She's gonna wait..
Showing posts with label high school life. Show all posts
Showing posts with label high school life. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

zaman high school.

dok sorang sorang kat dapuq ni, boleh pulak teringat zaman high school.

bukan apa. nak kata teacher's pet, no way la kan. nak kata kepala gengster, lagila bukan. aku biasa biasa je kat sekolah dulu. just that, memories itu menggamit. okay ayat baku, i know.

aku rasa dah banyak kali aku buat entri pasai high school. sebab... selalunya, time time tu mesti aku rindu high school. some people said, "the best time in your life, adalah waktu high school." sangat setuju, for me, high school itu satu proses pembelajaran yang sangat suwit.

motif?

tak payah nak risau macam macam benda. pi dok kat sekolah, belajaq. dok hostel, pi prep. lepak kedai bang mbe bila balik prep, gosip gosip dengan kengkawan hostel. dok takut cerita hantu askar Jepun dok kawad kaki lalu depan Blok 1. and many more la, of course you know your own story too.

frankly speaking, (ni ngaku awai awai nih) aku budak skema dulu. avoid breaking the rules, mai kelas on time. kalau ponteng prep, cuak tak tau nak habaq. serupa kena jel kalau tak pi prep. well, that's me. :p

just that, i dont know how to describe it. the memories are just so so so nostalgic. rasa kalau dibagi pilihan nak kerja sekarang atau nak masuk high school, aku rasa aku nak masuk high school balik. with kawan kawan lama, persekitaran yang sama dan cikgu cikgu yang dedicated. enough said, kalau aku amek spm lagi sekali pun sanggup aih. untungla kalau dapat straight As kan. :p

ingat nak pi maktab this Jan. anyone with me? :)

p/s : junior spm 2011, jangan nak seronok sangat la spm dah habis. nanti dok meroyan macam penulis ni nak masuk high school balik. sobs sobs

Monday, March 28, 2011

zaman form form

orang cakap waktu high school adalah waktu paling best dalam dunia. betul ke?

aku tak rasa camtu pun.

zaman form form aku tak banyak yang aku rasa best macam yang aku baca dalam blog maktab. rajin betul kengkawan post lately. mau gelak mengekek aku baca doh.

macam aku, waktu lower form, takde ah nak memori sangat. waktu tu aku still blur blur lagi. takde arah tuju. muka dahla sememeh (okay sape penah tengok muka aku, mesti sengih sengih ada makna), dengan hidup tak terurus nya. itu waktu lower form. baru nak kenai dunia. waktu tu layan lagu radja, mana nak ada bunkface. takde ah nak gatal gatal usha, mungkin tak matang lagi kot nak fikir pasal boyafren. biasala, budak baru nak tumbuh jerawat.

naik upper form, rasa sedar diri tu baru muncul. baru nak terfikir masa depan, mula la nak menggalak cuci mata. kena pulak tahun exam besar, gelabah gak la sikit sikit. tapi cool lagi. boleh pulak lawan bet trial spm dengan budak pandai kelas aku. rajin buat taik mata dalam kelas, tapi bila exam, oh wow! ha, macam tu la reaksi aku bila dia menang bet. adeh -_-"

waktu kat hostel pulak, kalau time cuti, kemalasan itu berganda ganda kalau nak turun dewan selera. yela, kalau dah kena jalan sejauh 700 m one way untuk mencari sesuap nasi, aku rasa ayam pun taknak pegi. baik dia kais tanah cari cacing pita weh. so, nak jadi cerita, satu hari aku dengan roommate aku, suria plan nak buat megi goreng. tapi sebab kebuluran yang teramat, megi goreng jadik megi kuah. nak save masa la konon. serius inovatif kot. yang tak best nya, bab rasa. pelik ya ampunnn! sumpah pasni tak ubah megi goreng jadi megi kuah dah. insaf dah

prep hujung minggu macam prep sekolah bapak sendirik. ikut suka nak mai pukul berapa, nak balik pukul berapa. nak pulak semua pakat serbu kedai belakang, tapau roti canai 2 bijik. sampai kelas, satu kelas bau roti canai! prep start sejam selepas itu. adeh la budak budak ni, macam mana nak maju dei?

waktu outing, waktu kegemaran aku. sebab ape? parents aku datang, so, boleh la nak jimat duit. semua perbelanjaan ditanggung halal. takde nak kopak pakai duit sendirik. port makan terbaik aku, nasi ayam sebelah yawata. tak tau la ade ke tak lagi weh, tapi yang paling aku ingat, nasi itik. terbaik ah!

zaman form form aku takde ah kejadian kejadian gempak cam korang, tapi still, aku suka sangat waktu tu. apesal ha? sape sape boleh jawab?

memori kot. :) wish she can turn back to the time she remember the most. high school.

p/s : sape suruh post entry banyak banyak pasal sekolah? kan aku dah buang masa membebel kat sini. tsk

Sunday, March 13, 2011

history, and forever in memory.

salam and greetings.

satu minggu sudah berlalu and here comes another entry! eksaited tak? (muka teruja)

okay takdela. biase la, aku exaggerate je lebih. eleh, korang tak hairan pun pasal sejarah kan kan kan? (mata kejip2 buat buat comel)

tapi kan, sejarah la yang paling best weh. serius, tak tipu. except la korang jenis suka tidur membuta waktu cikgu azizan suruh buat latihan buku kuning dalam kelas. ehem ehem sape terasa amek. :P

kenapa thesis statement aku mengatakan sejarah paling best?

