She's gonna wait..

Saturday, March 31, 2012

cikgu?

orang cakap cikgu ini kerjanya mulia. sebabnya?

- tugasnya mendidik anak bangsa. dari ABC, 123, agama Islam, malah nak buang air besar pun cikgu yang ajar. bukti? sape pernah ter-ter dalam seluaq tu, mesti tengah sengih sengih meng-denykan kenyataan. cikgu yang tolong salinkan dulu ye? bukan aku lah yang pasti.

- sanggup berkorban demi kerjaya - masa, tenaga, keringat. ya, kerja macam ofis hour. 7.30-2.00 petang, sesi persekolahan. 2.00-3.00, sesi kelas tambahan. 3.00-5.00, sesi ko-kurikulum atau mesyuarat jawatankuasa. sabtu? perkembangan staf, tak pun kursus penambah baikan kemahiran atau mesyuarat bersama waris. harus berdedikasi!

- boleh jadi kerani dalam masa yang sama - data itu, proposal ini, report prestasi. cikgu dulu pakai typewriter je, cikgu sekarang? celik IT, segalanya di hujung jari!

- mak bapak kedua pelajar selepas mak bapak betul. logiknya, separuh masa pelajar setiap hari dihabiskan di sekolah. dahlah sekolah 5 hari dalam seminggu. imagine... berapa ramai "anak ter-angkat" cikgu dalam satu kelas? 30! 2 kelas? double the trouble!

- jadi teladan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. adanya title 'Cikgu', secara automatiknya orang akan hormat. tapi kalau cikgu rotan sebab nakal? "hish, cikgu apa macam ni? takde hati perut ke ape?" ada hati perut lah tu rotan waktu budak budak. dah besar panjang? sekali dia curah asid... terkedu. biasalah, semua salah cikgu. dah tawu dah mentaliti masyarakat macam mana. hmph (emo sendiri)


mungkin cita cita dulu nak jadi dokter sebab rasa gah bila pakai white coat dengan stetoskop di bahu. mungkin berminat nak jadi power rangers merah jambu pastu selamatkan dunia dari monsters. dan macam macam lagi impian untuk masa depan waktu kecik kecik dulu.

tapi kan.. tapi... aku tetap nak jadi cikgu.sebab aku rasa, cikgu memang influence banyak manusia. bukan banyak, semua manusia to be exact. secara logiknya, cikgu adalah faktor kedua selepas ibu bapa. see? betapa mulianya jadi cikgu ni. :D

sapa kata jadi cikgu lekeh? mai aku nak sekeh kepala. cikgu garang ni!

No comments: