entri ini bukan bermaksud saya mata duitan atau gila mengejar harta kekayaan datuk datuk tokwan tokwan tansri tansri. saya tidaklah se-desperate itu untuk uang (indon eja macam ni), tapi memikirkan bebanan yang perlu di-tanggung akibat uang, haiyo tatayo. terasa nak ber-imaginasi seketika; bilalah duit nak jatuh ber-kepuk kepuk dari langit?
untuk persediaan ke sana, saya memerlukan banyaaaaak wang. word 'banyak' tu sila baca dengan penuh feeling. sesungguhnya kalau nak list, sangatlah berjela jela 'Things that I need to buy". tapi better tak payah list, aku yang sakit kepala ni haa fikir duit oh duit. haiyaa
satu perkara yang bermain di minda ; jom kerja?