weekend weekend cenggini sememangnya hari yang pasti terisi dengan perkataan kenduri, pengantin, air sirap dengan kondensasinya, dan macam macam lagi pe'el kenduri di musim cuti sekolah.
alkisahnya, nak dijadikan cerita harini, ada 4 kenduri semuanya. satu jiran belakang lorong, satu dekat pendang, satu dekat sungai petani, dan satu lagi dekat kulim.
bila sebut pasai kulim ni, dia ada satu perasaan lain macam. perasaan syahdu lain macam, sungguh.
lalu jalan jalan biasa untuk balik ke asrama, singgah tempat tempat lepak outing dulu. nostalgia dia, lain macam.
tambah tambah pulak dulu kulim pekan kecik je, bas boleh kira berapa bijik lalu dalam 8 jam (okay, exaggerate much). bila sekali sekali datang jenguk, wah wah. pesat membangun ye bandar kulim sekarang. rasa bertuah dan bangga datang bersilih ganti. eh.
nak senang cerita; kulim ni memang nostalgia habis la! tengok Yawata pun boleh meleleh ayaq mata tau, dok pikiaq, "Dulu mai beli biskut kering ja kat sini, la ni, biskut kering pun tak pandang." eh. *garu kepala*
the moral of the story is; sila hargai masa masa yang anda ada. kerana masa itu akan berlalu pergi, dan anda akan merinduinya, sepertimana penulis merindui zaman high schoolnya. oktengsbai. *log out*
No comments:
Post a Comment