tiada lain yang difikirkan melainkan rindu.

:(

ya, ini bukan tipu tipu saja saja nak rindu konon konon manja anak pompuan sorang. tidak. ini serius rindu nak balik rumah nak beraya dirumah dengan family tercinta. sobs sobs

eh takpe. takpayah susah susah dah sorang sorang kat dapur. takpayah kena iron baju satu family. takpayah pegi beraya rumah orang secara paksa rela sebab ayah suruh pergi. takpayah kena basuh kain setimbun apabila adik beradik yang jenis kuat menyalin baju berpadu tenaga mengumpul baju kotor. takpayah macam macam lagila.

sebenarnya, aku rindu nak buat semua tu. aku rindu nak menjerit memekik panggil adik aku yang bongsu suruh sama sama membanting tulang empat keringat kat dapur buat rendang. aku rindu adik beradik aku pujuk rayu aku suruh aku tolong iron baju, nanti bagi upah topup rm3. (konon kononla, padahal pakai duit raya) aku rindu kena marah dengan ayah bila bagi excuse taknak pegi umah orang, sebab aku taw last last aku wajib pegi. aku rindu membebel sambil basuh baju banyak banyak, pastu tanya,"sapa punya baju banyak sangat ni?" tapi aku basuh jugak.

tengok, betapa mithalinya aku. eh tak, maksud aku, aku rindu betul nak buat semua benda ni waktu raya. raya bagi aku macam bukan raya kalau aku tak raya dengan family. *syahdu* sedih. sayu. oh, aku patut berhenti bersifat touching.

rasa macam nak balik umah sekarang jugak, suruh tony fernandez buat satu penerbangan ehsan untuk aku yang sakit kronik ni. sakit rumah atau homesick.

salam aidiladha. insyaAllah, anggaplah ini sebagai pengorbanan yang terpaksa dibuat demi untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. moga moga esok pagi aku tak bangun pagi meleleh air mata syawal eh bukanla. air mata zulhijjah mengenangkan raya di perantauan.

pesanan penaja : kepada sesiapa yang belum pernah berjauhan dengan keluarga, sila lah enjoy puas puas setiap saat yang anda ada bersama mereka, kerana anda akan merindui mereke sepertimana saya merindui keluarga saya ketika saya di kejauhan ini.

sekian, luahan hati seorang perantau untuk renungan bersama. wassalam.

Monday, November 15, 2010

dear my beloved ones,

hell yes, i miss you so freaking bad.

just in case i may not be able to tell you this, you're the greatest love i ever have. you teach me how life is, how to cherish every moment we have together. whenever the day is gloomy for me, you always try to put smiles on my face. or at least cute grins. :P you show how much you care and give firm supports when i'm about giving up. you know where i stand, and you always stand by my side. :) one of good things that i like about you, you know my strengths and weaknesses. you always encourage me to do well in whatever i do, even you know i am not good at it. you know how to make my weaknesses as my strong point to improve myself. you are able to bear with me and show a great tolerance in handling a 'fragile' person like me. the most important thing, i know you love me, even sometimes you do not publicly exhibit it. how lucky i am to be loved by persons like you. :) a lot more to say about you, but words are not enough to describe everything you have done and how you have affected qistina's life. thanks to Allah, i'm blessed with precious loves in life! no matter what happen, i shall never find such loves, except you, LOVES. C:

Sunday, November 14, 2010

time flies.

tajuk ni lagi? ape takde tajuk laen kah? mintak maaf, kosa kata saya terhad ye tuan puan.

tadi berakhirla dinner batch kat hotel. to be exact, it was a farewell party before we go off next semester. ouh, i won't say much about going over there since result is not out yet. berdebar debar ouh. T__T"

papepun, memang terbaik lah! mungkin ade yang cacat cela tang mana mana, tapi apa yang penting bagi aku, meaning yang cuba nak disampaikan. part yang paling best, bila slideshows and orang orang gelak mengekek teringat kembali memori dulu dulu, waktu muka selebet dan selekeh. :P ya, sekejap je 2 tahun setengah. sekejap sangat sampai rasa macam baru semalam jejak kaki di maktab. ayat sekema bukan? :P

part paling touching ; ouh air mata tiba tiba jatuh bila berpelukan dengan lecturers. sorry to say, i'm a bit emotional, sebab bagi aku diorang dah macam mak/ayah dah kat sini. kalau takde diorang, ntah macam mana aku boleh survive ntah. ok, enough of touching touching part. touching touching part? apakah.

