She's gonna wait..

Tuesday, January 31, 2012

semangat yang hilang

less than 2 weeks, and i'll be gone.

ahh malas la nak fikir packing barang nih. dengan nak pos lagi. baju raya. stok makanan. dan macam macam lagi.

taktau nak rasa apa. makin lama, masa makin suntuk. pejam celik pejam celik, esok tarikhnya. 12 februari. T_T"

tapi nak tak nak, you have to be there. 3rd year, and this is going to be the last year there, so, enjoy your time while you can.

semangat oh semangat, di mana kamu?


Y_Y

p/s: typical Qistina.

Saturday, January 28, 2012

counting days

yeah, 2 minggu lagi.

biasala, dah jadi perangai semulajadi dok counting counting days nih. yang bawak masalah, bila dia jadi takmau balik. pulak?

tolong sat, sapa sapa nak ganti tempat aku pi sana? accomodation, study fees semua ditanggung. tapi nak pompuan la, satgi haru pulak dok housemates dengan girlfriends aku. hihi

misi makanan : mencari otak otak! yezzaaaa

rasa macam takmau balik ni, serius.

apadia aku dok merepek takmau balik hoiii. banyak yang menanti disana ehem ehem malas je cakap :p

Monday, January 16, 2012

counting days

less than a month to go!

so many things to do yet so little time.

bulan busy akan bermula.

Sunday, January 15, 2012

hak.

mungkin jarang di ceritakan di umum, tapi biar hati ini menanggung.

dah lama dipendam rasa ini, seperti selalu, air itu pasti akan tumpah. tepuk bahu sendiri konon memujuk, di hati bergolak serupa ribut taufan.

mungkin ini ujian selayaknya untuk ku. ujian menguji kesabaran.



mungkin di lihat aku tersenyum riang. ingat, bukan senyuman itu yang kupaparkan sebetulnya. yang mampu mentafsir, itu cuma menutup rasa hati. berhenti menilai diri ini. satu yang kuminta, doakan yang terbaik.

keliru. tersepit dengan perasaan sendiri.

apa, salahkah jika aku katakan aku juga manusia, sedang belajar erti sabar?

Wednesday, January 11, 2012

swasta vs kerajaan

tadi, aku teman tok pegi hospital. biasala, cucu mithali. time time orang dok sibuk kerja la cucu mithali muncul menemani tok. dah nama pun cuti cik kak, toksah mithali sangat la kan...

hospital swasta, what do you expect? sampai depan pintu, terus offer wheelchair. service toksah kata, kalau ada 10 bintang, 11 aku bagi. boleh imagine kot macam mana kan.

sampai tingkat 2, masuk bilik dokter. rasa sangat "wow!" bila semua dokter, mesti ada bilik sendiri, dengan nama tertera depan pintu. pakar kot, gaji mesti ribu riban. tapi, agak kecewa bila hasil consultancy hanyalah plus minus 3 minit. 3 minit sahaja treatment, dan makcik boleh keluar sekarang, ambik ubat dekat farmasi.

hmmm.

kadang kadang tak tawu mana lagi better. hospital swasta, atau hospital kerajaan? treatment lebih kurang sama saja, yang berbeza mungkin servis dan kepakaran. well, takde pakar sangat kot bila check 3 minit dah suruh keluar.

Allah lagi Maha Mengetahui.

Friday, January 6, 2012

one of my favourite persons

belum terlambat rasanya nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada adik bongsu sebab dapat tawaran ke sekolah teknik impian beliau.

gembira bercampur baur dengan sedih. sebab, for the first time, dia akan belajar berdikari dan jauh dari home sweet home.

meningkat dewasa, maknanya peluang nak bermanja manja semakin tipis.

tapi apa boleh buat. nak tak nak, everyone is growing up and old. tak terkecuali untuk adik bongsu ini.

maka, siapa lagi yang aku harapkan untuk provide tempat bermanja? tak lain tak bukan, abang. cepatlah kawen abang, mau main sama anak kecil comel geram rasa nak tarik pipi cubit badan. T_T

ps : doakan yang terbaik. best wishes, eiein!

