She's gonna wait..

Thursday, June 7, 2012

hello, kangaroos!

just looking at the post title, mesti dah boleh agak kan what's going to happen here? kan? kan? kannn?

by the time this post di-publishkan, maybe i'm on my way to this kangaroo land with two other friends.

cumanya, nak minta didoakan selamat pergi, selamat pulang, semoga selamat semuanya sepanjang perjalanan melihat alam, menjelajah di Sydney.

you too, take care! be good, we love you so much, you-know-who-you-are! gonna miss you! <3 <3 <3

with love,
Qistina. :)

Monday, June 4, 2012

winter is coming...

and yes, ini adalah musim homesick sedunia bagi seorang manusia bernama Qistina.



T_____T

secara jujurnya, rasa nak terbang balik malaysia sekarang jugak, right here right now. like SERIOUSLY. serious me, means serious. sapa suruh gagah pi usha gambaq vacation depa taktau? vacation without me, mesti rasa tak best kan?

*sila imaginasi muka eiein sengih* "Lagi best hang takdak ina. Sungguh, best!"

5 bulan, nothing more, nothing less. "bear with me," says Homesick. sila hargai masa di bumi enzi, kerana anda bakal kembali ke medan pertempuran yang sebenar tidak lama lagi. soon enough?

p/s : rasanya makin umuq meningkat, makin menjadi jadi penyakit ni. eh.

Sunday, May 27, 2012

so long, and goodbye

a week to go!

lepas tu, cuti untuk winter. kalau students lain ade exam and just cuti for about 2-3 weeks, tesl students tiada exam dan bakal bercuti 5 minggu.

jealous much?

:p

let's berusaha for the last assignment 3000 words! let's!

semoga dipermudahkan. :)

reaching the end

of May. wohaa! rasa macam baru semalam start sem. dah nak habis?

sekejap je rasa masa berlalu. kalau nak start countdown, dah boleh kot. plus minus 6 bulan lagi di sini.

sebagai silent stalker di MukaBuku (ehem ehem!), ramai kengkawan yang dah start cuti. tak kurang juga yang dah habis study. tengah nak exam final ye? (ehemmm! you-know-who-you-are) :p semoga semuanya baik baik sahaja, jika itu yang terbaik! :)

a question to ponder. korang tak rasa.. masa itu berlalu dengan sangat cepat ke?

kalau harini hari ahad, tup tup pom pam pom pam, dah hari sabtu. ish. apa yang kita buat dalam masa tu sampai kita tak sedar pun masa berlalu dengan sangat cepat? kadang kadang sampai terlupa hari dan tarikh, lagi la haru -_-" (terkena batang hidung sendirik)

nak katanya, masa tak tunggu kita. mungkin kita suka this exact moment (momen kenangan manis gitew!) dan rasa macam nak ulang balik waktu itu. tapi kan, sangat impossible lah kan, betul? pintu doremon mana nak cari?

kalau nak kira kira, berapa banyak sangatlah waktu kita, yang kita habiskan dengan penuh bermakna? tak kisahla definisi 'bermakna' korang tu camne pun, as long as you gain something there, selagi masa itu digunakan sebetulnya dan dapat bagi manfaat. ehem ehemmm habis, yang tulis blog ni, bermakna la sangatkan qistinaaaa? *terkena batang hidung lagi*

mungkin bermakna kalau bawak faedah kepada si pelaku dan yang membaca lalu terkesan, inshaAllah. :)

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula yang berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran." - 103 : 1-3

masa itu super duper berharga, Qistina! make full use of it!

Qistina, tak takut ke nanti kat sana, bila makhluk Allah yang bernama masa ini tanya, "apakah kau dah gunakan aku sebetulnya? kau gunakan aku untuk apa?", takkan nak jawab, "fesbuk, bermenung-menungan, berlengah lengah dan macam macam lagi"

*terkena batang hidung lagi. hidung dah penyet nih* T_T

Wednesday, May 16, 2012

hari?

kalau ikutkan, hari ini dan hari hari lain, takde bezanya. serius, tak amek port kalau ada special day ke, or anything that has nothing to do with me. biasalah, buat apa pening kepala otak kalau benda dah tak penting, tak pernah nak amek tawu?

tapi, these few days sebenarnya sangat penting, sangat penting untuk satu dunia secara general nya.

15 mei.

what is so special about this date? previous years, yeah. jalani 15 mei tanpa rasa apa apa, macam biasa. hidup normal, as if nothing's wrong.

tapi, something is wrong this year, sebab ada satu event yang aku tak pernah amek port selama 21 tahun yang lepas.

nakbah palestin day.

siapa lagi nak peduli kalau bukan kita saudara mereka? "Who did not care about Muslims is not one of them." ouch, terkena anak panah direct tertusuk tajammm.

mungkin tak banyak yang kita boleh lakukan pun, dengan standard kita sebagai student, orang biasa. tapi we can make a difference kan? everyone can make dua', kan? :)


16 mei.

aku suka tarikh ni, sebab once ibu ayah balik rumah lepas kerja, bertimbun hadiah, kad ucapan, dan makanan yang dibawa balik bersama. itu tak kira lagi pen berbatang batang. (waktu tu rasa riang sangat kalau dapat pen) well, budak budak habaq hang. suka hari tu sebab dapat hadiah je pun, nothing else.

but as time goes by, dan dalam masa 2-3 tahun lagi sebelum bertitle 'Cikgu', hadiah tu takdelah sangat terasa kepentingannya. kurang sikit sifat materialistik dulu dulu. ehemmm

what matters, the thought itself. kalau dulu, selalu diuar-uarkan, jadi cikgu ni, kerjanya mulia. paling ingat, part "Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa," karya Usman Awang. "power gila cikgu ni!" tapi bila berada dalam profession itu sendiri, baru tahu betapa payahnya nak mendidik seorang anak bangsa. mendidik itu, berbeza dengan mengajar ye tuan tuan puan puan.

suka analogi ini.

ibu mendidik anak. (mendidik jiwa = nasihat, teguran, kasih sayang, untuk pembentukan jiwa itu sendiri)
guru mengajar anak murid. (mengajarkan ilmu = pengetahuan, tanpa rasa kasih sayang sedalam ibu kepada anak)

selamat hari guru everyone, semua orang pernah jadi cikgu kannn? ajar ikat tali kasut pun bolehhh :D


ahad minggu kedua bulan mei.

untuk tahun ni, agak spoil jugakla, since abang dah wish ahad sebelumnya. makanya, mother's day keluarga saya adalah the first ahad of the month. -___-" pun bolehhh. tapi takpe, as long as wish ibu sudah, that should be fine.

cukup ke sekadar wish satu hari?

cukup, kalau sayang ibu cuma on that particular day je. ye dok?

sekadar wish is not enough. mana mungkin wish satu tahun sekali dalam satu hari mampu balas jasa ibu selama _____ (isi ikut umur anda) tahun anda hidup. maths reti?

cuma nak cakap, semua orang mesti sayang ibu kan? why don't kita buktikan rasa sayang itu melalui perbuatan? actions speak louder than words kan?

"balik hujung tahun ni, tiap tiap hari nak masak kat dapur, kemas rumah, laundry, semua biar ina yang buat. ibu, goyang kaki jaga cucu je tau." mampu?



eh jap. cucu? cucuq mungkin la ada kan, cucu ni nak pi cari mana? abang, kawen cepat please!

Thursday, May 10, 2012

wake up call

tak tahu kenapa, lately banyak betul orang yang hajat besarnya tercapai.

banyak jemputan, banyak kongratulasi dan ucapan barakah, mungkin banyak juga yang sedang pening kepala fikir tentang hajat itu.



bukan tak pernah terdetik. mustahil tak pernah walau sejentik.
cumanya, mungkin ini sebagai tanda sedang diuji
dengan perasaan ini, yang hadirnya tak diduga duga.
Dia lagi tahu, mungkin ini yang terbaik buat masa ini.

simpan kemas kemas, dalam dalam.

persiapkan diri dulu. skills tak mantap lagi nih, hingusan pun tak kering lagi. inikan pula nak bercakap tentang masa masa depan.

:)

note to self : ‎"If you want to make your dreams come true, the first thing you have to do is..

wake up."

Monday, May 7, 2012

monday blues..

no more, inshaAllah! :D

setiap hari, harus berfikiran positif. senyum, senyum dan senyum, Qistina.



:)

Thursday, May 3, 2012

perempuan itu

perempuan itu..
mungkin terma perempuan, berbeza maknanya
kalau ditanya kepada penulis
lancar mulut melontarkan idea.

perempuan itu, susah.
complicated.
cantik,
tapi tak pernah puas.
lembut,
tapi ada masanya memberontak.
satu konklusi,
perempuan itu sukar untuk dimengerti.

mungkin tipikal adjektif
lemah
inferior
halus

tapi, perempuan itu masih belum sedar
selama dia berusaha untuk menjadi sesempurna boleh
selama dia berusaha untuk menanggung beban dengan gagahnya
selama dia berusaha untuk menguntum senyuman seikhlas mungkin

jiwanya yang satu itu masih jiwa perempuan.

perempuan, kalau sudah fitrahnya perempuan.

Sunday, April 29, 2012

rindu.

perasaan ini aneh sekali.

sebab jarang untuk rasa rindu macam ni.

rindu kepada seorang lelaki.

rindu kepada dia yang sentiasa berdoa untukku dalam diam.

rindu kepada dia yang sentiasa prihatin, ambil berat dari sekecil kecil kuman hingga sebesar besar paus.

rindu kepada dia yang menggembirakan hati ini meskipun hatinya terluka.

rindu kepada dia yang protective, kerana dia mungkin mahu yang terbaik.

rindu sangat. rindu yang lain macam, serius.



rindu ayah. :(
semoga sentiasa dalam perlindunganNya, heroku.
semoga ayah baik baik saja.
semoga anak perempuan ini tidak membebankanmu dengan macam macam.
semoga terus kuat, kuat dan kuat, supaya sempat anak ini kembali dan peluk erat tubuh tua itu.

love, your not-so-little princess.

a year and a half, like.. what?

seminggu berpraktikum sudah berlalu.

minggu di mana bekal harus di masak malam sebelum ke sekolah. setiap hari okay, setiap hari.

minggu di mana lesson plans adalah besfren cikgu praktikum. (ehemmm!)

minggu di mana semua seisi rumah akan jadi morning persons. (ehem, morning here sama macam morning malayzia okay?)

minggu di mana sampai nya sekolah, semangat pum pam pum pam (sila imagine fireworks di langit malam) tengok budak comels.

minggu di mana rasa keberatan hati untuk mengajar, tapi demi tugas kugagahkan diri ini. (ehem!)

minggu di mana saya rasa jadi cikgu sangat awesome, boleh?


well, a lot of things happened. banyak belajar setiap hari, something new and interesting. imagine, being a teacher for just one whole week, and the routines happen almost everyday.

malam malam hari, sediakan makanan untuk bekal. make sure lesson plans and all those things related dah ready dalam beg. baju kerja dah set aside. light off awal please. bangun awal please. hemat diri, sila senyum depan cermin untuk ceria sepanjang hari. (tips #1) take your breakfast, oh. jangan lupa sujud padaNya. (paling penting! tips #2) sampai sekolah awal untuk motivasi kendiri. (well, it works for me!) dan... sesi persekolahan bermula!

back at 3, kalau koko mungkin habis pukul 4 atau 5. get ready untuk jadi masterchef, tak master sangat lah kalau lauk segera kan. (ehemmm!) get some rest, sebelum rutin tersebut bermula sekali lagi. sila rujuk perenggan yang bermula dengan "malam malam hari...".

and it happened one day semasa minggu praktikum itu, this thought popped up in my mind.

will i survive a day at school dalam masa 1 tahun setengah lagi? tak percaya angka itu cuma 1 tahun dan setengah saja lagi. *cubit pipi sendiri* ouch! sila percaya, cicer qistina.

ps; not so much photos taken masa praktikum. qistina kan pemalu orangnya. kan? (ehemmm ehemmm!)

Wednesday, April 25, 2012

something to ponder.

lately asyik betul aku dengar cerita pasal isu hangat di tanah tumpah darahku. dengar dengar dari kejauhan, like seriously rasa macam, "hello, free education for all? kalau satu hari nanti korang berada di tampuk pemerintahan, dan rakyat mahukan free education even di tertiary education, what say you? apa, tak cukup lagi ke free education untuk primary and secondary schools?"
tapi itu cuma monolog hati sajalah kan. tak kuasa nak bersuara lantang, takut takut nanti disalah anggap menyokong mana mana pihak. NO. i'm not for or against mana mana pihak, betul tak tipu.


semua orang ada different views and opinions kan. so, errr, ini cuma pendapat aku. not to say who's right, who's wrong. semua ada hak masing masing. betul?


rasanya satu perumpamaan boleh diberikan kepada segelintir golongan yang membangkitkan isu ini. "dah bagi betis, nak paha pulak dah. kaki takmau?"


kalau nak request suruh hapuskan bunga atau interest dalam sistem tersebut, itu aku totally agree. sangat agree. nak suruh sain petisyen, meh aku sain 99 kali. nak katanya, mungkin sistem pinjaman itu sendiri yang perlu berubah, daripada membebankan pelajar dan pekerja dengan bunga-lagi-tinggi-dari-pinjaman. contoh paling dekat; maksu. even lepas kerja 3-4 tahun pun, dia masih bayar tunggakan bunga bunga 'cinta' walhal sepatutnya jumlah pinjaman sudah dilangsaikan.


cuma menulis dari view seorang pelajar yang memerhati dari jauh.


ps: oh, dapat duit pinjaman pegi joli sakan beli gadget baru, baju baru. nak bayar balik? terus mintak free education. syukur pegi letak mana? general statement ini, peace no war :)

Sunday, April 22, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Rancangan Tahunan Qistina.

i know it's kinda late to have these azams or whatsoever people called them. tapi to be honest, dengan adanya azam atau expectation to be achieved untuk setahun ini, rasanya akan lebih berfokus kot? eh tak koheren langsung point.

here are some of the things that need to be achieved (kot?). By the end of this year, I should be able to :

- have a minimum weight of 46kgs.
- cook different types of dishes (different means different, bukan lauk sama berulang ulang!)
- learn more in everything (being 22, you need to be more adult-ish, got that word huh?)
- see things positively! yeah! (semangat terlebih)
- produce less tears! haha funny thing :p
so far, so good. trying to improve day by day, inshaAllah :)

p/s : rancangan je ni baru, akan dilaksanakan sebaik post ini dipublishkan :D

Tuesday, April 10, 2012

what i did last easter break :D

baru selamat sampai semalam selepas 4 hari jaulah bersama teman teman. :) alhamdulillah, everything went well, even banyak ujian melanda sepanjang perjalanan kali ini.

gaya penulisan macam ketua rombongan. -____-"

okaylah, untuk tidak membuang masa... tadaaa! feast your eyes with the seriously-awesome-lagi-cool sceneries pictures yang tak mampu didescribe lebih details melainkan dengan kalimah Subhanallah, Maha Suci Allah, MasyaAllah, Allah Yang Maha Agung.

p/s diharap para pembaca bersabar untuk meng-scroll entri ini, kerana banyak gambar cantiks yang nak dikongsikan bersama sebagai promosi tahun melawat niu zilen. (eh tetiba)

Wanaka Lake, for the third time. still, never fails to amaze me. :)

ter-capture this image, and sangat cantik! Subhanallah!

Franz Josef Glacier. sangat menarik, sebab it looks like volcanic eruption. cumanya, macam air putih la.. bukan lava ke ape eh :p serius menarik!

Lake Ianthe. cuma stop by and took few pics here. still, camera tak dapat nak describe cantiknya imej ni! Subhanallah!

nice kan? sangat kottt (eh tanya jawab sendirik)

Selamat Datang ke Hokitika! ewwah ewah ade jugak yang silap sebut hotikaki nanti (hotnya kaki?)

Hokitika Gorge. awesome sangat! sapa setuju, sila scroll bawah.

main tucak tucak ni pun best ni. tanjat boboi tau!

nampak jambatan tu? scary sangat sebab dia hayun sekali... ada 2 omputihs buat backflip kat situ, tak tipu. tak sempat capture la tapi -____-"

macam swimming pool kan? serius. rasa macam nak buat macam ni depan rumah impian. (impian je la kan)

Shantytown. cool sebab dibuat seolah olah zaman dulu dulu. macam cerita koboi ke... entahla, tak masuk pun. -_-" toilet saja, $25. tour dalam town tu la tapi.

tapi tapi... we got to see these tame horseyyys! attention seekers bilang teman gue :p tawu tawu je orang nak bergambar dengan dia.

The Pancake Rocks, Punakaiki. one word - MasyaAllah, Allah Yang Maha Agung!

the other side of the world. :) rasa nak buat rumah impian je tepi ni. impian much? haha

Autumn di Christchurch. ^___^ suka suka suka! baru feeling feeling perantauan sikit :p

The Bridge of Remembrance. ada bukti penting lagi nyata tentang umat Islam dekat sini.


bahawa bumi Palestin memang wujud. :')

Christchurch city center tempat berlakunya earthquake.

dari view lain.

rasanya dah banyak kali aku cakap benda ni... tapi takpelah. serius, cantik yang amat, megapixel kamera tak mampu nak tandingi pixel mata manusia. serius untuk keberapa kali entah, aku recommend niu zilen untuk sape sape yang suka sceneries, keindahan alam. nak honeymoon, pun best. eh?

61 : 1
"Apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

no wonder setiap kali tengok sceneries cantiks macam ni, tenang je rasa. rupanya, dengan melihat kebesaranNya, lebih mudah nak mengingatiNya :)

17 : 16

untuk ambil iktibar apa yang terjadi waktu earthquake dulu.

okaylah, nak get ready untuk shopping groceries. till then, take care! wassalam.

p/s : feel free untuk save the images, sebab semua itu bukan hak cipta Qistina. semua tu, hak cipta Sang Pencipta yang Agung. :)

Monday, April 2, 2012

dear short break,

please come faster!

this week memang full, packed with lotsa things going on. sangat. sibuk. macam. paling. sibuk. selama. pernah. hidup.

okay exaggerate sangat kan?

3 assignments to be handed in, 2 tests yang baru selesai tadi. rasa sangat mentally exhausted, cognitive overload, mata half awake ni. i should have been dating Health at the moment. tapi... curik curik masuk blog pulak. ish

takpe. kejap je eh. kejap je update ni. okbai

jumaat start easter break, and plannya... jeng jeng jeng. akan mengembara bersama kawan kawan ke West Coast, tempat cantik cantik la yang pasti. tak percaya? nah, tengok gambaq pakcik Google nih. credit to Google

nak lebih detail, type je kat Google Image > West Coast New Zealand and there you go! selamat melihat scenery secara virtual, doakan semuanya selamat bagi yang melihat secara realiti :)

p/s : kerja tak siap, berangan je melebih. hish T_T"

Saturday, March 31, 2012

cikgu?

orang cakap cikgu ini kerjanya mulia. sebabnya?

- tugasnya mendidik anak bangsa. dari ABC, 123, agama Islam, malah nak buang air besar pun cikgu yang ajar. bukti? sape pernah ter-ter dalam seluaq tu, mesti tengah sengih sengih meng-denykan kenyataan. cikgu yang tolong salinkan dulu ye? bukan aku lah yang pasti.

- sanggup berkorban demi kerjaya - masa, tenaga, keringat. ya, kerja macam ofis hour. 7.30-2.00 petang, sesi persekolahan. 2.00-3.00, sesi kelas tambahan. 3.00-5.00, sesi ko-kurikulum atau mesyuarat jawatankuasa. sabtu? perkembangan staf, tak pun kursus penambah baikan kemahiran atau mesyuarat bersama waris. harus berdedikasi!

- boleh jadi kerani dalam masa yang sama - data itu, proposal ini, report prestasi. cikgu dulu pakai typewriter je, cikgu sekarang? celik IT, segalanya di hujung jari!

- mak bapak kedua pelajar selepas mak bapak betul. logiknya, separuh masa pelajar setiap hari dihabiskan di sekolah. dahlah sekolah 5 hari dalam seminggu. imagine... berapa ramai "anak ter-angkat" cikgu dalam satu kelas? 30! 2 kelas? double the trouble!

- jadi teladan yang baik kepada anak murid dan masyarakat. adanya title 'Cikgu', secara automatiknya orang akan hormat. tapi kalau cikgu rotan sebab nakal? "hish, cikgu apa macam ni? takde hati perut ke ape?" ada hati perut lah tu rotan waktu budak budak. dah besar panjang? sekali dia curah asid... terkedu. biasalah, semua salah cikgu. dah tawu dah mentaliti masyarakat macam mana. hmph (emo sendiri)


mungkin cita cita dulu nak jadi dokter sebab rasa gah bila pakai white coat dengan stetoskop di bahu. mungkin berminat nak jadi power rangers merah jambu pastu selamatkan dunia dari monsters. dan macam macam lagi impian untuk masa depan waktu kecik kecik dulu.

tapi kan.. tapi... aku tetap nak jadi cikgu.sebab aku rasa, cikgu memang influence banyak manusia. bukan banyak, semua manusia to be exact. secara logiknya, cikgu adalah faktor kedua selepas ibu bapa. see? betapa mulianya jadi cikgu ni. :D

sapa kata jadi cikgu lekeh? mai aku nak sekeh kepala. cikgu garang ni!

Thursday, March 29, 2012

good old days

ya, secara jujurnya masih merasa third year sangat tunggang terbalik. macam macam nak kena pikiaq. dari atas sampai bawah, dari hujung kuku sampai hujung rambut. ahhh. rasa homesick tetiba.



bukak cerita pasai rumah ni, banyak benda aku ketinggalan lately. semua gara gara takde masa yang sesuai nak calling calling. time difference sangat tak best. time orang baru penat balik keje, aku dah nak tidoq. in the end? hujung minggu je dapat betul betul kontek. tak patut ikut teladan ni ye tuan puan.

personally, rasa macam lost. keja sekolah bertimbun, tapi.... serius takde effort nak buat. bukak depan mata dah buku reference, last last? always end up staring at the screen. hmmm. susah la camni. susah. you should do something about this. really.

mungkin aku patut berfikiran jauh. kalau aku tak buat keja tu, camne nak pass? kalau tak pass, camne aku nak further 4th year merangkap final year? kalau tak further 4th year, camne nak grad? kalau tak grad?

malas fikir jauh jauh dah. aku rasa post aku dah banyak merapu lately. apesal ni?

Sunday, March 25, 2012

pengalaman

semalam adalah Sabtu. untuk pengetahuan tuan tuan puan puan cik adik manis, semalam juga adalah hari party sedunia di Dunny. not to say sambutan anniversary ke ape, ia cuma satu party yang diadakan di sepanjang Hyde Street, dari pagi sampai malam. tapi kira famous amous jugakla event ni. kalau tak, tak mungkin sampai keluar berita mengatakan dijangka 10k orang akan attend this party. whoa!

nak dijadikan cerita, area rumah aku memang dekat la street ni. sebelah menyebelah je kot. takpe, cool dulu. jangan gelabah gelabah, baru nak masuk gear 1 cerita ni.

kebetulan, aku dan housemate dah plan nak keluar. sebagai langkah keselamatan, kitorang guna jalan yang jauh dari event tu. sangkaan nya, selamat lah kan, since tak lalu that area yang 'kacau bilau' itu.

tetapi...

tidak selamat sama sekali apabila kitorang bertembung dengan sekumpulan muda mudi berpakaian costume entah hape hape di hadapan rumah.

trying to be nice and friendly, housemate aku melemparkan sebuah senyuman. "so far so good," bisik hati kecilku. tapi tak jadi good sangat lah kan bila kitorang dengar ada orang lari lari belakang kitorang pastu berhenti betul betul belakang kitorang.

okay. muzik suspens bermula.

muka masing masing cuak tak tau nak habaq cemana. kalau toreh muka aku, komfem keluar darah putih. (eh tetibe je?) rasanya kalau orang rekod cara kitorang jalan, boleh masuk Sukma acara walkathon. serius cepat gila kitorang jalan, serius tak tipu.

sampai lah satu ketika di mana seorang mudi berpakaian macam langsuir (kot?), tangan dan muka penuh cat hitam, betul betul belakang kitorang. kemuncak kecuakan berlaku bila dia nak pegang kepala housemateku itu.

aku memang tak pandang belakang dah pastu. apa nak jadi, jadi lah. yang penting, jalan secepat boleh, pegi tempat umum so that tidak dikejar lagi. so, kitorang menuju ke sebuah supermarket berdekatan. konon macam safe la kan.

rupa rupanya, diorang pun nak datang supermarket tu jugak. tsk tsk tsk

rasanya assumption bahawa diorang mengejar aku dan housemate itu perlu dipertimbangkan semula. kot kot diorang lapaq nak beli breakfast kot. patutla dok tengok depa gelak gelak lain macam. hiburan mungkin?

p/s party? tak best langsung. loud music, bau busuk, orang tingtong tingtong. tempat orang, qistina. semoga sentiasa dibawah lindunganNya, ameen.

Friday, March 23, 2012

first step

hari ini hari jumaat. seperti biasa, kelas dua jam. tapi penatnya... serupa berjam jam! *_*

kerja rumah sudah mula menjenguk jenguk. dialog biasa, "bila nak mula ni? bila? katakan bila??!" okay, drama habis. bak kata omputih, the first step tu lah akan bawak kepada beribu ribu steps. beribu ribu kilometer pun boleh. ikut suka tuan puan ye. janji mesej sampai.

nak kata kat sini, everything starts daripada zero. zero means kosong. kosong means takdak apa apa. dari nothing, nak buat jadi something, kena bermula dengan diri sendiri. takdak sapa boleh ubah, nothing changes kalau kita tak nak. kita here means kita. saya, dia, kamu, mereka. dan semua yang membaca post ini, sila sedar anda tergolong dalam kalangan 'kita' tersebut.

teringat satu quote seseorang.

"kita nak ada something, tapi kita tak nak buat anything. how's that?"

sebenarnya itu quote aku. hihi *big grin*

oleh itu tuan tuan puan puan cik adik manis sekalian, apa kata tutup belog sekarang, mula kan ayat pertama assignment Health Education, atau guided reading atau sebarang kerja yang perlu bermula, dan kita jumpa lagi di lain waktu, di lain post, insyaAllah.

jaga diri semua!

Friday, March 16, 2012

nothing much

a random post, but this uneasy feeling keeps me thinking, and thinking, and thinking.



this is way too much. ottokae?

Sunday, March 11, 2012

we knew it'd happen eventually

Tell me something sweet to get me by.





keep me busy, Third Year. :)

Saturday, March 10, 2012

si dia A, tahun tiga, dan aku.

rasanya baru je aku cakap pasal semangat awal sem kan?

tapi kalau tengok jadual assignment seperti tertera di bawah, rasanya semangat tu pun nak main aci lut at at (omputih cakap hide and seek).


come on student 3rd year! cakap nak grad cepat, tapi perangai... baloq liat! tsk tsk membebel sorang sorang -_-"

sedikit iri hati dengan kawan kawan yang sudah grad. tak mengapa hati, jangan iri sangat. masa itu akan tiba, cuma hang kena tunggu sikit. 2 tahun. 4 semester macam dalam gambar di atas, and you'll survive, insyaAllah! *mata bersinar penuh pengharapan*

Friday, March 9, 2012

long time no see.

a lot to catch up. baru dapat connection internet di rumah. will update more soon!






in the meantime, try harder Qistina. should i call you, super not-so-little girl? ;)

Wednesday, February 29, 2012

hello, new semester!

a short update.

dah 3 hari start kelas, and so far so good. alhamdulillah.

isnin dan rabu, semua lectures. khamis, penuh tutorial. dan jumaat, 1 tutorial.

selasa? free! :p

for elective, aku amek film. okayla, sebab most of the time tengok movie je kan. :p then buat review. so, takdela stress sangat lepas seharian isnin yang penuh dengan lectures. monday blues lagi...

have a good day everyone! take care, insyaAllah :)



rasa macam semangat lain macam awai awai sem ni. haha

Sunday, February 26, 2012

tok

tok saya seorang yang sangat comel. comel, macam cucu nya (yang pasti).

kenapa statement sedemikian rupa?

pernah satu hari, aku main main henfon. picit huruf sana, tekan nombor situ. sampai lah fon tu tiba tiba black out sendiri. habisnya, aku mengadu la dekat tok. tawu tok cakap ape?

"dah hang dok picit picit sangat, mau ka tak jadi lagu tu?" sambil tersenyum menampakkan gigi pelesu beliau.

terus aku senyap tak komplain apa dah.

tapi kemuncak kecomelan tok apabila terjadinya satu insiden ni. insiden yang membuatkan aku dalam dilema.

seperti biasa, makan bersama waktu dinner. tiba tiba tok tersedak. tersedak yang memang betul betul kaw kaw punya. aku sebagai cucu yang prihatin, lantas menepuk nepuk belakang tok. tak semena mena, terkeluar 1 benda yang tak asing lagi tatkala teringatkan iklan norlia ghani satu ketika dulu. gigi pelesu tok terkeluar!

aku habis cover tutup mulut. nak serius, tapi... ter-gelak. maaf tok. rindu tok la, nanti ina teman tok pegi hospital lagi eh. :)

Friday, February 24, 2012

update

just a little bit update about life.

almost 2 minggu kat dunny, and so far so good alhamdulillah. masih dalam proses adaptasi dengan cuaca yang tak menentu, hujan, angin yang mampu menerbangkan daun daun serta Qistina, dan ada kalanya cik Sunshine muncul.

rumah okay, cun. dua tingkat, tapi... rumah aku tingkat atas. tingkat bawah orang lain duduk, lebih kurang camtula. memang tak payah pegi gym dah, since tiap2 hari sesi memanjat tangga, 3-4 kali jugakla. sesuai untuk yang mahu keep fit and healthy lifestyle. untuk orang kuat makan macam aku, kena usaha lebih sikit.

what more nak cerita eh?

well, uni dah nak start class next Monday. as usual, untuk orang cuti 4 bulan macam aku ini, tak perlu di-explain dengan lebih detail perasaan sekarang. cukup.

cumanya, harapan aku untuk tahun ini; semoga masa kurang setahun di bumi asing ciptaanNya digunakan sepenuhnya untuk banyak perkara yang berfaedah dan membawakan kebaikan untuk diri sendiri terutamanya.

p/s : jangan ponteng ponteng kelas ye, cik Quistina! Quis pagi makan pagi, quis malam makan malam. jaga diriiii!

Saturday, February 11, 2012

welcome back, says Daniden.

autopublish, sebab waktu sekarang, mungkin aku tengah check-in flight ke lcct.

it's the time i've been waiting for! yeayyyy!




okay tipu.

perjalanan ini akan mengambil masa 2 hari to be exact. flight ke KL adalah sekarang, dan esok awal awal pagi (Ahad, 12th Feb) pukul 8, i'll be leaving for Christchurch! dan tiba di sana probably by midnight waktu nz. perjalanan sepatutnya cuma 11 jam. cuma? tapi sebab time difference kan, macam 1 hari suntuk pulak.

then maybe tidur di airport Chc sebelum flight seterusnya ke Dunedin keesokan paginya which means Monday. 11 pagi, and will be reaching home sweet home mungkin petang kot.

doakan semoga semuanya selamat. jangan nak rindu sangatlaaaa, satgi ada yang tsunami dekat lcct kot nih, tsk tsk tsk.

bersiap sedia untuk perjalanan yang memenatkan. sape cakap travel tu best, meh nak suruh duduk atas kerusi 'empuk' flight ni, 11 jam! hempukkk sekali, baru tauuu. celengging bukan calang calang, mental dan fizikal tercabar kottt
untunglah kalau krew kapal sedap mata memandang. eh melawak melawak, serius melawak.
:p

..and you'll be missed. sobs sobs sobs

Wednesday, February 8, 2012

jatuh sakit

fever, headache, flu and holidays don't go together.

perubahan cuaca, it's normal kalau badan dah rasa lain macam. susah nak sakit, tapi susah jugak nak baik kalau dah sakit. takpe, semua tu urusan Dia, yang penting, jaga kesihatan baik baik, sekarang kan musim cuaca tak menentu.

baru semalam dengar cerita. senior waktu sekolah rendah sedang koma di UK akibat cuaca sejuk melampau. semoga dipelihara semuanya, insyaAllah.

somebody i used to know.

"I expected because you made a promise."

well, grow up little girl. no more false hopes, 'cause she's incredibly awesome-ly kuat!

:)

Saturday, February 4, 2012

biasalah..

maghrib itu, aku sedang di dapur menyiapkan makan malam ketika dia datang. aku kira, mungkin it's the time for dinner, jadi cepat cepat aku selesaikan apa yang patut, dan duduk setentang dengannya. diajaknya makan sekali, rimas katanya dilihat aku terkejar ke sana ke mari. kejap ambik sudu, kejap buat cabai kicap. biasalah, anak perempuan sorang.

aku tak berselera seperti selalu. dikuis kuis nasik di pinggan, sebelum telinga tertangkap dengan satu pernyataan.

"nanti, ina dah takdak pegi sana, ayah tak lalu la nak makan."

terkedu mendengar, lantas aku memujuk, "takpe, ibu kan ada."

biasalah, anak perempuan sorang.

sometimes aku wonder. ni baru pegi belajar jauh jauh. nanti kalau dok jauh jugak nanti?

kasihan ayah, anak perempuan sorang. :(

Friday, February 3, 2012

and our time is running out

3rd of February, mood masih belum datang. hmm.

this is the hardest part for me. saying goodbyes to those loved ones.



please, 1 flight ticket free atas nama Nurul Qistina ke NZ. sape nak?

Wednesday, February 1, 2012

negative thoughts pasal kahwin

semalam, waktu dinner, ibu ade bukak cerita pasal sepupu ibu yang dua tahun tua dari aku, akan bernikah a day before aku pergi. tsk okaylah. 11 februari ni.

no big deal sangat pun kan, biasa lah. sekarang pun dah ramai yang sebaya dah pun berumah tangga. cumanya, jadi issue untuk aku bila orang persoal sesuatu pernikahan itu.

kahwin awal, orang cakap, "eh, entah entah, dah diusungnya ke sana ke mari, sebab tu kahwin awal kot."

kahwin lewat, orang bilang, "ish, buat ape la bertunang lama lama, tak elok disimpan. kahwin kan je lah."

tak kahwin kahwin lagi, orang kata, "hai, takde orang nak ke? takkan nak jadi andartu kot?"

well, well. untuk orang orang macam ni, most of the things in their mind are negative thoughts about others. serius, kenapa in the first place must be negative thoughts? why?

another thing, have you been in their shoes? you're judging them on your own conditions and situations, not theirs. mungkin they have their own reasons, who knows?

so.. jangan cepat buat andaian tentang satu perkara. tak kisahla pasal kahwin ke, pasal politik ke, or other things that might be related as well, why not kita cuba untuk berfikiran positif? see good in others, tak salah kan?

"oh, mungkin dah sampai masa dia berumah tangga. baguslah, alhamdulillah."
"takde jodoh lagi tu, sabar tau."
tak susah pun nak positive thinking. :)

p/s : sekadar memerhati dari jauh, tolong ingatkan aku :D

Tuesday, January 31, 2012

semangat yang hilang

less than 2 weeks, and i'll be gone.

ahh malas la nak fikir packing barang nih. dengan nak pos lagi. baju raya. stok makanan. dan macam macam lagi.

taktau nak rasa apa. makin lama, masa makin suntuk. pejam celik pejam celik, esok tarikhnya. 12 februari. T_T"

tapi nak tak nak, you have to be there. 3rd year, and this is going to be the last year there, so, enjoy your time while you can.

semangat oh semangat, di mana kamu?


Y_Y

p/s: typical Qistina.

Saturday, January 28, 2012

counting days

yeah, 2 minggu lagi.

biasala, dah jadi perangai semulajadi dok counting counting days nih. yang bawak masalah, bila dia jadi takmau balik. pulak?

tolong sat, sapa sapa nak ganti tempat aku pi sana? accomodation, study fees semua ditanggung. tapi nak pompuan la, satgi haru pulak dok housemates dengan girlfriends aku. hihi

misi makanan : mencari otak otak! yezzaaaa

rasa macam takmau balik ni, serius.

apadia aku dok merepek takmau balik hoiii. banyak yang menanti disana ehem ehem malas je cakap :p

Monday, January 16, 2012

counting days

less than a month to go!

so many things to do yet so little time.

bulan busy akan bermula.

Sunday, January 15, 2012

hak.

mungkin jarang di ceritakan di umum, tapi biar hati ini menanggung.

dah lama dipendam rasa ini, seperti selalu, air itu pasti akan tumpah. tepuk bahu sendiri konon memujuk, di hati bergolak serupa ribut taufan.

mungkin ini ujian selayaknya untuk ku. ujian menguji kesabaran.



mungkin di lihat aku tersenyum riang. ingat, bukan senyuman itu yang kupaparkan sebetulnya. yang mampu mentafsir, itu cuma menutup rasa hati. berhenti menilai diri ini. satu yang kuminta, doakan yang terbaik.

keliru. tersepit dengan perasaan sendiri.

apa, salahkah jika aku katakan aku juga manusia, sedang belajar erti sabar?

