She's gonna wait..

Sunday, June 10, 2012

di bumi asing

g'day mate!

Xp

currently updating from bumi kangaroo, sydney. tapi kejap je ni update pun, ni pun pakai internet orang, mana nak dapat lama lama ye dok?

harini dah masuk hari ke4 kat sini. so far so good, tapi main point nak cakap kat sini; sydney ni serius macam key yell. serius.

everything about the city, traffic, buildings yang mengcakar langit (kot?), memang the first impression bila masuk sydney; ini bukan jiwa aku.

and one more thing yang sangat menarik tentang sydney is, tendency untuk berjumpa asians and other than omputehs sangat tinggi kalau nak dibandingkan di tempat tempat yang pernah aku pegi. (macam banyak je tempat ko penah pegi ye qistina =_=")

tapi nak cakapnya, amazingnya bila fikir fikir balik, "menariknya, jumpa ramai orang dari different background, dan tinggal dalam satu city yang sangat key yell la kan" (sila pronounce sebetulnya ehem). lagi menarik, bila setiap kali keluar jenjalan, tengah nak syok sendiri tangkap gambar ala ala tourists, then komfem akan bertembung dengan 2-3 orang Melayu, lepastu sengih sengih macam kerang busuk sebab malu lagi segan. err. korang tak rasa macam, "wow, takkan Melayu hilang di dunia la macam tu." eh tetiba pulak kan.

dalam warkah cinta Surah Ar-Ruum, Ayat 22; "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan."

sudah jelas lagi bersuluh, setiap apa yang Dia cipta, mesti ada sebab, hikmahnya. :) oleh itu, marilah kita bertebaran di atas muka bumi ini supaya anda bisa merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pelancong, musafir, dan hamba yang kerdil cuma. :D tapi ongkos untuk jalan jalan, bisa ditanggung sendiri ya? :p

oh, by the way, tajuk album foto kat fesbuk nanti, the winter escape. :p haha sempat pulak promote. hmmm

"metropolitan sangattt tau."

No comments: