She's gonna wait..

Sunday, January 30, 2011

i don't MY. :)

sometimes it's better to hide the truth and live a lie. that explains an ugly truth and a beautiful lie.

what if i say, i'm ready to go and able to catch the earliest flight to en zi tomorrow morning? :)

naah, it's a beautiful lie, you see. to make it more attractive, add fake smiles. people will believe it, no doubt.

i guess that will end my emotional posts for this week. bear with me, people. :]

Saturday, January 29, 2011

bittersweet.

yes, she is bittersweet.

ada masa happy go lucky, ada masa problem bertimpa timpa macam jatuh tangga.

but one thing for sure. nobody will really understand you, unless they have been in your shoes once.

and it's hard to please each and every one. you will need a person like Edward Cullen to read others' mind, which is impossible in a real life. that's reality.

i've been trying so hard to understand you, but i guess i've failed. can you just spend a little time with me and let me experience great moments before i leave? :(

and i know, i'm not ready for this. not yet.

semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi hari hari yang mendatang. insyaAllah.

Thursday, January 27, 2011

sebuah sajak

'nanti mesti aku rindu..' adalah tajuk sajak hakcipta terpelihara tuan tanah belog ini.

(baca mau feel, kalau boleh nak ada lagu background sentimental punya kasi melelehhh)

nanti mesti aku rindu..
banyak benda yang ada depan mata sekarang
banyak lah! kalau nak sebut satu satu
mau sampai esok aku ternganga lagi mengarang sajak heh

nanti mesti aku rindu..
yang pasti homesick itu wajib bagi aku
family toksah kata
aku rasa kat airport nanti pun banjir kilat

nanti mesti aku rindu..
sahabat handai rakan taulan
yang komfem komfem tak dapat nak jumpa lagi
entah sempat ke tak korang jemput aku makan nasik minyak?

nanti mesti aku rindu..
mamat indon yang memang sedia ada jauh di mata
tapi nak buat macamana
redhaaa je lah labu

nanti mesti aku rindu..
moment moment gembira gelak tawa
tak kira dengan sape saje
maksu, soraya, zaty dan semualah nak cakap semua tak mampu nak tulis (hadoi terpanjang pulak)

nanti mesti aku rindu..
makcik depan supermarket ataupun pakcik dekat pasar malam
sumber charkueyteaw paling sedap dalam dunia
yang tak boleh dicari ganti -_-"

nanti mesti aku rindu..
eiein adik bongsu yang aku suka kacau
nanti 2 tahun kat sana, dia dah form 5
takkan aku nak ketuk ketuk kepala dia lagi siap nyanyi lagu khas nama dia?

nanti mesti aku rindu..
nak berjemaah dengan family
waktu subuh korang mesti liat nak bangun kan?
tapi aku semangat sebab solat sama sama

nanti mesti aku rindu..
suasana panas kat malaysia
dahla aku cepat sejuk ketaq ketaq
maunya aku mandi seminggu sekali hape kat sana T_T

nanti mesti aku rindu..
kan hobi aku makan
kalau tak jumpa nasik, mana perut melayu tahan
tapi takpe, banyak perencah dah dipos untuk senang memasak :P

nanti mesti aku rindu...
banyak lagi sebenarnya
tapi aku tak nak syahdu syahdu
padahal lagi 2 minggu weh! :(

take care, wassalam.

p/s : ikhlas tapi jauh.

Monday, January 24, 2011

what's on your mind?

25.

enough said. :)

makanan dan aku.

okay rasa nya tajuk ini memang sudah sebati dalam diri penulis memandang kan beliau memang orangnya kuat makan namun tidak jugak gumuk gumuk. untuk lebih drastik, sila baca kenyataan di atas dengan satu kali nafas dan nada kasihan kerana beliau ditakdirkan mempunyai gen kurus-even-makan-selori.

topik kali ini banyak sangat perihal nya kalau nak dikaitkan dengan aku. daripada makanan fevreto de amor, main masak masak, dan sebagainya, memang aku terkenal dalam kalangan kawan kawan jenis suka makan. sekejap sekejap, "weh, lapar la weh.", tak pun, "eh, jom pegi kafe?". itu ayat sinonim aku dengan makanan. entahla kenapa, makan tak pernah nak kenyang. kenyang tu ade, tapi bukan untuk jangka masa yang panjang. selang sejam dua, mula lah mata melilau mecari apa apa yang halal untuk dibaham. itu normal bagi seorang pe-makan tegar seperti saya. -_-" nak kata tak baca doa, "eh, mana ade. aku baca doh." haihsla. T_T

tu baru bab introdusi.

and sejak kebelakangan ini, nafsu makan itu sudah semakin berkurang. maksudnya selera itu tidak membuak buak mencurah macam koko krunch ke ladang gandum. aku pun naik hairan, apesal aku tak rajin makan macam selalu. mungkin sebab... entahla.

antara kegemaran aku yang paling utama : charkuayteaw. like seriously, sape sape nak pujuk aku kalau aku merajuk, korang hulur je benda alah ni, komfem aku menangis terharu. tak dapat aku gambarkan kesedapan beliau kerana memang no words can describe lah wa cakap lu! port paling best punya charkueyteaw, kat tempat aku. tiap tiap hari charkueyteaw pun aku sanggup! :P

okay nampaknya cik penulis terbabas sedikit kerana eksaited bercerita tentang makanan kegemaran beliau.

kalau nak cerita main masak masak, semalam aku try la (kononnya) buat charkueyteaw. senang je, kebetulan baru dapat paste nak buat beliau, (pes tu macam perencah la lebih kurang) so, ape lagi. gila semangat kental betul nak buat! :D biasa la, orang kalau dah faveret tu, tak menyempat. okaylah, dah bunyi kedekung kedegang dah dapur, maka jadilah charkueyteaw yang 1st time qistina penah buat. yang tak syioknya bila juri juri memberi komen. ade yang cakap, "eh, bau macam tak sedap, tapi sebab aku lapar, kira sedapla jugak bau dia.". ade pulak yang straight to the point, "berminyak sangat la ina buat ni. tak elok untuk kesihatan". humph. =_="

takpela takpe. janji ada inisiatif nak buat kan. ayat nak jaga hati sendiri nih.

ada lagi 2 minggu setengah sebelum saya pergi. maka akan ku gunakan kesempatan ini untuk makan sepuas puasnya! yeeehhaa! :P (ayat macam takde dah makanan kat sana hmph -_-")

till then, take care. wassalam.

p/s : ape lagi nak direquest? :DD

Saturday, January 22, 2011

leaving soon.

salam and greetings.

just got back from kl last night.

penat tak sangka. padahal bukan buat ape pun. setakat mencangak dalam bas tengok kiri kanan signboard adela. -_-"

okayla, just in case korang nak tawu, aku dah tawu flight date aku. i'll be leaving on 10th of february 2011.

aku tak expect secepat ini. serius. bajetnya, mungkin belas belas jugakla haribulan dua. sekali, noh awal betul huhu

perasaan mula haru biru campur baur bergaul sebati. dan yang pentingnya, banyak proportion perasaan yang aku tak suka. :(

malas nak cakap banyak banyak. kang air pasang pagi surut pukul lima banjir besar melanda, sudah pulak. hmph.

take care, wassalam.

p/s : apa feeling yang paling appropriate sekarang?

Saturday, January 15, 2011

away. :)

salam and greetings all.

just short entry, nak inform from tomorrow, yakni ahad sampai lah jumaat, i'll be away. so, belog akan tidak terhupdate sepanjang tempoh berkenaan, harap maklum.

ke mana kah beta? ouh, beta out-station, menguruskan hal hal yang berkaitan dengan diri beta.
nanti sekembalinya beta dari sana, akan beta titipkan pengalaman beta ya?

err. sila berpijak di bumi yang nyata. anda bukanlah tuan puteri, mahupun Puteri lakonan nora danish kiut, atau pun pu-three. bukan bukan bukan. hmfh.

by the way, hello KL! i shall see you soon. :) mintak mahap kalau ternyata jelas disitu ke-jakun-an ke, keperakan atau apa apa yang sama waktu dengan nya. hehh. -_-" banyak agenda ni. :)

p/s : sapesape yang free di dalam waktu itu, sila sila lah ringankan tangan hulurkan beban meng-calling calling aku okay? nak no fon, sila check facebook aku, kalau tak jumpa facebook aku, bukan kawan aku la tu. haihsla. panjang bebenor explaination ni haa. -_-"

Thursday, January 13, 2011

chicken chop, as simple as you chop chop that chicken.

(auto publish, sebab aku malas nak online. hehh)
tajuk panjang bukan bermaksud cara cara nak buat pun susah complicated complex. tidak, oh tidak.

macam adjektif yang aku cakap itu, simple je sebenarnye nak buat ciken cop. dari korang pegi beli kat kedai sampai duabelasringgit, baik korang masak sendirik. puas ati pun puas, sedap pun terjamin. err, yang korang punya aku tak jamin la sedap ke tak, tapi yang aku punya, sedaaaap wa cakap lu. okay berhenti riak.

meleleh tak air liur nengoknye? :P credit to google

okay, sekarang mari kita mula kan dengan ingredients yang kita perlu kan.

untuk main course yakni ayam itu sendiri :
ayam bahagian isi (beli yang takde tulang ayam langsung okay?)
tepung gandum untuk menyalut
telur untuk dipukul dan menyalut juga (faham tak maksud ni?)
dan biskut krakers yang dilenyek lenyek sampai jadi serbuk halus
garam secukup rasa

sos :
cendawan butang (kalau dapat yang dalam tin pun sedap jugak, tapi just amik cendawan tu saje taw)
sos lada hitam atau nama saintifik dia blackpepper sauce (boleh didapati di supermarket berdekatan)

google image punya ehsan. ni la cendawan butang, ye adik adik.

okay DONE part ingredients.

sekarang mari main masak masak! yeeha :)

ayam :
1. first sekali, korang lumur ayam tu dengan garam. secukup rasa okay, kalau terlebih masin aku tak tanggung insurans ke hape eh. -_-"

2. biar sekejap, dalam 10-15 minit camtu ah. pastu baru ke next step.

3. salut ayam itu dengan tepung gandum. macam biasa, make sure semua part kena, baru sedappp

4. salut pulak dengan telur tadi yang dah dipukul pukul. hamboih, macam pukul orang pulak T__T

5. last sekali, korang salutla dengan serbuk krim krakers cap hup seng yang dah korang lenyek lenyek tadi.

pastu, ape lagi. bukan NGGGAP terus. biarkan ayam itu berenang renang di dalam kuali panas berisi minyak masak. deep frying, okay?

untuk sos pulak :
senang sangat. korang just campur dua bahan tersebut, ke dalam blender dan biarkan blender itu melakukan tugasnya. haa, maka terjadilah koko crunch. ofkos la tak!
nak tambah garam gula ikut suka korang la, janji sos dia dah siap. :)

then, abisla. haa, senang tak, senang tak? tu la korang, senang je nak masak sebenarnya. nak dengan tak nak je. dan... bukan perempuan je kena tawu memasak. di zaman era globalisasi seperti ini la, lelaki mesti tawu jugak masak. yela, kalau bini outstation, takkan nak mentekadarah kat restoran mamak kandaq saja? :P

selamat mencuba! :)

p/s : mintak mahap la ye, aku tak snap pics waktu aku buat. so takdela visual aids nak membantu korang, harap maklum. :|

tag apebendetah. haha

salam and greetings readers! :) selamat bertemu kembali di ruangan sesi mengarut membebel bersama qistina. bersama hos anda, ya, cik qistina! *tiga suku ke hape nih?*

okayla. oleh kerana aku dah di-tag oleh encik khairul ikhwan, so, marilah kita layannnn, zasssss!

Ucapan anda..?

er. dapat dapat tag terus bagi ucapan ke k own? gila cam YB! haha

okay okayla. taknak la menghampakan peminat i kan. here comes the ucapan.

ucapan ini saya tujukan khas buat insan insan yang tersayang, rakan taulan, sahabat handai segala. semoga anda ceria ceria selalu.

tu je? tu je? -_-" cukopla, kang aku bagi berderet, tak tercapai akalmu pulak. next question.

cerita sikit perihal hari ini ?

arini? takde ape yang menarik, cam ari ari biasa sebagai seorang suri rumah full time selama 2 bulan. seperti biasa, pas online ni main masak masak, petang karang ajak ibu kuar carik alasan nak beli barang. kesimpulannya, hari hari adalah sama sahaja. err, semalam aku mimpi best! kalau aku cerita, komfem k own kena belanja kfc weh! sebab dalam mimpi tu, dia belanja aku dengan zaty kfc weh! oops, ter-cerita dah. hehh. take note ni k own, next week aku pegi kl, ape lagi. hahaha :P