Wednesday, January 11, 2012

swasta vs kerajaan

tadi, aku teman tok pegi hospital. biasala, cucu mithali. time time orang dok sibuk kerja la cucu mithali muncul menemani tok. dah nama pun cuti cik kak, toksah mithali sangat la kan...

hospital swasta, what do you expect? sampai depan pintu, terus offer wheelchair. service toksah kata, kalau ada 10 bintang, 11 aku bagi. boleh imagine kot macam mana kan.

sampai tingkat 2, masuk bilik dokter. rasa sangat "wow!" bila semua dokter, mesti ada bilik sendiri, dengan nama tertera depan pintu. pakar kot, gaji mesti ribu riban. tapi, agak kecewa bila hasil consultancy hanyalah plus minus 3 minit. 3 minit sahaja treatment, dan makcik boleh keluar sekarang, ambik ubat dekat farmasi.

hmmm.

kadang kadang tak tawu mana lagi better. hospital swasta, atau hospital kerajaan? treatment lebih kurang sama saja, yang berbeza mungkin servis dan kepakaran. well, takde pakar sangat kot bila check 3 minit dah suruh keluar.

Allah lagi Maha Mengetahui.

Friday, January 6, 2012

one of my favourite persons

belum terlambat rasanya nak ucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada adik bongsu sebab dapat tawaran ke sekolah teknik impian beliau.

gembira bercampur baur dengan sedih. sebab, for the first time, dia akan belajar berdikari dan jauh dari home sweet home.

meningkat dewasa, maknanya peluang nak bermanja manja semakin tipis.

tapi apa boleh buat. nak tak nak, everyone is growing up and old. tak terkecuali untuk adik bongsu ini.

maka, siapa lagi yang aku harapkan untuk provide tempat bermanja? tak lain tak bukan, abang. cepatlah kawen abang, mau main sama anak kecil comel geram rasa nak tarik pipi cubit badan. T_T

ps : doakan yang terbaik. best wishes, eiein!

Thursday, January 5, 2012

older posts

kalau budak budak zaman sekarang bahasa nak 'lettew', 'apenyew', dan sebagainyewww, mungkin kita pernah buat macam tu jugak dulu dulu. cumanya, mungkin cara kita berbeza, zaman sekarang huruf 'w' mungkin memainkan peranan yang penting, mungkin?

well, membaca kembali post dan entry di zaman permulaan blog memang menggelikan hati. daripada topik yang entah pape, dengan bahasa tunggang langgang shortform bagai. hmmm rasa macam nak delete blog buat baru. eh?

biasala, kalau orang cakap, budak budak baru nak up awal awal remaja ni. up ape, aku pun tak tawu.

tapi, bila dah meningkat dewasa, dah rasa rimas guna bahasa yang diri sendiri je faham. memangla save masa nak me-nype message tu, cumanya, cuba kita fikir. kalau message tu untuk orang yang agak berumur? mau dia hangin dulu dok translate ape benda la mesej tak sampai ni. hmph

kalau bahasa nyewww banyak 'w' ni orang panggil bahasa ape? bahasa tergeliat lidah? :p sekadar berjenaka, no offense eh pemuda pemudi tiang bangsa.

p/s done deleting older posts mula mula dulu. start blogging in 2009. take note, Qistina.

Wednesday, January 4, 2012

berharap.

cuma.. berharap masa itu akan tiba. sesuai dengan masanya.

penantian, cuma perlukan kesabaran. ubatnya, sabar.



bukan kesabaran namanya kalau ada batasnya. :')

i've tried. banyak kali. tapi.. hampa. cuma mohon didoakan. semoga ini yang terbaik.

Tuesday, January 3, 2012

cengeng betul

semalam sembang sembang dengan ibu. main topic, pasal hostel dan kehidupan berdikari di perantauan. everything went fine until ibu cerita bab aku masuk tadika.

"dulu kecik kecik, ina suka menangis. sikit sikit teriak (in other word, nangis). tak boleh buat kerja sikit, teriak. kena tinggai sikit, teriak. semua yang tak kena, teriak."

lalu aku gelak gelak tahan malu sambil bertanya, "haha ibu tipulah. mana mungkin ina kuat teriak," muka dah merah padam cover malu.

"eleh, dulu ustazah S selalu bagitau ibu, tak reti tulis 1 huruf jawi, teriak. tak reti pegang pensel, bergenang ayaq mata. tak cengeng lagi?"

then aku teringat satu peristiwa penting yang berlaku waktu first day di tadika.

"dulu, kak ina ulang alik ulang alik dari tadika sampai umah, sorang sorang kot... ade la dekat 1km jarak, jalan kaki lagi tu" muka nak bangga hidung kembang kempis sembang kencang dengan adik bongsuku. yela, independen kot sorang sorang. :p

tapi terus tak jadi independen bila ibu sambung, "eleh, sampai depan umah, teriak lagi. bila ibu sampai depan umah, lagi kuat teriak. ibu pesan suruh balik sekolah, duduk dalam library, takmau ikut. teriak ja tau keja."

rasa macam nak kambus kepala dalam tanah waktu itu jugak.

pengajaran dari cerita ini, bila dapat anak yang cengeng seperti ini, lempang saja laju laju. supaya tidak menjadi insan yang cepat cengeng seperti saya. sekian cerita dari penglipur lara, jangan salahkan saya jika lempangan tuan tuan puan puan membahayakan anak sendiri.

play hard to get

dah nak bukak sekolah, komfem jarang orang online. eh?

tambah pulak student uni dok sibuk final year project lah, exam lah, dan segala macam lagi life sebagai seorang mahasiswa. eh, sempat pulak online?

takpe, i feel you. aku pun lebih kurang la, time dok bertimbun assignments, time tu la online konon take five. sekali terlajak lima jam. eh, serupa eh kita?

:p

nothing much to say, cuma nak wish selamat selamat untuk semua!

banyak kawan kawan yang dah final year. ada yang lagi satu sem je tinggal. just a wee reminder, dah kerja jangan lupa aku... paling penting, jangan lupa jemput time kenduri! :D

haippp. exam dulu kawan kawan. jangan dok seronok sangat laaa :p perosak mood huehuehue

Monday, January 2, 2012

keliru.

sejak dua tiga menjak ni, banyak hot issues pasal politik.

taknak kupas panjang panjang, since aku pun takdela ikut sangat perkembangan politik. cuma, fikirkan apa effect dan consequences di sebalik action yang kita buat.

mungkin ada yang anggap, pihak ini buat betul, pihak itu buat salah. well, itu hak mereka untuk berfikir macam itu. masing masing boleh fikir secara logik dan rasionalnya.

cuma, beringat ingatlah. takkan sebab kepentingan politik, satu bangsa yang berpegang kepada satu akidah boleh jadi macam ni?

keliru.

Friday, December 30, 2011

401, 22, and 2012.

entry yang ke 401 sepanjang kewujudan blog, 2 hari lagi sebelum secara tak rasminya berumur 22, dan hello 2012!

cukup signifikan?

in a deep thought now. i wonder what will happen next.

you've been thinking too much, Qistina. please, have some self-control.

rindu.

Wednesday, December 28, 2011

5 more years

boleh bayang tak apa akan jadi 5 tahun lagi?

just a random thought untuk difikirkan bersama. all this while, banyak benda yang kita dah achieve, banyak pahit getir hidup, dan pengorbanan along the way nak sampai umur sekarang. (muzik latar : Standing in the Eyes of the World) not to mention, perubahan fizikal dari muka sesuci bayi sehinggalah muka seserabut pelajar. itu tak masuk fasa kritikal lagi.

menurut penulis, fasa kritikal adalah bilamana fasa sesorang itu belajar berdikari yang betul betul kari punya (hidup itu diumpamakan seperti susahnya nak buat kari Mamak style). you have to build your own life. own life means, kehidupan sendiri. tanpa ada duit poket dari ibu ayah. tanpa ada kawan kawan nak bergelak ketawa tension exam. tanpa ada masa lapang time cuti universiti.

masa kritikal pada pendapat aku, adalah antara pertengahan 20-an, sampailah everything settled down. this is when you have to start working sepenuh masa, masa tu lah nak beli kereta, nak beli rumah. masa tu lah gatai nak kawen. masa tu lah rasa nak pi sambung master. masa tu lah komitmen, komitmen dan komitmen. ever wondered how you're going to survive that phase?

aku baru terfikir semalam.

dan terasa sangat awesome bila i get to think that ibu pernah melalui fasa itu, and she did it well. :)

cikgu sebagai kareer, housewife when at home, and a mother sepanjang masa. how's that? :'D

persoalannya sekarang, mampu ke nak go through fasa kritikal ini bila nak apply cikgu sandaran untuk sebulan pun dah baloq lain macam? think deep, Qistina. think deeeeep.

p/s : 5 more years, and i'll be 26. by that time, mungkin aku tengah melalui fasa kritikal ini. insyaAllah ;)

cengeng.

cepat je nak cengeng.

kalau boleh, dia nak hatinya sekeras batu. tapi hati seorang perempuan, mustahil untuk jadi feeling-less. sekecil kecil perkara, boleh buatkan hati terasa. lebih lebih lagi, dia cuma mampu melihat, tanpa dapat melakukan apa apa perubahan.

tak cukup kuat untuk ini, mungkin airmata itu sebagai petanda dia berusaha sedaya upaya menahan rasa itu.

mohon doanya, semoga dia lebih kuat. tolong pujuk hatinya, supaya kalis air mata.

