She's gonna wait..

Friday, March 18, 2011

cita cita

salam and greetings.

yea, post kali ni awal dari biasa sebab sekarang aku tengah lepak dekat library.

terkejut? ouh sila jangan buat muka terkejut beruk sebab aku datang library ada hajat. bukan saje saje konon ulat bulu nak baca buku.

internet uni sudah semestinya tiptop, jadi selayaknya saya menghabiskan masa melayari laman sesawang dengan suksis nya.

topik hari ini; cita cita

"nanti besar nak jadi ape?"
"dia nak jadi doktor nanti" pantas ayah menjawab.

itulah statement biasa aku dengar bila aku kecik kecik dulu. senang cerita, mungkin sebab aku anak perempuan sorang yang agak okay okayla sikit dalam akademik, jadi, dia dah aim aku jadi doktor. setiap kali dalam kereta, mesti ayah pesan, "nanti, abang jadi engineer, ina jadi doktor, faris jadi lawyer, farihin jadi arkitek". semua nak yang besar besar. biasalah, ayah kan.

sampai aku dah masuk sekolah menengah, memang satu je cita cita aku. nak jadi doktor. harapan tinggi kot. disebabkan sekolah aliran sains, memang ayah yakin tak mustahil aku jadi doktor. tapi aku perasan, sejak dari sekolah rendah, sains aku memang lingkup. kalau yang cukup cukup makan punya markah, sains la tu. kalau yang paling teruk, sains la tu. tak de subjek lain dah. sekolah menengah pun satu hal jugak. biology bukan aku tak minat. fizik dengan kimia lain cerita. tapi, nak buat macam mana, harapan tinggal harapan.

bila masuk nak spm, aku mula berfikir dua kali. kalau aku amik medik, ish. aku boleh bawak ke ni? bio pun tergagap gagap nak markah pen biru. so, aku jadi 50/50.

result dah keluar, aku dapat dua offer. satu, offer sains hayat kat UM. satu lagi, TESL kat maktab perguruan. waktu tu, dilema hanya Allah yang tawu. nak kejar cita cita dan harapan ayah, atau nak play safe jadi cikgu?

ayah bagi aku peluang nak decide masa depan aku waktu tu.

and here i am now. :) kadang kadang kita kena korbankan cita cita, face the reality. tak salah punya cita cita, sebab kita akan lebih semangat nak capai impian. cumanya, jangan lupa nak berpijak di bumi yang nyata. there is always a reason behind something. :)

konklusinya, jangan lah meletakkan cita cita yang tinggi pada anak anda. eh tak. maksud aku, cita cita is still cita cita, it will be good if we can achieve it. tapi kalau dah tak dapek den nak nolong, toksahlah menaruh harapan impian palsu. kita still boleh sukses dengan cara lain kan? :)

nanti nak suruh anak jadi doktor la, senang sikit dah tua tua boleh check free. haha

p/s : ok ape jadi cikgu. cuti banyak, gaji pun not bad. yang penting, takde guru, takdela PM, arkitek, lawyer, akauntan mahupun doktor. :>

4 comments:

Ismail said...

heh.
medik xde kene mengene langsung ngn bio.fizik or chem. klu msuk pn 0.001% ade la.
klu stakat dpt A plus2 ms sek men, xpyh amik medik la klu xrajin. :P
medik juga xde kaitan lngsung ngn thap genius seseorang,
medik is about RAJIN :)

qiStina said...

ouh eh? then blehla kalau nak tukar amik medik skrg?

:P

kr0nc0ngmalaya said...

"menantu ayah org medik. jgn resah resah ok?"

hahahaha

qiStina said...

errr, muz. haha