She's gonna wait..

Wednesday, January 11, 2012

swasta vs kerajaan

tadi, aku teman tok pegi hospital. biasala, cucu mithali. time time orang dok sibuk kerja la cucu mithali muncul menemani tok. dah nama pun cuti cik kak, toksah mithali sangat la kan...

hospital swasta, what do you expect? sampai depan pintu, terus offer wheelchair. service toksah kata, kalau ada 10 bintang, 11 aku bagi. boleh imagine kot macam mana kan.

sampai tingkat 2, masuk bilik dokter. rasa sangat "wow!" bila semua dokter, mesti ada bilik sendiri, dengan nama tertera depan pintu. pakar kot, gaji mesti ribu riban. tapi, agak kecewa bila hasil consultancy hanyalah plus minus 3 minit. 3 minit sahaja treatment, dan makcik boleh keluar sekarang, ambik ubat dekat farmasi.

hmmm.

kadang kadang tak tawu mana lagi better. hospital swasta, atau hospital kerajaan? treatment lebih kurang sama saja, yang berbeza mungkin servis dan kepakaran. well, takde pakar sangat kot bila check 3 minit dah suruh keluar.

Allah lagi Maha Mengetahui.

No comments: