She's gonna wait..

Friday, August 10, 2012

more than ever.

sehabis boleh mahu dibendung, tapi tak dapat. sedaya upaya cuba menguntum senyum, tapi hampa di akhirnya. sebisa mungkin disibukkan dengan macam macam, cuma fikiran masih melayang jauh.

perasaan itu masih ada. perasaan rindu.

mungkin bagi mereka, apalah sangat rindu yang sejemput itu. mungkin mereka tak tahu, rindu itu makin menggunung hari demi hari.

mungkin bagi mereka, apalah sangat ingatan yang sekali sekala itu. mungkin mereka tak tahu, ingatan itulah yang memenuhi kotak fikiran setiap masa.

mungkin bagi mereka, apalah sangat ertinya jarak yang memisah. mungkin mereka tak tahu, di sebalik jarak itulah adanya satu ikatan paling erat. yang tak mungkin mereka faham, jika mereka belum pernah memakai kasut ini.



rindu. sangat. sangat.

No comments: