She's gonna wait..

Wednesday, December 29, 2010

cuti

hahaha :D

cuti dah nak habis kan? kan? kan? kesian :D
(gelak jahat)

aku akan bercuti lagi sampai bulan 2 :) hihi tapi...

lepas bulan 2 tu -_-" say hi hi goodbye la eh. hmph

dah dekat sebulan cuti, ntah ape benda yang aku dah achieve pun tak tau. keje, yela, awal bulan 1 aku berenti kot, bagi cukup dapat gaji sebulan. ;) misi aku nak makan banyak jugak stil tidak tercapai kerana aku selalu skip makan bila aku keje. -_-" takpela, nanti boleh kampoi balik time kat umah. nak belajar masak? heh impian harapan semata mata. aku rasa serius pasni aku kena masak pakai buku resipi. yang basics, aku rasa kalau aku masak, boleh baham tekak sendirik dah lepas lulus dah kot. :P tekak suami apatah lagi, boleh kot. HAHA berangan!

barang barang nak pegi sana? sejak aku keje ni, aku tak keluar dah shopping. yelah, sibuk. -_-" tapi ade je aku rasa tak complete lagi. kena figure out ni. hadoiih

nak unpack barang dari kuching pun dah sepasai. malas memang menguasai jiwa wa cakap sama lu. okay ayat tersebut jelas tidak dipraktiskan dalam kehidupan seharian guwa. hohh

malam ni final weh. malaysia lawan indon. dan seperti dijangka, aku tak dapat tengok lagi live -_-" hehhh dan kepada bapak bapak warga Malaysia yang berada di indonesia, diharapkan bapak dapat menjaga diri bapak dari ter-kena sebarang ancaman dan bahaya daripada penyokong fanatik timnas. :|

okay, babaiiii petang ni keje. yeayyyy! *nampak real tak aku eksaited dalam kepura puraan?*

wassalam.

Monday, December 27, 2010

bola

atas suggestion k own yang suruh aku buat entri pasal bola, okaylah, aku buat. tapi ni bukan nak komen pasal bola malaysia yang menang dengan indonesia 3-0. aku tak boleh nak ulas banyak banyak sebab aku tak tengok sebab aku tengah kerja dan tempat kerja aku ada tivi yang tak boleh bukak tivi 1. -_-" hmph

back to the topic. sebenarnya, aku bukan dilahirkan minat bola. (haha, mestilah, dah kau tu perempuannn) tapi, sekarang ni aku bolehla kalau nak meluangkan masa tengok bola 90 minit tak berganjak, even aku takkan penah nak stay up pukul 3-4 pagi nak tengok bola macam sesetengah peminat bola yang fanatik. maksud ayat di atas, aku takdelah peminat tegar gila sampai sanggup korban masa tidur dan mimpi indah aku semata mata nak tengok 11 orang mengejar 1 bola kat tengah padang. haha :P you got my point?

mula mula aku minat bola, waktu world cup 2002. waktu tu aku suka betul pasukan brazil, nak nak pulak ada ronaldo kepala dongga tu. even muka dia tak hensem (jelas disitu motif utama tengok bola :P), tapi dia ada skills woh. tu waktu dulu, waktu muda muda nak upsr. haha

kemudian, naek lower form, aku dah mula minat player player lain. aah diorang memang player pun kan. :P haha sebagai contoh, aku dah mula minat christiano ronaldo waktu aku form 3 (kot). yelah, muka nak hensem. mana aku tak kumpul keratan akhbar pasal dia. hahaha tu dulu lah, dulu okay? waktu ni, aku tengok banyak benda kat player tu. skills, rupa, dan lain lain yang boleh diterima akal. :P haha

sekarang? aku still macam dulu. minat bola still, tapi dah jarang amik tawu pasal bola. kalau dulu semangat betul nak tawu sape menang, sekarang kalau ada yang menyampaikan, baru aku tawu.

bagi aku la kan, aku suka bola sebab banyak benda.

1. skills. serius weh, aku kagum dengan skills messi. badan nak kecik je, tapi kalau bawak bola, berdesup desup je dah sampai kat gol. :) mintak maaf, bahasa bola aku mungkin tak secanggih bahasa yang korang guna haha :P

2. teamwork. aah, best tengok kalau ada teamwork dalam sesuatu team tu. semua play roles la kan. passing nak sampai, serius aku teruja. takdenye aku nak komplen, mesti aku diam kaku terpana melihat aksi sebegitu :P hahaha

3. handsome. haha yang ni tak perlu di-explain dengan lebih detail, aku rasa korang pun pilih lisa surihani kan kalau nak banding dengan minah minah cokia ja. kan kan? :P tak baek tipu weh!

4. adik beradik lelaki. ya, sudah semestinya anda akan ter-pengaruh dengan siblings anda sekiranya anda seorang anak perempuan tunggal. aku rasa aku penah cerita pasal aku main bola pakai dress waktu kecik kecik dulu kan? jadik goalkeeper siap woh! :P

okaylah, aku nak pegi membantu ibu di dapur. (feminine side pulak) :) hope malaysia menang rabu nih! and again, aku kerja malam tu. -_-" hadoihla.

take care! wassalam :)

Thursday, December 23, 2010

malas nak update.

aku dah malas nak hupdate blog. sebab... entah. idea takde nak mencurah curah ke ladang gandum. busy-body memanjang dengan karier, keluar beli barang semua nak bagai. dengan laptop buat perangai macam ni :

dengan lajunya, beliau akan keluar secara automatik benda benda seperti ini
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
atau
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnhzzxk aku tak tipu. 'b'e't''u''l'' ''w''e'h'','' ''g'i''l''a' ''a''n''n''o''y'i'n''g'''"!"'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''x
and the only way aku nak stop beliau dari gelong gelong ayam dengan lebih dahsyat, aku kena tekan huruf x. genius tak aku? haha :P

lately, aku asyik susah nak bernafas je. serius, and aku rasa makin teruk dari before this sebab dulu tak sekerap macam ni. nak jumpa doktor taknak, takut dapat tawu benda lain ke. nak nak aku mimpi pulak semalam pasal jumpa doktor yang pelik lain macam je. huhu. tapi aku rasa tak teruk kot. just penat biase biase je ni. coolll :)

okla weh. aku dah tak tawu nak merepek ape lagi nih. nak main masak masak pulak. haha. and again, arini keje shift petang. a deep long sigh

p/s serius aku malas gila gila nak hupdate. kalau korang ada topik best ke nak aku mengarut, sila lah suggest ye.

Tuesday, December 21, 2010

buat keputusan.

"okaylah ayah, ina dah buat keputusan, ina nak kawen dengan si A," Qistina membuat keputusan yang mungkin tepat bagi beliau tetapi tidak tepat bagi ayahnya tatkala diajukan soalan tentang pilihan hati.

err, dialog di atas cuma sekadar memberi gambaran tajuk yang tertera dengan clear-nya kat atas tu ye, tiada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah tiada.

okaylah. mungkin bagi sesetengah orang, nak buat keputusan itu senang, mudah, macam kacang pis je. ape yang korang perlu fikir-kan, just teliti pros and cons sesuatu perkara, then korang dah boleh buat keputusan tanpa dipengaruhi mana mana pihak ber-wajib.

ISH AKU GERAM BETUL DENGAN LAPITOP INI YANG SUKA JALAN LAJU LAJU TAK INGAT DUNIA DERHAKA KEPADA TUAN NIH. HAIYAAA. GERAM GERAAAAM! okay maaf ter-iklan sebentar kerana lapitop ini memang sengaja sengaja ber-tindak sengal sedang aku syok syok menulis belog ini dia buat perangai gelong gelong ayam.

kembali kepada topik. okayla, itu bagi korang. korang memang dah selalu buat keputusan, korang dah ada prinsip semua, korang memang degil nak semua keputusan orang setuju kalau tak korang hentak hentak kaki buat muka macam crybaby "nak jugak macam ni, nak jugak! tak kira!". mungkin korang takla, orang lain kottt

tapi bagi aku, aku susah sangat nak buat keputusan. aku memang jenis tak suka buat keputusan sebab aku tak suka ter-sepit antara mana mana pihak. LAPTOP INI MEMANG SENGAJA MENDUGA KESABARAN AKU BETUL. BAWAK BAWAK BERTENDANG, COOL COOL. okay dia dah tak buat perangai, sambung al-kuliyyah.

mungkin ini efek dari apa yang ayah aku ajar aku kot. okaylah aku bagi contoh situasi. aku nak beli anak patung (ni waktu kecik kecik, harap maklum), and kena pilih antara teddy bear atau barrrrbie doll.

ayah : ina pilih la mana ina suka.
ina : hmm, ina nak yang teddy bearlah.
ayah : tapi ayah tengok yang barrrbie doll tu pun bagus jugak, cantik. (padahal dia memang berkenan yang ini)
ina : (senyap kerana sedang berfikir fikir yang mana satu pilihan hati)
ayah : hmm, ikut ina lah nak pilih yang mana. tapi kalau ayah, ayah suka yang barrrbie doll tu lagi. teddy bear pun okay jugak.
ina : (muka confused sebab tak tau nak pilih sebab pilihan dia, atau pilihan ayah, atau cuma nak jaga hati ayah)

last last sekali end up tak beli apa. habis cerita.

see? aku memang dari kecik aku kena buat keputusan yang memuaskan hati pihak pihak lain. bukan ber-maksud aku nak salahkan ayah aku atau ape, bukan. kadang kadang apa yang dia buat keputusan itu ada baiknya untuk kita. kan? tapi seriusly aku cakap, aku tak reti buat keputusan, aku akan ter-agak agak fikir, "ish, kang aku pilih yang ni, macamana eh? nanti orang lain tak suka ke ape ke" so, most of the things yang kena buat decision, aku akan tanya pendapat orang lain.

ini tidak bermakna aku terlalu dependent kat orang lain bab making the right decision, it's just that i'm used to this way.

so nanti korang jangan ter-kejut pulak kalau ayah aku tanya, "ni nak kawen dengan sape nih?" "ikut ayah la"

DAK AIH. bab ni aku melawak semata mata. kalau yang ni pun nak suruh orang buat keputusan, HARU laaaa jawabnya! haha :P

okay geng. out dulu! petang kang kerja laaaa -_-" take care, wassalam.

Monday, December 20, 2010

changes.

ada lagi 2 bulan before i'm leaving.

and seriously, tak terasa nak pegi langsung. even tengah giat membuat persiapan,i guess i'm not ready yet, physically and mentally. and tak se-eksaited macam dapat result aritu. something wrong with me, right? people are getting excited when they're going to a new place, but not me.

i don't like changes. sebab nanti kena adapt dengan new things, new surrounding, new friends.

i'm scared i'm not able to face all these. to deal with the word NEW. sangat sangat rungsing, how i'm going to survive there. plus, lagi jauh dari family.

yeah i know pegi sana untuk belajar. untuk kaut ilmu kat tempat orang. but for some reasons, entah. macam not-into-it yet. mungkin sebab masih jauh kot tarikh nak pegi.

pray that i'll never change. semoga aku tetap qistina yang dulu. change for good is okay, but not for bad. hopefully.

Saturday, December 18, 2010

down memory lane.

ish. tak leh jadi nih.

aku baca blog batch waktu aku sekolah, semua hupdate pasal kawan kawan. pasal rindu maktab. pasal makcik ds. pasal life after high school.

gambar kat facebook. hisham, muz semua pakat ber-lumba lumba nak letak gambar waktu sekolah. saja kan, nak imbas memori lama?

kalau camtu, aku pun nak down memory lane lah.

kalau nak cerita banyak banyak, memang sampai esok tak habis. biasala, aku kan sibuk sekarang. wanita ber-kerjaya. so takleh nak hupdate banyak banyak. (konon la kan)

tapi, bagi aku, zaman sekolah saat paling best selama aku idup. kenapa? waktu tu la aku kenal dunia betul betul. aku belajar ber-dikari (yelah, sekolah asrama lima tahun kot, walaupun sekolah dekat tak sampai sejam sampai). kat sekolah la, aku kenal kawan kawan yang serius gila best. tak payah nak cakap sapa, tawu sendirik la kan? :)