now, back to part yang aku enjoy. kan aku ade bagitawu dalam previous post aku akan menari sumazau. well, not too bad kalau aku cakap aku dah cuba sehabis baik atas stage. step lari ke, tak seragam dengan orang lain ke, tu belakang kira. :P haha, yang penting, i enjoyed being a sumazau dancer walaupun amatur yang tak akan ditauliahkan sebab memang fail menari. :PP HAHA

ouh ouh, sekarang aku ade lagu fevret baru. tajuk : leaving on the jetplane. best! :)

okay la. enough of babbling and bebel-ing. penat sudah. kuma kuma memanggil. :) nanyte, sweet dreams! :D

esok esok dengar aku bebel lagi. :P take care, wassalam.

Friday, November 12, 2010

i'm back.

it's over.

uish. jangan fikir bukan bukan. it's over here merujuk kepada kursus yang baru dijalani dan tammat pagi tadi. seriously, i had so much fun, and it was totally different from what i had expected. :)

makanan ; delicious fabulous marvellous. jangan ditanya kenapa makanan yang dikomen dulu. :P lepas satu sesi, makan, lepas riadah, makan. perut memang bahagia la, tak tipu. :D penginapan nak five star! terbaek wok, chalet 6 orang dengan aircond siap bagai! :) and yang paling penting, i enjoyed most of the activities organized. :> apa yang penting? KERJASAMA. ok aku tawu bosan pakai wonderpets punya tagline, tapi serius aku mengaku banyak aku belajar dalam kem ni. *buat muka serius* serius weh, learn to appreciate what you have now and don't take things for granted. yang perlu di-emphasize-kan disini adalah perpaduan dan kerjasama. thanks a lot untuk kem yang berjaya menyedarkan saya! :)

dan sekarang? oh malas betul nak unpack kemas barang. malas malas malas. sila jangan jadikan ini teladan, sebaliknya sempadan. apakah?

oh ya. just realize ada 16 visible followers. terima kasih la, susah susah nak follow. belog ini biasa biasa saja, kalau setakat nak baca bebelan aku sambil tumpang sekaki gosip gosip ni, buat la macam umah sendiri. sila sila. gila promote belog. haha :P

okla. dari aku membebel banyak banyak buang masa korang nak baca yang merapu merepek, adalah lebih baik kiranya aku stop kat sini. sehingga bertemu di lain waktu dan hari, sekian sahaja rancangan 'Mari Dengar Qistina Membebel'.

sebelum terlupa, ini adalah entri edisi ke 200. kongratulasi! :)

wassalam.

p/s : nanti aku cerita sesuatu pasal diri aku. saspen tak, saspen tak? :PP HAHA

Sunday, November 7, 2010

currently

listening to songs by boys like girls. well, i can't get enough of them, because their music is just worth to be listened to! ;)

list of my favourites :
1. five minutes to midnight
2. broken man
3. heels over head
4. heart heart heartbreak
5. thunder

seriously, these songs are just my beat! C:

oh, not to forget, all american rejects. songs like 'i wanna', 'gives you hell', oh how i love those songs! :)

eerr, maybe i'm not that up-to-date with new songs, but please please, do recommend some new songs that up to my taste. :) my taste? hmm, more to jiwang songs la of course! :P

and... tomorrow i'll be off to Santubong for our BTN course. it is a 5-day course, so, i will not be able to update bloggy in these few days. the place is near to the beach and Gunung Santubong, and how i have wished to go there! :) hope everything goes smoothly, and have fun! :)

till then, take care. wassalam.

Saturday, November 6, 2010

take care.

you told me you always experience chest pain lately.

and i'm quite worried now. you gave me reasons not to go to see doctor, when you actually know you should.

the only thing i want you to do now; take care, please?

Friday, November 5, 2010

takde tajuk.

okay, kerja gila 3 entri satu malam! haha :D like serious, aku tengah BOSAN gila!

dah habis exam, tak tawu nak buat ape. tengah exam, tension nak bagai. tengah coursework, macam nak pecah kepala rasa. haiyo. bersyukur, bersyukur!

esok nak kuar pegi dating. eh tak, outing. :P direct tiga hari kuar. beli kain batik (again sebagai pengedar kain batik sarawak tunggal kat kawan kawan ibu). nak beli barang untuk pegi BTN yakni biro tatanegara, yang dijadualkan berlangsung 8hb-12hb nov ini. dan kuar jalan jalan buang masa, dari tercangak dalam hostel tak taw nak buat ape, ye tak? boleh cuci mata sekali. :P window-shoppinglah!

