She's gonna wait..

Thursday, April 7, 2011

dua tahun takdela lama mana.

salam and greetings.

lately emosi tidak stabil atas sebab hormon tidak stabil. make sense tak ayat aku?

tak suka bila jauh dengan family. korang mungkin tak rasa apa aku rasa, tapi waktu sejuk sejuk camni, suka sangat homesick. senior penah cakap dengan junior, "waktu winter la waktu nak homesick, layan terbaik punya!" sekarang bukan winter lagi tapi dah sejuk brrrr tak tau nak cakap camna, pastu dah mula nak ada takungan air untuk pembiakan nyamuk aedes.

semakin sejuk cuaca itu, semakin suram keadaan itu, semakin tinggi probability untuk sedih. boleh kot hipotesis ni?

rindu family. rasa nak peluk peluk ibu tiap kali skype. rasa nak cium tangan ayah bila tengok dia senyum. rasa nak carik gaduh dengan abang bila dia cerita pasal char kuey teaw. rasa nak sembang gosip lama lama dengan faris. rasa rindu nak main main ketuk kepala dengan eiein.

tony fernandes, bagi tiket free balik rumah boleh? kalau idris jala nak sedekah pun takpe gak. penerbangan ihsan untuk pesakit homesick.

hujan bertambah lebat bila dengar lagu Shahir AF8. serius kena avoid lagu sentimental, serius.

be stronger than before, Qistina. don't think too much.

1 comment:

cik^fiqa^ said...

hai sayang...i follow blog u...jgn lupa follow blog i tau..mmuuaahhh~