Berikan 4 ciri boy/gurl idaman untuk dijadikan husband/wife : ala, 4 je? tapi k own buat banyak je. tengokla banyak mana aku letak nanti. hahaha *gelak evil sikit. sikit je, jangan nak melebih, haipp*

1. mestila bergaya selamba. tak payah nak stylo stylo pun takpe, aku pun lebih kurang je. hihi :P

2. gentleman. taknak yang 'gentle' man itu, itu lain. pandai crack jokes adalah satu bonus kerana beliau akan menjadi joker terbaik menceriakan hari anda. :D

3. boleh bimbing aku ke arah jalan kebenaran. kadang kadang kan ter-babas sikit. itu sudah pasti. :)

4. terima aku apa adanya. cewah, dah macam lirik lagu dah. haiyaa

dah la kot. aku pulak yang malu malu kucing meow meow nak tulis banyak banyak. haha



ehsan google image. gila kan siap buat iklan nak cari husband? ish ish ish *geleng geleng kepala sikit* tapi kan, aku setuju dengan ciri yang first tuh! :P

Berikan 1 tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang :

macam yang k own cakap, 'always trust your partner'. pegang je prinsip ni, insyaAllah, kalau jodoh tak ke mana kan? :) malas nak ulas panjang panjang, kalau nak baca lebih panjang, baca yang k own punya. :P

Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta..?


penah je. tapi better doa tulus ikhlas dari hati. :) insyaAllah, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita, kan?

Letakkan 10 link pilihan anda & tell them that they have won this award


YOU ALL HAVE WON THIS AWARD !

aku malas nak letak link korang, so, aku umumkan, sape sape yang follow aku, tak kira la public reader ke, silent reader ke, public fon ke, sila sila. jangan malu jangan segan, buat la kalau tak segan. :)

okay, aku nak buat entri pasal chicken chop. nak try? jom layan next entry. haha :P

take care, wassalam.

Wednesday, January 12, 2011

specky?

spek mata adalah merupakan alat bantuan penglihatan untuk orang orang yang kabur (bukan blur eh sila amek perhatian -_-") dan berhadapan dengan masalah rabun. okay tak thesis statement aku? thesis statement adalah ayat pernyataan untuk meng-introdusikan topik. sila kembali ke pangkal jalan, cik pengarang.

ouh terlupa mau greet. salam and greetings dari penang. kabare? sihat? okay ini emangnya lame banget. lame dalam BI okay. bukan lame dalam BM. duhh -_-"

mungkin bagi sesetengah orang, memakai cermin mata adalah impian, angan angan ataupun mimpi jadi kenyataan bila anda disahkan rabun kena pakai spek mata. mungkin juga ada yang beranggapan bila pakai spek mata, "ecewah, nampak educated la. macam professor lah". ada yang fikir, "wah, stylo siot pakai spek mata cenggini. check it out bebeh!". okaylah. itu sebelum anda memakai spek mata. SEBELUM okay.

apabila anda memakai nya pulak, maka, terdetikla perasaan kurang selesa tatkala anda ter-paksa memakai alat bantuan penglihatan ini di mana mana sahaja. nak terjun kolam kat Bukit Merah kena pakai cermin mata kalau tak kau menggagau la jawabnya tak nampak. nak baca huruf dalam kelas (kan kena salin note ke hape), kalau kau tak pakai, alamat esok esok kau copycat kat kawan sebelah. pendek kata, imej yang terpapar di kornea itu boleh diibaratkan macam tv channel rosak (ala, yang ada wave wave tu siap boleh nampak seorang jadi dua orang). nak tidur pulak bukan boleh selamba badak tidur sama itu spek, kalau terpatah dua? garu kepala la chek. hua hua hua

sejarah pemakaian spek mata aku? aku start pakai umur 9 tahun, tu pun sebab ada masalah mata. dulu dulu yela curious sangat, abang nak buat spek, aku pun pulun nak suruh check mata amek power buat spek. tapi sekarang? hehh redha saje lah O.O

oh ya. untuk pengetahuan semua, aku tampil dengan imej baru. tang mana yang baru? haa, sape yang jumpa aku je la tawu :P yang tak jumpa, takde la nak tengoknye lah ye :D kesian haha :P

err, and shima. by the way, imej aku ni akan menampakkan muka aku sebijik macam adik aku yang last tu. aku rasa korang pun dapat guess kan?