well, bagi aku, kalau takde sejarah, camne korang nak kenal diri korang sendiri? contoh yang paling terdekat, let say aku la kan. perlu ditekankan di sini, ini adalah contoh semata mata tiada kena mengena dengan kehidupan asal. :P okayla, aku ni jenis malas nak amek tawu pasal sejarah. nenek moyang aku semua aku tak tawu sape, asal mana. ibu ayah pun jenis tak bagitawu sejarah keluarga. padahal yang sebenarnya, aku anak kacukan. tapi sebab malas nak amek tawu, tak suka nak kenal sejarah, maka aku pun tak tawula aku ni anak kacukan sebenarnya. siam-bugis. :P haha see? dah terlepas peluang nak ngaku anak kacukan. :P

lagi satu. kalau la kita tak suka sejarah kan, macam mana kalau once again kita terpaksa berhadapan dengan penjajah2 negara dulu? ya ini bersifat patriotik, jadi jangan gelak gelak bila baca part ini kerana sememangnya realiti kita kena belajar sejarah untuk sedar kesilapan negara suatu ketika dahulu. aku rasa tak payah kot aku nak cerita balik ulang tayang macam mana Melaka kena tawan mula mula dulu. tak payah kan? semua dalam kepala otak lagi kan?

ya, sejarah mungkin bosan kalau bab nak mengingat fakta, tarikh penting semua, tapi kalau difikirkan balik, waktu kita darjah 1 masuk sekolah nangis sebab takut ustazah marah bila melukis dalam kertas A4 padahal kena lukis dalam buku latihan, itu adalah sejarah. ter-complex pulak sentence kat atas. nak ikutkan, semua orang ada sejarah masing masing. ayah aku pun ada sejarah dia jugak, sebab dia cikgu sejarah. aku tawu korang pun ade sejarah masing masing kan? :D

sejarah yang paling aku suka, waktu sekolah. terimbau balik kot dari hari first daftar, muka selenga je, sampai dah abes sekolah, then sekarang rasa nak kembali ke zaman sejarah dulu. dulu dulu punya, zaman sekolah menengah. :P rasanya sebab ada banyak events yang bermakna, and sebab tu la sampai sekarang teringat ingat. ye tak? :D

so, hargailah sejarah anda. dan make sure sejarah anda adalah sejarah yang best untuk diingati, sebab aku pun taknak ingat sejarah yang tak best. mestila nak cerita kat anak cucu sejarah yang gempak gempak kan? get the point? :P make a difference, and sekali jadi history, forever in memory. :)

ps: topik ini tercetus ketika penulis ber-skypeing dengan dot dot dot.

till then, take care! wassalam. :DD

Saturday, December 18, 2010

down memory lane.

ish. tak leh jadi nih.

aku baca blog batch waktu aku sekolah, semua hupdate pasal kawan kawan. pasal rindu maktab. pasal makcik ds. pasal life after high school.

gambar kat facebook. hisham, muz semua pakat ber-lumba lumba nak letak gambar waktu sekolah. saja kan, nak imbas memori lama?

kalau camtu, aku pun nak down memory lane lah.

kalau nak cerita banyak banyak, memang sampai esok tak habis. biasala, aku kan sibuk sekarang. wanita ber-kerjaya. so takleh nak hupdate banyak banyak. (konon la kan)

tapi, bagi aku, zaman sekolah saat paling best selama aku idup. kenapa? waktu tu la aku kenal dunia betul betul. aku belajar ber-dikari (yelah, sekolah asrama lima tahun kot, walaupun sekolah dekat tak sampai sejam sampai). kat sekolah la, aku kenal kawan kawan yang serius gila best. tak payah nak cakap sapa, tawu sendirik la kan? :)

dulu waktu sekolah aku gila skema. mesti datang awal kelas, sebab aku suka. takde orang, boleh fokus. (konon la kan) tapi selalu aku end up buat sudoku. haha, tengok? lagi satu, aku jarang ponteng prep. biasala, seperti point di atas, aku budak skema. hahaha penah sekali kena kunci dengan warden, mau tak gelabah weh. sebab tak turun prep. tu pun atas 'nasihat' dan 'dorongan' unit-mates yang plan taknak pegi. dalam hati,"laa, time aku tak pegi la kena kunci, time aku rajin pegi taknak buat camni isk isk isk -_-" dalam hati jela. haha

part yang tak kurang best : waktu puasa time sahur. aku suka betul turun sahur amik makanan kat depan blok 6. sebab apa? boleh cuci mata. haha eh takla. boleh tengok muka masing masing baru bangun tido. bak kata omputih, kan muka bangun tido tu muka paling cantik dan natural? haaa, betul lah tu. :P aku suka betul usha muka sorang sorang. pastu kalau ada yang aku perasan tak turun, abesla aku cop 'jenis tak suka bangun pagi'. hahaha

lagi satu aku suka. kalau time nak spm tu, semua benda nak buat sekali. prep la, kelas la, semua sekali harung satu batch. best la, sebab ramai ramai! :) meriah weh, haha. hm, ade lagi reasons dia. tapi... diam diam sudah. hahaha :D

okaylah. cukup kot. kalau aku rajin, aku cerita lagi nah. haha :) konklusi dari entri ini ; zaman sekolah best! sapa setuju?

tulah. sape suruh korang cerita pasal waktu sekolah. kan aku dah melalut kat sini.