okay rasa nya tajuk ini memang sudah sebati dalam diri penulis memandang kan beliau memang orangnya kuat makan namun tidak jugak gumuk gumuk. untuk lebih drastik, sila baca kenyataan di atas dengan satu kali nafas dan nada kasihan kerana beliau ditakdirkan mempunyai gen kurus-even-makan-selori.
topik kali ini banyak sangat perihal nya kalau nak dikaitkan dengan aku. daripada makanan fevreto de amor, main masak masak, dan sebagainya, memang aku terkenal dalam kalangan kawan kawan jenis suka makan. sekejap sekejap, "weh, lapar la weh.", tak pun, "eh, jom pegi kafe?". itu ayat sinonim aku dengan makanan. entahla kenapa, makan tak pernah nak kenyang. kenyang tu ade, tapi bukan untuk jangka masa yang panjang. selang sejam dua, mula lah mata melilau mecari apa apa yang halal untuk dibaham. itu normal bagi seorang pe-makan tegar seperti saya. -_-" nak kata tak baca doa, "eh, mana ade. aku baca doh." haihsla. T_T
tu baru bab introdusi.
and sejak kebelakangan ini, nafsu makan itu sudah semakin berkurang. maksudnya selera itu tidak membuak buak mencurah macam koko krunch ke ladang gandum. aku pun naik hairan, apesal aku tak rajin makan macam selalu. mungkin sebab... entahla.
antara kegemaran aku yang paling utama : charkuayteaw. like seriously, sape sape nak pujuk aku kalau aku merajuk, korang hulur je benda alah ni, komfem aku menangis terharu. tak dapat aku gambarkan kesedapan beliau kerana memang no words can describe lah wa cakap lu! port paling best punya charkueyteaw, kat tempat aku. tiap tiap hari charkueyteaw pun aku sanggup! :P
okay nampaknya cik penulis terbabas sedikit kerana eksaited bercerita tentang makanan kegemaran beliau.
kalau nak cerita main masak masak, semalam aku try la (kononnya) buat charkueyteaw. senang je, kebetulan baru dapat paste nak buat beliau, (pes tu macam perencah la lebih kurang) so, ape lagi. gila semangat kental betul nak buat! :D biasa la, orang kalau dah faveret tu, tak menyempat. okaylah, dah bunyi kedekung kedegang dah dapur, maka jadilah charkueyteaw yang 1st time qistina penah buat. yang tak syioknya bila juri juri memberi komen. ade yang cakap, "eh, bau macam tak sedap, tapi sebab aku lapar, kira sedapla jugak bau dia.". ade pulak yang straight to the point, "berminyak sangat la ina buat ni. tak elok untuk kesihatan". humph. =_="
takpela takpe. janji ada inisiatif nak buat kan. ayat nak jaga hati sendiri nih.
ada lagi 2 minggu setengah sebelum saya pergi. maka akan ku gunakan kesempatan ini untuk makan sepuas puasnya! yeeehhaa! :P (ayat macam takde dah makanan kat sana hmph -_-")
till then, take care. wassalam.
p/s : ape lagi nak direquest? :DD
No comments:
Post a Comment