Rasa ini
hadir dalam pelbagai bentuk
Ada yang senyum
Ada yang bingung
Ada yang murung
Kadang aku sendiri tersesat
Dalam hutan belantara perasaan ini
Antara redah dan selamatkan diri
Atau biar dan berharap diselamatkan
Berada di persimpangan ini
Sungguh aku buntu
Apa perlu kuteruskan kepura-puraan ini
Terus berlagak gagah perkasa menongkah dunia
Atau jatuh dan bangkit semula pergi
Pergi dari semua yang sakit
Bantu aku
Tunjukkan aku jalan
Jalan untuk keluar dari hutan tebal ini
Yang semakin menyesakkan dada melemahkan jiwa
Sungguh
Bantulah aku yang hina dina ini
No comments:
Post a Comment