Thursday, January 5, 2012

older posts

kalau budak budak zaman sekarang bahasa nak 'lettew', 'apenyew', dan sebagainyewww, mungkin kita pernah buat macam tu jugak dulu dulu. cumanya, mungkin cara kita berbeza, zaman sekarang huruf 'w' mungkin memainkan peranan yang penting, mungkin?

well, membaca kembali post dan entry di zaman permulaan blog memang menggelikan hati. daripada topik yang entah pape, dengan bahasa tunggang langgang shortform bagai. hmmm rasa macam nak delete blog buat baru. eh?

biasala, kalau orang cakap, budak budak baru nak up awal awal remaja ni. up ape, aku pun tak tawu.

tapi, bila dah meningkat dewasa, dah rasa rimas guna bahasa yang diri sendiri je faham. memangla save masa nak me-nype message tu, cumanya, cuba kita fikir. kalau message tu untuk orang yang agak berumur? mau dia hangin dulu dok translate ape benda la mesej tak sampai ni. hmph

kalau bahasa nyewww banyak 'w' ni orang panggil bahasa ape? bahasa tergeliat lidah? :p sekadar berjenaka, no offense eh pemuda pemudi tiang bangsa.

p/s done deleting older posts mula mula dulu. start blogging in 2009. take note, Qistina.

Wednesday, January 4, 2012

berharap.

cuma.. berharap masa itu akan tiba. sesuai dengan masanya.

penantian, cuma perlukan kesabaran. ubatnya, sabar.



bukan kesabaran namanya kalau ada batasnya. :')

i've tried. banyak kali. tapi.. hampa. cuma mohon didoakan. semoga ini yang terbaik.

Tuesday, January 3, 2012

cengeng betul

semalam sembang sembang dengan ibu. main topic, pasal hostel dan kehidupan berdikari di perantauan. everything went fine until ibu cerita bab aku masuk tadika.

"dulu kecik kecik, ina suka menangis. sikit sikit teriak (in other word, nangis). tak boleh buat kerja sikit, teriak. kena tinggai sikit, teriak. semua yang tak kena, teriak."

lalu aku gelak gelak tahan malu sambil bertanya, "haha ibu tipulah. mana mungkin ina kuat teriak," muka dah merah padam cover malu.

"eleh, dulu ustazah S selalu bagitau ibu, tak reti tulis 1 huruf jawi, teriak. tak reti pegang pensel, bergenang ayaq mata. tak cengeng lagi?"

then aku teringat satu peristiwa penting yang berlaku waktu first day di tadika.

"dulu, kak ina ulang alik ulang alik dari tadika sampai umah, sorang sorang kot... ade la dekat 1km jarak, jalan kaki lagi tu" muka nak bangga hidung kembang kempis sembang kencang dengan adik bongsuku. yela, independen kot sorang sorang. :p

tapi terus tak jadi independen bila ibu sambung, "eleh, sampai depan umah, teriak lagi. bila ibu sampai depan umah, lagi kuat teriak. ibu pesan suruh balik sekolah, duduk dalam library, takmau ikut. teriak ja tau keja."

rasa macam nak kambus kepala dalam tanah waktu itu jugak.

pengajaran dari cerita ini, bila dapat anak yang cengeng seperti ini, lempang saja laju laju. supaya tidak menjadi insan yang cepat cengeng seperti saya. sekian cerita dari penglipur lara, jangan salahkan saya jika lempangan tuan tuan puan puan membahayakan anak sendiri.

play hard to get

dah nak bukak sekolah, komfem jarang orang online. eh?

tambah pulak student uni dok sibuk final year project lah, exam lah, dan segala macam lagi life sebagai seorang mahasiswa. eh, sempat pulak online?

takpe, i feel you. aku pun lebih kurang la, time dok bertimbun assignments, time tu la online konon take five. sekali terlajak lima jam. eh, serupa eh kita?

:p

nothing much to say, cuma nak wish selamat selamat untuk semua!

banyak kawan kawan yang dah final year. ada yang lagi satu sem je tinggal. just a wee reminder, dah kerja jangan lupa aku... paling penting, jangan lupa jemput time kenduri! :D

haippp. exam dulu kawan kawan. jangan dok seronok sangat laaa :p perosak mood huehuehue

Monday, January 2, 2012

keliru.

sejak dua tiga menjak ni, banyak hot issues pasal politik.

taknak kupas panjang panjang, since aku pun takdela ikut sangat perkembangan politik. cuma, fikirkan apa effect dan consequences di sebalik action yang kita buat.

mungkin ada yang anggap, pihak ini buat betul, pihak itu buat salah. well, itu hak mereka untuk berfikir macam itu. masing masing boleh fikir secara logik dan rasionalnya.

cuma, beringat ingatlah. takkan sebab kepentingan politik, satu bangsa yang berpegang kepada satu akidah boleh jadi macam ni?

keliru.