esok jugak, ada rehearsal menari. as 1 batch masuk menari, aku nanti menari sumazau untuk farewell party. :) tunggu gambar aku pakai kostum dia eh, cantik!

and for the time being, kerja aku online, tengok movie, update blog, maen game. korang yang exam jeles tak, jeles tak? :P serius muka nak mintak pelempang kan? HAHA.

okaylah. aku dah malas nak type ni. lagi satu sebab aku update banyak banyak sebab nanti aku takde seminggu. manela tawu, nanti ade yang rindu ke. bolehla usha usha blog ni. :P

till then. take care! wassalam. :)

secret admirer.

tajuk menarik. ye dok? eleh, aku tawula korang pun mesti ade penah admire kat orang. tak payah tipu diri sendirila, nak geleng geleng bila baca soalan ni;

"pernah admire orang tak?"

mungkin ada kot yang tak berani cakap dia penah admire orang. takpe takpe, aku faham. aku pun tak berani jugak kot, biasala, malu malu kucing. :P first aku admire orang waktu darjah 4. haa, sape penah sekolah rendah dengan aku, tawla kot sape orang tu. haha :P

tapi tu sejarah dulu. time malu malu tengok dari jauh je, setakat simpan dalam hati. orang zaman sekarang lagi maju, advance. nak, cakap depan depan terus. yang ni aku salute. sebab berani amek risiko kena reject depan depan. serius gentleman gilos. dan kalau pompuan pulak, serius gentlewoman gilos. tapi susah la der nak buat macam ni. maunya kawan tu kau jumpa tiap tiap hari, apa cer? maunya muka tempek bedak 20 inci kalau kena reject.

okaylah. kalau taknak cara tu, boleh buat cara ni pulak. korang merisik khabar tanya pasal orang yang di admire tu. boleh tanya kawan kawan dia ke, adik beradik dia ke, cikgu dia ke. tapi kalau nak tanya pun, pandai pandaila carik yang boleh dipercayai. tak ke haru kalau kawan dia tu jenis internet bergerak, bak kata mami jarum : penyampai cerita cepat dari berita, habis satu dunia tawu. kalau korang nak lagi berkat, tanya direct terus je kat mak ayah dia. serius kesungguhan korang terserlah. kalau korang habis beranila. :D

next in line. cara ni, aku rasa berkesan kot. sebab... berkesan lah! haha :P habis je korang belajar, hari terakhir korang grad ke, ade farewell dinner ke, korang spend time dengan dia. waktu tu, bagitawula isi hati korang. then, kalau dia nak reject ke, tak kisahla. dah hari last dah pun, bukan nak jumpa dah pun. takdenye nak malu tebal muka 14 inci kalau kena reject pun. ye tak? :P

method method yang aku senaraikan banyak untuk lelaki. sebab kalau untuk perempuan, macam susah sikitla. kan ke kaum hawa lebih pemalu? :)

ade satu lagu yang komfem korang tawu. "jangan tunggu lama lama, nanti lama lama dia di ambil orang." sendiri mau ingat. takkan lari gunung dikejar, apatah lagi orang yang korang admire. apakah? serius tak masuk peribahasa. :P haha.

okaylah. aku rasa aku ni banyak mengajar benda bukan bukan. :P takpela, pengalaman mendewasakan, ye tak? :) papepun, berfikir sebelum bertindak. ajal maut jodoh semua Allah dah tentukan. jangan risau, you'll meet the right person at the right moment. just wait :)

semalam.

whoa! hello there. :) sebelum saya melalut dengan lebih panjang, kita teruskan dengan agenda, straight to the point. :P

semalam adalah besday saya. walaubagaimanapun, saya tidak expect kawan kawan saya nak sambut besday saya (walaupun aku dapat rasa something fishy bila tengah shopping dengan nina, dan sekali pandang belakang, "aik? mana dia pegi?") mereka telah bersepakat untuk buat trick dengan meninggalkan saya sorang sorang kat supermarket tu tercangak cangak macam anak hilang emak. naseb baek saya seorang yang berjiwa kental tidak menangis hentak hentak kaki jerit, "nina! mana ko pegi?" oh, itu agak serius punya kes. mujurlah ada jannah yang baik (she deserve this adjektif because she save me dari terus mundar mandir satu supermarket, orang tengok lain macam :P). dia call, "eh, qis, japgi datang kat kfc, kite pegi scr same same." MUJUR lah. haha :D

by the way guys, i appreciate it! thank you so much! :) laen kali, BUAT LAGI kat besday orang lain nah. :PP aku nak join! HAHA :P

pictures! :) (ihsan facebook shima)


ni kek hari jadi. oh, caption atas kek bukan salah saya. bukan. (buat muka innocent)


besday girl lepas kena tinggal cuba untuk meniup lilin dengan tenang. cool, cool!


oh saya tak jadi nak marah atau merajuk. sebab terima kasih sekali lagi! :)

Thursday, November 4, 2010

too soon.

yes, it is too soon.

cepat sangat masa berlalu. tak sedar, pejam celik pejam celik tonyoh tonyoh mata sikit, dah 20 tahun dah aku hidup. tak sangka, sekejap sangat rasa. macam baru semalam je aku lahir. eh, takdela nak menipu macam tu. haha :P

intro tak boleh blah kan? skema kan kan kan? :D haha takde ape sangat pun. bagi aku 20 tu just a number. tapi number bermulanya kehidupan serius aku. *buat muka serius sikit* eceh. serius maksudnya tak boleh maen maen lah. tak boleh perangai cam budak budak, perangai mesti matured seiring usia. haish la. dan yang paling penting, kena bersiap sedia for future. kenapa?

calculation umur hidup :

21 tahun - insyaAllah kalau ada rezeki, hidup kat tempat orang. insyaAllah. takut nih result. :S

24 tahun - start posting dan berkerja sebagai seorang guru. agak agak mencabar tak kena posting kat rural areas? :O

25 tahun - kawen. haha target umur je eh, tak tentu lagi ni :P kita hanya merancang, Allah yang tentukan :)

dan yang paling penting, bertambah lagi satu tahun menghampiri ajal. ye tak?

dan seterusnya. see? banyak benda besar akan berlaku pasni. tu yang buat aku rasa aku tak prepare lagi untuk berusia 20 tahun. dengan banyak responsibilities menanti. rasa macam cepat sangat, serius cepat. dan aku akan rindu masa remaja. sobs sobs.

papepun, 1 thing for sure; hidup mesti diteruskan. yosh! perut perlu diisi. itu penting. :P ok, dah malas nak membebel banyak banyak. happy birthday qistina! sweet 17th! :P yelah, umur je 20, muka still tak matured :PP bleh ke aku buat wish kat diri sendiri? haha buang tebiat betul! :D

oh lupe. terima kasih ibu kerana melahirkan saya di dunia ini pada hari ini 20 tahun yang lalu. dahla anak pompuan sorang, songsang plak tu, kena bedah caeseran plak, dengan terlebih due date nye yang sepatutnya 1 nov. yang paling tak tahan sekali, ibu kena stay hospital, aku boleh balik umah dulu. :D qistina qistina. :P

till then. goodluck kepada sape2 yang still ada exam. have faith in yourself and Him. :) wassalam.

Wednesday, November 3, 2010

tamat.

ya, exam aku dah tamat tadi. alhamdulillah, lega tak tau nak habaq la! haha :P

seperti biasa, dah abes exam mestila takut pulak pikir pasal result. cuak oh cuak. T_T tapi takpe, for the time being, kita enjoy dulu! :) enjoy as in pada pada la kan. takkan sampai tak ingat dunia pulak. :P

aktiviti sekarang : tengok movie puas puas, online sampai cemuih dan tiduq sepuas mungkin. haha :D

ok, got to go. movie knight day menanti. :D thank YOU. :)

wassalam.

p/s : esok esok aku hapdate lagi yer. banyak masa lapang nih haa. :P

Monday, November 1, 2010

esok

break 10 minit bermula dari sekarang.

ya. esok. 2 november 2010. final exam. 1st paper, eltm. perasaan bercampur baur. rasa seronok ada (seronok?), takut ada, tak konfiden ada. macam macam ada.

seronok sebab nak abeskan paper cepat cepat. tak mau tengok dah dua dua makhluk ni.

takut. mungkin sebab ni penentuan aku. antara hidup dan mati dalam course la kira. kiok yang ni, hai hai bye bye. haip! jangan sebut pasai negatif ja. sebut LULUS. ameen.

tak konfiden. sebab rasa macam tak prepare. lagi dibaca, lagi ditakutnya. -_-"

ingat pesan ayah. ayah cakap, "buat yang terbaik la tau, takpa aih, ina boleh buat punya."

dah alang alang korang baca entri aku ni, korang tolong la sama doakan aku boleh jawab exam. dah gelabah bewak nih. okay, 10 minit dah tamat. babai dan good luck jugak kat korang yang exam!

p/s nanti aku cerita lagi bila dah abes exam.