dulu waktu sekolah aku gila skema. mesti datang awal kelas, sebab aku suka. takde orang, boleh fokus. (konon la kan) tapi selalu aku end up buat sudoku. haha, tengok? lagi satu, aku jarang ponteng prep. biasala, seperti point di atas, aku budak skema. hahaha penah sekali kena kunci dengan warden, mau tak gelabah weh. sebab tak turun prep. tu pun atas 'nasihat' dan 'dorongan' unit-mates yang plan taknak pegi. dalam hati,"laa, time aku tak pegi la kena kunci, time aku rajin pegi taknak buat camni isk isk isk -_-" dalam hati jela. haha

part yang tak kurang best : waktu puasa time sahur. aku suka betul turun sahur amik makanan kat depan blok 6. sebab apa? boleh cuci mata. haha eh takla. boleh tengok muka masing masing baru bangun tido. bak kata omputih, kan muka bangun tido tu muka paling cantik dan natural? haaa, betul lah tu. :P aku suka betul usha muka sorang sorang. pastu kalau ada yang aku perasan tak turun, abesla aku cop 'jenis tak suka bangun pagi'. hahaha

lagi satu aku suka. kalau time nak spm tu, semua benda nak buat sekali. prep la, kelas la, semua sekali harung satu batch. best la, sebab ramai ramai! :) meriah weh, haha. hm, ade lagi reasons dia. tapi... diam diam sudah. hahaha :D

okaylah. cukup kot. kalau aku rajin, aku cerita lagi nah. haha :) konklusi dari entri ini ; zaman sekolah best! sapa setuju?

tulah. sape suruh korang cerita pasal waktu sekolah. kan aku dah melalut kat sini.

Wednesday, December 15, 2010

20 tahun kah?

satu insiden yang menarik waktu aku kerja kemarin.

keterangan insiden
aku seperti biasa, menunggu customer la kan. kebetulan kemarin aku keje shift petang. dah tu, sorang sorang pulak. 'gila kuasa betul aku nih,' getus hati ku. eh takla, sebenarnya rakan sekerja tak dapat datang. so, aku je la keje aritu. takpela kan. haih bila kau nak masuk cerita kau ni qistinaaa

keje aku selalu, bab bab fotostat ni. meski pun aku sedia maklum fotostat itu adalah salah di sisi undang undang sebab copy hak cipta terpelihara bahan bahan original. tapi nak buat macam mana, dah nama pun aku keje kat tempat fotostat. haish la, asyik terbabas je kau nih.

pastu kan, pastu kan, ade la 2 orang budak pompuan datang. kalau tengok rupa, adela macam baya baya aku la 19-20 camtu. dia bawak pulak buku stpm. okaylah, takde hal bab tu. yang menarik perhatian aku, waktu dia nak suruh aku fotostat. dia cakap camni, "DIK, tolong fotostat sat bahagian ni... blablabla (aku tidak memberi perhatian kerana perkataan yang aku capslock tadi ternyata buat aku terpana)".

what? dik? WOW! haha mungkinkah muka aku tak nampak usia usia ke-duapuluhan? ataupun keTINGGIAN aku tidak cukup mengatakan aku sebenarnya sama baya je dengan diorang? hoho atau...

memang aku nampak tak matured macam umur 20 weh? haa jawab jawab!

p/s : entri ni baru satu daripada banyak banyak insiden orang ingat aku muda remaja lagi. mana ada weh, aku dah 20 laaa! -_-"

awet muda mungkin? sila muntah dalam bekas yang anda perlu sedia sendiri.

perfect?

ouh rasanya tajuk itu tidak perlu di-definasikan dengan lebih terperinci ye, sebab semua sedia almaklum erti sebenar 'perfect' dalam bahasa ibunda.

persoalannya; ada tak orang perfect serba serbi dari hujung rambut sampai hujung kaki? normal human do make mistakes, so do i. why bother to be perfect?

take a minute to reflect back. i'm not saying that being a perfectionist is totally wrong. nope, but you can't be per-fect when you actually have weaknesses. it's not perFECT, it's normal.

ouh kenapa ter-emosi di sini? eerr, adela sebab nya. haha :P tapi ni just apa yang aku rasa.

what do you think? betul ke wujud manusia yang perfect ha?

