She's gonna wait..

Wednesday, February 29, 2012

hello, new semester!

a short update.

dah 3 hari start kelas, and so far so good. alhamdulillah.

isnin dan rabu, semua lectures. khamis, penuh tutorial. dan jumaat, 1 tutorial.

selasa? free! :p

for elective, aku amek film. okayla, sebab most of the time tengok movie je kan. :p then buat review. so, takdela stress sangat lepas seharian isnin yang penuh dengan lectures. monday blues lagi...

have a good day everyone! take care, insyaAllah :)



rasa macam semangat lain macam awai awai sem ni. haha

Sunday, February 26, 2012

tok

tok saya seorang yang sangat comel. comel, macam cucu nya (yang pasti).

kenapa statement sedemikian rupa?

pernah satu hari, aku main main henfon. picit huruf sana, tekan nombor situ. sampai lah fon tu tiba tiba black out sendiri. habisnya, aku mengadu la dekat tok. tawu tok cakap ape?

"dah hang dok picit picit sangat, mau ka tak jadi lagu tu?" sambil tersenyum menampakkan gigi pelesu beliau.

terus aku senyap tak komplain apa dah.

tapi kemuncak kecomelan tok apabila terjadinya satu insiden ni. insiden yang membuatkan aku dalam dilema.

seperti biasa, makan bersama waktu dinner. tiba tiba tok tersedak. tersedak yang memang betul betul kaw kaw punya. aku sebagai cucu yang prihatin, lantas menepuk nepuk belakang tok. tak semena mena, terkeluar 1 benda yang tak asing lagi tatkala teringatkan iklan norlia ghani satu ketika dulu. gigi pelesu tok terkeluar!

aku habis cover tutup mulut. nak serius, tapi... ter-gelak. maaf tok. rindu tok la, nanti ina teman tok pegi hospital lagi eh. :)

Friday, February 24, 2012

update

just a little bit update about life.

almost 2 minggu kat dunny, and so far so good alhamdulillah. masih dalam proses adaptasi dengan cuaca yang tak menentu, hujan, angin yang mampu menerbangkan daun daun serta Qistina, dan ada kalanya cik Sunshine muncul.

rumah okay, cun. dua tingkat, tapi... rumah aku tingkat atas. tingkat bawah orang lain duduk, lebih kurang camtula. memang tak payah pegi gym dah, since tiap2 hari sesi memanjat tangga, 3-4 kali jugakla. sesuai untuk yang mahu keep fit and healthy lifestyle. untuk orang kuat makan macam aku, kena usaha lebih sikit.

what more nak cerita eh?

well, uni dah nak start class next Monday. as usual, untuk orang cuti 4 bulan macam aku ini, tak perlu di-explain dengan lebih detail perasaan sekarang. cukup.

cumanya, harapan aku untuk tahun ini; semoga masa kurang setahun di bumi asing ciptaanNya digunakan sepenuhnya untuk banyak perkara yang berfaedah dan membawakan kebaikan untuk diri sendiri terutamanya.

p/s : jangan ponteng ponteng kelas ye, cik Quistina! Quis pagi makan pagi, quis malam makan malam. jaga diriiii!

Saturday, February 11, 2012

welcome back, says Daniden.

autopublish, sebab waktu sekarang, mungkin aku tengah check-in flight ke lcct.

it's the time i've been waiting for! yeayyyy!




okay tipu.

perjalanan ini akan mengambil masa 2 hari to be exact. flight ke KL adalah sekarang, dan esok awal awal pagi (Ahad, 12th Feb) pukul 8, i'll be leaving for Christchurch! dan tiba di sana probably by midnight waktu nz. perjalanan sepatutnya cuma 11 jam. cuma? tapi sebab time difference kan, macam 1 hari suntuk pulak.

then maybe tidur di airport Chc sebelum flight seterusnya ke Dunedin keesokan paginya which means Monday. 11 pagi, and will be reaching home sweet home mungkin petang kot.

doakan semoga semuanya selamat. jangan nak rindu sangatlaaaa, satgi ada yang tsunami dekat lcct kot nih, tsk tsk tsk.

bersiap sedia untuk perjalanan yang memenatkan. sape cakap travel tu best, meh nak suruh duduk atas kerusi 'empuk' flight ni, 11 jam! hempukkk sekali, baru tauuu. celengging bukan calang calang, mental dan fizikal tercabar kottt
untunglah kalau krew kapal sedap mata memandang. eh melawak melawak, serius melawak.
:p

..and you'll be missed. sobs sobs sobs

Wednesday, February 8, 2012

jatuh sakit

fever, headache, flu and holidays don't go together.

perubahan cuaca, it's normal kalau badan dah rasa lain macam. susah nak sakit, tapi susah jugak nak baik kalau dah sakit. takpe, semua tu urusan Dia, yang penting, jaga kesihatan baik baik, sekarang kan musim cuaca tak menentu.

baru semalam dengar cerita. senior waktu sekolah rendah sedang koma di UK akibat cuaca sejuk melampau. semoga dipelihara semuanya, insyaAllah.

somebody i used to know.

"I expected because you made a promise."

well, grow up little girl. no more false hopes, 'cause she's incredibly awesome-ly kuat!

:)

Saturday, February 4, 2012

biasalah..

maghrib itu, aku sedang di dapur menyiapkan makan malam ketika dia datang. aku kira, mungkin it's the time for dinner, jadi cepat cepat aku selesaikan apa yang patut, dan duduk setentang dengannya. diajaknya makan sekali, rimas katanya dilihat aku terkejar ke sana ke mari. kejap ambik sudu, kejap buat cabai kicap. biasalah, anak perempuan sorang.

aku tak berselera seperti selalu. dikuis kuis nasik di pinggan, sebelum telinga tertangkap dengan satu pernyataan.

"nanti, ina dah takdak pegi sana, ayah tak lalu la nak makan."

terkedu mendengar, lantas aku memujuk, "takpe, ibu kan ada."

biasalah, anak perempuan sorang.

sometimes aku wonder. ni baru pegi belajar jauh jauh. nanti kalau dok jauh jugak nanti?

kasihan ayah, anak perempuan sorang. :(

Friday, February 3, 2012

and our time is running out

3rd of February, mood masih belum datang. hmm.

this is the hardest part for me. saying goodbyes to those loved ones.



please, 1 flight ticket free atas nama Nurul Qistina ke NZ. sape nak?

Wednesday, February 1, 2012

negative thoughts pasal kahwin

semalam, waktu dinner, ibu ade bukak cerita pasal sepupu ibu yang dua tahun tua dari aku, akan bernikah a day before aku pergi. tsk okaylah. 11 februari ni.

no big deal sangat pun kan, biasa lah. sekarang pun dah ramai yang sebaya dah pun berumah tangga. cumanya, jadi issue untuk aku bila orang persoal sesuatu pernikahan itu.

kahwin awal, orang cakap, "eh, entah entah, dah diusungnya ke sana ke mari, sebab tu kahwin awal kot."

kahwin lewat, orang bilang, "ish, buat ape la bertunang lama lama, tak elok disimpan. kahwin kan je lah."

tak kahwin kahwin lagi, orang kata, "hai, takde orang nak ke? takkan nak jadi andartu kot?"

well, well. untuk orang orang macam ni, most of the things in their mind are negative thoughts about others. serius, kenapa in the first place must be negative thoughts? why?

another thing, have you been in their shoes? you're judging them on your own conditions and situations, not theirs. mungkin they have their own reasons, who knows?

so.. jangan cepat buat andaian tentang satu perkara. tak kisahla pasal kahwin ke, pasal politik ke, or other things that might be related as well, why not kita cuba untuk berfikiran positif? see good in others, tak salah kan?

"oh, mungkin dah sampai masa dia berumah tangga. baguslah, alhamdulillah."
"takde jodoh lagi tu, sabar tau."
tak susah pun nak positive thinking. :)

p/s : sekadar memerhati dari jauh, tolong ingatkan aku :D