orang cakap waktu high school adalah waktu paling best dalam dunia. betul ke?
aku tak rasa camtu pun.
zaman form form aku tak banyak yang aku rasa best macam yang aku baca dalam blog maktab. rajin betul kengkawan post lately. mau gelak mengekek aku baca doh.
macam aku, waktu lower form, takde ah nak memori sangat. waktu tu aku still blur blur lagi. takde arah tuju. muka dahla sememeh (okay sape penah tengok muka aku, mesti sengih sengih ada makna), dengan hidup tak terurus nya. itu waktu lower form. baru nak kenai dunia. waktu tu layan lagu radja, mana nak ada bunkface. takde ah nak gatal gatal usha, mungkin tak matang lagi kot nak fikir pasal boyafren. biasala, budak baru nak tumbuh jerawat.
naik upper form, rasa sedar diri tu baru muncul. baru nak terfikir masa depan, mula la nak menggalak cuci mata. kena pulak tahun exam besar, gelabah gak la sikit sikit. tapi cool lagi. boleh pulak lawan bet trial spm dengan budak pandai kelas aku. rajin buat taik mata dalam kelas, tapi bila exam, oh wow! ha, macam tu la reaksi aku bila dia menang bet. adeh -_-"
waktu kat hostel pulak, kalau time cuti, kemalasan itu berganda ganda kalau nak turun dewan selera. yela, kalau dah kena jalan sejauh 700 m one way untuk mencari sesuap nasi, aku rasa ayam pun taknak pegi. baik dia kais tanah cari cacing pita weh. so, nak jadi cerita, satu hari aku dengan roommate aku, suria plan nak buat megi goreng. tapi sebab kebuluran yang teramat, megi goreng jadik megi kuah. nak save masa la konon. serius inovatif kot. yang tak best nya, bab rasa. pelik ya ampunnn! sumpah pasni tak ubah megi goreng jadi megi kuah dah. insaf dah
prep hujung minggu macam prep sekolah bapak sendirik. ikut suka nak mai pukul berapa, nak balik pukul berapa. nak pulak semua pakat serbu kedai belakang, tapau roti canai 2 bijik. sampai kelas, satu kelas bau roti canai! prep start sejam selepas itu. adeh la budak budak ni, macam mana nak maju dei?
waktu outing, waktu kegemaran aku. sebab ape? parents aku datang, so, boleh la nak jimat duit. semua perbelanjaan ditanggung halal. takde nak kopak pakai duit sendirik. port makan terbaik aku, nasi ayam sebelah yawata. tak tau la ade ke tak lagi weh, tapi yang paling aku ingat, nasi itik. terbaik ah!
zaman form form aku takde ah kejadian kejadian gempak cam korang, tapi still, aku suka sangat waktu tu. apesal ha? sape sape boleh jawab?
memori kot. :) wish she can turn back to the time she remember the most. high school.
p/s : sape suruh post entry banyak banyak pasal sekolah? kan aku dah buang masa membebel kat sini. tsk
No comments:
Post a Comment