She's gonna wait..

Wednesday, January 12, 2011

specky?

spek mata adalah merupakan alat bantuan penglihatan untuk orang orang yang kabur (bukan blur eh sila amek perhatian -_-") dan berhadapan dengan masalah rabun. okay tak thesis statement aku? thesis statement adalah ayat pernyataan untuk meng-introdusikan topik. sila kembali ke pangkal jalan, cik pengarang.

ouh terlupa mau greet. salam and greetings dari penang. kabare? sihat? okay ini emangnya lame banget. lame dalam BI okay. bukan lame dalam BM. duhh -_-"

mungkin bagi sesetengah orang, memakai cermin mata adalah impian, angan angan ataupun mimpi jadi kenyataan bila anda disahkan rabun kena pakai spek mata. mungkin juga ada yang beranggapan bila pakai spek mata, "ecewah, nampak educated la. macam professor lah". ada yang fikir, "wah, stylo siot pakai spek mata cenggini. check it out bebeh!". okaylah. itu sebelum anda memakai spek mata. SEBELUM okay.

apabila anda memakai nya pulak, maka, terdetikla perasaan kurang selesa tatkala anda ter-paksa memakai alat bantuan penglihatan ini di mana mana sahaja. nak terjun kolam kat Bukit Merah kena pakai cermin mata kalau tak kau menggagau la jawabnya tak nampak. nak baca huruf dalam kelas (kan kena salin note ke hape), kalau kau tak pakai, alamat esok esok kau copycat kat kawan sebelah. pendek kata, imej yang terpapar di kornea itu boleh diibaratkan macam tv channel rosak (ala, yang ada wave wave tu siap boleh nampak seorang jadi dua orang). nak tidur pulak bukan boleh selamba badak tidur sama itu spek, kalau terpatah dua? garu kepala la chek. hua hua hua

sejarah pemakaian spek mata aku? aku start pakai umur 9 tahun, tu pun sebab ada masalah mata. dulu dulu yela curious sangat, abang nak buat spek, aku pun pulun nak suruh check mata amek power buat spek. tapi sekarang? hehh redha saje lah O.O

oh ya. untuk pengetahuan semua, aku tampil dengan imej baru. tang mana yang baru? haa, sape yang jumpa aku je la tawu :P yang tak jumpa, takde la nak tengoknye lah ye :D kesian haha :P

err, and shima. by the way, imej aku ni akan menampakkan muka aku sebijik macam adik aku yang last tu. aku rasa korang pun dapat guess kan?

yang abang aku pulak tak supportive langsung. ade ke dia cakap macam makcik? bagila komen membina semangat sikit. ni tak pasal je down self esteem aku. haiyaa T_T

pape pun, yang pasti, imej aku ni ibu aku yang pilih. so kalau tak comel, jangan salah kan aku heh. aku mana nampak waktu buat pilihan. ye la, dah nama pun rabun -_-"


sumber dari google image

just imagine la. aku pakai cermin mata di atas. tak pun korang ke nak imagine diri sendiri, boleh jer. okay, berhenti imagine.

ni pulak awek cun scarlett johansson pakai spek cenggini :

tapi dah nama pun awek cun, pakai spek bingkai besar gedabak cam frame gambar pun maintain cun. ye tak k own and muz? :P haha

pengajaran yang dapat dikenalpasti : bersyukurlah dengan apa yang Dia dah bagi. dah ada mata elok elok, janganlah tiba tiba teringin nak pakai spek. dah pakai spek, baru korang tawu kot. bak kata sape entah aku tak ingat, barangsiapa yang memakai cermin mata, maka hilanglah 7 kecantikan padanya. hehh

take care, wassalam.

p/s : first attempt masak gulai tadi tanpa bantuan ibu di sisi. kita tunggu komen juri okay? :P

5 comments:

kr0nc0ngmalaya said...

hah. ni juri nak komen:
eleh masak gulai ja??
hahaha

p/s : bila fly?

Anonymous said...

hehe, bagi aku kan ? ok ape pompuan pakai spek nih ?? yeehaaa. syok gituhh. lawoo kot. hehe

suraya said...

haha.. revolusi speck.. aku pun nak buat ah.. haha,, yg pasti, dr awal hg pakai speck, sampai skrng, aku saja yg dapat tgk revolusi tu,, sama la mcm hang,, dari awal aku pakai speck, sampai ke skrng, hang saja yg dpt tgk perubahan.. sweet sgt bila ingt balik suma ni,, x sangka dah 15 thun knl. ;) miss u so much! cant wait to see ur latest speck! (ok, first jumpa nanti, aku tgk speck dulu) haha

qiStina said...

muz : hekeleh. okay la tu weh satu jenis. sedikit2 lama lama jadi bukit. cettt :P pss, arini aku masak tomyam pulak. amacam? ada terliur? haha

k own : wah. haha tp kena tgok gaya jugak la kan. kalau aku, suka tgok pmpuan pakai kntek lens weh. gila macam2 warna doe! haha :D

suraya : hihi tawu xpe. ang je yang tawu revolusi aku. :D miss u too! :) and thanks for ur entri! really glas to have u as my besties! ;)

qiStina said...

muz : hmm fly xsure lg, nxt week aku ada briefing kt kl, bru taw time tu la. mybe mid feb kot? awat? nak mai hantaq kaaa? ;P