masuk minggu kedua di maktab, dia punya semangat dah lain macam. jatuh merudum macam bursa saham nasional time kegawatan ekonomi.
sebab apa?
workload final year, lain macam. lain dari year year sebelumnya. bukan takat biasa biasa boleh lipat buat origami kapai terbang, dia punya tahap wa cakap lu... otak buntu pikiaq final year research project. dengan praktikum entah mana hala nak kena campak. assignments (boleh tahan heavy gak ah subjects) tiap tiap minggu ada due dates. tak campuq jadual kelas yang tak menentu, 2 jam waktu pagi, tetiba sejam waktu petang mata-tak-larat-nak-tongkat punya time.
masuk kelas, lecturer cerita pasai masa depan seorang guru pedalaman. dalam tutorial, diskusi pasal isu kahwin. jumpa lecturer dulu dulu time foundation, monolog sendiri; "Oh em gi, that was so... last two years! 23 sudah?"
memang final year habis ah!
hari jumaat, terus lemau umpama biskut Tiger masuk angin. dicicah telan tak sedap, dikunyah rasa lembik. tambah dengan cuaca tak menentu 2 jam hujan 2 jam lagi panas, memang patut rasa seram sejuk serupa nak demam. tak kira dengan masalah kesihatan yang telah kunjung tiba sebulan yang lalu. memang... kalau cerita P. Ramlee Pendekar Bujang Lapok nih, dialog "Cobaan..." patut jadi theme of the week.
mungkin feeling dia, tak sama dengan "Cobaan..." orang lain. cumanya, benarlah ayat cinta Al-Ankabut, ayat 2, yang mana sudah terang lagi bersuluh, Allah berfirman;
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cobaan)?"
kata percaya dengan takdir, tapi cepat sangat nak mengeluh. kata ikhlas nak buat itu ini, tapi ungkit balik sana sini. kata nak bersangka baik selalu, tapi senang yang amat nak carik kelemahan dulu.
baru second week Qistina, come on laaa. ada lagi setahun (tolak 2 minggu) lagi nak habis study. takkan nak give up dah kot? you're almost there, all you need to do is; have faith that Allah is always there, with you. *senyum lebar lebar*
p/s : final year ni... memang ceni eh? hidup makin kurus dah ni rase, no more chubby Qistina, yang ada cuma cekeding Qistina. eh. kbai
No comments:
Post a Comment