untuk menjadi seorang yang positif di tahun akhir pengajian sangatlah terasa susah yang amat, like seriously.. susah.
takdir telah menentukan, banyak pulak benda nak kena setel at one time, sehinggakan kadang kadang rasa diri macam sebuah mesin robot yang bergerak tanpa rehat, bergerak tanpa ada satu matlamat yang betul betul, yang pasti.
at one point, rasa nak give up tu melebihi segala galanya. melebihi rasa yang sepatutnya seorang hamba, punya. melebihi rasa yang sepatutnya seorang khalifah, percaya. melebihi rasa yang sepatutnya seorang manusia, kaya.
cuba bayangkan, sakit gigi selama 3 minggu yang lepas terpaksa ditahan hanya kerana nak save duit, akhirnya menuntut pengorbanan ratusan ringgit, and yet.. still sakit sampai sekarang.
cuba bayangkan, parcel yang ditunggu tak kunjung tiba, once dah sampai, tak dapat nak pick up sebab busy dengan kelas and stuffs, and bila pergi claim, parcel sudah dihantar pulang ke penang.
cuba bayangkan, kelas full at one time, and nak dijadikan cerita, time tu jugak kena submit this one particular assignment yang memerlukan higher order thinking skills, memang zombie habis ah berjaga. lemau the whole day, and tak produktif langsung.
and banyak lagi "cuba bayangkan" moments yang berlaku, those are just few.
entahla. kadang kadang rasa macam i have the right to give up life that easy. i just feel i have that right to be that way; giving up hopes after all the things i've been through. just, that.
and then i get to think this.
why am i here, still living in the first place kalau giving up is the only option i have? why on earth you're still here, typing all those words, commenting on stuffs yang Allah dah takdirkan untuk you? why?
gulp.
normal, untuk manusia itu berasa lemah. kerana dari situ dia kembali kepada fitrahnya, seorang hamba yang hanya bergantung harap dengan Tuannya. seorang khalifah yang berusaha sedaya upaya menunaikan tanggungjawabnya sehabis baik. seorang manusia, yang sememangnya manusia normal; yang bila jatuh, dia cuba bangun dan terus melangkah, biarpun payah.
"Hang tak payah risau sangat aih, semua orang pun dok buat benda yang sama. Yang bezanya, the way you deal with it. You have your own ways, go for it. As long as you keep moving, that's more than enough. There is always something good in everyday, that something; could be you."
*senyum*
No comments:
Post a Comment