of May. wohaa! rasa macam baru semalam start sem. dah nak habis?
sekejap je rasa masa berlalu. kalau nak start countdown, dah boleh kot. plus minus 6 bulan lagi di sini.
sebagai silent stalker di MukaBuku (ehem ehem!), ramai kengkawan yang dah start cuti. tak kurang juga yang dah habis study. tengah nak exam final ye? (ehemmm! you-know-who-you-are) :p semoga semuanya baik baik sahaja, jika itu yang terbaik! :)
a question to ponder. korang tak rasa.. masa itu berlalu dengan sangat cepat ke?
kalau harini hari ahad, tup tup pom pam pom pam, dah hari sabtu. ish. apa yang kita buat dalam masa tu sampai kita tak sedar pun masa berlalu dengan sangat cepat? kadang kadang sampai terlupa hari dan tarikh, lagi la haru -_-" (terkena batang hidung sendirik)
nak katanya, masa tak tunggu kita. mungkin kita suka this exact moment (momen kenangan manis gitew!) dan rasa macam nak ulang balik waktu itu. tapi kan, sangat impossible lah kan, betul? pintu doremon mana nak cari?
kalau nak kira kira, berapa banyak sangatlah waktu kita, yang kita habiskan dengan penuh bermakna? tak kisahla definisi 'bermakna' korang tu camne pun, as long as you gain something there, selagi masa itu digunakan sebetulnya dan dapat bagi manfaat. ehem ehemmm habis, yang tulis blog ni, bermakna la sangatkan qistinaaaa? *terkena batang hidung lagi*
mungkin bermakna kalau bawak faedah kepada si pelaku dan yang membaca lalu terkesan, inshaAllah. :)
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula yang berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran." - 103 : 1-3
masa itu super duper berharga, Qistina! make full use of it!
Qistina, tak takut ke nanti kat sana, bila makhluk Allah yang bernama masa ini tanya, "apakah kau dah gunakan aku sebetulnya? kau gunakan aku untuk apa?", takkan nak jawab, "fesbuk, bermenung-menungan, berlengah lengah dan macam macam lagi"
*terkena batang hidung lagi. hidung dah penyet nih* T_T
No comments:
Post a Comment