Tuesday, December 27, 2011

mereka dan kita

dekat sebulan aku kat rumah, and so far so good, alhamdulillah. Malaysia masih seperti dulu. macam selama 20 tahun aku hidup. nothing much different, except mungkin lebih membangun kot. bangunan banyak tinggi melangit. dari tempat semak samun jadi taman perumahan, dah jadi hutan konkrit dah pun.

that's what i observe dari segi kemajuan dan pembangunan negara. other than that?

banyak lagi benda yang aku observe, but mostly negative things about my own country.

aku tawu, sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya aku lebih berbangga. ya, bangga itu ada. Malaysia truly Asia, sape tak kenal kan. but, pengalaman di negara orang, buatkan aku menjadi pemerhati dari sudut yang berbeza beza.

first day aku sampai lcct, rasa insecure itu lagi banyak dari rasa selamat di negara sendiri. every bag kena make sure, ada dekat dengan owner, sebab takut kena curi. ragut pulak makin menjadi jadi. well, not to blame anyone. but seeing this scenario, sangatlah berbeza dengan negara orang. susah sangat nak dengar pasal jenayah ragut ke, beg kena curi ke. sangat susah. kalau jalan tengah malam sorang sorang pun, insyaAllah lebih selamat dari jalan di tengah bandaraya KL beramai ramai.

waktu aku nak beli topup nak call family, pemilik kedai tu buat macam endah tak endah je. mungkin dia tengah bad day ke ape kan, but it's not that customer perlu dilayan macam raja, no. apa salahnya kalau senyum, cakap baik baik. tak rugi apa apa kan? lagi ramai customer datang kot, murah rezeki. and that's how i see bila di negara orang. even diorang tak faham apa kita cakap, (broken English kot kadang kadang haha!) they'll make an effort to attend each and every customers' needs.

kalau selalu kita tengok tandas awam memang betul betul macam tandas awam, (you know what i mean) sampai kadang kadang lebih sanggup tahan hajat dari buang. mesti semua pernah macam ni kan? masuk toilet, bau... tak terkata. sangat berbeza dengan budaya orang, particular kalau bab bab kebersihan ni. even diorang pakai tisu, sama macam kita, takde pulak tisu terapung dalam bowl toilet tu. takde pulak bendasing yang tak di-flush. umum okay, umum.

teringat kata kata seseorang. "Islam di Malaysia cuma pada ruhnya sahaja, bukan gaya hidup. sedangkan mereka yang bukan Islam telah amalkan gaya hidup Islam, cuma mereka tiada ruh Islam."

p/s : just sharing my opinion, no hard feelings okay. :)

Friday, December 23, 2011

awek muda vs awet muda.

a week away from home, memang sah cuti betul. tak pernah rasa sepenat begini. (boleh pulak penat bercuti kan?) in less than 24 hours, kl-penang-kl. what a journey. johor, melaka lagi. mee bandung batu pahat yang likat sedap (cepat, rasa terliur sekarang), asam pedas ikan Melaka dengan ikan patin masak lemak tempoyak (okay telan air liur lagi sekali). memang, taktau nak cakap macam mana. okay exaggerating, i know.

untuk pengetahuan, last monday, aku dengan family join 1 trip oleh budak budak sekolah ayah. actually, taknak pun ikut, since ayah insist, pegi je la kan. lagipun, bila lagi nak perasan jadi cikgu pengiring kan? :p

and the first thing people asked me, "ni form berapa ni?"

LOL.

terus sengih sengih sambil buat muka cool. "eh, cuba teka?"

"form 4 kot."

malas cakap banyak. apakah muka ini tidak menunjukkan kematangan sebagai seorang lewat remaja berusia 21?

ni kes awet muda ni. :p

p/s : mujur orang tak tanya, "PMR dapat berapa dik?" memang kena jelingan manja ler jawabnya. haha

Tuesday, December 13, 2011

zaman high school.

dok sorang sorang kat dapuq ni, boleh pulak teringat zaman high school.

bukan apa. nak kata teacher's pet, no way la kan. nak kata kepala gengster, lagila bukan. aku biasa biasa je kat sekolah dulu. just that, memories itu menggamit. okay ayat baku, i know.

aku rasa dah banyak kali aku buat entri pasai high school. sebab... selalunya, time time tu mesti aku rindu high school. some people said, "the best time in your life, adalah waktu high school." sangat setuju, for me, high school itu satu proses pembelajaran yang sangat suwit.

motif?

tak payah nak risau macam macam benda. pi dok kat sekolah, belajaq. dok hostel, pi prep. lepak kedai bang mbe bila balik prep, gosip gosip dengan kengkawan hostel. dok takut cerita hantu askar Jepun dok kawad kaki lalu depan Blok 1. and many more la, of course you know your own story too.

frankly speaking, (ni ngaku awai awai nih) aku budak skema dulu. avoid breaking the rules, mai kelas on time. kalau ponteng prep, cuak tak tau nak habaq. serupa kena jel kalau tak pi prep. well, that's me. :p

just that, i dont know how to describe it. the memories are just so so so nostalgic. rasa kalau dibagi pilihan nak kerja sekarang atau nak masuk high school, aku rasa aku nak masuk high school balik. with kawan kawan lama, persekitaran yang sama dan cikgu cikgu yang dedicated. enough said, kalau aku amek spm lagi sekali pun sanggup aih. untungla kalau dapat straight As kan. :p

ingat nak pi maktab this Jan. anyone with me? :)

p/s : junior spm 2011, jangan nak seronok sangat la spm dah habis. nanti dok meroyan macam penulis ni nak masuk high school balik. sobs sobs

Monday, December 12, 2011

sepagi bertemujanji.

pagi itu, sama macam pagi pagi biasa. bangun dari tidur yang lena, mendepangkan tangan meregangkan urat urat sendi. eh tak perlu details sangat kot.

pagi itu, awal jugak kiranya bangun dari peraduan. (root word : beradu) teringat temujanji bersama seseorang yang istimewa nun jauh di seberang sana. over the sea la katakan. yang mencuakkan diri, apabila temujanji kali ini, disertai satu family. bukannya apa, neves tu lain macam sikit. kalau pegi dengan ibu, lain cerita beb. ibu sporting sikit. boleh dibawak berbincang.

tapi tidak mengapa. hidup perlu diteruskan. kata seorang pakar motivasi. maka, usai sarapan, berangkatlah kami sekeluarga ke temujanji yang telah ditetapkan setahun lepas.

along the way, buat buat chillex dulu la kan. siap boleh tidur tidur ayam lagi. biasalah, nak drive, kereta takut dengan aku. takut calar balar lebam lebam.

sampai di destinasi yang dituju, aku kira aku datang awal. cuma 2-3 orang pelanggan yang jelas kelihatan. selesai urusan pengenalan diri kepada pegawai yang bertugas, aku duduk menunggu di ruangan yang disediakan, disertai dengan ibu, ayah dan adik bongsuku. rasa meremang lain macam pulak bila tulis adik bongsuku. haha :p

kuamati wajah wajah dihadapan. nampak sinar harapan dan tanda tanya (mungkin?) apabila mata kami bertemu. mungkin mereka pelik, "apakah urusan gadis kiut miut ini di tempat sebegini rupa?" fikir aku, manusia diberikan nikmat untuk disyukuri. mungkin untuk aku, ada hikmahnya semua ini. ada sebab untuk semua ini. apa pun, pertemuan kali ini harus dirungkai dan dicari solusinya. tekad aku dalam hati.

agak lama aku perhatikan mereka. hendak ditegur, segan yang amat. hendak senyum, nanti dibilangnya tiga suku. lalu kutunduk saja sambil pura pura bermain sudoku, game nombor paling famous di Jepun. "lama lagi ni kena tunggu. lain kali, cakap pukul 8, pukul 12 baru datang eh?" bebel hati kecil nuraniku. ayat dialog rekaan semata mata je ni.

lebih kurang sejam yang kemudian, orang yang ditunggu telah pun tiba. berdebar rasanya mahu bersemuka setelah setahun tidak bertemu. yela, bukan senang nak balik berjumpa. setahun sekali kot. harus aku guna masa ini sebetul betulnya.

aku dipanggil duduk bersemuka. rindunya, tak usah dikata. impian satu ketika dahulu, walaupun tak dapat dipenuhi, cukupla sekadar melihat didepan mata.

akhirnya kita bertemu juga, wahai doktor mata.

