okay oleh sebab aku bosan sangat-yang-tak-mampu-diungkapkan-kata-kata, aku nak mengarut kat belog kali ini bercerita tentang tajuk di atas.
macam slogan yang selalu diuar uarkan kerajaan, belilah barangan buatan malaysia untuk meningkatkan produktiviti negara di samping mengurangkan kadar keuntungan pelabur pelabur asing. ecewah. entah betul entah tidak aku pun tak pasti pernyataan di atas. sekiranya anda turut sama bosan, marilah teruskan pembacaan anda ke perenggan seterusnya.
buatan malaysia ni ada macam macam jenis. baik dari segi material, individual ataupun ape ape yang boleh diterima akal.
kita kupas dari segi material dulu. contoh yang paling ter-dekatla aku amik. kereta. sekarang ni kat pasaran ada macam macam jenama kereta, dari buatan nasional iaitu Proton, Perodua sampaila kereta import punya macam Toyota dan lain lain, yelah aku tak arif sangat bab2 kereta, yang toyota ni pun sebab ayah aku guna kereta ni -_-" see? ayah aku lebih percayakan kereta buatan Jepung lagi, katanya kereta nasional kalau jual tak dapat untung. tak laku la. hoho, tu katanya. kalau fikir fikir balik, kalau semua rakyat Malaysia mempunyai mentaliti seperti ini, gamaknya bangkrupsi la syarikat proton kita. -_-" tapi aku punya impian nak beli kereta myvi. even aku kaya macam mana pun, aku just nak kereta myvi auto je. boleh kan, ayah kan? *wink wink* ;P
baru baru ini aku ter-baca keratan akhbar pasal kawen. dalam hati korang mesti terdetik,"hai pompuan ni, tak abis abis cerita pasal kawen". eh tak baikla prasangka buruk. aku tawu korang pun nak kawen jugak kan? :D tapi ni kes serius. dalam harian metro (sila klik untuk membaca) , dah jadi trend locals kita kawen dengan wanita dari negara asing. kenapa? sebab sebabnya ada dinyatakan dalam keratan akhbar itu aku malas nak quote. kalau yang masyarakat perempuan kita pulak, sekarang jenis trend nak minat artis artis luar negara. korea, indon, jepung dan lain lain janji hensem meletup suara sedap lengkap pakej. nak pulak style rambut terbelah tepi yang tu lagi bagus. huish wanita malaysia sekarang memang demand nak lebih. tak semua la kan, seGELINTIR sahaja nak suami macam itu. maka akan terjadila generasi kacukan seperti pelakon pelakon kacukan kita nora danish, maya karin, diana danielle. bukan nak kata salah, tak. kalau dah jodoh, nak buat macam mana. ayat cliche bukan? nasib la ada jamal abdillah promote gadis melayu dalam lagu beliau. syabas mere bete! :D takpe nanti aku compose lagu 'siapa bilang hero melayu tak ganteng'. ^_^"
sebenarnya banyak lagi aku nak cakap pasal buatan malaysia vs buatan luar negeri. tapi aku maleh betul nak type. kalau ade masa, tunggula aku merepek pasal topik ni lagi. okay pesanan ikhlas penaja, 'sokonglah barangan buatan malaysia. beli yang ori'. :D hehhh
p/s : esok topik lagi best. nantikan. sebenarnya takde pun topik. hehhh saje mau bikin suspensss -_-"
take care, wassalam.
3 comments:
hehe. aku ialah jejaka malaya ! oh yehh...
hai, promote nmpk? :P hihi
qist!
Post a Comment