Tuesday, December 14, 2010

ciri ciri

tajuk entri kali ni : ciri ciri menantu pilihan bapak saya

title tidak boleh blah, bukan? hoho bukan ape, yang pasti bukan me-nunjukkan kegatalan saya untuk ber-kahwin. tidak sama sekali meskipun hati berbunga bunga girang tatkala ber-imaginasi tentang perkahwinan. okay sila kembali ke pangkal jalan.

sebenar-benarnya, aku ter-dorong (okay sila kagum bahasa saya) untuk buat entri ni sebab abang aku dah garu kepala fikir macam mana nak bagitau ayah aku pasal awek dia. well, awek dia memang cukup lengkap serba serbi, cuma nya... cuma nya.. tak payah cakap di sini rasa nye kawan kawan.

entri ini memang khas di-tujukan kepada sape sape bakal menantu bapak saya tidak kira lelaki mahupun wanita.

yang pertama tama sekali. ayah sudah pesan, carik yang bangun awal pagi. awal di sini bukan bermaksud pukul 11 pagi, oh tidak sama sekali. awal PAGI okay. iaitu selepas subuh, sila lah jangan tidur balik kalau anda nak jadi menantu beliau. komfem komfem beliau terima anda sekiranya anda menepati ciri ini. so, jika anda ber-minat, atau ter-tarik dengan tawaran untuk menjadi menantu kesayangan, praktis buat sempurna (practise make perfect). haha :P

kemudian, kalau yang perempuan, mestilah pandai me-masak ye kawan kawan. walaupun secara hakikinya anak perempuan beliau agak kurang arif ye bab masak masak ni. takpe, yang penting, at least tahu la serba sedikit nak masak. hamboih, takkan nak masak nasik pun tak reti? tu bak kata beliau la kan. :D

kalau yang lelaki pulak, (point penting ni) beliau amat menekan kan supaya saya mencarik yang TIDAK merokok. hoho kenapa saya highlight tidak itu? sebab memang ayah anti smokers. abang dengan adik adik aku takde yang berani merokok. mintak maaf ye kepada perokok perokok tegar sekalian, anda disqualified. (ceh, haha suka suka hati je terus tak layak :P) er, boleh di bawa ber-bincang sebenarnya ;)

satu ciri penting ; mesti lah ber-upaya menanggung anak nya. maksudnya macam takdelah hidup pun nak kais pagi makan pagi, kais petang dapat cacing. takdela sampai macam tu. biar biasa biasa saja pun dah okay :) haha

haa, reminder. ayah sudah pesan; disebabkan rumah saya ada 5 bilik semuanya (merangkap semua orang ada bilik sorang satu), ayah nak semua anak anak dia semua balik waktu raya. haha :P part ni memang entahla-macamana-dia-boleh-fikir-sampai-macam-tuh. haha lawak pun ada jugak. hurm terima je la labu ye? :D

itu adalah serba sedikit tentang ciri ciri menantu pilihan bapak saya. anda pulak bagaimana? :D

okay enough of merepek-ing. aku nak ke dapur nih. petang kang keje. till we meet again, take care! :) wassalam

Sunday, December 12, 2010

a song.

What hurts the most
Was being so close
And havin' so much to say
And watchin' you walk away

- Rascal Flatts, What Hurts the Most

:(

lesson to be learnt; always let your loved ones know how important they are in your life.

real nice song. :') seriously.

Tuesday, December 7, 2010

pertemuan ini.

arini ari selasa. cuti tahun baru hijrah. haa, ter-lupa nak buat ucapan. salam maal hijrah. change for good okay? kalau dah elok elok baik, takpayah gatal gatal nak ber-tukar jadi kurang baik. er, abaikan kalau tak faham. tapi korang faham kan point yang aku nak sampaikan? kan kan? mintak maaf, ter-iklan sebentar.

bersempena cuti ter-sebut, maka satu pertemuan telah diatur. dengan siapa? jeng jeng jeng. siapa lagi kalau bukan dengan si dia. *muzik saspen sikit*

ber-tempat di jusco perda yang gah pada nama, bukan pada cinema nya, aku berjumpa dengan seorang kawan lama aku. well, kalau tak sebab ada benda nak bagi, sampai ke sudah tak jumpa kot, ye tak? :P hihi takpe takpe, yang penting, aku dah jumpa si dia. ;)

well, nak cerita semua benda memang agak bosan lah. aku paham. okay, aku tak cerita. tapi memang aku enjoy every single moment dengan dia. part paling best ; kitorang gosip gosip pasal schoolmates. best best bila dapat tawu masing masing ada dah ada life sendirik. haha sorila ye kalau ada ter-kutuk ter-mengata tak sengaja :P tapi takdelah yang buruk buruk, semua yang baik baik ;)

satu perkara yang pasti; aku dah belajar yang true friendship will stay forever, tak kira la korang jauh mana hala pun. kan?

sebelum ter-lupa. si dia itu adalah cik zaty kita. :P

p/s : rindu kawan kawan. huhu

Monday, December 6, 2010

kerja

untuk makluman semua, aku dah dapat kerja!

nampak teruja, bukan? kalau bukan sebab uang, takde maknanya aku nak eksaited macam ni haa.

butiran kerja :
pembantu kedai
ada dua shift (pagi-petang, petang-malam)
gaji okay okaylah, taknak la expose sini weh HAHA :D
cuti, sehari seminggu

so kepada blogger blogger tegar sekalian, lepas ni aku akan sibuk dengan kerjaya baru aku. mungkin aku akan kurang ber-dunia dengan blog ni. ade pape, rindu aku ke, nak kuar lepak lepak ke, hit aku kat facebook eh? bisa diatur buk, pak! :P

aku dengan seorang lagi kawan aku, mira, kitorang akan start rabu ni. haha, kenapa tak start esok (selasa)? sebab kitorang demand nak keje ari rabu. gila mengada kan? nasib baik bos tu baik. haha :D

so, esok, aku nak kuar hang out dengan zaty, si bestfriend ter-sayang! :))) eh, kalau korang nak join, jomlah! bila lagi nak jumpa. gamaknya pasni jumpa time kenduri korang je lah :D kalau ber-minat, sila lah roger aku atau cik zaty ye.

till then, take care. doakan aku selamat ber-kerja ye :P haha enjoy your holidays, have fun! :D

p/s : tadi maksu aku dari johor sebak bila aku peluk dia. pasni tak jumpa dah, lambat pulak nak jumpa balik :'(

Friday, December 3, 2010

kuat!

sila doa kan saya jadi insan kuat.

kerana at times, i feel like i want to give up life, seriously. :(

don't ask me why or what had happened, just give me good thoughts and advice, please? :'(

kenapa nak curang?

ish ish ish. yang kau curang apesal? tahu lah kau tu cantik, cun melecun, petik jari 10 teksi datang nak amek. lawa la kan. ape kau ingat senang senang kau nak curang?

eh ter-lupa pulak. itu cuma sekadar introduksi kepada tajuk di atas. tadi aku stalk facebook orang. (kantoi la pulak) pastu baca status pasal 'wanita cantik selalu curang?'. "tajuk menarik!" hati kecilku berkata kata. then, aku pun google la pasal tajuk tu. memang ade pun dalam paper. kalau tak percaya, korang google lah sendirik. taknak aku bagi link. haha :P

entahla kan. manusia tak penah nak ber-syukur. Allah dah bagi muka cun melecuncunmelecur, badan sikit punya tiptop, siap ada boyapren yang setia, boleh pulak kau main kayu tiga, empat lima? apekehal nya lah? tak puas dengan apa yang ada? *sedikit emosional*

aku merasa ter-panggil (okay sila kagum dengan bahasa aku guna) untuk mengupas dengan lebih lanjut isu ini sebab memang aku perasan asal pompuan cun je, nak mesti tukar tukar boyapren. aku tak kata semua pompuan cantik sebegitu rupa, cumanya SEGELINTIR sahaja. tak kurang jugak kepada lelaki yang stok kacak hensem macam stefan salvatore *melting sebentar* hot stuff segala. kenapa mesti korang nak curang eh? adakah anda fikir anda hot stuff la kan, jadi semua pompuan nak kan anda? begitu? dan kepada pompuan pompuan yang cun jugak, adakah anda merasa diri anda itu model lagak gaya macam tyra bank negara jadi semua laki laki akan terbang tatkala melihat anda?

mungkin bagi mereka mereka yang shantek shantek kacak kacak sekalian, mereka ada kelayakan untuk mempunyai/memiliki seberapa banyak spare part yang mereka kehendaki. mungkin macam tula kot tanggapan diorang. ye lah, muka stok market. sape taknak. ni jenis pakai buang nih. *lagu pakai buang lagu stacy*

ouh memang aku ter-emosi di sini, sedikit je, tak banyak. sebab aku rasa mungkin diorang diorang ni nanti sekali ter-kena batang hidung sendirik baru nak sedar insaf kembali ke pangkal jalan. yelah, macam omputih cakap, 'what goes around comes around'. kau buat sekarang kat orang, esok esok insyaAllah kau kena pulak sebijik macam kau buat kat orang. waktu tu baru nak sedaq habaq. (sedar diri) maaf ye bahasa ter-kasar.

well well. apa pendapat korang? penah tak jumpa orang macam ni? senang je kalau jumpa yang macam ni. korang pegi sebelah dia, korang cakap, 'what goes around comes around'.komfem dia garu kepala tak faham.

moral of the story ; sila setia pada yang satu. dengan exception; kecualilah bini korang bagi pasang lain (madu oh madu), itu takpe, bukan curang ye kawan kawan. ;)

pesanan penaja : cobalah untuk setia :D

Thursday, December 2, 2010

sesi mengarut.

apa yang aku tulis pasni memang direct dari otak transfer ke jari jari lalu di-taip di entri ini. have fun!

plan nak keluar hang-out dengan besties sekalian.

haiya lapar la pulak. nak mentekedarah ape sekarang nih? tomyam?

adik aku ni. melepak je keja dalam bilik aku. ape die ingat kedaikopi? mentang mentang bilik sebelah dapur. tapi bagus jugak. buli suruh amik air. HAHA :D

nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit nak duit (nampak tak ke-desperate-an aku dalam mengejar harta kebendaan?)

kalau aku cakap aku rindu dia, mesti korang cakap aku gedik kan? okaylah aku tak rindu dia. okay tak kenyataan aku nih?

nak pegi mandi waterfall!

macam mana la aku nak bagitawu ayah aku suruh beli laptop baru eh? *garu garu kepala*

nanti nak buat spek baru. spek macam old skool okay tak? ke... nak yang nerdie punya? rasa rasa? pakai contact lens nak? wah wahhh

banyak lagi barang nak beli ni. baru start beli yang basic. hmph. penat dah pegi shopping macam ni selalu. -_-" bukan perempuan tegar yang bisa shopping, macam yang omputih cakap, 'shop till drop'.

belajar masak? ya masih dalam proses belajar. nanti aku report back ape yang aku dah belajar :]

adik abang aku dah pesan macam macam sebab aku nak pegi sana. suruh aku beli jersi la ape la. duit mane, duittt? no money, no talk HAHA gila kejam

esok ada kenduri. yeay yeay! aku suka kenduri esok sebab nak jumpa cousins yang kamceng! :)

sesungguhnya kalau nak bagi aku happy, sila lah beri coklat banyak banyak. komfem aku akan ter-senyum sampai telinga nampak gigi penuh coklat pastu bajet comel sengih sengih macam kerang busuk. terima kasih nadzaty untuk coklat yang kau bagi untuk besday! :) memang betul betul ubah mood swing aku tadi ;D

ahad pegi wang kelian! i love jalan jalan! :DD

asyik mimpi bukan bukan je sejak kebelakangan ni. apesal ha? huhu

okayla aku rasa cukuplah aku merepek kat sini. abang aku dah bising bising suruh tutup wifi. sibuk je kan? haiyaa. and mungkin aku tak hupdate 2-3 ari ni. pesanan ikhlas dari penaja ; hargailah orang yang sedia ada di depan anda, kerana ketika dia tiada, takde guna nak ingat ingat lagi. menyesal lagila tak guna. sekian harap maklum. :) jangan rindu rindu. usah di-layan rindu mengarut itu. (mintak maaf aku memang suka mengarut ngarut sikit, layankan je lah! :P)

selamat tinggal. take care, till we meet again! wassalam :)

rindu

rindu itu indah.

kan?