......................................................................


korang mesti ingat ini kisah epik Cinta dan Rangga, kan?

takkk. bajetla aku nak cerita temujanji aku bersama someone special.

ini kisah benar, cuma mungkin term term yang diguna agak bombastik lain macam. tak feel la kalau takde unsur suspens. mana art of writing?

almost 12 years aku ada annual appointment dengan ophthalmologist. that's the term for pakar mata. enough said, my condition is okay. cuma nothing much can be done to make my right eye better la. di-diagnosed dengan cataract seawal umur 9 tahun, i guess that's why aku patut lebih bersyukur. kerana sekurang kurangnya mata kiri aku masih mampu berfungsi. and the most important thing, kalau aku tawu about cataract a bit later than that age, possibility untuk buta sangat tinggi. scary enough?

there you go, one reason for all of you untuk lebih lebih lebih bersyukur. :)

Tuesday, November 29, 2011

mabuk

"weh, pening la. rasa macam nak muntah. perut tak sedap."

dialog biasa aku waktu naik sebarang kenderaan, tak kira masa di mana jua. (well, bergantung kepada sesetengah kondisi dan keadaan)

ini namanya motion sickness. (bukan morning sickness eh?) memang sejak kecik lagi, pantang betul kalau bawak aku naik kereta. makan kena berpada pada before perjalanan, kena sedia tupperware atau plastik hitam, vicks secukup rasa, dan mata harus memandang ke pokok pokok hijau. precaution yang aku kena buat in order nak avoid motion sickness. hmmm

bayangkan dulu kecik kecik, balik kampung kat aloq setaq, 1-2 jam jalan lurus elok saja, komfem 45 minit pertama aku sengap dalam kereta. nervous rasa lain macam. perut bagi signal suruh get ready, "i nak keluarkan isi perut ni"

bayangkan kalau lalu kawasan cameron ke, highway plus yang bengkang bengkok ke. mau tak biru muka?

sampai sekarang aku still ada motion sickness. just, mungkin boleh control sikit gelora perut yang meronta ronta untuk memuntahkan isi perut. boleh la makan asam ke, yang pasti, boleh control jiwa dah la.

cumanya, nasihat kepada sesiapa yang mungkin atau bakal membawa penumpang bernama Qistina ini, pandu cermat jiwa selamat. ingatlah orang yang motion sickness ini. sekian pesanan penaja, ikhlas dari duta Vicks.

a day out with best friend

yesterday was monday.

yeah right. monday blues buat sesiapa yang berkerjaya, belajar, berhadapan dengan tekanan, orang yang nak buat intra and so on. life, just live it je la. ayat orang tengah bercuti. :D

but for me, yesterday bukan monday blues. sebab dating dengan best friend just made my day :)

well, secara jujurnya, she has been my bestest friend since tadika. waktu mula mula 1st day, aku punyalah pemalu, sampai nak berkawan susah. ibu suruh aku pegi sekolah lepas tadika dengan seorang budak perempuan ni (since ibu mengajar dekat situ), and disebabkan aku ni malu tak kena tempat, maunya aku ulang alik rumah-tadika 3 4 kali. -____-" budak budak waktu tu pun.

disitula perkenalan bermula. lepas kejadian tu, apa apa pun, mesti aku buat dengan dia. dari tak reti baca buku, sampailah geng lepak kat library lepas tadika, aku dengan dia je la. kelas sama dari darjah 1 sampai 6. boleh kata macam kembaq jugakla, tang mana ada dia, tang situ ada aku.

masuk sekolah menengah, kami dok satu sekolah lagi. satu bilik, satu dorm, cuma kelas lain lain. tapi, sampai form 4, dia dapat mrsm taiping. waktu tu, rasa macam hancuq lebuq hati ini. (hiperbola gila!) takdak dah orang aku nak share share feeling, takdak dah orang nak bagi aku gelak puas puas.

tapi takpa. balik time cuti sem, dok jumpa lagi. pi hang out kat sunway (tempat wajib haha), kailan, dan lain lain tempat yang boleh diterima akal.

kalau nak aku cerita memang panjang berjela. biaqla selebihnya hanya aku dan dia saja tau. :')

you know me well, dear. dah macam kakak aku dah :D thanks for lending me your shoulders when i need it the most. thanks for the ukhuwah we have! semoga ukhuwah ini sampai ke syurga! insyaAllah :)

Thursday, November 24, 2011

nak kumpul duit

alah, kecik kecik dulu boleh je simpan duit dalam tabung. besaq besaq takkan tak reti nak saving kot?

ayat motivasi.

kalau kawan kawan pakat saving duit nak beli gadgets, laptop, sungguh, aku takdela obses sangat sampai sanggup belanja ribu-riban. no, no. baik aku pi makan puaih puaih, kenyang pun kenyang.

kalau abang sanggup saving sebab nak beli barang branded, jam Rolex (ke?), dan lain lain brand yang aku pun tak pernah tau, oh no, no. bukan aku tu. tak gila brand, pakai baju bundle cukup. (bundle ke?)

kalau perempuan dikaitkan dengan shopping, tak kisahla baju ke, handbags ke, kasut ke, not for me. saving kali ni bukan untuk tujuan bershopping ye tuan tuan puan puan. not my priority.

saving kali ini, sebabnya...

nak saving untuk masa hadapan. nak kawen bukan guna 2-3 ringgit je kan? *ehem ehem batuk batuk gatal tekak* tambah tambah high expectation must be on my future husband. sorry to say, tapi memang betul.

malas nak elaborate panjang, agak agak faham sengap sengap dah. tak faham, bolehla ajukan pertanyaan di ruangan comment di bawah.

pasaipa tah dok kalut pasai kawen awai awai ni? aku pun tak paham. ni pengaruh kad kenduri kawen berlonggok longgok kat umah ni. biasala, typical me. berangan melebih lebih.
apa dok gelak gelak? takmau kawen ka?

maaf kerana membuang masa anda membaca post angan angan penulis ini.

Monday, November 21, 2011

good days at home

dah 2 hari aku sampai rumah. but still, pening pening, letih tak kira masa, waktu tidoq tunggang terbalik. jet lag tak habis lagi.

4 bulan dekat rumah means like, "wow, banyak nya waktu free!" tambah pulak sistem uni yang tidak akan memberi assignment waktu cuti panjang camni, buatkan perasaan aku bercampur baur. suka sebab tak gaduh nak pikiaq banyak benda, tapi takut takut aku lost track bila dah lama tak berfikir hal akademik. whatever it is, life must go on, kan?

and that's when ayah suggest aku kerja kfc. actually aku tengah berkira kira lagi ni. sebabnya, aku prefer kerja kat kedai buku ke, ajar budak budak tadika ke. takdela mencabar sangat since ada kena mengena dengan minat dan kerjaya aku.

kfc pun faveret food aku jugak, apesal tak boleh nak berfikiran positif, produktif dan proaktif eh? -_____-"

dilema seorang penganggur empat bulan.

on my way to Christchurch

Christchurch Airport

lagi 1-2 jam before sampai KL

and here i am, home sweet home! :) teehee! (gambar ehsan magazine 360 airasia)

Friday, November 11, 2011

tagged by pinat :)

mostly, aku dah jawab yang first part of the tag. so, aku just continue dengan soalan dari cik pinat kita ni. kecik molek je, kiut miut dia ni. :)

11 new questions from me.

1. Dalam banyak2 kenderaan, yang mana korang paling suka guna? Why?
kereta kuda. sebab rasa macam fairytale. :P

2. Kalau korang berada dalam keadaan yang sedih dan loss, korang buat apa?
most of the time akan dok sorang2. layan perasaan tu, biar cool dulu.

3. Drama or movie yang korang paling suka? Why?
banyak ni. Vampire Diaries, BOF, ish, banyakla. these are just few of them :D

4. Korang guna gadget apa sekarang?
nope, takde kot. tak berminat sangat even teringin nak beli. camne tu?

5. Warna yang paling korang suka?
merah! :D

6. Korang paling teringin nak dapat apa sebagai hadiah?
bunga. sebab tak pernah dapat selama 21 tahun 6 hari hidup. ;)

7. Lagu apa yang boleh gambarkan mood korang sekarang?
Leaving on a jetplane :)

8. Haiwan apa yang korang teringin nak pegang or belai? Why?
buaya? sebab, macam cool je kalau dapat belai belai :P

9. Pakaian yang korang paling menyesal beli? Kalau boleh, tunjuk gambar. Hahah!
rasanya takde kot, semua mesti suka. :)

10. Pakai spek tak? Kalau pakai, power berapa?
pakai, dekat 400-500 jugakla.

11. Last question, apa first impression korang bila tengok & kenal aku? All answers will be accepted. ;)
dah jawab dekat atas. kecik molek, kiut miut, a good friend. :)

Thursday, November 10, 2011

counting days

to be back home. :)

baru lepas praktikum, and officially berakhirnya tahun kedua degree year. now, should start packing things nak balik and pindah rumah next year. in the meantime, banyak activities menanti sepanjang minggu ni. mostly cohort activity, and some other things that should be done sebelum balik.

what more can i say? alhamdulillah for everything. :)

4 months of summer hols, should have planned lots of things. and one of those, mestilah spend masa dengan family. :>

oh, can't wait to be home! this feeling is just meletup letup macam bunga api, you-know-what-i-mean-right? berkobar kobar. :P

dah puas membebel kat sini, apa kata log off sat blog, and start your packing, Qistina?

byes, take care!
wassalam. :)

Saturday, November 5, 2011

tagged by ten yaya :)

RULES :
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6.No tag backs.
7.No stuff in the tagging section about
'You are tagged if you are reading this' you legitimately
(a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

sebab aku dah free, maka, marilah kita menjawab tagging ini! yeah! :P

11 things about me, Nurul Qistina
1. 21 tahun 1 hari untuk hari ini. :)
2. daddy's little princess, and always be. so, high expectation is on me, of course. ;D
3. my favourite dish; charkueyteaw. tiap tiap hari makan pun boleh! :P
4. teacher-to-be, tak lama je lagi. insyaAllah in 2 years time. ehem ehem sabaq sat noh?
5. penyengap, especially in new environment. kalau dah kenai, boleh la jugak dibawak berbincang huha huha. :]
6. is now studying in enzi. 2 tahun takdela lama mana, pejam celik pejam celik dah setahun :')
7. one of my bad habits - sleep talking. just can't help it. huhu
8. not expressive. maksudnya, bukan jenis cakap 'i love you' ibu, 'rindu ayahla'. prefer to keep it to myself.
9. i love RED! and purple. and pink. and hijau pucuk pisang. ;)
10. tips tambah berat badan : minum susu sebelum dan selepas tidur. makan supper nasik berlauk - Dr Qistina
11. if i were to choose one of these three; barang kemas, coklat dan bunga, i'll choose coklat!

inila ten yaya si pen-tag bikin kerja buat aku ni :D hehe sori nina, interframe seketika :P

soalan dari cik ten yaya :

1. Selain dari bahasa yang korang dan expert sekarang, apa lagi bahasa yang korang teringin nak belajar.sebab?
- bahasa perancis. sebab macam cool je bila orang cakap, bon jour, mademoiselle, french fries. cool kot! haha

2.Nyatakan 3 negara pilihan untuk korang travel?nyatakan sebab.
- UK, Scotland, Saudi Arabia. UK sebab dulu cita cita nak belajar medic kat sana, Scotland sebab tempat cantik, Saudi Arabia sebab nak menziarah Kaabah :')

3. antara ipod, ipad dan blackberry mana satu yang korang suka?
- sekarang tengah plan nak beli iPad. sebab.. macam cool je ade iPad. heh

4. cita cita korang masa zaman sekolah dan apakah yang korang sedang buat sekarang?adakah tally dengan cita cita korang?
- cita cita? sudah terang lagi bersuluh di atas, dulu nak jadi doktor. sekarang, doing tesol, going to be teacher soon. tally mungkin in a sense of tanpa cikgu, siapalah doktor. ecewah ayat, kemain haha

5. kereta idaman korang?
- Myvi, enough said. kecil, kiut, miut, comel macam saya. heh lagi

6. social networking apa yang korang ada?nyatakan apa dan sebab pilih buat account tersebut?
- huish banyak. friendster, myspace, facebook, twitter. tinggai drBook je tak buat lagi. maksudnya tak cukup social lagi la tu. haha

7. korang nak settle down umur berapa?kenapa?
- 25? dah kerja, mungkin tengah nak berkeluarga. mungkin.

8. nyatakan 5 wishlist korang untuk jangka masa singkat ni.
- wishlist? mai nak habaq : KFC, iPad, charkueyteaw, baby, rumah. eh baby? sesat mai mana nak baby pulak ni?

9.korang suka tak kena tag ni?
- nak cakap terus terang? baiklah, suka! terimas kasihs ten yaya!:]

10.korang suka tak blogging ni?ce cite sket perasaan.
- suka jugak! dulu cam malas nak blog. dulu la, sekarang dah okay okay dah. :D

11. kenal tak dengan 'She Is Yaya' ni?dscribe sket.muahaha.okthanksbye.:)
- awat pulak tak kenai. Yaya ni bukan nak kata apa la, semua ciri ciri dah lengkap. tinggai nak kawen ja. ciri apa? ciri perempuan melayu terakhir. :)

and here we are, my questions (bunyi trumpet!):
1. nama penuh, nama pendek, nama nick, nama manja. kalau tau maksud nama, letak sekali, untung untung berkenan nak letak nama anak nanti. ehem ehem
2. bangun tidur, perkara pertama yang difikirkan adalah...
3. hobi masa lapang? hobi masa tak lapang?
4. list 3 benda paling penting dalam hidup, dan mengapa?
5. rasa rasa la kan, lagu apa yang menggambarkan diri korang? awat lagu tu?
6. describe rumah impian. impian je tau, bukan rumah betul betul. :D
7. the best thing to spend with your money is...
8. "5 tahun akan datang, saya akan jadi...
9. satu perkara yang orang akan ingat pasal korang
10. pendapat tentang politik tanah air.
11. 1-3 perkataan untuk describe saya. :D

and... here's the lucky 11! :)
shima
zaty
pinat
muz
azie
iny

dan... malas la nak tag yang lain, sebab tak rajin blog-walking. T_T

turning twe...lve

"another year is gone, and you're twenty-one."

sedaq tak sedaq, dah umuq 21 dah ang ni qistina. ang sedaq dak, umuq 21 tu tua mana? -____-"

frankly speaking, i'm not ready yet for this age. 21 is just like 'officially welcome to alam dewasa, goodbye teen-age". which means, no more perangai pelik pelik or else people will say,"perangai tak macam 21." hmmm lumrah hidup bermasyarakat.

but, life must go on kan? 21 doesn't mean you have to change pura pura jadi lebih matang. it's just a matter of fact that aku patut cuba jadi a better person. in what sense? banyak senses. banyak aspek. banyak ways of life.

people keep asking me, "make a wish!" of course banyak wish kan, but i've got the one and only harapan sempena umur 21. sengap sengap dah la, tak serprais pulak dok jaja merata. :]

obviously, special thanks should be given to Ibu, sebab tanpa susah payah dia, aku tak tawu aku wujud atau tak sekarang ni. like seriously, dengan bawak perut lebih 3 hari, pastu songsang, pastu kena operate Caeserean, what more you can say bila anak boleh discharge awal dari ibu? :') subhanallah, betapa Allah jadikan ibu kuat.

dan alhamdulillah, another year is gone. diberi peluang bernafas di usia 21 ni nikmat yang patut disyukuri. :) jadi lebih bersyukur, Qistina.

so now, i'm officially 21. but still sweet 17. boleh la tu. :P

Tuesday, November 1, 2011

isteri cerdik yang solehah

is currently on my Youtube playlist.

taktau la pasaipa dok tiba tiba dengaq lagu macam ni. but i wish i can be that kind of isteri, insyaAllah :)

ececece. jauh betul cita cita kak? tak salah rasa kalau dah berfikir ke arah itu. umuq pun tak lama dah, kalau zaman dulu dulu dah boleh ada anak 3 dah pun. eh, sekarang pun dah ada kawan sebaya kawen ape?

tapi yang jadi salahnya, bila esok lusa nak exam, sempat lagi dok pikiaq pasal kawen. belajaq pun entah mana hala, ada hati nak jadi bini orang. -_-"

one of my friends pernah tanya, "what if, ada orang masuk meminang? like, cuti nanti ke?"
something to ponder. but not too soon kot, sebab aku pun perangai cam budak budak lagi :P

terima kasihs kerana mendengar celoteh pelajar tertekan exam lalu berfikir perihal perkahwinan.

"oh mama, saya mahu kahwin, kahwin dengan siapa?"

Sunday, October 30, 2011

rasa macam nak buat rumah sebijik

dekat sini.


(bunyi cengkerik) ada rumah kecik yang macam cottage tu, pastu taman bunga keliling. daisy meliar, burung burung berkicauan, tiap tiap hari boleh pegi sungai belakang rumah. wahhh...

impian gaya fairytale snow white sungguh.

apa kata, pi belajaq dulu Crime, lepas exam sambung berangan. boleh idok? doakan aku boleh jawab exam weh! paper killer di hari keputerian sangatlah ____________. hmmm

Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

make a wish

1. HOME.
2. HOME.
3. HOME. lagi? -_-'
4. guitar with guitarist penuh feeling, pretty please?
5. little things that worth smiling

this is just... another wishlist.

Tuesday, October 18, 2011

esok

(sekadar gambaq hiasan, mana tau kot kot dapat inspirasi tengok gambaq ni)

exam.

hmmmm. breath in, breath out. jangan gelabah, buat biasa ja.

semoga Allah permudah segala, insyaAllah. :)

doakan ye! untuk semua yang nak exam jugak, best wishes. ke, aku je yang tengah exam ni? T_T

p/s : teringat benda memalukan time exam SPM. boleh pulak silap tempat duduk -____-" nak nak pulak sebelah scandal dulu dulu. hilang terus cuak nak exam. haha

Friday, October 14, 2011

the end :)

tamat sudah sesi persekolahan bagi semester kedua pelajar tahun dua universiti of dotdotdot.

2 last assigments dah hantar tadi, legaaa alhamdulillah :)

tinggai exam 3 paper, praktikum 3 hari pastu..



dia buat dah perangai homesick dia. heh T_T"

tunggu sat nah nasik goreng rainforest, dapat elaun kita jumpa eh? ;)

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

can't wait..


for November! my favourite month untuk tahun ini! ;) hehehe

baru je lepas submit dua assignments. lega toksah habaq. Alhamdulillah, ada lagi dua menanti. celengging jugak hat last last ni. mana taknya, kena buat lesson plan Dance. lagi satu esaimen Music. dengaq lagu kanak kanak lerrr jawabnya. hmmm

exam pulak, ada 3 paper. paper killer rasanya paper Crime kot. novel pun dok merangkak baca lagi :O no good, no good.

takpa takpa. kena ada motivation kan? mai nak bagi motivation.

bulan depan balik Malaysia :)

tapi tapi... sebelum tu, ang kena la exam dulu. paling penting, buat kerja bagi perabih, pastu baru sembang nak balik. boleh dak?

ni yang dok online lagi awat taktau? log out cepat! hangpa yang dok baca ni pun, keja siap belum? ni cikgu nak marah ni, garang nih grrr