yang abang aku pulak tak supportive langsung. ade ke dia cakap macam makcik? bagila komen membina semangat sikit. ni tak pasal je down self esteem aku. haiyaa T_T

pape pun, yang pasti, imej aku ni ibu aku yang pilih. so kalau tak comel, jangan salah kan aku heh. aku mana nampak waktu buat pilihan. ye la, dah nama pun rabun -_-"


sumber dari google image

just imagine la. aku pakai cermin mata di atas. tak pun korang ke nak imagine diri sendiri, boleh jer. okay, berhenti imagine.

ni pulak awek cun scarlett johansson pakai spek cenggini :

tapi dah nama pun awek cun, pakai spek bingkai besar gedabak cam frame gambar pun maintain cun. ye tak k own and muz? :P haha

pengajaran yang dapat dikenalpasti : bersyukurlah dengan apa yang Dia dah bagi. dah ada mata elok elok, janganlah tiba tiba teringin nak pakai spek. dah pakai spek, baru korang tawu kot. bak kata sape entah aku tak ingat, barangsiapa yang memakai cermin mata, maka hilanglah 7 kecantikan padanya. hehh

take care, wassalam.

p/s : first attempt masak gulai tadi tanpa bantuan ibu di sisi. kita tunggu komen juri okay? :P

Saturday, January 8, 2011

anti-asap

these few days memang aku malas nak update.

so arini aku nak cerita pengalaman aku kat kampung halaman waktu pagi tadi. korang agak agak bosan, meh la baca ni meh *gaya memujuk budak budak*

alkisahnya, waktu pagi tadi, ayah aku ajak la kami sekeluarga breakfast kat luar. well, bukan selalu tak prepare breakfast, cuma kali ni je saje rileks rileks nak melantak kat luar. okay lah, takpe. nak di jadikan cerita, tempat duduk aku betul betul belakang seorang smoker yang dalam hati aku terdetik, "ish gila ape merokok pagi pagi buta, makan breakfast asap ke mamat ni?" yelah, agak agak ar nak merokok pagi pagi buta gila kot pukul 7.30 pagi wa cakap lu. okaylah malas nak kata apa, lagipun bukan adik aku yang merokok kalau tak, sah sah aku patahkan rokok itu sambil memberikan ceramah motivasi penuh kasih sayang. hmph

yang aku berasap sekali ni haa, dia tiup asap rokok itu betul betul belakang aku. aku siap macam dalam jerebu lagi, "wah, gila ada kabus di pagi hari," hati gua cuba menyindir kecil. nak pulak angin kuat, membuatkan asap itu berlalu ke arah AKU. mana aku tak hanginnn. so, aku bagi la hint kan, yelah takkan nak terus menerus makan asap? aku buat buat batuk macam orang sakit jantung sambil tutup mulut hidung dan segala rongga pernafasan.

okaylah. dua tiga saat kemudian, aku tak terasa dah di alam kabus. rupa rupanya, dia just berhenti hirup udara segar sebelum kembali menghisap rokok dan akhirnya menghembuskan asap rokok yakni kabus ke arah aku. cis. ini sudah melampau.

sedang aku dok hangin hangin rasa cam nak sindir depan depan, elok je dia lalu sebelah aku memberambuskan dirinya sambil tersengih sengih. -_-" ceh, bajet kiut la? dahla melakukan pencemaran udara. hidup pun tak lama. bukan aku nak doakan ke ape, tapi memang sah sah dalam pengetahuan am merokok membahayakan kesihatan. kat kotak rokok tu pun dah ada tulis warning siap. lu pikirlah sendiri.

kalau la tak boleh berubah sekali pun, just fikir orang lain. jangan membahayakan nyawa orang lain jugak, kerana orang yang menghidu asap rokok itu jugak merupakan passive smoker, atau in other words, iaitu mereka yang terdedah kepada asap rokok selama 15 minit dalam masa dua hari selama seminggu. at least kalau anda ingin merokok, make sure anda tidak berada di tempat orang ramai. ngertik?

entri ini bukan bermaksud aku tidak suka orang yang merokok, it's just perbuatan merokok itu yang aku kurang gemar. takpe, itu hak anda. tapi fikir fikirkanla insan tersayang. dan aku tak kan kata apa apa as in tegur, komen atau lain lain, sebab aku tawu masing masing dah matang kan? :) chill.

p/s : cubalah niQUITin. ecewah. promote ka cik adik? hehh

take care, wassalam.

Wednesday, January 5, 2011

buatan malaysia atau buatan luar negeri?

okay oleh sebab aku bosan sangat-yang-tak-mampu-diungkapkan-kata-kata, aku nak mengarut kat belog kali ini bercerita tentang tajuk di atas.

macam slogan yang selalu diuar uarkan kerajaan, belilah barangan buatan malaysia untuk meningkatkan produktiviti negara di samping mengurangkan kadar keuntungan pelabur pelabur asing. ecewah. entah betul entah tidak aku pun tak pasti pernyataan di atas. sekiranya anda turut sama bosan, marilah teruskan pembacaan anda ke perenggan seterusnya.

buatan malaysia ni ada macam macam jenis. baik dari segi material, individual ataupun ape ape yang boleh diterima akal.

kita kupas dari segi material dulu. contoh yang paling ter-dekatla aku amik. kereta. sekarang ni kat pasaran ada macam macam jenama kereta, dari buatan nasional iaitu Proton, Perodua sampaila kereta import punya macam Toyota dan lain lain, yelah aku tak arif sangat bab2 kereta, yang toyota ni pun sebab ayah aku guna kereta ni -_-" see? ayah aku lebih percayakan kereta buatan Jepung lagi, katanya kereta nasional kalau jual tak dapat untung. tak laku la. hoho, tu katanya. kalau fikir fikir balik, kalau semua rakyat Malaysia mempunyai mentaliti seperti ini, gamaknya bangkrupsi la syarikat proton kita. -_-" tapi aku punya impian nak beli kereta myvi. even aku kaya macam mana pun, aku just nak kereta myvi auto je. boleh kan, ayah kan? *wink wink* ;P

baru baru ini aku ter-baca keratan akhbar pasal kawen. dalam hati korang mesti terdetik,"hai pompuan ni, tak abis abis cerita pasal kawen". eh tak baikla prasangka buruk. aku tawu korang pun nak kawen jugak kan? :D tapi ni kes serius. dalam harian metro (sila klik untuk membaca) , dah jadi trend locals kita kawen dengan wanita dari negara asing. kenapa? sebab sebabnya ada dinyatakan dalam keratan akhbar itu aku malas nak quote. kalau yang masyarakat perempuan kita pulak, sekarang jenis trend nak minat artis artis luar negara. korea, indon, jepung dan lain lain janji hensem meletup suara sedap lengkap pakej. nak pulak style rambut terbelah tepi yang tu lagi bagus. huish wanita malaysia sekarang memang demand nak lebih. tak semua la kan, seGELINTIR sahaja nak suami macam itu. maka akan terjadila generasi kacukan seperti pelakon pelakon kacukan kita nora danish, maya karin, diana danielle. bukan nak kata salah, tak. kalau dah jodoh, nak buat macam mana. ayat cliche bukan? nasib la ada jamal abdillah promote gadis melayu dalam lagu beliau. syabas mere bete! :D takpe nanti aku compose lagu 'siapa bilang hero melayu tak ganteng'. ^_^"

sebenarnya banyak lagi aku nak cakap pasal buatan malaysia vs buatan luar negeri. tapi aku maleh betul nak type. kalau ade masa, tunggula aku merepek pasal topik ni lagi. okay pesanan ikhlas penaja, 'sokonglah barangan buatan malaysia. beli yang ori'. :D hehhh

p/s : esok topik lagi best. nantikan. sebenarnya takde pun topik. hehhh saje mau bikin suspensss -_-"

take care, wassalam.

Tuesday, January 4, 2011

cinta jarak jauh.

hoho. tajuk gila panas. eh takla. suamsuam kuku sahaja. okay pengarang sudah merepek. dah lama tak karang esei camni la. otak beku. -_-"

kalau dengar tiga patah perkataan ini, apa yang bermain di minda?

kekasih hati? boya pren? gila pren? skandal? ouh tidak semestinya mesti cuma dalam kalangan yang disebutkan sebentar tadi. kerana cinta itu subjektif. cinta itu... errk. yang aku penah dengar, cinta itu subjektif. kalau aku cakap aku cinta zaty, tak semestinya aku lesbian. cinta itu boleh jadi sayang. okay nampaknya aku memang melalut betul ntah mana hala tuju karangan aku kali ini.

kalau aku cakap aku cinta ilmu. boleh jugak kan? okay cut the crap please.

tapi dalam topik ini, apa yang aku nak timbulkan (selama ni tenggelam?) adalah adakah cinta jarak jauh itu akan berjaya?

mari kita kecikkan skop produksi topik kita. cinta jarak jauh yang macam mana?

sebagai contoh, cerita ini tiada kena mengena samaada yang masih ada ataupun yang telah tiada, kalau ter-kena jugak kat mana mana itu adalah tidak di-sengajakan penulis.

sebagai contoh. si boy dan si girl ni (okay aku geli) dah berpacaran selama 7 tahun let say. then, tiba tiba si B ni kena transfer tempat keja kat obersi. tinggallah si G ni sorang sorang dok kat malaysia. kalaulah kata diorang ni takde kepercayaan antara satu sama lain, korang rasa mampu bertahan tak? mampu ke tak mampu? nak pulak yang memang jarang kontek busy memanjang memang lagi challenging la. eh, ni pertambahan isi yang tidak sepatutnya ditulis. hehh

diberi satu lagi kondisi. kali ni cinta mak bapak dengan anak. katakan lah anak tu tak penah berenggang langsung dengan mak bapak dia, asyik asyik melekat je kat bawah ketiak orang tua. tup tup sekali dapat sambung belajar kat sabah sarawak. yelah, jauh kot, dahlah tak penah terpisah. agak agak la kan, mak bapak dia nak lepas dia pergi tak kalau mak bapak dia tak percaya kan dia? kot kotla dia campur geng samseng ka, dia buat naya kat sapa sapa ka. yelah, fikiran orang tua mesti je nak risau kat anak. agak agak la, kalau mak bapak percaya kat anak dia, mesti dia bagi punya, even dia sayang macam mana pun. betul tak?

satu lagi contoh terbaik. cinta antara kawan kawan. let say kawan kawan sekolah dulu semua dah jauh jauh. nak jumpa, bertahun baru sekali. bukan setahun sekali ye. waktu ni la baru kita tawu kawan mana yang betul kawan kita, ingat kita, sentiasa bersama kita even hakikat sebenar masing masing jauh mana hala. see?

banyak jugak cinta jarak jauh ini.

ape yang penting? kerjasama. itu slogan wonderpets lah!

ape yang penting? kepercayaan, ingatan kita kepada cinta jarak jauh kita. :)

konklusi yang dapat diberi, jangan lupa cinta jarak jauh kita. kerana even mereka jauh, mereka sentiasa dekat di hati. okay slogan lame lagi macam slogan tv9. COOL. :D

p/s : mutu penulisan kurang memberangsangkan. sila cuba lain kali. markah penulisan = C+

hey, IMY. mode gatal sudah menjelma. selamat menggaru!

take care, wassalam.

Monday, January 3, 2011

anything

you wanna ask? feel free to do so here. aku tak maen la formspring formspring ni. aku kan tidak celik IT. hehhh

kejap kejap. bajet artis lah orang nak tanya interview segala macam? haha :D

mintak maaf, sejak kebelakangan ini aku takde mood nak hupdate. asal dah tulis separuh, aku save je as draft. idea tidak mencurah curah ke ladang gandum, dan taraaa jadilah koko crunch. okay itu selingan.

dahlah bosan dok umah. rabu ni adik aku yang spm masuk jmti. eh jmti satu adik beradik dengan mimet ang kan muz? haha :D pasni aku home alone la. -_-" hadoi.

sedang belajar untuk menjadi suri rumah tangga yang berjaya. buktinya, taraaa! semalam aku masak chicken chop. arini aku masak ayam masak kicap. okay okay, tak baik show off. tapi just nak cakap aku sedang berusaha keras ke arah menjadi perempuan melayu sejati reti masak dok dapur urus rumah segala. aku sedang belajar okay? :D esok esok aku nak baking pulak. kek coklat manis sweet sweet! ;)

okaylah. malas dah nak taip. hehh, kalau sehari tak sebut perkataan 'malas', tak boleh? -_-"

till then. goodbye! esok esok aku hupdate lagi. you can ask me anyting. silap silap aku buat satu entry khas nak jawab soklan. haha :D take care, wassalam.