"This week is the hardest."
direct this week je yang susah. dah kalau ada 52 minggu dalam setahun? tak ke 52 minggu yang paling susah?
i had this conversation with mum last few days. ibu cakap, kalau time aku je, mesti ade je payahnya. ade je halangan. ade je rintangan. tak kisah la cane cara sekali pun, tapi mesti kena ade part part struggle tu.
dari waktu pregnant lagi ibu cerita, cane waktu tu ayah tengah sambung study. nak jadi cerita, awal awal pregnancy, semua lancar. until the last trisemester (term bantai je), doctor said there were complications. probability untuk gugur tinggi, and this baby degil songsang. and that doctor sangatlah harsh, sampai halau ibu yang sepatutnya rehat kat hospital balik rumah, since hospital couldn't afford to entertain outpatient macam ibu. to cut the story short, ibu pun decided, okay jom beranak kat kampung halaman ibu, kat aloq setaq. since waktu tu arwah tokwan masih ada, and tok masih sihat, ada jugak orang nak tengok tengokkan ibu.
ayah pulak waktu tu tengah nak exam. maklumlah... november kan musim exam. -_- so, semuanya ibu buat tanpa ayah. kena caesar, dahlah waktu tengahari, ended up, baby degil ni boleh discharge dulu. ibu, kena stay kat ward since baru operate.
see? baru lahir dah banyak masalah. tu tak masuk bab masuk sekolah, masuk interview, naik flight, dan sebagainya.
dah, cane aku tak develop habit cengeng? terlupa barang penting untuk interview, nangis. kena marah dengan pegawai pendaftaran, dah muka lain. everything yang out of norms, yang bagi aku "ah sudah, apa pulak bala nak mai ni...", komfem... komfem akan berlaku. i'm so used of getting this, sampai setiap kali benda ni terjadi, i'll ask ibu, "Ibu, kenapa benda ni jadi kat ina eh? Awat kat orang lain, elok je? Kenapa bila time ina je, ada je masalah. Ada je tak kena. Ina ni, bad luck eh kat semuorang?"
then ibu akan bukak cerita, of everything that has ever happened before. sesi refleksi akan berlaku selepas tu. ibu akan cakap, "Semuaorang dapat bahagian lain-lain. Ada yang okay part ni, part lain dia takdak. Ada yang semua part dia ada, tapi tak jugak dia happy. Ada yang takdak part langsung, tapi boleh je hidup happy. Yang penting, accept it for the way it should be. Mungkin bahagia ina, bila ina boleh sabaq dan terima semua tu."
lain orang, lain struggle dia. untuk qistina, this is the struggle.
the struggle yang awak takkan pernah faham.
dah ah, ticer nak masuk tidur. semoga esok ticer boleh bangun tidur muka cantik berseri, hilang ingatan semua yang tidak enak itu, semoga. doakan! bagus tau, doakan orang tanpa orang tu tahu. that's the best gift you can offer, serius.
No comments:
Post a Comment