semalam adalah Sabtu. untuk pengetahuan tuan tuan puan puan cik adik manis, semalam juga adalah hari party sedunia di Dunny. not to say sambutan anniversary ke ape, ia cuma satu party yang diadakan di sepanjang Hyde Street, dari pagi sampai malam. tapi kira famous amous jugakla event ni. kalau tak, tak mungkin sampai keluar berita mengatakan dijangka 10k orang akan attend this party. whoa!
nak dijadikan cerita, area rumah aku memang dekat la street ni. sebelah menyebelah je kot. takpe, cool dulu. jangan gelabah gelabah, baru nak masuk gear 1 cerita ni.
kebetulan, aku dan housemate dah plan nak keluar. sebagai langkah keselamatan, kitorang guna jalan yang jauh dari event tu. sangkaan nya, selamat lah kan, since tak lalu that area yang 'kacau bilau' itu.
tetapi...
tidak selamat sama sekali apabila kitorang bertembung dengan sekumpulan muda mudi berpakaian costume entah hape hape di hadapan rumah.
trying to be nice and friendly, housemate aku melemparkan sebuah senyuman. "so far so good," bisik hati kecilku. tapi tak jadi good sangat lah kan bila kitorang dengar ada orang lari lari belakang kitorang pastu berhenti betul betul belakang kitorang.
okay. muzik suspens bermula.
muka masing masing cuak tak tau nak habaq cemana. kalau toreh muka aku, komfem keluar darah putih. (eh tetibe je?) rasanya kalau orang rekod cara kitorang jalan, boleh masuk Sukma acara walkathon. serius cepat gila kitorang jalan, serius tak tipu.
sampai lah satu ketika di mana seorang mudi berpakaian macam langsuir (kot?), tangan dan muka penuh cat hitam, betul betul belakang kitorang. kemuncak kecuakan berlaku bila dia nak pegang kepala housemateku itu.
aku memang tak pandang belakang dah pastu. apa nak jadi, jadi lah. yang penting, jalan secepat boleh, pegi tempat umum so that tidak dikejar lagi. so, kitorang menuju ke sebuah supermarket berdekatan. konon macam safe la kan.
rupa rupanya, diorang pun nak datang supermarket tu jugak. tsk tsk tsk
rasanya assumption bahawa diorang mengejar aku dan housemate itu perlu dipertimbangkan semula. kot kot diorang lapaq nak beli breakfast kot. patutla dok tengok depa gelak gelak lain macam. hiburan mungkin?
p/s party? tak best langsung. loud music, bau busuk, orang tingtong tingtong. tempat orang, qistina. semoga sentiasa dibawah lindunganNya, ameen.
No comments:
Post a Comment