She's gonna wait..

Thursday, August 5, 2010

2 jam bersama mereka.

short update for these few days of SBE.

cikgu qistina, cikgu mira, cikgu shima dan cikgu kueh telah ditugaskan masuk teach-in (ganti kelas yang cikgu takde) kelas darjah 1.

masuk je, dah nampak macam2 ragam. ada yang ringan sangat nak bukak mulut sampai tak reti diam. ada yang tak nak cakap langsung. ada yang malu-malu kucing. ada yang blur. ada yang melompat sana, bergolek sini. ada yang kacau kawan sebelah. ada yang suka mengadu kat cikgu.

macam macam.

4 orang guru pelatih pening kepala disebabkan 30+ murid murid darjah 1.

banyak komen dan soalan yang murid murid ni bagi.

contoh 1:

murid :cikgu, cikgu dah kawen ke?
cikgu : eerrrrrr… (adakah muka aku menunjukkan tanda2 aku matang dan sudah berkelayakan untuk kawen?)
murid : cikgu dah ada anak ye?
cikgu : hah? (apakah??)
murid : ouhh, tak pun cikgu dah ada gerek… (gerek=boyfriend)
cikgu : ……… (malas layan)

contoh 2:

aku dan mira tengah melukis di papan hitam.

murid : (berkata kepada cikgu shima) cikgu, cikgu tu lukis tak cantik la.

-_-” sori ye murid murid. cikgu tak suka seni, dan tak penah dapat A untuk subjek tersebut.

agak terharu bila :

murid : cikgu, cikgu masuk lagi tak kelas kami nanti?

murid murid sekalian. cikgu tak lama kat sini. selepas minggu depan, cikgu dah tak datang sekolah dah.

tapi, apa yang pasti, nanti mesti cikgu rindu kat kamu semua. :(

p/s : baru tawu macam mana ibu handle budak darjah 1 sampai takde suara.

4 comments:

kr0nc0ngmalaya said...

hahahaha.. bes gila pengalaman! hahahaha.. bagos la hg enjoy.. itu yg penting! len kali garang sket nohhh..

qiStina said...

agak arr. best kot jadik cg :)
hhahaha

erk, muka aku xcukup grg eh? -_-"

kr0nc0ngmalaya said...

garaang mendenya... aku jadik budak pon aku sengih jaa.. hahaha

qiStina said...

ang mmg, keja sengih jaaa. xpyh nak kata paa la :P hahaha