these few days memang aku malas nak update.
so arini aku nak cerita pengalaman aku kat kampung halaman waktu pagi tadi. korang agak agak bosan, meh la baca ni meh *gaya memujuk budak budak*
alkisahnya, waktu pagi tadi, ayah aku ajak la kami sekeluarga breakfast kat luar. well, bukan selalu tak prepare breakfast, cuma kali ni je saje rileks rileks nak melantak kat luar. okay lah, takpe. nak di jadikan cerita, tempat duduk aku betul betul belakang seorang smoker yang dalam hati aku terdetik, "ish gila ape merokok pagi pagi buta, makan breakfast asap ke mamat ni?" yelah, agak agak ar nak merokok pagi pagi buta gila kot pukul 7.30 pagi wa cakap lu. okaylah malas nak kata apa, lagipun bukan adik aku yang merokok kalau tak, sah sah aku patahkan rokok itu sambil memberikan ceramah motivasi penuh kasih sayang. hmph
yang aku berasap sekali ni haa, dia tiup asap rokok itu betul betul belakang aku. aku siap macam dalam jerebu lagi, "wah, gila ada kabus di pagi hari," hati gua cuba menyindir kecil. nak pulak angin kuat, membuatkan asap itu berlalu ke arah AKU. mana aku tak hanginnn. so, aku bagi la hint kan, yelah takkan nak terus menerus makan asap? aku buat buat batuk macam orang sakit jantung sambil tutup mulut hidung dan segala rongga pernafasan.
okaylah. dua tiga saat kemudian, aku tak terasa dah di alam kabus. rupa rupanya, dia just berhenti hirup udara segar sebelum kembali menghisap rokok dan akhirnya menghembuskan asap rokok yakni kabus ke arah aku. cis. ini sudah melampau.
sedang aku dok hangin hangin rasa cam nak sindir depan depan, elok je dia lalu sebelah aku memberambuskan dirinya sambil tersengih sengih. -_-" ceh, bajet kiut la? dahla melakukan pencemaran udara. hidup pun tak lama. bukan aku nak doakan ke ape, tapi memang sah sah dalam pengetahuan am merokok membahayakan kesihatan. kat kotak rokok tu pun dah ada tulis warning siap. lu pikirlah sendiri.
kalau la tak boleh berubah sekali pun, just fikir orang lain. jangan membahayakan nyawa orang lain jugak, kerana orang yang menghidu asap rokok itu jugak merupakan passive smoker, atau in other words, iaitu mereka yang terdedah kepada asap rokok selama 15 minit dalam masa dua hari selama seminggu. at least kalau anda ingin merokok, make sure anda tidak berada di tempat orang ramai. ngertik?
entri ini bukan bermaksud aku tidak suka orang yang merokok, it's just perbuatan merokok itu yang aku kurang gemar. takpe, itu hak anda. tapi fikir fikirkanla insan tersayang. dan aku tak kan kata apa apa as in tegur, komen atau lain lain, sebab aku tawu masing masing dah matang kan? :) chill.
p/s : cubalah niQUITin. ecewah. promote ka cik adik? hehh
take care, wassalam.
2 comments:
qis, aku tak merokok pun. so pe pendapat kau ? aku baik tak. hahahaha
baik baik! bagus ah k own! ;) hihi
Post a Comment